Wednesday, February 15, 2012

3 Tahun

15 February 2009 (Tunang/Hantar Tanda)

15 February 2010 (Prepare untuk Kahwin)

15 February 2011 ( Pregnant 4 bulan )

15 February 2012 (Adam 6 bulan, 3 minggu)

Tuesday, February 14, 2012

Sesi Berangan : Vacation





I think i need a vacation. Tapi di mana ye????? Any idea???
Jom survey kat google.....
Memandangkan physically & Mentally belum boleh berpisah dengan Adam(sebab Adam *mengempeng) , mari cari vacation yang boleh bawak Adam instead of panjat gunung.


1.Cherating Beach:
i) Boleh bermandi manda
ii) Amik-amik gambo

2. Tasik Kenyir:
i) Ada gua
ii) Ada santuary ikan
iii) Ada air terjun
iv) Ada Taman Herba
v) Ada Tanjong Metong (Taman Negara)



3.Langkawi
i) Geoforest Kilim Park
ii) Tasik Dayang Bunting
iii) Dataran Lang (shopping!)
iv)cable car & sky bridge.
v)etc.


Tapi, sekarang kan musim panas gile.....
rasa mcm nak g Cameron jerk!!! Walaupun dah 7, 8 kali pergi. bole??


Down

Kesengalan badan tahap melampau. Tambahan, Jumaat lepas demam urat. Lemah satu badan.
Start semalam pulak, production susu semakin merudum. Hari ni? 20z je. SEDIH SIOT.
Hati ni rasa di siat-siat.
Ngadu dekat bos.
kebetulan die telepon tadi.
Tanpa kite explain pepanjang,terus die soh balik rumah.
Habis semua ayat di pintas.
update kerja dari rumah sahaja.
Prepare untuk Audit minggu depan.
But, Adam still stay di rumah baby sitter.
Nak buat power pumping.
(-_-).
Harap Kemeruduman susu akan berakhir secepat mungkin.
Doa kan Ya~

Demi budak kecik ni.......
ZZZ

Wednesday, February 8, 2012

Hari Thaipusam

Color Biru memang favourite sejak Ermm...Darjah 1.
Darjah 1 - Tingkatan 5 =rumah pasukan biru.
Baju jalan-jalan banyak warna biru.
Kite pun tak pasti secara psikologinya kenapa.
Tapi mata kite dari dulu menganggap BIRU ITU MENAWAN.
Sampaikan encik suami SELALU jugak reject pilihan tema baju raya color biru.
Dulu mase zaman bercinta, dah 3/4 kali encik suami belikan kain biru untuk dibuat baju raya.
Lepas kahwin, huh... TUKAR la tema lain. Takmo biru dah!


a2


a1


a


Tapi itu bukan topik tujuan asal entri.
Tadi balik kerja lambat. Kite ni kalau gerak lebih pukul 5:30 dari opis, memang dikira lambat lah sampai rumah. Memang dah SMS Babysitter Adam siap-siap cakap kite balik lambat. Walaupun dah SMS baby sitter tentang keLAMBATAN waktu balik kerja, tapi sebenarnya hati Dah tak ada kat tempat kerja. (LEMAH NYA LAH AKU NI).
Nak dijadikan cerita, tadi balik sangat lambat dari kerja. First time sampai kat rumah babysitter pukul 7:45pm. Sengal dah kepala memikirkan Adam sejak pukul 5 petang tadi kat tempat kerja. Sampai rumah babysitter, cepat-cepat solat. Nak balik rumah cepat. Takmo sampai rumah lewat-lewat. ais pek untuk diletakkan dalam cooler begkeesokan harinya sudah cair. So, memang kena balik rumah cepat. Nak letak dalam peti ais.
Sedang kereta memecut laju, sambil hati ni rasa menyirap tengok sampah kat area Batu Caves bertaburan. MEmang SIRAP beb! Tiba-tiba, Adam menangis sampai Tahap meronta-ronta macam kena injection. Gabra siot.Terus kite baca Al fatihah + surah 3 kul + Ayat kursi.
Adam diam sekejap je.
Lepas tu nangis gile-gile.
berenti sekejap kat trafic lite, dukung Adam. Die senyum.
Tapi bila lampu hijau, letak balik kt Car seat, menangis tak-tentu-hala.
Kite terukan perjalanan.
Jam la pulak jalan.
Yer la kan.
Thaipusam tak habis-habis.
Polis+ FRU kiri-kanan jalan dok standby je.
Sekali lagi, kite berenti kat Petronas MRR2.
dukung Adam.
Baca ayat-ayat suci Al-Quran.
tapi sekejap je.
lepas tu nangis balik
SUBHANALLAH.
Trus kite tepon Encik suami
Soh die cakap ngan Adam.
letak hp kat telinga Adam.
Adam senyap.
tup-tup die nangis balik sebab Encik suami putuskan talian.
Telefon nenek Adam.
Nenek Adam berbual dengan Adam sampailah depan rumah.
Fuhhhhh....
What-A-Wonderful-Wednesday!

La ni, tengah bukak surah Yaasin je.

Adam first Camping

Hujung minggu lepas adalah best (^_^).
Dapat gathering dengan cousin-cousin belah kite.
Gathering sambil berBBQ & Camping kat hutan rimba.
Sehari sebelum ke hutan, Adam demam.
Tapi demam tanpa selsema @ batuk.
Mak cakap, mungkin sebab demam nak merangkak/sebab nak tumbuh gigi.
Entah la.
Ini mengikut pengalaman orang tua.
Babysitter Adam pun cakap macam tu jugak
Sampai hari ni Adam masih ada sisa demam nya.
Orang johor cakap, "dedor".

Kalau cousin-cousin kite yang belah mak, memang semua jenis OUTDOOR.
Selamba je.
Lagipun, ramai lelaki dari perempuan.
Yang perempuan-perempuan pun same gak.
layan Outdoor.
Pakcik-pakcik & Makcik-makcik kite pun minat gile outdoor.
Layannn....
Ini yang semangat menggunung makin hhhmmmppphhh.....
La ni, dah berangan da nak plan trip seterusnya.
iskk...isk..isk...


5


10DSC06766


12DSC06770


17DSC06778


21DSC06786


26DSC06800


32DSC06811


35DSC06820


44



p/s: pssstt....lagi 2 minggu until our 2 year Anniversary. pheww.. dah nak 2 tahun kawen.