Monday, July 19, 2010

DUE DATE

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru balik kijer sejam yang lepas.
ingat nak tumbang terus.
tapi,
tangan pompuan,
biasalah,
gatal,
ader jer nak mencapai,mengemas.
mata tak boleh tengok benda tak organized.
sempat basuh baju.
dalam kepala hanya ingat "DUE DATE" kerja.
haaiiisshhh...

----------------------------------------------------------------------

semalam tido pukul 3 pagi.
sebab menyiapkan kerja( mana yang termampu.)
Time tido
banyak kali mimpi Jatuh dalam lopak air kaler kuning2 coklat.
pas mimpi,terbangun,n tersedar kaki tersepak angin.
tido lagi.
dan mimpi lagi benda yang sama berulang kali sampai keesokan paginya.

--------------------------------------------------------------------------
sampai tempat kerja,kepala dah weng~
sambung buat kerja.
tak tahan.
lelapkan mata 10 minit-15minit .
sambung balik buat kerja.
sampai waktu habis bekerja.

-----------------------------------------------------------------------
Sekarang,
tunggu kepulangan suami.
tunggu laptop die.
laptop kiter tak boleh gune excel.
haih.
susah betol.
Oh Kerja.
Cepatla Habiis.
Sengsaranya tak cukup tido.....



Sunday, July 18, 2010

Kan Dah kata [Part 1]

Kan Dah Kata................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seperti yang di jangka.
Trip Last minit kami.
Trip ke Nuang Akhirnya jadi gak.
trip yang disertai seramai 15 orang.
kiter sorang jer pompuan.
the rest,lelaki.
bawak group cousin belah suami.
majoriti dorang first timer naik gunung.
ade sekeping dua yang penah naik gunung.
gambar belom dapat lagi dari member.
so, layan ajerla video nih yer
=)



*video on the way from Nuang Peak to Kem Lolo.another 5 1/2 hours to go






p/s: sekarang tengah buat kerja opis. penat giler.sampai umah mgrib tadi. ni tengah rest jap sambil update blog ;-)
jap g nak sambung.
tata


Oh ya,ada lagi satu video.time ni kat Puncak Gunung Nuang.
Enjoy the Video!

Thursday, July 15, 2010

Ikan Berkepala 3

Assalammualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Illahi,

dengan limpah kurniaNya,

Kami tak buka pose pada waktu siang..eehehehehe..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pernah nampak Ikan berkepala 3?
ikan keli berkepala 3?
well, We made it just now.
Sila lihat gambar di bawah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehehe...kami tak reti goreng ikan nih.
Boleh melekat pulak kat badannyer.
Baru first time masak ikan keli.
=)








*Lauk berbuka kami .
*Tempe goreng campur taugeh + ikan keli goreng sambal + terung goreng tepung.

Merepek II


Assalammualaikum wbt.

Saje nak update blog.

nampak gaya seperti tak jadik jer Trip Gunung Nuang ujung minggu ni.

sebab:
1.budget di tengah bulan..hik..hik..hik..
2.Baaaaaaaaaaaanyak kerja opis yang perlu di selesaikan by this week. +_+

takpela,
best jugak dapat duduk rumah hujung minggu.
dapat 5S kat rumah.
dah 2 minggu rasanya tak 5S
harap dapat ambik album kawen ujung minggu ni.
;-)
but,
who knows,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami kadang2 "tersepit" dengan plan last minit.
hehehe..
mcm Trip ke Gunung Datuk,pon last minit jugak kan!
Hope this weekend mode happy2 jer =)*sajer post gambar lama.gambar time on track kat Gunung Nuang,6Mac 2005.
*Si Dia paling kiri,Kiter paling kanan. ;-)


Merepek di pagi buta


Assalamualaikum wbt.

Tibe-tiber terasa nak buat entry merepek.

tak boleh nak tido selagi tak siap kerja.

Angin sepoi-sepoi bahasa di tingkat 9 ni,

ditemani nyamuk-nyamuk beraltitud tinggi.

Suara-suara mengigau oleh Seseorang.hik..hik..hik...

Sila jangan baca kalau agak-agak tak boleh blah dengan ayat2 merepek.

Ditakuti,virus merepek boleh berjangkit.

Here goes my Merepek"ness" :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Time kat sekolah dulu,

selalu je terdedah dengan perkataan lengai.

atau dalam kamus bermaksud Gas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.

Kiter rase,

sifat lengai perlu ada.

rasenye tak rugi pon kalau bersifat lengai.

first, sebab malas nak simpan dalam hati.

Secondly,hati jadik sihat.

sebab,kalau ader benda-benda yang tak berfaedah untuk diri sendiri,Ianya bagai Mencurah air di atas daun keladi.

YEaaahh..Tu dier, dah berfalsafah dan merepek di pagi-pagi buta.

Ya! kiter perlu jadik lengai!!

Ibarat naik motor,pakai helmet. "Untuk keselamatan diri".

Sifat lengai ni kiter dah tanam dalam diri sejak setahun bekerja di tempat lama.

Sebab sifat lengai ni lah telah mematangkan kiter.

(walaupon entry kali ni nampak kurang matang di situ.OK?)

Sebab aper?

seperti yang tertera di atas,

tak mao simpan apa-apa dalam hati.

tak mao bawak benda merepek yang kat dalam hati tu bawak balik rumah.

kalau boleh, hari-hari balik rumah nak berbunga-bunga.

ibarat Dalam Hati Ada Taman.

;-)

Oklah.

enuff merepek.

ekceli tengah karang ayat untuk bagi penerangan diri untuk meloloskan diri berkerja ngan gomen.

isk.susah tol la nak dapat gomen.

Aura kerja ngan gomen ni tak sampai-sampai lagi.

isk..isk...isk...

entah tahun Hijrah berapa ntah baru dapat kijer gomen nih.

Haih~

Usaha..Usaha.Usaha.