Wednesday, December 29, 2010

End-December's Notes.


2011 will be arriving soon.
No target/plan yet to achieve.
Plan to create soon.
We will !
Since we've been gifted a very valuable & precious gift Next year (Insya Allah), So i think we must plan something fresh and new for our "future" (^_^).
Put aside the sad part that being haunting me =(.
All those good,bad,sweet and bitter moment of this year will be our guideline to create new target.
May Allah will guide us through our new journey next year.
Amiin.


Pssst : We are here in Selayang now. new home. new environment. For me, first impression of my new working environment is quite scaring me, plus my tummy will soon getting bigger and bigger every months. Seriously very challenging. I have to deal with bunches of people who doesn't speak Malay nor English really well EVERYDAY. I have to use sign languange a lot to them. Urghhhh... But , apart of that, i still very feel gratitude to Allah for giving me new challenge & job of course. I will learn slowly to adapt with new place, new job and "new body" at the same time gradually.
Insya Allah. (^_^)

Swimming pool area at our place. (^_^)

Thursday, December 23, 2010

Its been 2 months

I Miss JB a lot and my Momok!!!!!!!!!!!!!!!!!
I miss my Own sweet home.

Wednesday, December 22, 2010

Shared some photos


green
*Captured this a few minutes ago from my balcony. Its been 3 days the since the swimming pool turn from bluish to greenish "clearwater".


moving out
*will be moving out soon. Haish~

nausea II

The cooking's smell from my neighbour make me sick (-_-).

1) Rafting de Nenggiri V1

Selepas XPDC Gunung Tahan, Senior kite bagi idea yang lagi bernas pula. Iaitu, Rafting di Sungai Nenggiri pada bulan Disember 2005 iaitu pada musim banjir yang sedang melanda negeri Kelantan Darul Naim. Untuk Trip kali ini, peserta adalah sangat ramai sebab kami di gabungkan dengan peserta-peserta dari USM. Aktiviti rafting ini disertai oleh semua peringkat iaitu pelajar tahun 1 sampailah ke tahun 3. Ha...seronok kan dengar? Masa ni, kite di tahun 2. Kira, aktiviti rafting ni adalah aktiviti pembukaan bagi pelajar-pelajar tahun 1. Best ! masa kite tahun satu dulu, buat kat Tasek area UPM je. huhu. untung korang nih.

Aktiviti : Rafting de Nenggiri
Tempat : Gua Musang
Tarikh : 18-24 Disember 2005


18 Disember 2005
Seingat kite, sebelum bertolak ke Gua Musang, iaitu tempat aktiviti rafting di jalankan, kite demam teruk! selsema and batuk sampai tiada suara gamaknya. 2-3 kali jugaklah sorang senior ni nasihatkan kite supaya pikir banyak kali sebelum join aktiviti nih. Kebetulan, Encek Boyfren a.k.a Encek suami saya sekarang tak dapat follow atas sebab-sebab final project yang perlu diselesaikan. huhuhu... tak dapat nak berlibur bersama. Fikir punya fikir, kite nekad untuk pergi jugak aktiviti ni dengan syarat yang di beri oleh Si Dia, 'Jangan Skip makan ubat. i know u hate to take medicine a lot!!'. ok, janji ye .... dengan sumpah setia untuk memakan ubat on time, makanya, bas UPM kami pun bertolak lebih kurang pada puku; 11 lebih gitu.

19 Disember 2005
Lebih kurang pukul 5 pagi gitu, kami tiba di daerah Gua Musang. Kite tak berapa ingat apa jadi masa sampai pagi tuh. cumanya kami bersembahyang subuh di masjid area situ. Pastuh, kami ke Taman Etnobotani untuk aktiviti memanaskan badan sebelum mendayung . Di Etnobotani, kami di beri sesi briefing oleh guide tersohor di area Gua Musang,Encik Tahir. Tapi nama glamer beliau ABAH. quite cool jugaklah tapi agak ganas sikit bahasanya. kelakar pun iye jugak. umur lebih kurang 50++ rasanya. Anak die yang sulung sebaya ngan kite. Jadinya, seingat kite, hari pertama di Gua Musang, kami di beri briefing tentang teori dan sesi berkenalan antara sesama senior dan junior. Time ni seronok sangat sebab ada participant pompuan dari junior yang ramai!Taman Etnobotani
*Acara makan beradab

20 Disember 2005
rock climbing at taman etnobotaniHari kedua di Etnobotani,kami di ceriakan dengan aktiviti rock climbing! best tapi gayat...ehehe. Lepas bersukaria menjadi Sang labah-labah, kami berkemas-kemas untuk ke Kuala Betis, which is the starting point untuk rafting di Sungai Nenggiri. Kami ke sana menaiki lori gabak besar. punya lah jakun semua. terutama sekali kite lah kan. excited lebih. Kami singgah di rumah ABAH untuk mengambil tali temali dan beberapa peralatan untuk membina rakit kami sendiri! yeah...kami akan rafting menggunakan rakit yang di buat sendiri. Kami tiba di Kuala Betis lebih kurang pukul 5 lebih gitu. Malam tu, kami di brief tentang cara-cara membina rakit sendiri dan kami di arahkan untuk membuat rakit mengiku group yang telah dibahagi-bahagikan.Rafting in the making

21 Disember 2005
Pagi tu, kami bersiap-siap untuk turun ke sungai. Air sungai sangat laju! Team USM sampai dalam pukul 10 pagi gitu. kesian dorang. sampai-sampai je terus kena briefing cara-cara untuk pasang rakit dan buat on the dot. Kami semua start rafting dalam tengahari gitu. Perasaan? seronok tak terkata. Group kite sangat best! semua jenis kepala gila-gila. Menyanyi jer kerjanya. Kami namakan group kami sebagai group ASTRO. satu demi satu lagu kami nyanyi sambil mendayung. Kebetulan, group kite ada bawak satu kuali yang besar. memang ngam lah dengan nama ASTRO. Hehehe....
My Team! ASTRO!
*Team Astro yang Rawk!
Guide : Jugah
Team : Kak Senja, Mok, Jo, Jackson, Kite

Kami tiba di first kemsite agak-agak dalam pukul 6 petang gitu. Jenuh jugak nak bawak barang dan ration dari tempat parking rakit dengan kemsite. boleh tahan jauh lah. Khemah kite dan kawan-kawan yang lain kat Gua Cha. memang betul-betul pacak kat sebelah kubur. muaahahahahaha.....

Gua Cha
*Kemsite kami. Kite bersama blogger yang bernama Jo. Mentah sungguh muka masa ni

22 Disember 2005
Perjalanan hari kedua agak hebat. Ombak besar! macam mendayung kat laut. Masa ni kebeulan musim banjir di Kelantan. Tak rasa macam berada kat sungai. tapi macam berada kat tengah laut. ombak setinggi yang tak dijangka.Kami tiba di second campsite petang. Time tu hujan agak lebat jugak. Malam tu, kami diserang dengan agas sangat teruk. Malam tu pulak, tiba-tiba guide-guide main mercun tak hengat dunia. memang happening.
Main pasir
*Bermain-main pasir

Pasir Niang Campsite
*Our campsite.

23 Disember 2005
Hari ketiga, pun sama. kami melawan ombak besar. tapi tak banyak jeram sangat memandangkan air tinggi. Di pendekkan cerita, masa nak sampai ke kemsite ketiga, rakit kami terlepas tempat parking. rakit kami terlajak agak jauh lalu merempuh pohon-pohon buluh. Maka, gatal-gatal lah kulit kami yang mulus semerbak. Hehe. Nasib baik rempuh pokok buluh. Kalau tak, dah hanyut dah. Kemsite ketiga ni adalah perkampungan orang asli. Tak berapa ingat apa nama kampungnya. Tapi majoriti masih membela anjing dan kambing. Tapi masih juga ada yang bertudung. Malam tu, kami bergembira sakan! Kami di sajikan dengan persembahan band oleh team guide yang sememangnya pandai menyanyi dan juga tarian sewang yang majoritinya di conquer oleh team-team pendayung seantero. Ada video sikit masa kat kemsite ketiga kat dewan orang asli.


Sewang Dance
*Malam itu kami bersewang tak ingat dunia. best!

Dewan sekolah
*Tempat beradu kami di dewan kampung orang asli.

24 Disember 2005
Hari Keempat adalah hari kami keluar dari hutan. Jumpa civilisation. Tapi hari tu adalah hari yang tak boleh di lupakan oleh group ASTRO. Group kami di telan oleh arus kuat dari gua ape ntah. Tapi kami sempat berpaut pada rakit yang tersangkut kat pintu gua. arus kuat sangat masa tu. Memang mengucap 2 kalimah syahadah lah time tu. Tapi alhamdulillah, kami selamat.
me!
*Tanned

before we've been suck into the cave
*Sebelum kejadian.

Last but not least, aktiviti rafting kali ni sangat enjoy! plus, dapat team rakit yang sempoi dan gila-gila. korang best!


Psst... penat la nak mengarang...plus, da banyak dah lupa. Just enjoy the picture je lah yea?

Monday, December 20, 2010

Belated

dating anniversary!

Belated Dating's Anniversary Presents! Yeay! i've waited for so long to have this as i can't afford to buy it =p. HAPPY, HAPPY, HAPPY!
Thank you LOVE!

P/s : genap 10 bulan kami kawen hari ini =p.

Pear Shape?

What shape are you??
Body type: Wide bottom, hips or legs


***************
I just wanna share my way to flattered my pear shape . Teeheheee.. See picture below and some explanation that i saw on internet just now.

****************


The best pants for you:
Slightly flared or wide-leg pants (in dark colors) are most flattering since they create a long line from hip to toe. A snug fit around the butt and thighs is crucial, and the fabric should skim over these areas and flow away from the body at the hips. If you find a pair that fits properly everywhere but at the waist, have them taken in by a tailor. Handing over a few extra dollars is a small price to pay for a custom fit.


*As for me, i preferred low-cut jeans. Why? because is looks just nice and neat on your body. Too Baggy jeans is messy for pear shape.

*See, ada nampak shape sikit kan? better than tak ada. You also can try to put on khakis pants (choose dark colour) that have slightly flared on the lower part of your leg. looks slimmer.



How to Dress?
1.As for me, i preferred to choose long sleeves shirts instead of 3 quarter shirts so that you won't look compressed or shorter. Pilihlah baju yang labuh ke punggung so that we can cover the arse part.

* There is also other factors that you should consider for clothing.

2. Look for fabrics that drape softly over your curves without clinging. Fabrics that stand out from your body will make it look bigger. Picture above i am wearing long bottom shirt that covered your arse from Dorothy Perkins. RM35 (bought only after sales 50%. Hehehe. I am a person who are looking for cheap clothes but acceptance for outdoor equipments =p )

3. Look for fabrics that are not shiny (over your bottom half), so satin is not great for you, and sequins should definitely be avoided on your bottom half. No kilat-kilat ok?


*************
Oklah. That's all for now. Any tips on pear shape clothing, i just update through this entry.
Good Luck !

************

Oh, there is another tips from the bottom of my heart for pear shape out there. Try to work out your abs ok? 20 times after wake up in the morning, 20 times after Zohor Prayers & 20 times before go to sleep. OK? Kite dah tak boleh dah.. penyek budak kecik ni kang.. =p

Saturday, December 18, 2010

Too many things


Too many things happen from 1st December, the day i had an interview at Klang past 3 weeks ago.
On 1st December, 2 news thats made my heart beating like no rhythm. Firstly, i've been rejected from the QC Engineer post. Reason? Because i am pregnant. Both is The happiest and the terrifying news I've ever had at the same time. Then my Depression session begun and i can easily bust into tears . Perhaps it came from the pregnancy fluctuation hormon i think! =p

From that day, my morning sickness getting worse gradually until now. Its hard for me to take care of my house chores and cooking as well. My appetite had lost even worse when i had a very bad flu ,cough and headache since last week. I had Difficulty breathing or shortness of breath due to ithcy throat at the same time. Hidung tersumbat!

At week 2 in December, i can tell that i have my spirit back. Its on Wednesday i think. I got called from 'A' company that they offered me to work with them. Oh i am so happy. But the thing is, we have to move out from Kajang. *sigh. Duit lagi.....

Last weekend, Our camping trip make me turn into frustration for a while when my car got crash at the passenger window. Luckily the weather on both Saturday and Sunday is just nice. No rain at all. So, our camping trip goes smooothly and happening as well!! It's my pleasure that i can make my cousins enjoy their holiday (^_^). Plus, we are celebrating our 6th Dating Anniversary on 12th December 2010 in our favourite place, Chilling Waterfall!

Last but not least, Yesterday is My Other Half Birthday (17th December )and my last day at Work at Putrajaya =). Yeay! Hurrah!
Relieve~ . Too many thing happen for this month but i manage to face it all. Alhamdulillah. May allah give me more strength and spirit in future (^_^). Insya allah.

* Celebrating his birthday at Mount Nuang a few years ago. 2006

Thursday, December 16, 2010

Berangan

Rasa macam mahu pulang ke JB
Mahu menetap di JB selama-lamanya.
Mahu bela kucing banyak-banyak.
Mahu bercucuk tanam sayur.

(-_-)

halaman rumah
*Bercucuk tanam.basuh kereta dekat laman rumah. (^_^)

garage & hall
*Hujung-hujung minggu, santai depan garage.Kucing keluar masuk.Angin sepoi-sepoi bahasa. Bestnya ..............

Wednesday, December 15, 2010

Where Do I Get Motivation To Write in English?




Where do i get motivation and strength to write an entry in english? Well, the stories begin , when one day i blogwalking to Kak Anna Joe's Blog. Her Topic's entry makes me tempted to read all of the entry content until the end dots. So, after finished reading her entry i was like feels that , why not i try to write an entry in english ? This is my blog and i am aware of people read my entry. Lets put aside what people may talking about you. Furthermore, my other half encourage me to write in english. He loves it even though my grammar is missing here and there. To tell the truth, yes i am feeling ashame at first. But after second and third entries and so on, i'm ok. Malu beb, sape tak malu. But, hey, to make a change, its not easy as you can see. You need an effort and support from the closest person around you. Ask for their opinion and your intention to start improving your english. Maybe you can get an idea from them. Kalau tak tau maksud dalam bahasa inggeris? Ok, usually i will make sure i have dictionary beside me or google dictionary also can. But the most efficient to improve your english is to use english-english dictionary. Try to understand deeply. But of course if english-english dictionary doesn't help you, you can refer to both malay-english and english-english dictionary. My method maybe seems complicated but this is my way. But not all my entries in english. There is still in other entries in Malay because i feel that some of my story is better to write in Malay. Plus, i'm not pro yet to write all in english.

Other than that, i also spent some of my pocket money to buy The Stars newspaper everyday to read in english. I know some of my friends said that "why not you read english newspaper by internet rather than spending your money for a piece of paper...". Well, i am old skool type. I more to read paper than internet. Lagi feel. =p.

Last but not least, don't hesitate to make a good change of yourself. 2010 is about 2 weeks more to an end. 2011 is just around the corner. Make your new resolution. (^__^)
Good Luck!

Monday, December 13, 2010

BBQ @ Chilling Waterfall.

I just only can ate 3 slice of dried bread with lemon juice for breakfast and coco crunch cereal for dinner. The smell of anchovies fry with onion and chillies make my nausea getting worse. I feel so pity on myself. I can't eat what i craving for. (-__-).


Oklah. Kite nak cerita pasal wat happen last weekend. It has happy and sad moment. Lets start with the happy first. This trip was planned a week ago. Ini semua idea Mok Teh kite. And the strong reason is nak meraikan Mak Itam dan anak-anaknya datang ke KL. Memang diorang tak pernah jejak KL nih. So, untuk happykan diorang, Mok Teh meminta jasa baik kite dan Si Dia providekan transportation untuk Mak Itam's Family. Ok lah, with our pleasure, kami sedia menyediakan apa yang kami mampu. The journey begin at around 8am from Puchong. semua yang pergi berkumpul kat rumah Mok Teh so that kami semua dapat gerak saing. Around 9am gitu, kami sampai di pekan Rawang instead of masuk exit Tanjung Malim untuk ke Chilling Waterfall sebab Sudu & senduk untuk memasak terlupa nak bawa.bagus sangat lah tu kan. Pok Teh siap cakap, "korang masak nasi pakai tangan jer k". Pukul 9 pagi, mane lah ada kedai yang buka. Round,round,round, last-last, terjumpa kedai cutlery yang sesak dengan bau setanggi. Phew.Perjalanan diteruskan dan kira-kira pukul 10 pagi gitu, kami pun sampai. MasyaAllah. banyak gila kereta! masa nak parking kereta tu, dah rasa lain macam sebenarnya. Tapi, nak buat macam mane. Parking ajelah. kena cepat-cepat daftar nama kat Chilling admin. takut tapak khemah kami orang lain dah ambil. Alhamdulillah, tapak khemah yang kami booked, tak ada orang ambil.


Chilling Dec 2010
Set up main tent.

Chilling Dec 2010
Mari belajar set up main tent bersama abang hafiz (^_^)

Chilling Dec 2010
This is how our main tent look like inside.


4
After set up main tent and build up khemah, kami meneruskan perjalanan. Masa ni rasa nak pitam sebenarnya. Tapi tak penat. Kite rasa, mungkin sebab tak makan. Tekak tak boleh nak swallow apa-apa makanan accept air sunkist masam. Tapi, kite hayun je kaki. cuma kadang-kadang je mata terlelap.

Chilling Dec 2010
I like this part a lot! river crossing!

5
Ok. Kami sampai di air terjun after 1 hour trekking around 12.30 macam tu.

Chilling Dec 2010
All the kid happy sangat! termasuklah makcik-makcik saya tu yer. Gembira bebenor.

Chilling Dec 2010
My other half claim that my weight is more lighter in water. Eh, betul ke ayat nih? Anyway, this is picture of 3 of us. We are 1 family now (^_^).

Chilling Dec 2010
Around 2.30 pm gitu, kami gerak pulang ke kemsite untuk kejarkan waktu solat zohor. Masa ni, masing-masing sibuk dok masak meggi. kite tertidur keletihan. tengah tidur sedap-sedap, tiba-tiba kite dikejutkan dengan berita yang kereta kite kena pecah. handbag adik kite hilang. terus terbangun! and terus trekking keluar dari kemsite ke parking kereta. Hancurnya hati tengok tingkap kereta pecah. siap ada tanah-tanah lagi kat seat kereta dipercayai monyet geledah kereta kami untuk curi makanan. habis bawang-bawang and cili padi yang kami tak sempat bawa masuk ke kemsite di kebasnya.




Chilling Dec 2010
I am speechless. Sampai hati orang yang pecahkan kereta kami tu. Tang tu juga kami ke balai polis untuk buat report. My other half, uncle and my sister heading to police station to make a repot. Kite balik semula ke kemsite untuk tolong masak apa-apa yang patut. Malam tu, kite tidur awal. pening sangat. tekak loya. plus, memikirkan pasal duit untuk betulkan cermin kereta yang pecah. Kesian Encik Suami. Dia lagilah pening.


Keesokan harinya, kite bermandi-manda sepuas-puasnya di sungai yang bersebelahan jer dengan kemsite memang best sangat-sangat. Konon-konon nak lupakan pasal apa yang dah berlaku semalam.
Chilling Dec 2010
Cuaca kedua-dua hari itu sangat cantik! the sunny keep on smiling on that day. Syukran. mungkin inilah hikmah di sebalik kejadian cermin kereta pecah. Allah mengurniakan cuaca yang cantik sepanjang trip ini.

Chilling Dec 2010
Cubaan mengambil gambar di dalam air seorang demi seorang.

Chilling Dec 2010Chilling Dec 2010Chilling Dec 2010Chilling Dec 2010


Around 12pm gitu, kami bergerak keluar dari kemsite untuk pulang ke KL. Alhamdulillah cuaca begitu panas berangin. Selamatlah kereta kite yang tak ada tingkap tu. kalau hujan, huru-hara lah jadinya.
6
Kami berhenti kejap di tepi jalan untuk ambil gambar dengan awan yang sangat cantik!

That's all. Suka duka trip untuk kali ini. Ada happy,ada yang sedih. Other than that, kite dah dapat kerja baru. Alhamdulillah. And what worries me a lot is, i wonder how i can cope with new job dengan keadaan nausea kite yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Hari-hari berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. Serious, hati ni kalau pikir pasal kerja baru, mesti berdebar-debar.


Those memories

terjumpa gambar lama dalam akaun friendster =p


Sunday, December 12, 2010

6 years anniversary

6th anniversary
Captured today on our 6th anniversary. On the way back to KL from Chilling's Waterfall bbq & camping with cousins


Today is our 6th anniversary. It's not our wedding anniversary but actually it is our dating anniversary (^_^). Picture of 3 of us. Wohoooo.... Although a lot of obstacle we've been through but we manage until what we are now =). More stories will be updated. my nausea is getting worse so i can't think of a better long story of our outdoor trip this weekend.

Friday, December 10, 2010

Nausea




Morning everyone. Hope all of you had a good day as today is the last working day this weekend. I am having nausea & bad headache right now since yesterday. And too bad the headache continously until at night. As long as my eyes open, the headache keep on kicking me. This morning the headache and nausea are getting worse. I've lost my appetite but i hardly push myself to eat as breakfast is very important for me and the baby's growth. I just ate 2 slices of french toast which is cut into 2 , 2 samosa and milo. I can't stand of the smell from chinese food cooking as my neighbor is chinese which is purely from China. I believe most of pregnant women having bad nausea in 1 trimester.




Thursday, December 9, 2010

#4 Gunung Tahan

Hye there!
kite nak update lagi.
tengah excited tengok balik gambar-gambar lama.
4th trip kali ini adalah........jeng..jeng...jeng......


Gunung Tahan/ Mount Tahan.
11-19 April 2005
Duration : 6 days, 5 night.
Start : Merapoh, Kelantan
End : Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Trip ini di anjurkan atas nama Kolej Tun Dr. Ismail, UPM. dan organizer untuk trip ini adalah Encik Suami. Banyak sangat dugaan sebelum nak ke Trip Tahan nih. The huge problem is the team binding within the participants itself. sedih kan? Kesian sangat kat Encik suami masa tu. banyak sangat hati kena jaga. yang di sana kawan, yang di situ pun kawan. Isk...isk...

Pada 11hb , petang tu, kalau tak silap , ada berita yang sangat tak best. Pakcik bus yang akan bawa kami ke Merapoh, iaitu permulaan Trip Tahan salah paham tentang tarikh kami bertolak. Pakcik tu ingatkan 12 hb,malam. Padahal, kami sebenarnya nak gerak dari kolej pada pukul 11:30 malam pada 11 hb April. Encik suami cepat-cepat ke Pejabat admin untuk mintak pertukaran tarikh. masa tu dah pukul 4 petang dah. takut sangat opis tutup. yer la kan. kadang-kadang ader jer staff-staff yang pulang awal atau ngeteh kat luar. Alhamdulillah, Encik suami sempat jumpa pakcik bus tu. Settle. Malam tu, siap ada sorang peserta lagi nak tarik diri. kalau tak silap, masa tu dah dekat pukul 9. Tak tau lah masalah ape. Tension agaknya dengan kerja yang menimbun sebelum panjat gunung. Tapi, alhamdulillah, die tarik balik kata-kata dia. entah siapa lah yang pujuk die.

Tepat jam 11:30 malam, kami bertolak menuju ke Merapoh

Seronok betul perasaan time tu. Excited! Tapi still ada perasaan takut sebab takut pancit masa trekking nanti.

12hb
Lebih kurang jam 5:30 pagi, kami tiba di Merapoh. Kalau tak silap, kami tersalah masuk lorong pagi-pagi buta tu. termasuk ke lorong yang kecik. pastuh nak U-turn balik susah.Setelah tiba di Taman Negara Merapoh, kami semua solat subuh dan tukar terus pakaian untuk trekking. berdebar sangat perasaan time nih. Sebelum perjalanan di mulakan, kami semua perlu declare barang yang kami bawa. Itu semua termasuklah pakaian dalam,gula-gula berapa biji,rokok berapa batang,etc. Sebab, nanti kalau dah keluar dari Gunung Tahan tu kena kira balik barang tu. kalau ada yang miss, kena denda. dia kira kita buang sampah kat dalam Taman Negara Gunung Tahan tu.


11-19 April 2005, Mount Tahan
*muka excited naik 4x4. jakun sangat. perjalanan 4x4 ke starting point memakan masa sejam. Kami dalam 4x4 tu gelak macam orang kena histeria. jakun punya pasal. sampailah pakcik driver tu toleh, baru kami senyap. MALU. ehuhuhu.

Sesampai sahaja di starting point, kami stretching2 sikit sebelum memulakan perjalanan. setengah jam pertama ok lagi. Lepas tu... dah mula nampak semput. tapi orang lain tak lah. Plus, ini lah first time kite bawak haversack yang mengandungi pakaian & makanan untuk 6 hari 5 malam di hutan. pheww... Nak di pendekkan cerita, untuk trekking hari tu, kite pancit! by the way, untuk trip ni, kite sorang jer perempuan junior. Yang junior lelaki 5 orang. Kami tiba di Kem Kor pada pukul 4 petang. ini first kem kami tidur. Kem site kat sini best sebab kami pacak khemah kat sebelah sungai =).

13hb.
Pagi tu, kami semua bangun seawal 5:30 pagi untuk prepare sarapan dan lunch sekaligus. kalau tak silap menu pagi tu cucur , dan untuk lunch pula adalah nasi goreng. untuk menu sepanjang trip nih, senior kite yang settlekan. kite hanya tolong kupas-kupas bawang jer. maklumlah. kite masak bukannya sedap sangat kan.... Perjalanan untuk hari kedua adalah sangat best. Kami semua lunch di Kem Kubang. Kite rasa Kem ni dinamakan kubang mungkin sebab tempat Vavi Hutan berkubang kot? yer lah, berlumpur gila. Tapi trip kali ni adalah musim kering + musim bunga, jadinya, tak lah dalam sangat lumpurnya. pernah dengar orang cerita kalau terbenam kaki, memang sampai lutut la. Sepanjang trek kat Kubang ni, kami asyik bergayut kat akar and ranting kayu jer. Tak nak kena lumpur konon.


