Thursday, December 9, 2010

#3 Gunung Nuang V2



Selamat pagi semua
(^__^)
Pagi ni rasa nak sambung semula journal mountain series kite sementara menunggu engineer-engineer makan tak hingat dunia. Kite pulak, minum air zappel versi ada gas. Oppppss! eheh. tersangat loya sekarang nih. i can't control my self.


Ok,
Trip ketiga, still, Gunung Nuang
ehehehe.. but this time kami start mendaki waktu malam.
And i love it! masa ni pakai torch light cap eveready. memang cap ayam lah.
kasut hiking time ni pakai kasut getah je. Ala, kasut zaman tok nenek kita dulu pakai untuk menoreh getah. Masa ni kite dah perasan dah kaki kite tak sesuai pakai kasut getah sebab sangat mudah melepuh. sakit sangat. Tapi kite abaikan jer sebab tak mampu nak beli kasut mahal-mahal la katekan.

Trip kali ni adalah seminggu selepas trip Gunung Nuang V1, iaitu 11-13 March 2005.
Jumaat 11 haribulan gitu, after kuliah, kami semua berkumpul kat depan kolej untuk tunggu bas yang akan bawa kami ke kaki gunung Nuang. sampai kaki gunung dalam maghrib gitu. and kami memulakan perjalanan ke Kem Lolo selepas isyak. Sepanjang perjalanan itu, kite dengan budak junior yang lain di pesan supaya jalan rapat-rapat, jangan berpecah. Kalau nak berhenti, ada password. Password malam tu kalau tak silap ..erm...isk..lupa lah! contoh, kalau nak berenti, orang tu kena sebut "ketupat", manakala kalau nak jalan balik, kena sebut , "pulut". haiishh.. lupa lah. Alhamdulillah, perjalanan malam tu selamat. Kami tiba di Kem Lolo pada pukul 12 rasanya. Kami plan untuk bertolak ke Puncak keesoka paginya.




Nothing much different from previous Nuang trip last week but a huge different is im not make it until Nuang Peak. Reason kalau tak silap, My other half (dulu boyfren) berak-berak. huhuhu. So, kami stay kat Kem Pacat. Hehe. dengan di temani Anjing Putih & seorang pendaki solo. Pendaki tu uncle berbangsa melayu. Die kata, die memang dah biasa mendaki gunung secara solo. Hebat! kind of achievement jugak la kan?




Kira-kira pukul 4 gitu, kami gerak turun bersama team kami yang baru jer turun dari puncak. Malam tu, nasi group kite jelantah lagi. Erk! ni lah team nya...
*Team yang paling united masak nasi

*inilah nasi jelantah kami.



Tengahari tu kami start decsending ke renjer Nuang. Walaubagaimanapun, trip ni best lah jugak tapi participant perempuan kali ni cuma 3 orang jer memandangkan time ni musim second Test kat UPM.

ok!
till then!
4th trip will coming soon.

p/s = V2 : Version 2

Wednesday, December 8, 2010

#2 Gunung Nuang V1




Mount Nuang
1,493 metres (4,898 ft)
4-6 March 2005

After Trip Gunung Datuk, Trip Gunung Nuang pula menyusul. Trip ini di anjurkan untuk training Gunung Tahan pada bulan April 2005 which is preparation for climbing Mount Tahan.

Transportation untuk trip ini di taja sepenuhnya oleh pihak UPM atas sebab Trip Gunung Tahan adalah Trip anjuran kolej (bukan underground).Jadi, kami dapatlah subsidi dari UPM. So, jimat duit minyak di situ. Kami bertolak pada pukul 6 petang (4 Mac 2005) bagi group 2 , iaitu student yang habis kuliah pukul 5 petang. Dari UPM, kami ke kaki Gunung Nuang, di mana, kami lalui Kampung Pansoon dulu sebelum sampai renjer Gunung Nuang. sampai sana dalam maghrib rasanya. Malam tu kami bermalam di wakaf Gunung Nuang.
Nuang 4-6 March 2005
*Dinner



