Tuesday, May 31, 2011

Hari-Hari Terakhir.....



Soalan yang masih di perkatakan sehingga hari ini.
Betulkah anak membawa rezeki?
Gugel jap.
Ada satu soalan dan siap dengan jawapan.
lampiran adalah seperti di bawah.
Kalau korang free-free,
bacalah yea (^_^).
Lepas tu,
Layankan ajelah gambar yang kite snap hari ni.......
have a nice browsing!


SOALAN

DI sini saya ada beberapa kemusykilan. Benarkah anak membawa rezeki? Jika benar, mengapa mereka yang mempunyai anak yang ramai hidup susah, tidak mampu membeli makanan apatah lagi barang keperluan?
Di akhbar, kebanyakan yang meminta bantuan adalah mereka yang ada ramai anak.

Jika mereka tidak mampu menyara hidup, mengapa mereka memiliki ramai anak? Adakah adil untuk anak-anak lahir dalam kemiskinan.

Sekiranya benar anak membawa rezeki, bukankah lagi ramai anak lagi senang hidupnya tapi mengapa jadi sebaliknya.

Saya bersimpati terhadap anak-anak yang dilahirkan dalam kemiskinan.

Sekiranya mereka boleh memilih, sudah tentu mereka tidak mahu dilahirkan dalam keluarga miskin.

PUTERI RAHMAN
Ampang


JAWAPAN


Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak.

Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan dia tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dalam hadis Rasululah SAW.

Rezeki Tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan Allah berkuasa pula melapangkan atau mengkayakan seseorang dikehendakinya dan begitu juga sebaliknya.

Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kepadanya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak, sesudah ia mendapat kelapangan dan kekayaannya itu?

Semua orang akan kembali kepada Allah dan masing-masing akan diberi balasannya. Mereka yang mendapat rezeki anak mestilah berusaha pula menyara anak-anak yang dilahirkan.

Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya.


-------------------------------





5
*Menghitung hari. Alarm sudah pun di pasang. Kalau tak bangun jugak, tak tau lah.


4
*Menikmati waktu-waktu tidur siang


2
*Sambil melayan angin sejuk dari bilik.
Sila abaikan bilik yang amat tidak seni itu. Ini dah habis seni dah ni. tunggu lah ada rezeki esok, mau deco bilik ini cecantik (^_^). Amiiiiiiiiiiiin.


6

*Menikmati jagung rebus yang di kirim dari kawan-kawan yang baru balik memanjat Gunung Yellow-Pass. Nikmat betul dapat makan jagung mutiara nih. Asyiiiikkkkkkkkkk!!!
Sekaligus membantu masalah pencernaan saya...ehehehehe

Monday, May 30, 2011

Advance birthday Present (^_^)


Advance birthday present.
Walaupun tahun ni tak dapat nak celebrate Anniversary...
Walaupun tahun ni tahun kedua tak dapat nak celebrate besday ...
Tapi hadiah yang ini sangat bermakna!



i can see your face yawning!
Walaupun pakai 2D jerk....
Tak ada rezki agaknya untuk 4D
Oh my Bimbo!
u r getting bigger now.
Eeeeeee..............Geraaaaaaaaam...........
Cepatlah masa berlalu....
tak sabar nak jumpa nih!


*Membasuh baju sebelum di letakkan dalam bonet keta =p


* Ce Teka....Ce teka.... ???? ehehehehe

p/s : berat badan naik 6 kilo since dari awal pregnant hingga ke hari ini. wuuuuhuhuhuhu...

32 Weeks

Pulang ke JB dengan menaiki pengangkutan awam di kala perot 32 minggu adalah....
penat sikit... tapi enjoy... (^_^).
Sebab dah lama tak naik public transport dengan encik Suami travel jejauh.



2
Stesyen Komuter Batu Caves bersih lagi. Toilet pun tip top. Baru buka lah katakan.


3
Terminal Bandar Tasek Selatan Umpama Airport.



4
Travel jejauh naik public transport adalah sangat convenient dengan memikul haversack rather than pakai beg balik kampung jinjing tepi. Tak sakit badan.


bts
Tak lama lagi, Stesyen BTS akan buka Starbucks.
Sekarang dah ada KFC & Kenny Rogers.


p/s : Oh ya, kena bli tiket bus yang kompem bus nya ok. Jangan yang kerusi 'kokak' especially untuk ibu mengandung. Nanti perot masuk angin. Sebab posisi duduk tak betul.Kalau dah banyak angin, pepaham je lah =p.

