Thursday, July 24, 2014

TERIMA KASIH DAUN KELADI #Kami Jual


#Kami Jual
#Tommee Tippee
#FIFA World Cup 2014 Jersey
#Avent
#Shaklee


Photo credit : http://kedaivitaminfatimah.wordpress.com




Oh Ya, sebelum terlupa....
Nak Clear kan semua sebelum barang yang di order dari UK sampai lepas Raya ni... Weehooo !!

Wednesday, July 23, 2014

Tempat Berbuka Puasa Di Luar Paling Aman !

Panjang betul tajuk kite kannn...

Semalam kami anak beranak berbuka puasa dengan Member-member panjat gunung Kat dataran Putrajaya depan bangunan mahkamah. Best sangat!!!!!

Aman!!!

Boleh berbuka sambil berlari-lari anak.







Happy 3rd Birthday My HERO !!!!!! Adam buat ibu happy sangat  sebab ibu memang nak saaaaangat baby boy ..... Alhamdulillah!!!



Monday, July 21, 2014

Destinasi Budget II : Sg Kedondong

Semalam kami anak-beranak pergi waterfall hunting lagi.

Muahaha..

tapi ianya bukanlah plan asal bersiar-siar di waktu petang Ahad.

Asalnya nak cari tudung raya.

Tapi kebanyakan yang ade di Prima Gombak semuanya bukan taste kite.

Jadinya, pergila kami 4 beranak membawa diri mencari ketenangan berjalan-jalan lalu jalan kampung.

Tiba-tiba, Encik husband rase nak singgah di air terjun kedondong.

Tak sangka pulak katenya nak turun kat gigi air.

Ya.

katenya nak turun kat gigi air je.

Tapi, tengok ape jadi......






Tempat ni berselera sikit nak mandi compared to Sg Tua. Kami dah terbiasa mandi air jeram gunung..tempat yang tinggi2.. bila mandi part yang kat bawah2 ni... errr... Geli ;-p


Kos ke sini :
Duit minyak : RM10max pergi balik ( Selayang-Sg. Kedondong )

Saturday, July 19, 2014

Resipi Lasagna Atkins

Di sebabkan ada leftover kuah spagheti....

Maka kite pun buatlah lasagna atkins...

Resipi Kuah spagethi :
1) Tumis Bawang merah & putih yang di cincang halus  - bawang merah holland sebiji + garlic 5 ulas
2) Masukkan daging cincang 2 cawan - kite pakai 2 ketul daging cincang ramli
3) Selepas daging agak garing, masukkan tomato puree - actually tomato x boleh makan untuk yang beratkin di fasa 1
4) selepas naik bau, tabur blackpepper + italian herbs + garam secukup rasa
5) ketepikan kuah spaghethi yang dah siap
 6) pecahkan telur 3 biji. pukul rata macam nak buat telur dadar.
7) Masukkan Kuah spaghethi ke dalam loyang dan tuang telur yang di pukul tadi ke dalam loyang. Seperti dalam gambar di bawah


Potong Parmesan cheese block mcm ni. Sebenarnya beli parmesan cheese ni lagi bagus sebab kurang gula kalau tak silap . Tak berapa ingatlah. But more healthier lah dari parmesan cheese yang parut-parut tu.

Lepas toping kuah spaghethi dengan cheese, bakar ke dalam oven selama 10-15 minit dengan suhu 220 degree C.
 Tapi , maaflah gambar yang dah siap x sempat ambil. Lapo. Kamera gabak sangat. Henpon dah la ilang tak berganti. nenantilah yek..hehehe..

Selamat mencuba!!

Friday, July 18, 2014

Malaysian Airlines Flight MH17

Berita Terkini kite dapat tahu via FB dan sumber-sumber lain tentang Pesawat MH17 sangat terkejut dan hiba. It is so heartbreaking.



Di bulan Ramadhan ni, macam-macam jadi

GAZA di serang Israel
Polis di tembak mati di Mabul, Sabah
MH370 tak habis lagi...
Tragedi MH17 pula

Kite pasti semua ade hikmah di sebalik kejadian.

Allahuakbar...

Marilah sama-sama kita kejar ibadah, kejar pengampunan Allah.

