Wednesday, August 31, 2011

New Chapter of Life




Raya 2011

Sunday, August 28, 2011

Hari Pantang ke-37


Currently, tengah menganyam ketupat.
Kang kalau ada masa insya Allah, kite akan upload video cara nak menganyam ketupat.
Tapi ketupat bawang yea.
Besar sikit dari ketupat sintok/pasar.


1
*Sambil menganyam sambil menjaga anak. Nenek tolong assist. Currently tengah ajar Adam minum susu ibu guna botol tapi die takmo =(. sedih la... cemane nak antar kat nursery nih.. Risau sangat-sangat. La ni, tengah chat ngan sorang calon babysitter. Kawan-kawan, doakan kiter yea Allah mempermudahkan segala urusan untuk Adam.



p/s: korang ada petua tak cemaner nak biasekan anak minum susu ibu guna botol?

Thursday, August 25, 2011

Anak Bapak or Anak Emak ?

(Pic above : me, Pic below : Adam)
Any resemblance?
Or maybe his own face?
Tunggu lah dah besar.



Wednesday, August 24, 2011

Baby Sitter ( I )

Currently, suka sangat pattern + material baju yg lembut & longgar cenggini.



Blouse



Actually, gambar di atas bukan nak cerita pasal baju . Tapi tengah gelabah carik baby sitter untuk Encik Adam...wooohooohoooo... Tengah berkira-kira berapa bijik botol kena bagi kat encik adam dalam sehari (waktu siang).

Ya Allah...
permudahkanlah urusan hambaMu ini....
Murahkanlah rezeki kami sekeluarga.
Amiin...

wordless wednesday



6


5



4



1a



2





Monday, August 22, 2011

To Alif Ha Ya

Salam Ramadhan.
Alhamdulillah, Kite baru je lepas BF Adam sejam yang lepas.
Cabaran minggu ketiga & keempat ialah masalah sembelit a.k.a tahi keras.
And now still cope with that problem.
SEKSA Woooo~~
Laxative nampaknya membuatkan kite makin sakit perut dan kerap buang air.
Adam pun jangkit sama.
Berak tak hengat punya melipah ruah sampai terkeluar-keluar dari pampers.
Rugi pulak tak mintak ubat elak sembelit masa kat spital dulu.
Pada mummy to be out there, mintak lah ubat lembutkan tahi kat dokter sebanyak boleh.
huhuhu....
Tapi mama soh teruskan mkn ubat tu 2 hari sekali. try cemane jadik.
Inilah baru bebetul namanya mengeksperimenkan diri sendiri.
Sambil-sambil tu, google kat internet.
Ada orang kata makan buah oren dapat kurangkan sembelit. Tapi tak cakap pulak untuk lembutkan To Alif Ha Ya =p


8
So Far, sekarang kite dah boleh menyusukan Adam sambil berbaring walaupun kurang selesa.
Sebab kena mengiring sampai maximum sejam lamanya.
Orang Jawa cakap, Si Adam ni kuat 'mengempeng'.



1

My Favourite food during confinement! Kalau tak pantang pun, kiter memang suka. Sebab kuahnya masam +pekat .best!

Sunday, August 21, 2011

Persiapan Raya 2011.

Minggu ni dah masuk minggu ketiga berpuasa.
kurang dari 10 hari lagi nak raya.
Agak kelam kabut sikit persiapan raya tahun ni.
Raya?
Oh, tak beraya mana pun.
Kite masih dalam pantang.
Baju raya pun buat untuk ambik gambar kat rumah parents je.
Huhuhu...Tak dapat sambut raya kat kampung..
Rindunya nak buat ketupat.
Dah 2 tahun miss buat ketupat.
Owh, Rindunya buat ketupat...

Persiapan raya pun tak lah semeriah tahun lepas...
Tapi kite kalau boleh tak nak lepaskan peluang bergambar satu family ngan orang baru...Iaitu Encik Adam... (^_^).

Semalam, genap Adam umur sebulan.
4 weeks = sebulan lah kan?