Thursday, May 26, 2011

First injection.

One of the reason kite tak pernah derma darah......is....................
kiter TAKOT JARUM INJECTION !
and i am so sure would fainted kalo menderma darah.
Tadi kena injection for first dose untuk first time pregnancy, Tetanus injection pendek kata.
Mak Aiiii~~~~
macam nak demam nih lepas kena inject...
and also swelling at the injection site.
Its painful.
Ikut researched kat dalam Encik gugel,

"After delivery, you will have an episiotomy wound in your private part. The purpose of this injection is to reduce the possibility of the tetanus infection in your episiotomy wound."

Mind setting sekarang kena buat yg sakit beranak lagi sakit tak terperi.
So, kena kental!
Hehehehe.....



Wednesday, May 25, 2011

1001 Rasa


Ikut kiraan dokter,
Esok genap 32 weeks or 8 months.
Kejap je rasa.
Sekarang ni cepat sangat rasa mengah.
Dan yang paling kita risaukan, hati berdebar-debar laju macam jam loceng!
tak suka rasa berdebar.
(-_-) Wuuuuwuuuwuuuuwuuuuwuuuuu.........
Rasa berdebar yang macam nak pergi interview....

Monday, May 23, 2011

Mean CAT !

Pagi tadi lepas semayang subuh,
mnejenguk ke dapur.
Itu perkara biasa .
Sebab nak make sure dapur dan hall kemas sebelum Encik Suami bersiap-siap untuk kerja.
Tup-tup.
nampak dapur berselerak ngan sampah yang di selongkar dari tong sampah.
pastuh kucing parsi entah siapa punya yang biasa naik ke balkoni dapur,duduk tepi pintu dapur.
LULUH HATI INI.
Penat !
Tatkala itu rasa macam nak tembak je kucing tu.
tapi memandangkan kite bukannya ada senapang,lesen jauh sekali.
PLUS.
Kite tak lah sekejam itu.
Lalu dengan lemah longlainya kite KUTIP balik sampah-sampah bertaburan seketul-seketul.
Memang ibu mengandung ni ajelah yang selalu mengerjakan kerja kucing liar ni.
kite sapu + mop satu rumah.
ok,
DONE.

setengah jam lepas....
Benda yang sama jadi balik!

mean CAT!
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH......
TERASA SEPERTI HAMBA KEPADA KUCING ITU!
bengang + PENAT.
terasa jugaklah airmata ni bertakung masa kutip sampah-sampah bertaburan.
SEDIH SANGAT!
"Wahai Puan kucing, kenapa lah kau duga aku cenggini sekali. Tak mengenang budi betol lah! "

Saturday, May 21, 2011

From My Sony.

Currently i couldn't fall asleep.
Back ache .
The baby moving a lot compared to last week.
I became more thirstier than ever.
4 Litre of mineral water just not enough for a day.
My throat feel dry and my arms showing a lil bit of dehydrated sign.
1 litre of mineral water is a must beside my bed .
Hope the 'hot' season won't last long like before.





lil sis
*1

sony nex 3
*2

....Since i couldn't sleep, i've try to editing some photos that i shoot yesterday using photoscape .

Friday, May 20, 2011

JODOH

I've read once.
Article pasal petanda JODOH ANDA.
Masa tu umur baru belasan tahun.
Salah satunya;

-Pernah berselisih di sesuatu tempat sebelum berjumpa/berkenalan/bercinta-

Kite baru teringat,
First time berselisih denganEncik Suami,
Tahun 1998.
masa tu kiter tengah berjalan kat area bangunan bilik guru sekolah menengah.
Kami bertentang mata sekejap.
Hati kite berbisik

"Ek eh... pinknya bibir brader ni. bibir gua pun tak semerah/sepink ni"

Lalu terus berlalu tanpa mengetahui bahawa dia adalah JODOH saya!


1998
*Kadet Bomba 1998.