Malam tu tak ingat makan apa. Tapi, yang bestnya kite jumpe Anjing kaler putih di mana rata-rata pendaki yang selalu mendaki gunung Nuang menggelarkan anjing itu sebagai Putih. Putih ni unik! Dia hanya makan roti gardenia. tak makan sardin/ daging. Kebiasaannya, Putih akan guide saper2 pendaki yang ke puncak gunung. Putih akan start mendaki seawal pagi, dan turun dari puncak selewat mungkin. sampai pendaki terakhir turun, baru dier turun. Hebat kan??
Nuang 4-6 March 2005
*Si Putih


Keesokannya, selepas bersarapan, kami bertolak ke Kem Lolo, iaitu first campsite. Lolo ni kiranya tempat favourite para pendaki yang nak bermalam sebelum ke Puncak Nuang. Perjalanan dari Kaki Gunung ke Lolo, letih. ehehe.. second time lah katekan. plus, kali ni first time bawa haversack 45+10L Deuter. Pinjam senior punya. color biru. So, tak dapat tune lagi macam mana nak control nafas masa mendaki.

Nuang 4-6 March 2005
*Muka time nih hitam. hahaha. Perjalanan dari Renjer (kaki gunung) ke Kem Lolo.

Kira-kira dalam pukul 9 lebih gitu, kami semua tiba di Kem Lolo. Kami siap-siapkan makanan untuk ke makan Lunch di puncak. sebab nak naik puncak pada hari itu juga.Dalam pukul 10 lebih gitu, kami bertolak ke puncak. Tapi kami berhenti di Kem Pacat untuk lunch sebab dah lapar dah. Kem Pacat ni pun ada jugak orang camping kat sini. Tapi tak ramai sebab waterpoint dier jauh sangat. Plus, waterpoint kat situ di katakan tempat laluan Pak Belang. Wallahua'lam.

Nuang 4-6 March 2005
*Inilah team kite. setiap orang di bahagikan ikut group dan masak ikut group. Kami masak nasi goreng jer time ni.



Dari Kem Pacat ke Puncak, tak berapa pacak sangat compared to dari Kem Lolo ke Kem Pacat. Woohooo.. Kira-kira pukul 2 gitu, kami tiba di Puncak. borak-borak,masak megi,masak air,snap-snap gambar, kami turun balik ke Kem Lolo dalam pukul 3.40pm. Perjalanan turun dari Kem Pacat ke Kem Lolo sangat menguji Lutut. banyak break..break.phew.. Dalam pukul 6.30pm gitu, kami tiba di Kem Lolo . seronok sangat!

Nuang 4-6 March 2005
*Gambar di Puncak Nuang


Paling tak boleh lupa, group kite malam tu masak sardin pastuh bubuh telur dalam sardin. pelik tap sedap! hehehe. Malam sebelum tidur, group kite berkumpul untuk tanak nasi. masa ni tak reti nak masak nasi guna mess tin. Dah biasa masak pakai periuk elektrik. Jadilah nasi jelantah.wehehehehhe...


On the way turun ke Renjer (kaki gunung), kami sempat lepak jap kat Kem Jagung. Kem Jagung ni, kami yang bagi gelaran. Kalau tak silap, time nih tengah lapar. So kebetulan time nih kawan kite ada lebihan jagung rebus. ehehe. ngada-ngada nak makan jap . Padahal lagi 15 minit jer nak sampai Renjer. (^_^)

Nuang 4-6 March 2005
*Kem Jagung



Nuang 4-6 March 2005
*Aktiviti wajib selepas balik mendaki. Cuci-cuci services. ehehe.


Alhamdulillah, kami selamat tiba di renjer dengan selamat.
Overall, trip ni sangat best!
.....................