3
*Ngantuk punya pasal, posisi cenggini pun dua beranak ni boleh tidur.

1
*Bath tub yg beli kat IKEA tu tak pakai pun. sekarang nih too big for Adam. So end up guna periuk nasi yang tak pakai je. Tunggu la leher adam tak lembek sangat, baru leh pakai.
Alhamdulillah, Adam tak meragam bila di mandikan. mungkin jugak sebab kite banyak main air terjun/ sungai maser mengandungkan Adam ni.


Wednesday, August 17, 2011

17 ramadhan

Saya sudah tawar hati. Penat.

Sunday, August 14, 2011

Ragam Ahad

Too Soon to say good bye~

1
*Budak baik yang tak nak tidur malam & Ayah budak yang tengah main game kereta.




Sekejapnya dah hari Ahad~
(-_-)

Adam tak kasi parents die tidur semalaman.
Mungkin die tak kasik ayah die balik KL kot....

Saturday, August 13, 2011

Wardrobe Vs Changing Table


Next Target..........
Nak beli dua-dua sekali or beli wardrobe je?
When compare both item, kite lagi prefer wardrobe... but actually, teringin nak beli dua-dua... (-_-)
Muahahahaha... Yang penting, budgetnya kena ada... yer tak???
Mudah-mudahan , murah ler rezki Ibu Si Adam ni yea.... =p



* Changing table & Nursing. Cantik, sebab warna putih. But i believe mesti akan nampak bersepah coz storage kat bawah takde bercover.

*Modern & Classy. I Like~~ Dah lama dah nak beli wardrobe cenggini. Boleh letak pakaian Baby,Mak,Ayah.. Ehehehe...






p/s: Tapi kalo dah unpaid leave mase maternity, celah mananya nak cekau duit.... =p

Kuku (Amalan semasa pantang)


Orang tua-tua cakap, tak boleh potong kuku masa pantang. Nanti bentan.
Kite tak sempat nak surf sebab apa. Internet pun tak ada. Ujung minggu je sempat bukak. Itu pun curi-curi masa Adam Tidur.


1
*This freakin' nails are really annoying~ Hari ni dah masuk 3 minggu tak potong kuku. nak pakai param mesti terselit-selit kat celah kuku. Hari-hari makan pakai sudu. =p Geli makan pakai tangan. BTW, MyKid Adam dah siap! Yeayyy!!





Cerita pasal kuku, teringat Trip Gunung Korbu-Gayong. Kuku Kaki tercabut. Ngilu!!

*Lagi sikit lagi nak tercabut.....
*Goyang-goyangkan supaya mudak tercabut.
*Dah complete tercabut!

Monday, August 8, 2011

Ramadhan ke-8







"Setiap manusia boleh BERUBAH. Jangan sesekali menghina sesiapa kerana satu hari dia mungkin lebih baik dari kamu. Allah melihat pengakhiran kita,bukan permulaan-
INSYA ALLAH"

Sunday, August 7, 2011

Sleepless Night

Bila di takdirkan kite jadi parents kepada Encik Adam, teringat comment-comment di MukaBuku kawan-kawan yang baru dapat baby...
"Welcome to sleepless night world"
Actually, ayat ni di ambil dari kebanyakan blog-blog yang kite selalu blogwalking almost everyday. The most common newborn problems with night is the baby prefers to sleep all day long and Partaaayyy all night.
Tak sangka,
Sejak 23 July 2011 hari tu,
kite sendiri mengalami keadaan ini.
(Ni baru lepas breastfeed Encik Adam sejam yang lepas)

Seminggu yang pertama selepas melahirkan Adam, kite sangat terkejut dengan dunia parenting ni.

Bangun malam.

Tidur tak cukup.

Tidur tak tentu.

Pening sebab tak cukup tidur.