What a one small world kan.
Kami berjumpa balik pada tahun 2004.
Semasa meeting KELAB REKREASI kolej Tun Dr. Ismail,UPM.
Kite yang menegur dia.
Sebab kite cam bibir dia.
Hehehe..
Tapi dah tak pink dah.
Dah gelap.
Tapi trademark die,
MATA BUNDAR.
(^_^).


2004
*Juara tarik tali 2004.

p/s: Insya Allah lagi 2 bulan saya akan jadi ibu kepada anak brader mata bundar pooojaan hati!

Thursday, May 19, 2011

Aku Hanya Pendatang

Membela kucing memang seronok.
Apatah lagi kalau kucing tu superb manja.
Di tambah pula dengan bulunya yang gebu dan rajin "grooming" (kucing yang pembersih ajela).
Tapi keikhlasan Pembelanya menambahkan lagi nikmat membela kucing.
Bertambah-tambah gebu lah kucing itu.
Sebab di limpahkan dengan kasih sayang dan makanan yang berkhasiat dan mahal.

Semenjak 3/4 bulan kebelakangan ni, ada sekor kucing nih rajin datang ke rumah.
Entah dari bumbung jiran mane ntah .
Tau-tau je dah ada kat balkoni dapur.
Kalau manja tak apa lah juga.
Ini PENAKUT!
Encik suami dengan murah hatinya rajin bagi kucing ni makan.
Memula bagi sisa-sisa makanan.
Lama-kelamaan................................. beli makanan kucing cap ape ntah.
Sekarang nih Cap Whiskas...
Memang naik lemak kucing nih.
Sayang bebenor encik husband kat kucing nih.
Kite tak sayang sangat.
yelah,
sebab dah lah tak manja.
makan bersepah (yang kena kemas,kite jugak).
Suka korek tong sampah walaupun dah di beri makan.
Haiiiiiiiiiiiii......
Rezeki kau lah kucing....
nasib baik Encik SuamiKu sayang kat ko.
Dah satu kerja nak membersihkan lantai segala bagai.
Encik husband pernah cakap :
"Mudah-mudahan, kucing ni mendoakan kesejahteraan kita & mendoakan ibu mengandung nih mudah bersalin yea.."

AMIINNNNNNN....

Harap-harap lah yea... (^_-)


pendatang
*Inilah kucing pendatangnya. Kami panggil die BELANG.


other half
*This is what we had for dinner yesterday. Popiah Udang!

Sekarang nih dah jarang upload gambar makan malam.
Entah nape ntah.
yerla.
Sejak Membuyung nih, Passion untuk masak sangat-sangat kurang.
So,nak amik gambar makanan pun tak selera.

Wednesday, May 18, 2011

I learnt something...

Using Photoscape instead of Photoshop......

Filter --> Region Out of Focus.





def
-Before-

abc
-After-

Tuesday, May 17, 2011

Little England of Malaysia

Assalammualaikum and selamat Subuh.
It's been a while i've been ignored our blog.Geez...
Quite buzy with some preparation for my lil sis practical training.
Guess i'm not alone while the other half is super busy with new project.

We've spent our last weekend in a remote place yet refreshing called Little England of Malaysia.
a.k.a Fraser Hill located at Raub,Pahang. Named after a solitory Scottish pioneer, James Fraser, who set up a tin-ore trading post in 1890's. Since It is not so far from our place, we came out with organizing family trip/ gedik santai super duper with our Arts & Hiking Group, SAMAJADI for 2 days 1 night.

As it is called relaxed trip,so we decide not to create an event/ schedule for this trip. Apa rasa nak buat, buat time tu jugak! Actuallly, there is a lot to discover at Fraser's Hill but since my physical condition is not in a good shape =p, we end up by snapping picture just to fill up our time and showing our skill in photography.




