Monday, June 5, 2017

Percutian pertama 2017..Sabah bah...

Assalammualaiku...hari ni nak buat entry basi... tapi entry ni bermakna dalam hidup kite. Sebab? Inilah first time vacation jejauh ..huhuhu Ala..bukan oversea... Over The Sea je...

Negeri Di Bawah Bayu.

Nak ke oversea.. belum sampai lagi rezekinya.. 



Ok lah start dengan hari pertama...
Kami pilih hari sabtu. 
Sebab?
Itu jelah harga tiket yang mampu milik. Haha

Tapi ada bagusnya juga. Sebab?
Anak-anak ada kelas taekwando pagi tu. Jadi takyahlah ponteng. Entah ek. kite ni jenis parents yang agak malu nak pontengkan anak kecuali memang betul-betul perlu. Sama jugaklah masa zaman kerja. Malu sangat nak MC walaupun keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan.

Back to our itinerary.

Sabtu:
3:30pm  Sepatutnya flight take off tapi delay sampai pukul 4 petang
630pm  Touch down di Airport Sabah
              Makan dinner kat airport. KFC aje yang anak-anak nampak. Jadi dengan muka tak berapa suka nak makannya kami makan jugalah demi anak-anak. Jemu wey makan KFC.

8:00pm Amik kereta sewa kat airport. Kami menyewa kereta sewa dengan kawan. 5 hari dapatlah RM200++. Kereta Gen2

9:00 pm Dah sampai bilik. Kami check in di hotel budget. Hotel Hi-5. Puas hati. Walaupun kecik. tapi bersih. belakang hotel ada dobi. Parking pun senang. Keliling hotel ada medan selera bersepah-sepah.




Ahad
730 am Bersarapan di Rahmat Maju. Lepas check out terus cari kedai makan yang anak-anak nak makan. ape lagi kalau bukan roti canai.

8:30am bertolak menuju ke Kundasang.

10:00am Singgah di Rumah Terbalik. Harga tiket je kami bermpat dah dekat RM110 . Huhuhuhu . Kalau anak-anak dah besar rasenya takde maknanya nak g sini. Tapi sebab anak-anak enjoy. Layan ajelah.






11:00am meneruskan perjalanan ke Kudasang.

Singgah sebentar di jambatan tamparuli. 





Kenangan 7 tahun lepas... sebelum ada anak... La ni da nak masuk 3...

12pm : tiba di Kundasang dan kami check in di TM Resort. Fuh . sejuk . Tapi Seriously cakap. KAlau bukan sebab panjat gunung, takyahla g Kundasang. Huhuhuhhu..xde mende. Baik g Cameron Highland. Strawberry pun rege RM20. Kecik cenonet. Masam pulak tu. Strawberry giant lagi manis.

Datang sini sebab nak bawak anak-anak dan merasa jadi pelancong..hehehe..  Anak-anak pulak penat tak nak berjalan bila sampai Kundasang. So, taknaklah anak-anak meragam. kami biarkan diorang rehat je petang tu. Last-last Ibu diorang yang tertidur. Haih....




5pm Berjalan-jalan di Kinabalu Park. Menggamit memori betul. 7 tahun lepas kami pergi dengan kawan-kawan. La ni dengan family sendiri.



Macam tak caya dah hampir pukul 7pm ..tiba-tiba awan kat puncak terbukak. Macam tau-tau je kami nak bergambar...Hehehehe..padahal kat situ dah gelap dah...




Encik husband plak tetibe offer nak belanja makan kat Kinabalu park. Haih. Indahnya dunia rasa time tu.. Sebab tak berapa selera makan kat kedai area kundasang . Entahlah baby dalam perut ni. So, I really enjoy dinner there. Dengan suasana hutan tebal. belakang ada Gunung Kinabalu.


Makanan kat sini banyak western. So, memang kenalah dengan tekak mak buyong nih...


Bercuti, cuti jugak... tapi aktiviti atau pelajaran yang anak-anak tak dapat nak join sebab dipontengkan pun kena bawak jugak..hehehe.. sorry Adam... Ibu particurlar bab buat homework ni..

Isnin
6:00 bangun takdelah awal. Tapi kejutkan husband sebab die nak amik gambar sunrise katenya...






6:45am g breakfast area kundasang. Restoran Hidayah kot nama die. Nampak jelas Gunung Kinabalu kat depan kedai.


725am Siap-siap balik bilik. mandi. Bersedia untuk check out sebab nak g tengok lebu New Zealand. Matlamat utama nak amik gambar dan nak bagi anak-anak experience bagi lembu minum susu.








Balik dari Desa Dairy Farm, kami kononnya nak ke Mersilau Nature Park. Tapi jalan tutup sebab ada tanah runtuh. Oklah. Babailah Kundasang. Kami nak turun ke KK dulu.

10:30am Gerak turun ke Kota Kinabalu.

