Saturday, March 19, 2011

Solat 5 waktu.

Solat 1



"Dulu, masa kecik-kecik. Pernah beberapa kali kalau time solat tu terketawa. Sebab? "

1. Orang kat rumah pasang tv kuat-kuat (orang kat rumah tak tau pun kite solat. patutnya kite kena btau,kan? )

2. Ala... time kecik-kecik, tak semua budak-budak ada kesedaran sivik pasal solat. Kena dengki ngan kazen-kazen. kadang-kadang, dah nak bagi salam tu dorang buat lawak bongs!@$#. Mane lah tahan iman mase kecik-kecik. Puasa penuh pun masa umur 12 tahun. sebab kiter ni tak tahan godaan makan. Cis!!
**Kite di ajar solat masa umur 5 tahun. Suatu hari, mama ajak solat. Mama kata, 'ikut je apa mama buat. tak tau baca pun tak apa'. Itu lah first time kite solat. Tapi tak abis pun solat. Masa tu kalau tak silap solat Zohor. Sebabnya, nak terkencing sangat-sangat. Huhu.

Bila dah semakin dewasa,

dah sekolah agama,

baru tau cara-cara khusyuk dalam solat.

Ustazah & Ustaz ajar.

Terima kasih pada mereka.

Alhamdulillah, dengan didikan sempurna & bijak oleh parents kite, sejak kecil dah tertanam dalam hati kite yang solat tu sangat-sangat essential dalam kehidupan seharian. Memang tak tinggal kecuali tertidur tanpa sengaja. (-_-). Kagum ngan dorang. Adik kite yang belum sampai seru untuk pakai tudung pun jaga solat sampai sekarang. (Wallahua'lam. selama 20 tahun lebih duduk sebumbung ngan die ,itu yang kite observed. Semoga beliau mendapat hidayah untuk memakai tudung.Amiin). Even though parents kite dulu kerja berhempas-pulas. kerja 7am-2am (pergi kerja pagi,balik pagi), but still can manage supaya anak-anak diorang jaga solat.
Tiba-tiba terfikir, macam mana lah gaya nanti dah ada anak. Nak didik diorang solat dengan pendekatan yang macam mana. Maklumlah, zaman dah berubah. Kanak-kanak dah semakin berani . Kalau berani berhemah tak ape. Tapi kalau yang rude? Nauzubillah. Harap-harap kite & other half dapat didik anak-anak kite jaga solat since they were young! Amiiiin...




Btw, ini ada beberapa cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Google kejap tadi:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Oh ya, kite nak share sikit pengalaman Model/artis muslimah (Kak Wardina). Die post kat FB die. Kiter sangat-sangat touching dengan confession die. Silalah baca kalau ada masa. tak rugi. Maybe Pendekatan kak Dina to anak-anak dia boleh jadi guideline untuk bloggers out there. Insya Allah.
Here is her notes i've taken from her FB:

Dear mums...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau)

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!!Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....



Happy weekends to all!!
Ingat, solat 5 waktu tu penting!

No comments: