Wednesday, January 20, 2016

Sweat Malaysia Road Tour

Tak update apa-apa lah pulak January ni. Padahal, ade aje aktiviti setiap hujung minggu.
Ada sahaja cerita hujung minggu walaupun duduk rumah melangok.

Last 2 weeks, kite ada join aktiviti HIIT CARDIO WORKOUT bersama COACH yang tengah popular sekarang, Amirul Agam. The best part is, dapat buat workout ramai-ramai sambil dengar lagu rancak yang best-best. Haaa..gitu...

Tapi kite adalah antara pesera TERTUA ok. TERTUA dalam group tu. Hahahaha...
Iols nak gelarkan diri iols MAKCIK KANTIN aje lepas nih.

Paling best, bile ade sorang Coach Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) ni approach and mintak no fon kot-kot lepas ni ade aktiviti best, die kata die ajak. Hehehe..bestnya~~
Dapat gak kawan.
Alaahai perangai housewife? 
Dapat jumpa orang macam dapat pergi melancong aje.
Hik..hik..


Cuba cari saya yang tersembunyi............ =D

Friday, January 1, 2016

Hello 2016!



Ya Allah.
Dah masuk 2016 dah.
Tak sangka.
Dah 9 tahun jugak berbloging.
Mana taknya.
Dari zaman bercinta,
Zaman hidup berdua.
Sampailah sekarang dah hidup berempat.
AllahuAkbar,
Mata masih boleh lihat dunia lagi.

Sejujurnya,
2016 masih lagi kabur .
Tak tahu apa yang mahu di aspect.
Cuma ada rough planning sahaja.
Semua bergantung kepada Dia.

Yang pasti,
Bisnes Saya Jual Enterprise akan mengeluarkan satu produk baru.
Jenama sendiri.
Tarikhnya tidak tahu bila.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya.
Nak cari duit poket.
Nak improve diri sendiri & bisnes.
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, memang inilah salah satu inisiatif yang kami buat untuk menambah pendapatan sampingan.
Mana yang faham fahamlah.
Mana yang memang tak mahu faham, hak kamu .

Kepada pembaca setia blog ini, 
Selamat Tahun Baru 2016.
Semoga tahun ini memberi banyak kenangan manis & kejayaan untuk kamu semua.





Salam Sayang,
Lydia & Hafiz Sekeluarga

P/s: Color of the year 2016 adalah Rose Quartz dan Serenity (biru lembut). I like this color!