Thursday, July 17, 2014

Tips Workout ketika bulan Ramadhan...

Semalam kami anak-beranak pusing-pusing satu uptown Danau Kota. Yea... Danau Kota. Last pergi sane mase pregnantkan Adam kot. Haha. Ni semua gara-gara nak beli tali pinggang Encik suami.

Nak handle dua hero ni  i tell you... Memang burn a lots of calories. Sepanjang kat sane memang muka menitik-nitik dengan peluh. Dalam baju jangan cakap la die punya "hujan peluh". Berpeluh sebab mengendong dan mengejar anak-anak.

Bile jalan-jalan kat Uptown ni, boleh tahanlah tengok tudung-tudung awning schiffon ni!! cuma kena pandai pilih je! but yang tak bestnya, banyak tudung yang kite minat pendek! tak fully covered dada. *Haih.... Kalo kat online beli tudung 3 layer, satu color RM85. Kat Danau Kota kite dapat cuma RM25. Weehhoooo... berbaloi-baloi...



 Nilah dorang ni.. Balik dari Uptown terus mandikan dengan air suam. Tempat ramai-ramai macam tu... confirm ade virus jahat...

Orait, back to main topic, kite nak share tips mase workout. Actually, dah 2 minggu pose ni, kite just buat light exercise je. bukan tak larat. Tapi takde mase sebab nak mengejarkan masak at the same time nguruskan anak-anak. Semalam pon dapat buat workout time sebelum berbuka puasa je..




Semasa berpuasa :

*Digalakkan melewat-lewatkan workout sehingga waktu berbuka kerana badan kita ketika ini kekurangan air.

*Workout yang di galakkan adalah kardio atau bersukan.

*Memadai 50% intensiti dari workout ketika bukan di bulan Ramadhan.

*Weight training TIDAK DIGALAKKAN.

*Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.

*Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya.

*Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.

   -Contohnya, Minggu pertama Ramadhan workout 15 minit. Minggu kedua 30 minit . Ketiga 40 minit . Minggu terakhir sejam. Haaa...Cunlah tu..




Selepas berbuka puasa :

* Seelok-eloknya sejam-2 jam selepas berbuka. Tapi janganlah makan yang berat-berat. Nanti kang muntah mase tengah lompat-lompat. LOGIK sikit ekh..Kite galakkan korang minum air ESP Shaklee dan sedikit kurma kalau korang plan nak workout lebih awal. So, perut takdelah penuh. Nak tunggu perut lega, maunya start exercise pukul 11-12 malam.

*30 minit-sejam sudah memadai memandangkan korang kan nak kena tidur untuk bangun sahur.

*Boleh juga di buat selepas solat terawikh.

*Weight Training  Boleh di lakukan selepas berbuka ya...


Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.


Dalam bulan Ramadhan ni, rasenya 2 kali je kot kite buat HIIT exercise before berbuka.  Dapat burn dalam 280 Kalori je di tambah dengan senaman selingan sendiri. Itupun kite buat setengah jam. Memang agak letih. Tapi takdelah rasa nak pitam. Cuma rase TAK PUAS kalo exercise 20-30 minit je . huhu.


So, Hari ni nak selektif sikit workout. Based on Fitness Blender punya suggestion, kite nak buat kesimpulan workout yang kite create siap dengan calorie burn sekali.

SET 1 (10x rep each)
basic squat
plie' squat
squat + leg raises
squat + reverse lift
triple dip squat
sumo squat high kicks
side squat
double dip ski squat
Rocker Squat
Jump squat
(49-75 calorie burn) [8 minutes]



SET 2 (10x rep each)
Bicycle Crunch Leg Drops
Plank Tucks + Downward Dog Walk
Back Bow Toe Touches
Leg Pedals, alternating directions
Upward Facing Plank + Leg Lifts
2 Oblique Crunches + Bridge (arms up to further engage the core)
Single Leg Drops
Circle Crunches, alternating
Bicycle Crunches
Mini Scissors
(47-72 calorie burn) [9 minutes]


SET 3(10x rep each)
basic squat
super slow squat
ski squat jumps
squat + leg raises
ski squat + double reverse lift
ski squat regular squat hops
basic bodyweight squat
basic squat
Pop squat
double dip ski squat
(60-100 calorie burn) [ 10 minutes ]

SET 4 (10x rep each)
Long Lunges
Warrior 1 Lunges
Reverse Lunges + Lifts
Curtsy Lunges
Side Lunges
Reverse Lunges + Kicks
Crossover Lunges
3 Split Jumps + Lunge
Double Pulse Lunges
3,2,1 Lunge Hops
(40-72 calorie burn) [ 8 minutes ]

SET 5
Push up x25
Reverse fly x25
Squat + side Leg raises x25
Long lunges x25
Rear Leg Lifts x50 ( 25 each leg )
Plank 40secs
Single leg squat x10
Toe Touch Crunch x25
Side Plank x50 (25 each side)
Mountain climbers x25
(100-150 calorie burn) [15 minutes]

Total Calorie burn :  296-469 calories burn
Total time needed : 50 minit.

Workout ni kite pick sendiri dari Fitness blender punye set. Tapi SET 5 kite create sendiri based on jam calorie counter. 50 minit with LESS jump adalah sangat ok bg kite. NO BURPEES.  NO JUMPING JACK. NO SKIPPING . JUST HOP A BIT.

Good LUCK!!


Ini ade sedikit gambar untuk beberapa jenis exercise yang kite suggest kat atas.
Back Bow

Squat

Circle Crunches



Downward dog walk

Jump squat

Lunge hop

Mini scissors

Oblique Crunches + Bridge

Plank tucks



rear leg lift

long lunge

Side hip plank


Single leg squat

Upward Facing Plank + Leg Lifts

Plie' squat





Wednesday, July 16, 2014

Destinasi bukan Budget - BALIK KAMPUNG

Haaaaa...minggu lepas kan cuti lame..

apelagi..

ade budget sikit...

baliklah kampung...

(Kampunglah sangat kan JB tu)

sehari setengah untuk kedua-dua belah family.

ADIL.










Newly Wed...





 Double chin masih wujud lagi. The "tak Best" walaupon berjaya turunkan few kilos berat badan is lelemak di muka sangat tebal untuk menyusut. SUSAH sangat!

Salah satu punca utama kite nekad untuk ubah lifestyle kite adelah sebab dah "Terbeli" jam with heart rate monitor. Hoho. Tengok macam cool je kan jam yg ade heart rate monitor. Plan asal nak burn calori dngan hanya buat housechores aje. Tapi bile pikir 88 kali. Teramatlah rugi kalau beli tapi tak fully utilised. Dahla nak beli jam ni kite kena kumpul RM50 sebulan. Maklumlah, i kan surirumah berhemah. Mane ade pendapatan tetap. Hik..hik.. bayangkan berapa bulan baru dapat jam yang tak semahal SUUNTO idaman KALBUKu.....huhuhuh... Lagi satu, takut la encik suami ejek, dah beli jam memahal, tapi tk fully utilised. Fuhhh.. Mane nak letak muka wehhh... MALU !!

So, bile dah beli jam calorie counter ni..memang paksa diri untuk eksesais. Mula-mula memang LIAT sangat. Demam urat lagi...

Lepastu kan... sebelum beli jam calorie counter ni, ade orang tu pernah challenge.. kalau dapat capai berat angka 40-an akan dapat jam SUUNTO.. Iskk... rugi la plak dah beli jam calorie counter ni.. Tapi, nak rugi ape plak kan? Sebab dah "terbeli" jam nilah kite dapat total lost almost 10 kilos within 3 1/2 months!!


Bile dah addict dengan workout ni, one thing yang kite perasan... Kite jadi lebih positif. Banyak IG yang kite follow pasal workout . La ni, dah ade target baru!! Nak physically macam Agnes Monica yang LATEST!!


Woohaa!! Agak-agak dapat tak ek capai dalam hujung tahun ni??
hehehhehe.. Mudah-mudahan di permudahkan... senangla i nak  ngangkut hero-hero untuk panjat gunung. ITU TARGET KAMI SUAMI ISTERI... Hakkk..hakk...








Kite tengah slowly pisahkan Adam dari tabnya... sekarang seminggu sekali atau 2 kali seminggu je jumpa tab.. Alhamdulillah.. bukan mudah hidup di zaman moden ni...