23
-Kuala Kubu Baru Dam-





4
-Stop nearby mini waterfall-



8
-I am 30 weeks onwards-


a
-Jambatan Gantung near spooky Gap House-



1
-From the window of spooky house-


14
-I Heart U-



17
-Menggigil kesejukan after splashing2 at Air Terjun Jeriau-


9
-F.R.I.E.N.D.S-


5
-Need to be service-

4
-Before trekking to Pine Tree Hill Track-


7
-Jungle trekking a little bit for preggie. Xjauh pun. =p -

27
-Our dream : To own our own DSLR with multiple lenses! Insya Allah-


36
-Bergambar sebelum pulang & Lunch-


45
-Sedikit gangguan dari buluh yang tumbang di tengah-tengah jalan dari Gap House ke Kuala Kubu Baru-

Overall, semua selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Personally, Fraser's hill trip should be repeat since tak dapat nak captured moment sangat masa turun dari Fraser ke Gap House lalu jalan lama. View superb!


Wednesday, May 11, 2011

Doa I


Syukur ke hadrat Allah SubhanahuaTa'ala.....
Dengan limpah kurnianya...
Allah telah memakbulkan doa hamba-hambanya..
Terima kasih tak terhingga kepada orang-orang yang tersayang....
Kawan-kawan yang sentiasa mengingati diri kite yang tak seberapa ni...
Terima kasih kerana tidak putus-putus berdoa....
Doa kalian akhirnya termakbul...

Terima kasih banyak-baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkkkk!


** To be continued next week.......

Tuesday, May 10, 2011

I'm Hot



Dah dekat 5 hari tak hujan.




Panas membara tak usah cakap.




Sehari suntuk letak ice pad atas kepala.




Ice pad ada 1




bila ice pad dah tak sejuk,




letak towel basah pulak.




Well.....




hari ni, Jerebu pulak.




Dah lah suhu ibu mengadung ni panas lain macam.




Lagi lah macam Cacing kepanasan.




Oh I'm HOT!




















*Mesin jahit tepi ni tadi kiter survey-survey kat Mydin Subang Jaya. Bestnya.......cuci mata.. =p




*Malam kelmarin buat tudung sampai pukul 1 pagi.

Dengan tak ada mesin jahit tepi, agak berserabai sikit jahitannya.


Nasib baik tudung Kaler hitam + awning kodroi belang-belang hitam biru.


So, tak nampak sangat kekasaran jahitannya.


Tapi bila mintak pendapat encik suami....


Waduh.... macam Pengomen Top Chef.


Kena bukak balik jahitan.


Terus tak jadi bukak jahitan.


and tido...Zzzzzzzzzzzzzz......


Berangannya nak ada mesin jahit tepi!!!!!!!!!......







Friday, May 6, 2011

Kelengkapan Newborn Baby

Artikel di bawah kite amik dari || majalah Pa&Ma, Keluaran Mac , 2004 ||


Pakaian baby :
- Baju lengan panjang
- Baju lengan pendek
- Seluar panjang
- Seluar pendek
- Set sarung tangan & Kaki (perbanyakkan yang lubang2 sebab tak nak bagi berpeluh2).
- Barut

Peralatan mandi :
- Tuala
- Besen mandi
- Shower foam
- Bedak baby
- minyak baby (prefer Telon/ yu yee cap limau)
- Baby wipes ( penting untuk kalau baby Poo Poo... Awal-awal kelahiran takut baby sejuk kalau guna air).

Peralatan tidur :
- Selimut (penting especially waktu baby dalam hari)
- Kelambu ( jenis lipat/ payung )
- Alas tilam
- Alas Getah (untuk tukar pampers baby. Kang tak pasal-pasal, berpeta tilam King Koil =p )

Peralatan penyusuan baby :
- Botol susu ( beli yang kecik sebab baby minum sikit je)
- Berus botol
- Breast pump (penting untuk di bawa ke hospital untuk first time breast feeding kerana mungkin perlukan bantuan pump untuk keluarkan susu).
- Puting susu ( cap pigeon color kuning )

Pampers :
- Dypers / Mami Poko newborn baby (ikut kata pengarang)
- Krim Drapolin ( Selagi anak pakai pampers, memang berbaloi-baloi beli untuk ruam-ruam celah paha. Prevent is better than cure (^_^) ).


||Kelengkapan Si Ibu ||

1. Maternity Pad : Jenis Pureen pun lembut jugak
2. Nursing pad : kain/ disposable.
3. Barut Ibu
4. Jamu : Breastfeed tak di galakkan makan sebab di takuti effect pada baby....panas....
5. Stokin ibu
*Kite masih confuse pasal jamu tu. takot time pantang, kena makan jamu. tapi kite nak breastfeed baby!

