Wednesday, January 20, 2016

Sweat Malaysia Road Tour

Tak update apa-apa lah pulak January ni. Padahal, ade aje aktiviti setiap hujung minggu.
Ada sahaja cerita hujung minggu walaupun duduk rumah melangok.

Last 2 weeks, kite ada join aktiviti HIIT CARDIO WORKOUT bersama COACH yang tengah popular sekarang, Amirul Agam. The best part is, dapat buat workout ramai-ramai sambil dengar lagu rancak yang best-best. Haaa..gitu...

Tapi kite adalah antara pesera TERTUA ok. TERTUA dalam group tu. Hahahaha...
Iols nak gelarkan diri iols MAKCIK KANTIN aje lepas nih.

Paling best, bile ade sorang Coach Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) ni approach and mintak no fon kot-kot lepas ni ade aktiviti best, die kata die ajak. Hehehe..bestnya~~
Dapat gak kawan.
Alaahai perangai housewife? 
Dapat jumpa orang macam dapat pergi melancong aje.
Hik..hik..


Cuba cari saya yang tersembunyi............ =D

Friday, January 1, 2016

Hello 2016!



Ya Allah.
Dah masuk 2016 dah.
Tak sangka.
Dah 9 tahun jugak berbloging.
Mana taknya.
Dari zaman bercinta,
Zaman hidup berdua.
Sampailah sekarang dah hidup berempat.
AllahuAkbar,
Mata masih boleh lihat dunia lagi.

Sejujurnya,
2016 masih lagi kabur .
Tak tahu apa yang mahu di aspect.
Cuma ada rough planning sahaja.
Semua bergantung kepada Dia.

Yang pasti,
Bisnes Saya Jual Enterprise akan mengeluarkan satu produk baru.
Jenama sendiri.
Tarikhnya tidak tahu bila.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya.
Nak cari duit poket.
Nak improve diri sendiri & bisnes.
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, memang inilah salah satu inisiatif yang kami buat untuk menambah pendapatan sampingan.
Mana yang faham fahamlah.
Mana yang memang tak mahu faham, hak kamu .

Kepada pembaca setia blog ini, 
Selamat Tahun Baru 2016.
Semoga tahun ini memberi banyak kenangan manis & kejayaan untuk kamu semua.





Salam Sayang,
Lydia & Hafiz Sekeluarga

P/s: Color of the year 2016 adalah Rose Quartz dan Serenity (biru lembut). I like this color!

Wednesday, December 30, 2015

Rombongan Meminang , Sungai Petani.

Cuti panjang memang mengujakan ! Kalau tak balik kampung, kami akan berjalan ataupun mesti ada aktiviti luar rumah. Senang cerita, OUTDOOR.

Baik dari segi budget vacation ataupun outdoor. Exclusive Vacation? Jauhh lagilah nak merasa.. Hahahaha... Tunggu jadi jutawan dulu kot.

Last week kami sekeluarga ke Kedah untuk join rombongan meminang. Memandangkan cousin kita dapat orang jauh nun di Kedah, jadi cousin-cousin yang duduk di KL ajelah yang dapat join rombongan tu. Firstly, JB-Kedah bukannya dekat. Secondly, budgetlah..of course... Segala-mala benda facilities kat Malaysia sekarang ni dah menggila kosnya. Semuanya nak naik harga. Memang kena calculate betul-betul. 2-3 bulan planning before the engagement event. 

Memandangkan tarikh rombongan meminang jatuh pada 26hb, jadinya, kami perlulah merancang perjalanan supaya tak stuck kat jem di highway Utara-Selatan. Memang lemaulah kalau stuck dalam jem. Kami gerak ke  Sungai Petani 25hb Disember 2015, dalam pukul 3 pagi gitu. Alhamdulillah. Smooth je jalan. Berhenti sekejap je kat Rnr mane ntah untuk solat subuh. Dalam pukul 8:30 gitu sampai Homestary di Sungai Petani. Very nice house! Jogging facilities, playground pun ada! sesuai dengan jiwa kami =D.


Homestay ni ada 4 bilik, 3 bilik air. Tapi yang part tak best, ada sarang burung kat bumbung. Hama burung tu gatal tau kena dekat kulit!



Petang tu, kami bersiar-siar dekat Jeti Semeling &  jalan-jalan area Sungai Petani naik bot dan berhenti di Tanjung Dawai. 



 Kalau tak silap masa ni, tong-tong duit naik bot sorang RM25. Sebab harga bot dalam RM280++ agaknya. Perjalanan pergi balik ambil masa dalam 2 jam setengah. Puas hati lah naik bot ni sebab bot ni bersih.



Kami diberi 40  minit untuk shopping dan makan laksa atau mee udang kat kedai-kedai kat situ. Merasalah makan laksa Utara di Tanjung Dawai. Orang kata kat sini banyak jual belacan, keropok lekor dan the best part is Mee Udang. Kite dapat merasa sesuap ajeItupun "ngecekorang. Sekejap sangat berhenti kat Tanjung Dawai.
Dicadangkan, kalau ke tanjung dawai ni naik bot, tak payahlah beli keropok or whatsoever. baik layan mee udang atau laksa. Sebab ramai gila orang. Kang order awak dah sampai, bot dah jalan. Tapi kalau tak lapar, bolehlah membeli belah ikan pekasam ke..keropok ke.. . Tak pun, order jugak mee udang, tapi bungkus. Haaa.... gitu.... 2 in 1. Itupun kalau sempat siap =p.