Pssttt, tak reti lagi nak mengolah journal hiking dalam english. Tapi, one day, kite akan cuba. hehe. Maaflah, cerita agak tergantung. sebab sambil mengarang sambil tengok cerita Susuk.













double degree?

Double Degree??
Nak amik Veterinar ?
my dream career......
??????????
atau teruskan dengan course yang dah amik?
Pendapat???

Tuesday, December 7, 2010

#1 Gunung Datuk


Assalamualaikum.
Ok.
Kite sudah start boring.
I was just thinking, nak buat drama series , eh, bukan!
Catatan series of Mountain yang kite dah pernah pergi.
Kira macam Journal of My Mountain Trip.
Tujuan?
Bukan untuk riak. tapi kalau ada yang berfikir begitu, tidak mengapa .
Silakan. Anda ada hak.
Tapi yang sebetulnya, Kite tengah boring.
Fasa boring sebagai mother-t0-be (sebab tak dapat nak pergi panjat gunung), plus budget adalah punca utama. Yang keduanya, adalah untuk tatapan di hari tua. yelah kan. Dari terperap di rumah tengok tv, baiklah kite mencergaskan minda mengarang cerita, supaya baby dalam perut pun turut berfikir.
Ok. Lets start with my first trip.

Gunung pertama yang kite daki adalah:

-Ini jer gambar yang ada. Kami di pondok di puncak gunung.-

Gunung Datuk,Rembau, Negeri Sembilan
Ketinggian 885 meter/ 2900 Kaki
Febuari 2005.


This trip were organized by my super senior. Masa tu kite berada di tahun pertama di Universiti Putra Malaysia. And to be frank, I am so Excited. This trip is like a dream come true. Masa sekolah menengah dulu, kite AJK Rekreasi. But never given chance to participate in Mountain climbing trip. Kalau orang yang pandai-pandai kat sekolah atau sportswomen/man yang boleh participate. Kesian kan kite? They judge me by the surface je. Tapi nasib menyebelahi kite sebab kat UPM, i had the chance and senior-senior sangat mengalu-alukan untuk join. At first,i don't know why dorang beriya-iya. But when i'm in second year, semuanya sudah terbongkar.hahaha. I will explain it later.

Untuk trip first time nih, kite memang sangat-sangat zero. Tak tahu apa-apa. Senior-senior cuma pesan, bawa baju sepersalinan selama 2 hari dan sweater. Semua pakaian-pakaian itu hendaklah dibungkus dengan plastik supaya kalau hujan,baju tak basah. Time tu fikir, "wah, bijak betul senior-senior ni kan! tak terfikir pun nak balut dengan plastik". Sehari sebelum Trip itu, semua participant berkumpul ramai-ramai dekat dataran melur untuk pembahagian makanan dan pembungkusan makanan. Dataran melur terletak bersebelahan dengan hostel kite. So, senang la kite nak turun-naik ambil apa-apa barang kalau tak cukup.

Kalau tak silap, trip Gunung Datuk ni jatuh pada perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya lah. Lagipun, masa ni belum guna camra digital. Pakai kodak je.So, pagi-pagi sebelum gerak, semua berkumpul dekat Dataran Melur, untuk buat double check-up. Manalah tau kalau-kalau ada yang kurang. Lebih kurang pukul 9 pagi gitu, kami semua gerak. Oh ya, Kalau tak silap, masa ni, Kite and Other Half baru jer lebih kurang 2 bulan 'couple'. Ehehe.... Cinta zaman universiti. Perjalanan ini, kami menggunakan transport sendiri. (Senior-senior punya kereta ler...apa lagi).Kalau tak silap, participant ada 13 orang agaknya. (Herm..kan dah lupa...baru berapa tahun.).

On the way ke Rembau tu, kami singgah di RnR untuk breakfast. Lepas sarapan, kami terus bertolak ke Kaki Gunung Datuk.Sampai je kat kaki gunung, terus buat strething. Ok, Honestly, banyak moment yang kite tak ingat.Wohooooo.......so, inilah inisiatif ,tulis blog.Agaknya lepas ni banyak lagi moment dah lupa.

