Wednesday, July 20, 2011

Proton BLM : Signal Warna Kuning Oren menyala



Salam hari Rabu.
Hari ni takde gambar Wordless Wednesday sebab nak bercerita sikit.
Minggu lepas, Boleh dikatakan minggu kite dan suami di duga.
DI DUGA?
Owh…
Dugaan budget sebenarnya…ehehehe…
Kereta kami ada problem.
Di kala tengah bulan nilah, kereta nak buat hal.
Jumaat lepas,
Selepas buat check up untuk 38 weeks preggy,
Kami ke Tesco untuk beli barang dapur.
Tengah nak cari parking tu, ternampaklah macam ada warning signal kaler oren kuning kat meter kereta.
I wonder what happen to my car yang dah 3 tahun tak tukar bateri… (Cuak ni..)
Maka, bermula-lah sesi Calling-calling.
Memula call ayah,
Die suruh g Proton Servis.
Tapi kiter macam tak sedap hati
Sebab takut kena charge mahal.
Budget tengah sempit untuk sambut kelahiran orang baru.
Tak puas hati dengan cadangan ayah,
Kiter tepon pulak kazen yang sememangnya Mekanik.
Tapi die kat JOHOR la.
Simbol signal tu macam ni:



engine warning lamp
Simbol number 6. Nama die *Engine Warning Lamp.


Fungsi die adalah untuk memberitahu yang ada salah satu komponen dalam engine yang problem.
Kazen soh g Proton gak sebab biasanya, kalau jadi macam tu, kemungkinan selepas beberapa kilometre, mungkin kereta tak boleh bergerak.
Lagipun, kalau jadi macam ni, Proton kena check pakai computer yang ada software khas.
Sebab ada 16/17 komponen dalam engine tu .
Jadi, untuk penyelesaian masalah ini, memang la kena g Proton servis.
Kite decide ngan husband untuk hantar kereta ke Proton servis keesokan harinya…
Hasilnya???
RM336…… untuk :
1. Switch stop lamp – RM22.00 ( Ini yang ori. Kalo tak ori, rege dalam RM20. baik beli yg ori)
2. Brake Bulb (12V-21/5W) – 2 unit – RM18.00
3. Brake Bulb ( 12V-21W) – 1 unit – RM6.00
4. Battery (NS60) – RM230
5. EMS Tuning – 1 unit – RM60.00
Total : 336:00
Nah… Itulah totalnya.. nak terjelepok rasa… Tapi rasa secure, tuhan je yang tahu. Seb bek ada Duit kontijensi encik suami . =p. Sangap le bulan nih… dah nak dekat bersalin ni la dugaan cenggini datang..isk..isk.. Harap dengan pengalaman kiter ni, kepada sesiapa yang terkena, dapat membantu korang yer sedikit sebanyak.
Tips: untuk elakkan kejadian sebegini mudah terjadi, bagi yang kereta auto, kalau berenti depan traffic lite atau dalam keadaan jam, janganlah letak mode gear tu kat dalam keadaan "D". TOLONGLAH FREE kan GEAR iaitu "N". Kalau parking, jangan lupa letak mode "P" instead of "N". Sayangilah kereta anda walaupun cap local je. Harta susah nak cari kan...??

aa
*Buraq kami yang dah pun berusia 3 tahun 5 bulan.

aaa
*Dah lama rasanya tak basuh kereta sendiri. Agak-agak ujung minggu ni tak beranak lagi, nak cuci sendiri lah.







No comments: