Saturday, August 13, 2011

Kuku (Amalan semasa pantang)


Orang tua-tua cakap, tak boleh potong kuku masa pantang. Nanti bentan.
Kite tak sempat nak surf sebab apa. Internet pun tak ada. Ujung minggu je sempat bukak. Itu pun curi-curi masa Adam Tidur.


1
*This freakin' nails are really annoying~ Hari ni dah masuk 3 minggu tak potong kuku. nak pakai param mesti terselit-selit kat celah kuku. Hari-hari makan pakai sudu. =p Geli makan pakai tangan. BTW, MyKid Adam dah siap! Yeayyy!!





Cerita pasal kuku, teringat Trip Gunung Korbu-Gayong. Kuku Kaki tercabut. Ngilu!!

*Lagi sikit lagi nak tercabut.....
*Goyang-goyangkan supaya mudak tercabut.
*Dah complete tercabut!

Monday, August 8, 2011

Ramadhan ke-8







"Setiap manusia boleh BERUBAH. Jangan sesekali menghina sesiapa kerana satu hari dia mungkin lebih baik dari kamu. Allah melihat pengakhiran kita,bukan permulaan-
INSYA ALLAH"

Sunday, August 7, 2011

Sleepless Night

Bila di takdirkan kite jadi parents kepada Encik Adam, teringat comment-comment di MukaBuku kawan-kawan yang baru dapat baby...
"Welcome to sleepless night world"
Actually, ayat ni di ambil dari kebanyakan blog-blog yang kite selalu blogwalking almost everyday. The most common newborn problems with night is the baby prefers to sleep all day long and Partaaayyy all night.
Tak sangka,
Sejak 23 July 2011 hari tu,
kite sendiri mengalami keadaan ini.
(Ni baru lepas breastfeed Encik Adam sejam yang lepas)

Seminggu yang pertama selepas melahirkan Adam, kite sangat terkejut dengan dunia parenting ni.

Bangun malam.

Tidur tak cukup.

Tidur tak tentu.

Pening sebab tak cukup tidur.

Paling menakutkan, adalah bila memikirkan perihal Buang Air Besar dalam minggu yang pertama. Takut Gila! Position macam mana yang mengurangkan sakit? Persoalan inilah yang selalu berlegar-legar di kepala. Haha. 5 hari lepas lahirkan Adam, i tak membuang air besar you....... Boleh di katakan setiap hari bukak internet nak baca pengalaman orang berpantang macam mana. Bila terkena di batang hidung sendiri, nah! rasakan kau...ehehehe. Nasib baik mama ada time first time membuang. Alhamdulillah. Teknik & tips yang mama bagi memang berkesan! Kurang sakit! Yelah, mama bersalin normal. Ibu mertua bersalin ceasar. Mana sama sakitnya dan tekniknya. Lepas membuang tu, siap niat & doa lagi dalam hati,

"Ya Allah, Aku mohon kau ampunkanlah dosa-dosa ibuku. Janganlah ada sedikit bahang api neraka pun terkena pada dirinya."

Hehehe... Rasa insaf sangat-sangat bila berpantang. SERIOUS !! Rasa pengorbanan Ibu ni sangat-sangat tak ternilai. Cincin 24 Juta Pound Sterling tak setanding dengan perngorbanan sorang Ibu yang mengandungkan,melahirkan & menjaga anak sepanjang hidupnya =p.

Berbalik kepada cerita sleepless nite, Minggu ni, masuk minggu kedua dah kite berpantang. Alhamdulillah dah sihat sikit. Mudahlah sikit menyusukan Adam. Speed dah lebih sikit. Kalau minggu pertama speednya cuma 20KM/j, sekarang dah 50KM/j. Boleh lah kan?


Ada video sikit about Adam recorded yesterday evening. Mengigau. Tak taulah ikut perangai siapa (^_^).

Saturday, August 6, 2011

What should i be called?

Adam

5 Hari menanti dari Ahad lepas...Akhirnya, Ayah Adam balik..
Yeay! Dan seminggu jugaklah tanpa internet.
Boring? not really. Coz Adam make my day occupied (^_-).

Cuci berak.

Breastfeed.

Mendodoi.

Dah merasa.

Cuma, mandikan Adam je belum berani lagi. Nak duduk pun takut-takut lagi =p.
Suppose jahitan dah baik sikit. Tapi sekarang nih masih berasa tak confident tak selesa.
Huh..Jahitan lah yang membataskan pergerakan. But pengalaman inilah yang harus di tempuh untuk menjadi seorang ibu.

Sekarang dalam dilema.
Tak biasa lagi nak membahasakan diri "Emak" @ "Ibu" @ "Mama" @ "Mummy" @ "Umi", etc..
Panggilan mana yang serasi agaknya dengan kiter ekh???

Kalau Mama, Encik husband cakap die tak prefer sebab sama ngan panggilan kite kat mak kiter.

Kalau Ibu, Erm................................ Sesuai ke? kite rasa macam tak sesuai la pulak. Umi pun sama.... Itu panggilan untuk para ibu-ibu yang punya raut wajah yang lembut.Kite??? hehehehe...

How about Mummy??? Huh, Encik husband laaagilah membantah =p.

Mak? Erm.... Takde sentimental value pulak. Bagi kite lah... ehehehe

Arhh.. Buntu..buntu... Let the feeling come naturally .. Mungkin feeling belum sampai kot.


Thanks to Encik suami kerana meminjamkan broadband from his friend. Dapatlah kiter mengupdate kerja ofis dari rumah. Alhamdulillah.... Syukran...


Adam
*View Bandar Jay Bee . Adam & Ayah.



Adam
*Adam's favourite position.



Adam
*My tiny little fingeR



Adam
*Sun Bath



Adam
*Seluar, hadiah dari Aunty Amlya. "Thanks Aunty!! "



**Tadi Adam dapat kunjungan dari atok-atok sedara dia. banyak betol hadiah die dapat.. Murah Rezeki ... Alhamdulillah... Semoga Adam sentiasa di murahkan rezeki ya Nak...

Wednesday, August 3, 2011

My Ramadhan.

Sayunya hati....


Sebulan penuh bulan Ramadhan....


Tanpa suami di sisi....



1

About a year ago on my birthday~~