Setelah lebih kurang setahun jadi fulltime housewife, it is time for me to change the title.
Ala, still Housewife but not Stay At Home Mum . I am now Working At Home Mum.
Jual kerepek pon, di kira "Working" juga kan?
Haha.
ok la tu. Kerja yang halal.
tapi kan...
ade terbaca satu statement ni kat blog someone .
Ayat dia begini
"Dear girlfriends... my mom selalu pesan... orang perempuan teruk mana education background, kena kerja so that suami respect. Baik mama!"
Sentap sikitlah.
But kite teringat kata-kata Mak Long kite. It's Ok.
"Once u dah start bussiness at home with your kids around you, don't ever mind what people talking bad about what you are doing. Jangan patah semangat. Ingat, kita berhenti kerja kerana Allah Ta'ala. Anak-anak amanah dari Allah. Tengok macam Mak Long ni, Lepas Pak Long meninggal (Mase tu anak sulung umur 14 tahun, anak paling bongsu umur setahun lebih ) Mak Long besarkan anak-anak yang 8 orang tu sorang-sorang dengan berniaga kuih dan supplement kesihatan sahaja. Alhamdulillah. Rasa berkat sangat besarkan anak-anak dengan berkerja dari rumah. "
such a soothing words sangat Mak Long kite berceramah kat telefon hampir 2 jam once die dapat tau kite dah berenti kerja sebab jaga anak-anak. Working mommies out there jangan kecik hati ye. Ini jalan yang kita pilih. Every mommies are awesome in their own ways. Masing-masing ada jalan cerita sendiri.
Pilihan di tangan masing-masing .
Lauk Hari ini!
90% Jowo.
Nasi
+Sambal Jawa
+Sup Ayam Bodo
+Sambal kicap
+Home made Watermelon Juice.
Resipi Sambal Jawa
Bahan-bahan untuk di blender:
Bawang putih 5 ulas
Bawang Merah 3 biji yang besar
Lengkuas sebesar ibu jari
Lada merah 5 tangkai
Cili Padi 7 biji
Udang kering 4 sudu besar
Ikan bilis 1/2 genggam tangan.
Bahan di potong Dadu + Digoreng dahulu:
Kentang 5 biji
Tempe 3 keping
Pedal ayam
Hati ayam
Bahan sayur-sayuran :
Kacang panjang -ikut suka hati banyak mana
Lada merah di hiris
Fucuk
Sooh hoon
Cara-cara masak :
1. Tumis bahan yang di blender hingga garing. Masukkan garam scukup rasa.
2. Masukkan bahan yang di goreng dahulu
3 Selepas seminit, masukkan kicap dalam satu cawan. (Agak-agak korang la nak hitam mane sambal jawa korang)
4. Masukkan kacang panjang. Gaul rata hingga 2 minit
5. Masukkan fucuk + Lada merah yang di hiris. Gaul rata dalam seminit
6. Last sekali, masukkan sooh hoon.
7. Siap!
Cakap pasal being Housewife terhormat ni, hari ni sahaja kite kena mengemop lantai 5 kali! Sebab snow turun kat umah.
Magic kan?
Macam tak percaya snow boleh turun dalam rumah
Jentolak takdelah pulak nak bersihkan snow ni
Rambut adik pun kena snow
2 comments:
kita sama...berenti kerja sbb nk bagi tumpuan kt anak2 & family. jgn peduli ckp2 org, yg penting kita tahu apa yg kita buat. rasa lebih tenang bila berhenti kerja, tgk anak2 membesar dpn mata. by the way, sambal goreng jawa tu menggoda, I nk try buat nnti!
terima kasih kerana memahami.. ;-)
sebenarnya hampir 90% dah lali bila orang cakap benda yg negative pasal being housewife. Cuma kadang2 lagi 10% still ade sikit rase tercuit . ;-)
Post a Comment