Sepanjang perjalanan mendaki, memang pacak habis! Pheww~ . I think it almost 70 degree kecerunan sepanjang perjalanan. 2/3 perjalanan, kaki kite tergeliat. cramp. Ade sorang senior, nama die Along tolong urutkan. Haha. Malu. Malu sebab nampak lembik. Baru 2/3 perjalanan.
Kira-kira lagi 20 minit nak sampai puncak, tiba-tiba nampak Si Dia berlari turun. (Time ni Si Dia jalan paling depan. kononnya nak booking camp site). Kami dapat berita yang ada salah seorang participant kena patuk ular. Adehh... Si Dia dah telefon ambulans dah. Pinjam henfon salah seorang peserta dari group lain. Bincang punya bincang, kami decide untuk meneruskan perjalanan. Sebab, ade sorang kakak senior tu confident kawan kiteorang yang kena patuk ular tu, ok. just bengkak sikit jer. Tak serius sangat. Masa ni sangat kagum kat kakak tu. Macam manelah dier boleh tau kawan kiter yang kena patuk ular tu tak serius dier punya kecederaan tu. Kagum! Alasan dia "kalau korang pergi panjat gunung yang 5 hari perjalanan, takkan nak patah balik kan? " . Fuh, tu jer alasan dier. Tapi kite tau, dia ada knowledge . Apa pun, What i've learn from that moment, We must trust our teammates, no matter what. Kalau tak sepakat, susah lah kan!


Akhirnya, kami sampai di puncak pada pukul 5.30 petang. Suhu kat atas tu, perghhh... Sejuk melampau + ribut angin. Angin sangat kencang.Masa sampai kat puncak tu, ada satu pondok dan bekas bilik air (jamban) yang dah runtuh. Kabus. Masa tengah unpacked barang2 makanan tu, tibe2, ada batu sebesar batu-bata dalam bungkusan pakaian dalam! dalam hati rasa cuak. saper lah yang nak santaukan kite nih. Yang senior2 ni buat2 tak tau. buat-buat pelik. padahal......................... memang nak kenakan kite.

Malam tu, kalau tak silap, makan sup sayur kobis. Errghhh..pun tak ingat makan ape malam tu.
Adehh.. Esoknya pagi2, kami ke puncak batu. tempat kami tidur semalamnya, bukanlah puncak sebenar. Tapi hanya tempat campsite. Tapi jarak dari campsite ke puncak hanyalah 2/3 minit jer. haha. Siap kena panjat tangga yang diikat dengan tali pada batu besar. Angin sangat kencang.

Tengahari tu, lepas lunch, kami tukar campsite ke tempat yang lebih dalam sikit. menurut kata pendaki-pendaki evergreen, tempat campsite tu adalah laluan ke puncak sebenar. tapi tak terkenal sebab puncaknya hanya di kelilingi pokok-pokok tinggi.

Kami pulang keesokan harinya selepas sarapan pagi. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan turun, semuanya selamat. And that's how my first hiking trip went and i am so addicted to mountain hiking since then. Rasa nak panjat tiap-tiap minggu membuak-buak.




Ok, till then.
2nd trip Journal will arrive soon.
Toodle Loo~





Bukit Cherakah, Shah Alam

We went to Bukit Cherakah, Shah Alam just now.



Bukit Cerakah
*Pregnant Lady in Car Sign

Bukit Cerakah
*Quite cheap.

Bukit Cerakah
*Too bad, i can't stand with the warm & hot day just now. So we just walked half way.

Bukit Cerakah
*Friendly porcupine.

Bukit Cerakah
*Ok. sama macam gigi makhluk seperti di atas tak?

Bukit Cerakah
*Till we meet again Bukit Cherakah . I'll be back!