|| Persiapan sebelum ke hospital ||

1. Pakaian si Ibu (T shirt, kain batik, innerwears,pad,berus gigi,ubat gigi,stokin)
2. Breast pump/ botol susu.
3. 1 set pakaian baby
4. Makanan tambahan ( Kurma / milo 3 in 1 / biskut-biskut)
5. Wet tissue
6. Pampers


P/s : Bile kite yang sulung dalam family, termasuk husband (unofficially, sebab die yg kahwin dulu), banyak kena baca forum kat internet. Banyak benda kena experience dulu berbanding adik beradik lain. Tak ada contoh terdekat. Jadinya, success/fail, kami lah yang jadi pioneer dalam adik beradik. Kadang-kadang, benda ni buat kami lebih matang & berhati-hati sampai pikir berkali-kali sebelum membuat sesuatu keputusan. Sometimes i feel hard but its good for us , i think. Bila dah pernah rasa gagal, kita takkan terlalu takut untuk gagal lagi. Dah immune lah konon. At least, kalau sekali pernah jatuh tergolek-golek, lepas-lepas ni kalau jatuh at least boleh tahan dengan tangan atau siku. Tapi, dalam hati tuhan je yang tahu.



wedding gift anniversary
*Atas nasihat& bacaan dari rakan-rakan blog, kami memilih untuk TIDAK membeli katil baby/ crib bedding. JIMAT! 10 years Warranty. Anak boleh lompat-lompat sesuka hati sampai umur 10 tahun dengan ayahnya sekali. Weeee..!!!! Kira inilah belated wedding anniversary gift.... Dah sekat setahun lebih gak tidur guna toto... Memula tokey kedai soh beli tilam ape ntah yang 4 season punya. Kira yang boleh terbalikkan depan belakang tilamnya. Tapi keras sikit dari maharaja. harga pun lagi murah. pikir punya pikir, kami pilih maharaja. warranty 10 tahun. Ok lah tu... Mungkin tokey tu nak abiskan stok yang tak abis tu kot.Padahal bila baca kat Forum-forum online, ramai suggest Maharaja.

Wednesday, May 4, 2011

28 weeks.



Semalam mimpi macam ni... tapi mimpi semalam siap nampak 2 kaki dan 2 tangan kat perut.
Sekarang baby dah pandai buat ombak. tapi takde lah jelas macam dalam gambar.cuma terasa-rasa biler perut berombak. Best!

Tuesday, May 3, 2011

*Interview*

My recent post is about pregnant during interview.
Well, i've done it today! I can't recall when i submit my resume.
Well i guess this is rezeki.
But as i expected, interview during pregnant is tough .
Tough among other candidates.
Luckily no 'merepeks' questions the interviewer utter to me. =p
Dah 7 bulan pregnant pun still dapat lagi interview.
But i didn't put high hope for this job actually.
Yerla... lagi 2 bulan lebih jer nak bersalin kan...

The thing is...
Dah berpuluh-puluh kali pergi interview, mesti nervous before enter bilik interview.
Rasa nak Ter'beri-beri' la... nak terkucil la...
Tapi lepas keluar dari bilik interview, terus HILANG!
Sampai sekarang tak tau secara saintifiknya macam mana process nervous ni berlaku dalam badan.
I mean, hormon ape yang terlibat, hormon ape yang keluar masuk.....such things like that la...
Ape pun keputusan interview,
kite Redha...
I believe in Allah's fate.
(^_^)
Peace!!
9
*My childhood home.

6
*Father-To-Be

P/s : Sampai sekarang tak start lagi jahit tudung. Barang tak cukup!!! Kain lycra dah ada..., awning kodroi dah ada.... Bakrom ngan gam pelekat jeh ni...isk..isk...isk...
Tak sabar nak tunjuk bakat nih.... kalau ada mesin jahit tepi, laaaaaaaaaaaaaagi best!

Sunday, May 1, 2011

Let The Pics tell the story....


Jakel 2011


jakel 2011


Hasil Tanaman


Hasil Tanaman


P/s : Happy Labour Day to Everyone!!!