11-19 April 2005, Mount Tahan
*Tired but happy.

perjalanan di teruskan menuju ke Kem Botak. Kami akan tidur di Kem Botak. dalam hati kata, "macam bukit botak yg kat kampung tu kot? togel jer semua pokok".


11-19 April 2005, Mount Tahan
*Ini adalah view dari Kem Bonsai. see.... dah nampak dah kan bukit botak..nampak tak trek yang putih-putih tu? itu trek berbatu. nampak jauh kan dari Kem Bonsai?


11-19 April 2005, Mount Tahan
*Ok, inilah die trek yang berbatu putih tadi. cuma 20 minit jer dari Kem Bonsai tadi. We are nearly reach Kem Botak! yeay!



11-19 April 2005, Mount Tahan
*Macam gambar dalam lukisan kan? ehehehe.. kite akan ke sini lagi suatu hari nanti bersama anak-anak. I promise u baby!

Akhirnya, kami tiba di Kem Botak dalam pukul 5:30. Sejuk? phew~ sangat sejuk! di tambah dengan angin yang kencang. nak masak pun susah. Tapi, sanggup pulak kite mandi kat atas nun. Oh ya, kat Kem Botak ada telaga. best........ i tell u, the water is sooooooo chilled! Kami budak2 perempuan mandi ala-ala kat rumah gitu. best gila.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Ini lah telaganya. dalam. Hehe.
Malam tu, tak ingat makan apa. tapi moment yang tak boleh lupa, boleh pulak yang budak-budak perempuan Beri-beri beramai-ramai. begitu juga dengan kaum adam. cumanya tempat lain-lainlah kan. ehehe.. yang kelakarnya, husband kite cerita, kaum-kaum adam ni cangkung dalam bentuk bulatan dengan lampu suluh di tangan masing-masing. agak-agak nak dengki kawan, dorang suluh plak kat bahan buangan. cet! time nih masing-masing baru awal 20-an. paling tua time ni baru 25 tahun rasanya.

14hb.
Pagi tu, sejuk sangat! Tapi kami dikejutkan dengan berita yang salah seorang kawan kami mandi kat telaga tu. Mak aih! sejuk gila tau! mandi kat puncak gunung! ape jenis kulit pun tak tau la.

11-19 april, mount tahan
*yang pakai towel tu lah mamat yang mandi pagi-pagi buta di puncak gunung. gilo. yang lain tu sajer jer nak test ketebalan kulit.

11-19 april, mount tahan
*We are above the cloud =) .
Menu pagi tu, nasi goreng lagi...nak makan sedap, kat kedai la kan. tak boleh cerewet.

Perjalanan dari Kem Botak Ke puncak Tahan memakan masa selama sejam jer. Masa sampai kat atas tu, Happy sangat! first time panjat gunung yang lama-lama dan bawak beg with load of clothes and foods.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Happy faces. Inilah beg first kite. Beg deuter kaler coklat. and first time bawak haversack sendiri. Of coz guna duit scholarship. Thank you JPA (>_<).
We didn't plan to lunch here. Perjalanan dari Puncak Tahan ke Kem seterusnya adalah hujan renyai-renyai. tak banyak ambil gambar. sayang betul. ada nampak bangkai kapal terbang lagi on the way dari Puncak Tahan le Kem Gedung. Trek dari Puncak Tahan ke Kem Gedung a.k.a Gunung Gedung adalah sangat AWESOME! cantik sangat! Kami tiba di Gunung Gedung kira-kira pukul 5 petang. Water point kat Gunung Gedung tu sangat lah jauh. ada satu waterfall kecik. kena trekking sikit untuk ke waterpoint tu dalam 15 minit. Menu malam tu yang kite ingat, sayur kobis masak air. Masa ni sejuk sangat. Kebetulan malam tu adalah turn kiter, encik suami dan beberapa orang rakan masak nasi untuk buat nasi goreng keesokan harinya. herm. hujan turun sangat lebat malam tu time masak nasi. tapi bagus jugak, sebab dapatlah masak air Air yang dalam botol semua kami tak sentuh sebab waterpoint sangat jauh untuk ambil air. Malam tu, khemah budak lelaki bertakung dengan air. Masa ni lah baru tersedar, Carry mat adalah sangat penting untuk tidur kalau pergi gunung yang lama-lama. kira macam tilam lah . Sleeping bag sahaja tak cukup.
11-19 April 2005, Mount Tahan
*Tempat tidur kami di Puncak Gunung Gedung

15hb.
Pagi tu bangun sejuk sampai mencengkam tulang. Perjalanan turun dari Gunung Gedung ke Kem seterusnya iaitu Kem Teku agak mencabar fizikal. Maklumlah, hari ketiga. Plus, malam semalam kan hujan. So, encik suami yang bawa ground (macam kanvas) agak tertekan sebab sangat berat. banyak pasir melekat-lekat pada ground. separuh perjalanan pulak, kaki kite melepuh teruk. sangat teruk . kulit yang melepuh tu koyak. isk..isk..jadinya, kite sampai ke Kem Teku dalam pukul 6 petang. kat sini lah mencabar. Lebah banyak gila. sampai melekat-lekat dekat haversack. sampai-sampai jer Kem Teku terus masuk dalam air sebab terlalu sakit kaki tu. malam tu penuh dengan emosi. ada yang nak balik awal. Adeh. Tak enjoy betul. Last-last, semua setuju untuk keluar dari hutan keesokan harinya which is sebenarnya time tu sepatutnya kami masih ada lagi 2 hari untuk keluar dari hutan.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Air sungai yang deras dan warna gelap

16hb
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk pergerakan yang lebih laju kali itu. Kononnya nak keluar awal kan. Jadinya, kite jalan paling depan sekali atas sebab kite injured. Perjalanan dari Kem Teku ke Kem Putih(tempat untuk kami lunch) banyak kena cross sungai. sungai dier kaler itam dan sangat laju. Time ni lah kite sesat! masa nak cross sungai tu, kite ngan 3 orang lagi kawan, 2 budak lelaki terlajak entah ke mana. . cuak gila. sesat dalam hutan tebal ni! kira-kira sejam jugak lost track. Last-last kami terserempak bali ngan group kami sebab kami patah balik. nasib baik. Sesampai je KEm Putih, kami terus masuk dalam air sambil makan nasi goreng..lagi.... bukan ape, makan dalam air adalah sangat melegakan sebab lebah sangat banyak. After a few hours, kite start trekking balik. kali ni, kite paling belakang. orang yang dah biasa jalan terlampau laju tak biasa duduk belakang. kurang sabar barangkali. Ok, hari tu, kite injured lagi. kite hampir pitam. tapi, nasib tak apa-apa. jadinya, tak sempat untuk keluar dari hutan untuk hari itu. Kami bermalam di Kem Tengah. Malam tu, guide kami tidur awal. tak tau sebab apa.

17hb.
Hari yang dinantikan telah tiba. Kami keluar dari hutan hari ini! civilization! Perjalanan dari Kem Tengah ke Kem Melantai ok je but kite still lambat sebab kaki dah sangat teruk. bernanah dah pun.
11-19 April 2005, Mount Tahan *Kem Melantai

Kite push diri kiter since hari kedua lagi. bukan buat-buat sakit tau. tapi memang betul-betul sakit. Perjalanan dari kem melantai ke Kuala Tahan adalah sangat melegekan sebab jalannya rata. kadang-kdang jer kena lintas pokok-pokok besar yang tumbang. Kira-kira lagi 20 minit nak sampai Pintu keluar, kite ternampak ada benda hitam lemintas dengan sangat laju! cuak! laju sangat benda tu. tapi kite yakin benda tu harimau bintang. kami berempat time tuh. Encik suami dah jalan depan dah. Kami semua senyap sekejap. tunggu kot-kot binatang tu nak lintas balik, kami nak je lari. after a few minit, kami jalan balik. Kali ni jalan sangat laju. kaki yang bernanah ni agaknya kalau boleh bercakap memang dah menjerit-jerit agaknya. Alhamdulillah, kami tiba di Pintu keluar dalam pukul 4 gitu. Syukur semuanya selamat.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Menunggu bot untuk ke seberang.

18hb.
Kami santai-santai jer di chalet. duit banyak habis untuk chalet. sepatutnya kami duduk chalet sehari je. tapi sebab nak sangat keluar cepat dari hutan, budget semua lari. tak dapat nak beli souvenir. Kite terkilan sebab tak dapat nak pegi canopy walk. kaki dah bengkak nak jalan pun susah. so, end up just duduk di berandah chalet , borak-borak bersama encik suami.

19hb.
Hurray! kami pulang ke Kolej hari ini! Memori Gunung Tahan memang sentiasa terpahat di memori. Oh ya, Masa kat Kem Tengah, rupanya kat situ sangat-sangat haunted. Kat situ ada seorang orang asli mati kat situ. Malam tu, ada sorang member kena kacau. huhuhuhuhu. siap main tarik-tarik mess tin lagi. weeehehehehhe... Overall, Trip ni patut repeat balik!