11:40am Singgah di Pekan Nabalu. Beli souvenir. Nenas die seriously sedap manis dan lembut. Tak pernah seumur hidup makan nenas fresh yang manis macam tu... Empulur pun lembut tau!


 Nenas RM6 yang sangat worth!!!!!!!!



Dalam pukul 4:30 sampai hotel sebab mencari hotel. kami dah book hotel budget. Tapi tak berapa puas hati sebab dapat tingkat 4 tanpa lif.

7:00pm pergi makan seafood kat KK. sebelah pasar filipin. Lepas google-google, kami pilih untuk makan di restoran Jawa. Sedapnya... dan MURAH!! Merasalah jugak makan lobster. pilih paling kecik.





Selasa :
700am sarapan di hotel . Hotel inclusive breakfast. pilihan tak banyak sebab bukan hotel 5 bintang. Nasib ada pisang goreng. Adam boleh makan.



PAgi tu kami check out awal dalam pukul 9 agaknya sebab nak ke pulau manukan. Kami pilih Pulau Manukan sahaja sebab pertamanya sebab bawak budak-budak. Kalau island hoping, memang tak sempat melainkan kami stay di Pulau Manukan.

Keduanya, kite dah agak sarat. Sikit-sikit nak kencing. Hehehehe... Memang sangat tak selesalah.. Tapi kalau ada rezki, memang teringin nak duduk chalet kat pulau Manukan. Macam best. Nak naik cruise sambil island hoping =D



Kami tiba di Pulau Manukan lebih kurang pukul 10 lebih. perjalanan dari Jeti ke Pulau Manukan ambil masa dalam 15-20 minitlah gitu. Sampai je sana, cari port letak air dan beg sementara tengok anak-anak mandi. Haih. Seriously kecewa dengna Pulau Manukan. Banyak sampah sarap. siap ada pampers baby terapung tapi orang snorkeling rilek aje. Kite memang x lalu lah.. Anak-anak main di gigi air je.









Dalam pukul 2 petang gitu,kami bersiap-siap untuk balik ke KK pulak. Sebab nak check in hotel lain pula. Hotel kali ni memang best! But yang tak bestnya... servis hotel die lambat. Reception die settle kemasukan semua dalam pukul 4 petang gitu. 





 view dari bilik... tenang je rasa....



End of our trip... kami singgah di pantai Tanjung Aru ..kasik budak-budak main pasir...

Monday, March 6, 2017

Ibu Ayah Patut Tahu Macam Mana Orang Jepun Didik Anak-Anak Supaya Cepat Pandai

Salah satu teknik terbaik yang patut ibu ayah ajar anak-anak adalah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan seperti mana yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Realitinya orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ibu bapa yang menjadi pendorong utama kepada pembesaran anak-anak yang bijak.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Baharuddin Mohamed kongsikan bagaimana orang Jepun mendidik anak mereka jadi bijak.


1. Teknik rangsangan otak

Orang Jepun menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak lebih kreatif, otak kiri cenderung kepada kira-kira dan fakta.

Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap perlahan kepada mereka, “Mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Berikan kata-kata positif pada mereka dan anak akan menyimpan memori imaginasi.

2. Marahlah, tapi jangan tengking

Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan "jangan", jangan itu, jangan ini... sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.

3. Biarkan mereka bermain

Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.

4. Teknik imaginasi

Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.

5. Teka-teki

Bermain teka-teki seperti masukkan barang dalam kotak dan minta mereka teka apa yang ada dalam kotak tersebut, baik untuk kanak-kanak. Mereka akan berfikir dan ia mampu mengaktifkan otak kanan.

Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak-anak lebih fokus dan cepat pandai.

Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.

Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara Islam.

kredit to : Majalah Wanita

p/s : Sejak Anak kite masuk 6 tahun ni. Memang bz concentrate uruskan rumah tangga ( housechores + driver ) dan mengajar anak kat rumah. Last year memang tak concentrate langsung pasal pembelajaran anak-anak. Cuma ajar membaca phonic easy reading english sahaja memandangkan kite kat rumah cakap campur-campur english & bahasa melayu. This year, bila tengok prestasi anak tak berapa memuaskan hati kite... Rase memang i must do something. Kena buat sesuatu! pembelajaran di sekolah tak membantu anak kite membaca at all! So... perubahan hidup 300% berubah sejak awal tahun ini. Penat sangat! memang penat. 

Since dua-dua anak dah sekolah... Dengan morning sickness kite yang tak habis-habis... Kena masak membasuh menyapu, maintainkan lantai sentiasa tidak berhabuk.. Kadang sampai nangis. Hahaha.. I overpush myself. Semua sendiri. Husband pula ada masa 2-3 jam je dengan anak-anak which is itupun kadang-kadang anak-anak masih melekat dengan ibu dia... Uwaaaa.... I dont know how i can manage to do all this.. It is so tough.. 

