Wednesday, February 12, 2014

New haircut for Adam and Bisnes KerepekKu

Aktiviti kami hujung minggu lepas....

packing kerepek

All day long

dan bila tahap boring ibu Adam and Anas dah memuncak, Ibu pun decide untuk bagi hairstyle baru untuk Adam sempena tahun 2014.

Nah!







Alhamdulillah sangat.

Sambutan kerepek sangat memberangsangkan.

Isnin lepas hantar di opis area KLCC, bila malamnya dapat mesej yang kerepek dah habis dah...

Padahal kite letak 30 paket tu...

Syukur..

Semalam pulak kite letak kat FRIM.

Turun je dari kereta, terus ade orang nak beli 15 paket terus.

Tak sempat letak kat admin office.

Syukurlah....

Harap bisnes Kerepek kite akan berjalan lancar.

Dan kite akan buat lagi satu blog pasal kerepek.

Sunday, February 9, 2014

Saya Jual Kerepek.

Mata sebenarnya dah nak tertutup.

In fact, dah terlelapdah pun tadi sambil menyusukan Anas.

Tapi, Ku gagahkan jua...

Sebab?

Ni, nak promote sikit ... Benda yang kite buat dari siang hari tadi...

 Kerepek Ubi Pedas

 Kerepek Dal

Kerepek Kari mengancam

Kesemua kerepek di atas kite packing dari siang hari.Ni pukul 3 pagi pun masih ada lagi tak pack. Sambung esok ler pulak. Kite ingat, kalo ade siapa-siapa nak jual kat opis kite boleh supplykan. Dah siap packing. Korang tinggal jual je. Rasa die, MEMANG TERBAIK! BANTING mari ....


BERMINAT ?
Wassap ke No kite : 013- 2999 408

Saturday, February 8, 2014

Serba Serbi Pantas

Jadi fulltime housewife with 2 active infants, memang kena pantas dan cergas.
Sebab?

Mereka rajin mengemas
Mereka on demand tak kira masa.
Mereka masih dalam level suka tantrum.
Mereka masih belajar erti "tunggu sekejap boleh x, ibu nak berak"
Mereka masih nak meleset/bermanja
Mereka masih nak ibu mereka ada kat sebelah kalo tengok tv/main i-pad.

So, most of the time meal time kite sedikit terganggu masa awal-awal menyandang jawatan sebagai SAHM (Stay-At-Home-Mom).

Sekarang, untuk memudahkan kite dapat makan on time especially lunch hour, menu kena yang mudah .
Contohnya, makanan yang gril/sup/salad.

Salah satunya:

Ayam gril atas Pemanggang Ajaib. Pemanggang Ajaib memang menjimatkan masa. Sebab jimat masa nak membasuh dan memasak. Lepas letak ayam dalam pemanggang ajaib, tinggal je kejap sambil buat kerja rumah yang lain atau menyusukan anas ke misalnya. Multi Tasking pendek kata kalo jadi manusia bernama EMAK!

Petang tadi, pembelajaran tentang warna untuk Adam dan Anas....





Friday, February 7, 2014

Pengat Pisang in da House

Resipi Pengat pisang ni rupanya mudah aje.

kite yang tak pandai masak pun boleh buat.

Apatah lagi yang dah ade 4 flat degree  Kulinari.

Bahan-bahan Pengat Pisang :
Beberapa biji pisang kegemaran anda. Kite pilih yang ini 

Sebiji gula melaka
Santan sebiji/ satu kotak
Daun pandan
1 cawan biji sagu (Rendam sagu sebelum masak lebih kurang setengah jam.)


Cara-caranya :

  1. Panaskan periuk
  2. tuang santan. Tuang sikit air ikut kepekatan yang korang nak.
  3. letak gula melaka dan kacau selalu. Jangan kasi pecah santan orang kata.
  4. lepas semua gula melaka larut, letakkan pisang yang dah di potong. 
  5. Sentiasa kacau jangan kasi pecah santan selama 2-3minit.
  6. Lepas tu, masukkan sagu.
  7. Kacau sehingga sebati selama 5 minit.
  8. Siap!





Malamnya pula, kami anak beranak FIRST TIME pergi pasar malam NAIK MOTO. Memang betul-betul penuggang lebih muatan la kiteorang ni. Haha. Jejak tau motor dengan hump . 

 *Ternganga tengok orang proses air tebu guna machine gedabak besor.


Adam's Favourite.

*Adik dah tumbuh 5 batang gigi.

Wednesday, February 5, 2014

Cara buat home made Fishball.

Hari ni, kite berjaya lagi buat eksperimen di dapur walaupun kedua-dua anak teruna masih dalam mode Acute Gastroetriedis. Menunya senang aje. Ala, Sup Fishball . But yang membezakan masakan sup fishball adalah fishballnya kite buat sendiri. Berbekalkan resipi dari blog orang lain.

Well, ini adalah resipi fishball :
4 ekor ikan kembung ( Paling biasa orang buat, ikan tenggiri) - isi ikan di keluarkan dan dicincang halus.
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk lada sulah

Kelima-lima bahan-bahan di atas, di gabungkan dan di ramas-ramas,di penyek-penyek, di baling-baling di dalam mangkuk besar.

kemudian kepalkan isi nya bulat-bulat sampai habis.


Didihkan air.

Rebus bebola ikan 10 minit.

Angkat dan toskan

Siap!



Ok. Jom pikir pulak esok nak masak breakfast and dinner ape. Hmmmmm......