Monday, August 30, 2010

Photoshoot @ SKVE Highway


Salam.
Halo
Selamat Pagi ;-)
Tiba-tiba tergerak hati nak update blog.
Bukan ape,
tengah tepu bua kerja sebab dari pukul 9 tadi asyik menghadap Excel jer.
Petang tadi,
Kami berdua menghantar adik ker UITM SHAH ALAM.
Kebetulan, adik kiter ader assignment yang dier kene buat,which is her minor photography subject.
Nak amik gambar panorama katanya.
So, we all decided to choose SKVE Highway untuk ambil gambar kat situ sebab highway kat situ tak berapa bz.

Sesampai sahaja di lokasi penggambaran,Encek Suami pergi recce lokasi yang ada angle best-best.
Sampai tergelincir kite tengok.
Kesian.
.
Adik sanggup memanjat bukit kat tepi highway untuk dapatkan angle terbaik.

Our BuraQ from the Peak.

Yang di atas adalah lokasi pertama.
Lokasi kedua adalah di highway area Putra Height.
Kali ni kami decide untuk ambil angle dari tengah-tengah divider highway.
Agak scary OK !!!
Kite sangat cuak.
Asyik terbayang kena langgar lori,pastuh penyek macam nyamuk."Kelepek..".
=p

Encek suami tukang pegang tripod sebab tripod cikai2 yang lembik.
View menghadap cahaya.
Vincci RM23.00
View membelakangkan Cahaya matahari.
Kenderaan lalu lalang.

Kesungguhan & Keseriusan beliau membuatkan kite lagi excited nak mendalami ilmu photography.
Encek suami bersama Kapal Terbang.

Finished photoshoot about 6.00++ pm.

-3 of Us-

Sekian sahaja blog untuk hari ini.
Nak sambung buat kerja opis ;-)
*Rajin tak..rajin tak..??? ehehehe.

Sunday, August 29, 2010

Makan-makan || SUCCESS||


Orang Kuat Majlis yang tidak jemu-jemu di dapur. XOXO


Ayam Madu menjadi. YUMMY !
*Si Dia yang rajin di dapur.

Tak sempat nak amik gambar time dah bentang ground & hidang lauk.Time makan,memang macam makan kat majlis maulud nabi kat sekolah agama.
Cuma talam(dulang besar) jer tak ada.
Menu malam itu:
Nasi Ayam
Ayam Madu
Tropical Punch (Our Secret Recipe)
Pudding kastard sejuk sesejuk salju.

Al-maklumla, rumah sempit.Jadinya, duduk dalam bentuk membulat.eheh.TV pon takder siaran sangat.
.
Borak-borak.
.
Lepas makan-makan,
agak janggal untuk kami tak buat ektibiti apa-apa bersama kawan-kawan.
Pulak tu, hujung minggu.
LAgi lah janggal kan kalau duduk rumah!
Memasing Extrovert la katekan.
So, we all decided to play bowling @ Alamanda.
Time tu, main redah jer.
Hujung minggu kan ramai orang.
Agak2 tak dapat, kami plan nak cari jer port karok yang best2.
Tapi nasib menyebelahi kami.
memang on time jer.
sampai-sampai, terus dapat lane ;-)
Agak terbeliak biji mata tengok fesyen begini. ;-p
Yang pasti,Kite ngan hubby sangat tak terror main boling malam itu.
-Bola Tersasar lagi.
**Puasa la katekan...takder tenaga =p
Overall, majlis berjalan lancar.
HAPPY.

Saturday, August 28, 2010

Nervous

Nervousnya~~


Arini kawan-kawan nak datang rumah.
Hari ini kami ada buat makan-makan untuk kawan-kawan sepergunungan & yang sewaktu dengannya.
Semalam shopping barang-barang basah & Kering kat Pasar Borong pukul 10 malam sampai ler pukul 12 malam.
Ngantuk gila(kite je,encek suami masih cergas lagi ke hulu-ke hilir dengan bakul roda yang baru di belinya )
Balik dari pasar, terus mengerjakan barang-barang untuk di masak hari ini sampai la waktu Sahur.
adik kite & Encek suami masih gagah lagi di dapur.
Kite tewas dek mata kelat tahap dewa punya.



Ini hasil gambar yang dicaptured ketika adik & encek suami bz di dapur.


Encek suami bertungkus-lumus menguruskan persiapan membuat Sos nasi Ayam &
Puding kastard kegemarannya ;-)
Puding Kastard menjadik!!!! Yes!!

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
Amiiin.

*Maaf ler dapur kami tak semenggah mana.Banyak barang recycle yang kami ambil dari rumah mak & mama.
Mana-mana barang yang dorang tak nak pakai.
SO,ni ler rupanya dapur kami.
ehehehe.
Dun Worry...The lantai is clean and selalu di mop ya~~ ;-)

Friday, August 27, 2010

Dugaan


Benci..Benci..Benci..
Kenapalah Orang yang tak suka cari gaduh selalu teraniaya!
Ya Allah, berikanlahKu Kekuatan untuk meneruskan hidup nih.
Amiiiiiin









Ada tiga doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT,
yakni doa orang tua kepada anaknya,
doa orang yang teraniaya dan doa seorang musafir.''
(
HR. Abu Hurairah)


Dari Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu
'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :


"Ertinya : Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)".
(
Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38)

Thursday, August 26, 2010

Sebab itu lah saya masak!

Salam to All.
semalam kite dapat undangan lagi untuk berbuka di luar,
tapi kiter tak join
sebab banyak sangat kerja opis yang pending.
i have to continue at home.
After balik kerja,terus balik rumah tak singgah mana-mana.
nak kejarkan masa sebab takot jam.
yerlah kan,Nuzul Quran punye cuti.
mesti ramai yang balik kampung.
tapi alhamdulillah, semalam sampai umah cepat.
Sampai jer rumah,bukak pintu,
kena sergah ngan Momok.
*sabar..sabar....puasa nih...
terkejut + kecut perot eden ni.
takper...takper...
ada ubi ada batas.ehehehe.

OKlah.
ingatkan da sampai cepat, nak masak untuk berbuka.
tapi encek suami ajak beli sahaja di bazaar ramadhan.
erk!
oklah,
ni kira first time kami ke bazaar ramadhan (setelah berkahwin).


*Excited .sebab dapat merempit ke bazaar ;-)
time naik motor tu, segan pulak orang kiri kanan pandang.(sebab kite hug husband time nek motor)
entah-entah dorang pikir yang kami ni belum kahwin agaknya kot???
ehehehe..
.
sampai kat bazaar ramadhan,
As i expected. sebakul juadah berbuka yang kami beli.
nasib baik tak beli air.
kalu tak, memang menjinjing kiri kanan.
Dats why la kite lagi prefer masak!
banyak sey beli juadah berbuka!
makan makanan yang beli kat bazaar ni, buat rasa mata lebih mengantuk compared dengan masak sendiri.
*Sigh..

P/s: kalau ikut bulan islam, arini besday kiter ;-) 17 Ramadhan . Feel proud to born on this date =)