Dulu masa kerja, sampai je tempat kerja...terus urus diri sendiri. Kat rumah je urus anak dan suami. Dah tak kerja ni.. Allahu...Tak berhenti kot.. I dont have time for myself.. wuwuwuwuwuwwu... 

Berharap sangat Allah kurniakan kudrat LUARBIASA biar dapat buat semua.. Hahahaha... Amiiinnnn...
oklah.
papai.
dah siap mengarut.


I am a driver....
I am a teacher


I am a joker in the house yaw





I am a cook or makcik kantin





I am a Domestic Goddess... Try to maintain everything arranged accordingly but most of the time cant!


Dan ayah yang akan membantu jadi teacher kalau  ada kelapangan...


toodle!

Wednesday, February 15, 2017

Al Fatihah Mokde

Fuh..tiup2 blog yang berhabuk...
Lama betul tak merepek kat blog sendiri...
banyak dekat instagram aje..
Sebenarnya kite dah lama tak sihat dalam 3 minggu since 19 January...
Batuk & selsema sangat TERUK.
Batuk sampai terkencing-kencing + muntah.
Haaa...
Tau-tau ajelah..
Bladder ibu mengandung ni kan lemah gemalai.

Kes Sebelum Batuk +- Selsema :

1) Hantar Mak + Ayah + Atuk + Nenek + Pakcik2 + Makcik2 pergi umrah. 
2) Ulang alik hospital sebab pakcik kite tak sihat. 2 kali masuk hospital. Minggu pertama masa  hantar mak kite g umrah. Dah buat operation dah. 

Selang seminggu...masa sehari sebelum mak kite balik dari umrah, pakcik kite masuk ICU pulak. Sesak nafas lepas balik dari check up dari hospital. Allahu... Malam tu masa kat ICU wife pakcik kite dah pesan... Nak jumpa semua adik beradik die yang pergi umrah. ( Pakcik kite yang sakit ni, Pokteh, adik mak kite ). Maka bila flight touch down sahaja rombongan umrah minggu lepas, straight diorang terus ke hospital ampang. Kite pun datang sekali melawat sebab wife pokteh kite tak makan. tak sempat nak beli makanan sebab jaga pakcik kite kat icu.

Kebetulan, semua yang pergi umrah tu kena demam dan batuk teruk. 










Bila maknya batuk tak berhenti... anak-anak pun turut terjangkit sama. Tapi diorang On-Off batuk. Tak macam ibu diorang. Tengah-tengah malam dalam pukul 4-5 pagi tu akan terbangun sebab batuk teruk...


Last week... berita yang sangat menyentap hati kite. Makcik kite ( mokde ) yang pergi umrah dengan mak kite ( kakak mak kite ) meninggal dunia. Sekejap sangat sakitnya. Jumaat malam sesak nafas & low blood pressure. Esoknya pagi sabtu meninggal dunia. Allahuakbar.. Hati ni tuhan je yang tahu. Terngiang-ngiang suara mokde kat telinga. Memori dengan mokde flashback kat dalam kepala. Memori waktu kecik-kecik...kite suka pergi rumah mokde ni sebab dekat dengan pantai DESARU. Kalau cuti sekolah kalau tak ke rumah mokde, kite akan ke rumah pokteh...kalau stay rumah diorang time cuti sekolah ..paling minimum 10 hari... Haha..  Manelah tak sedihkan.. kite kenal dari kecik... Family kite ni, memang dah biasa kalau hujung minggu time cuti mesti akan balik kampung. berkumpul dengan cousin-cousin...Yelah..kampung satu negeri.. JB-pontian atau JB-Kulai takdelah jauh mana. JAdinya kami cousin-cousin memang sangat mesra dan rapat...Haih...merepek dah ni...

AL-FATIHAH buat MOKDE a.k.a Rosnah bt Ahmad. Kite rindu mokde...

(mokde telekung hitam)

Paling terkilan bile kite tak dapat nak balik tengok mokde buat kali terakhir sabtu lepas.. Sangat terkilan... Allah lebih menyayangi mokde.

Paling kesian, nenek kitelah... tahun lepas...2 orang anak die meninggal dalam tahun yang sama. MAk Itam & Pak Ngah. Mak Itam meninggal akibat breast cancer pada April 2016. 2 hari selepas birthday die. Pak ngah pulak meninggal pada 19 Ogos 2016 akibat serangan strok. Selang 4 bulan je Pak Ngah meninggal lepas Mak Itam meninggal. Selang 5 bulan pulak...mokde tinggalkan kami..2 hari selepas birthday die... Allahuakbar..

Al Fatihah untuk Mak Itam, Pak Ngah dan Mokde.






Ahad lepas......










Lepas nebulizer kat hospital sabtu lepas, barulah berkurang batuk kite...
Alhamdulillah.
Boleh dah mengemas.
Tapi sifat malas tu masih ada untuk lipat baju. Haha. Macam kubu perang wa cakap lu.