Paling menakutkan, adalah bila memikirkan perihal Buang Air Besar dalam minggu yang pertama. Takut Gila! Position macam mana yang mengurangkan sakit? Persoalan inilah yang selalu berlegar-legar di kepala. Haha. 5 hari lepas lahirkan Adam, i tak membuang air besar you....... Boleh di katakan setiap hari bukak internet nak baca pengalaman orang berpantang macam mana. Bila terkena di batang hidung sendiri, nah! rasakan kau...ehehehe. Nasib baik mama ada time first time membuang. Alhamdulillah. Teknik & tips yang mama bagi memang berkesan! Kurang sakit! Yelah, mama bersalin normal. Ibu mertua bersalin ceasar. Mana sama sakitnya dan tekniknya. Lepas membuang tu, siap niat & doa lagi dalam hati,

"Ya Allah, Aku mohon kau ampunkanlah dosa-dosa ibuku. Janganlah ada sedikit bahang api neraka pun terkena pada dirinya."

Hehehe... Rasa insaf sangat-sangat bila berpantang. SERIOUS !! Rasa pengorbanan Ibu ni sangat-sangat tak ternilai. Cincin 24 Juta Pound Sterling tak setanding dengan perngorbanan sorang Ibu yang mengandungkan,melahirkan & menjaga anak sepanjang hidupnya =p.

Berbalik kepada cerita sleepless nite, Minggu ni, masuk minggu kedua dah kite berpantang. Alhamdulillah dah sihat sikit. Mudahlah sikit menyusukan Adam. Speed dah lebih sikit. Kalau minggu pertama speednya cuma 20KM/j, sekarang dah 50KM/j. Boleh lah kan?


Ada video sikit about Adam recorded yesterday evening. Mengigau. Tak taulah ikut perangai siapa (^_^).

Saturday, August 6, 2011

What should i be called?

Adam

5 Hari menanti dari Ahad lepas...Akhirnya, Ayah Adam balik..
Yeay! Dan seminggu jugaklah tanpa internet.
Boring? not really. Coz Adam make my day occupied (^_-).

Cuci berak.

Breastfeed.

Mendodoi.

Dah merasa.

Cuma, mandikan Adam je belum berani lagi. Nak duduk pun takut-takut lagi =p.
Suppose jahitan dah baik sikit. Tapi sekarang nih masih berasa tak confident tak selesa.
Huh..Jahitan lah yang membataskan pergerakan. But pengalaman inilah yang harus di tempuh untuk menjadi seorang ibu.

Sekarang dalam dilema.
Tak biasa lagi nak membahasakan diri "Emak" @ "Ibu" @ "Mama" @ "Mummy" @ "Umi", etc..
Panggilan mana yang serasi agaknya dengan kiter ekh???

Kalau Mama, Encik husband cakap die tak prefer sebab sama ngan panggilan kite kat mak kiter.

Kalau Ibu, Erm................................ Sesuai ke? kite rasa macam tak sesuai la pulak. Umi pun sama.... Itu panggilan untuk para ibu-ibu yang punya raut wajah yang lembut.Kite??? hehehehe...

How about Mummy??? Huh, Encik husband laaagilah membantah =p.

Mak? Erm.... Takde sentimental value pulak. Bagi kite lah... ehehehe

Arhh.. Buntu..buntu... Let the feeling come naturally .. Mungkin feeling belum sampai kot.


Thanks to Encik suami kerana meminjamkan broadband from his friend. Dapatlah kiter mengupdate kerja ofis dari rumah. Alhamdulillah.... Syukran...


Adam
*View Bandar Jay Bee . Adam & Ayah.



Adam
*Adam's favourite position.



Adam
*My tiny little fingeR



Adam
*Sun Bath



Adam
*Seluar, hadiah dari Aunty Amlya. "Thanks Aunty!! "



**Tadi Adam dapat kunjungan dari atok-atok sedara dia. banyak betol hadiah die dapat.. Murah Rezeki ... Alhamdulillah... Semoga Adam sentiasa di murahkan rezeki ya Nak...

Wednesday, August 3, 2011

My Ramadhan.

Sayunya hati....


Sebulan penuh bulan Ramadhan....


Tanpa suami di sisi....



1

About a year ago on my birthday~~