Dugaan ... Mula-mula sampai kat jeti semeling, tayar bocor. Dah tukar dah tayarnya sebelum naik bot ke Tanjung dawai. Tup-tup bila balik dari Tanjung Dawai, pancit pulak tayar sparenya. Aduhai.





Malam tu, kami sekeluarga buat BBQ. Nasi goreng beli kat mamak area homestay kami. Kat situ ada kemudahan. Kedai mamakruncit, dobi, farmasi, klinik, kedai hardware, etc.

Esoknya, 26hb Disember 2015,  adalah hari pertunangan cousins . Alhamdulillah. All went smooth. Kami ni rombongan orang-orang muda. Tapi yang belah perempuan, semua veteren-veteren.

Terkejut jugak sebenarnya majlis pertunangan cousins kite ni. Sekejap! Macam kelip mata 20 kali gituh dah settle dah! "Pinangan diterima!".
Memang mudah aje urusan pertunangan cousins kite. Datang pukul 12 tengahari, dalam pukul 1 lebih gitu dah siap-siap nak balik. Haha... Memang Magic. Jadinya, kami dengan tak ada plan, terus ke masjid, untuk sembahyang zohor & Asar sekali. Jamak. Bukan Jamak Takyah tau...

Plan asal nak balik KL lalu tepi laut. Tapi singgah kejap di Taman Tasik Taiping, Kaki Bukit Larut & Equine Park Taiping. Naik kuda ni pun FREE! Tiba-tiba ada orang belanja. Ade sorang hamba Allah ni die dah bayar, tapi tak boleh naik kuda sebab overweight. Orang yang berat lebih 60Kg tak boleh naik kuda. Nanti kuda tak nak jalan. Haha. tipu je. Tapi memang kalau lebih 60kg kuda kat sini tak boleh . Lupa plak sebab apa. Hehe.





Sebelum masing-masing mengubah haluan masing-masing, kami singgah kejap kat kuew tiau Doli. Ramai kata sedap. Tapi MAHA LAMBAT lah servis dia. ORDER SEJAM, MAKAN 5 MINIT. Dan rasa dia? Kuew tiau mamak lagi sedap. Not recommended for those yang ada anak kecil. Mengamuk wei nak tunggu kuew tiau sampai sejam. kuew tiau biasa je pun. Bukan special letak telur goreng kerbau ke, mata jin ke.. Haih. First and last lah kami ke sini.


Maghrib tu, kami singgah di masjid area taiping sebelum meneruskan perjalan menuju ke selatan. Which is kami pun tak decide nak bermalam di mana. Alahai..

At last,kami decide untuk bermalam di hotel murah di area Lumut. RM70 je semalam. Masing-masing kepenatan. Lepas mandi-mandi, makan, tidur~~~


27hb Disember 2015,
Kami meneruskan perjalanan kami dengan singgah di jeti Lumut. Kononnya nak jalan-jalan area Pulau Pangkor. Tapi fikir- punya fikir, tak jadi. Sebab suntuk sangat . Kalaunak jaan-jalan area Pulau Pangkor,kena bermalam kat sini. Baru puas hati. So, just beli-beli ikan bilis dan sotong gula, ambil gambar sikit.. And, kami teruskan perjalanan pula ke Teluk Intan via jalan kampung. 









Destinasi seterusnya, kami nak ambil gambar di Menara condong, sembahyang di masjid Area Teluk Intan dan Lunch di Restoran Mastan Gani. Kedai mee rebus & rojak meee popular kat sini.








Dan destinasi terakhir kami sebelum balik rumah, makan malam di Jeram, Kuala Selangor.  Ni memang tempat feveret sebab budak-budak bebas bergerak dan makanan die memang kena dekat tekak. Cuaca pun cantik sangat sepanjang hari tu . Alhamdulillah!





Sunday, December 20, 2015

GuestHouse Best di Penang.

Nak Park kat sini. 
Takut lupa pulak nak cari kat mana...


Guest house di:
Stay SongSong
15, Gerbang Erskine, Penang, Malaysia

Foto kredit to :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.740535339410704.1073741861.722536421210596&type=3






Saturday, December 19, 2015

Sightseeing Cruise Putrajaya

Belum lagi habis penat balik dari Sekeping Serendah, kami berjalan-jalan pula ke selatan Selangor iaitu Putrajaya.
 Kebetulan mak mertua ada hal di sana, so kami decide untuk jumpa kat Putrajaya je. Tak payahlah mak nak naik ke Batu Caves yang memang terkenal dengan jem kat jalan kuching.

Kat sanakami jalan-jalan enjoy view keliling Putrajaya naik cruise. Inilah first time gua naik cruise. Itupun orang belanja. Kalau tak, memang tak hingin lah nak menghabiskan duit naik bot. Hehehe..

Ni semua sebab Adam teringat maktok die dah janji nak bawak naik bot kat melaka. Tapi nk ke Melaka macam tak sempat semalam. Habis urusan di Putrajaya dalam pukul 1 tengahari gitu. Nak ke Melaka lagi, nak sembahyang Jumaat lagi. Memang tak sempatlah kan. Sebab mak nak balik JB malam itu juga.










Ini harga naik cruise..