Monday, June 22, 2015

Fadhilat Jamuan Berbuka di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah..dah masuk minggu kedua berpuasa..
Seronoknya...
Paling seronok, bile rumah kite jadik tempat berkumpul berbuka puasa bersama cousin-sousin.
Ya. Kite memang suka kalau gathering ramai-ramai ni.
Baik masa sebelum jadi surirumah mahupun masa bekerja.
I get bored easily when im alone.
Tapi kalo sorang-sorang dengan komputer dan internet, tak bosan!
Haha..




Fadhilat Jamuan Berbuka di Bulan Ramadhan :
1. Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang bermaksud : Sedekah pada bulan Ramadhan
– Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi
2. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.
Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-

Pengajaran hadis
1. Memberitahu kita mengenai kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan.
2. Bagi mereka yang membuat jamuan berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa menjejaskan pahala orang yang berpuasa itu(tetamu).
3. Digalakkan agar kita membuat jamuan kepada orang yang berpuasa.
4. Dalam mengadakan jamuan, kita dilarang membazir malah kita hendaklah melakukannya mengikut kemampuan yang ada.







*Lauk feveret dan laku habis

Alhamdulillah, kite masak habis semua lauk. Baki lauk yang masih banyak, masing-masing (cousins) 'tapau' bawa balik rumah untuk bersahur. Ahh....lega... Yelakan, jenuh plak nak menghabiskan lauk yang masih banyak dengan suami. 

Menu kami mase malam tu, simple je. Kite masak mane yang kite expert je :
1. Kari Ayam
2. Sambal Goreng Jawa
3. Dadih jagung ( di buat sehari sebelum majlis berbuka puasa )
4. Tembikai
5. Air orange jus ( home made )- yang  ini, encik suami volunteer nak buat. Dalam hati berkata , ' mintak-mintaklah tak sepah sangat ' . Mata kite jeling-jeling je mase encik suami blender fresh orange. Biasalah kan, orang lelaki buat kerja dapur semua campak-campak. Hehehe




Sumber maklumat :
1. https://aki2004.wordpress.com
2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/7495-bersedekah-adalah-keberkatan-yang-berpanjangan.html

No comments: