Monday, June 29, 2015

Pengalaman Berniaga Carboot Sale

Asalammualaikum..
Hai!
Alhamdulillah..dah masuk hari ke sepuluh berpuasa. Bagi yang tak puasa, tak yah le nak kabor satu dunia yang korang tak puasa..hahaha..Diam-diam sudeh... Rahasia wanita tu...

Semalam panas terik sangat.
Kalau di ikutkan, panasnya boleh tahan ade angin sikit lah.
Tapi bahang jugalah.

Semalam juga,
buat pertama kalinya kite berniaga secara carboot sale.
Memang betul-betul buka bonet kereta.. longgok je barang kat belakang kereta.


Ceritanya macam ni,
Sebelum ni, kite mamang tau area puncak jalil tu ade macam ala-ala bazar karat. Pakcik kite memang selalu pagi-pagi ke situ shopping barang outdoor. murah sangat! Bukan setakat barang outdoor sahaja, barang lain macam periukm shaklee, baju budak-budak, tudung, dan macam-macam lagilah! Mana-mana peniaga yang tak ada booth, dorang buat style car boot sale.

Kite pun apa lagi, memang minatlah nak berniaga kat situ. Alhamdulillah, semalam,  waktu orang sedang nyenyak tidur, kite gagahkan juga badan yang letih tak cukup tidur pergi survey tapak jualan. Mane tau kot-kot kena isi borang ke apa sebelum nak meniaga. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jualan kite pagi tu. Takyah isi borang pape pun. 2 jam lebi jugaklah kite berniaga.

Setengah jam pertama, kite meniaga sorang-sorang. Dengan busuk masam tak mandi. Alahai. Yelah kan. Main terjah je. Konon-konon nak survey aja. Bila tanya peniaga-peniaga lain kat situ, dorang kata meniaga aje. Takyah isi borang pape. Sebab owner tapak tu, akan buat rounding. So, kalo die lalu, just isi borang ajelah.

 Panas Wo~~

Jersey RM15 sahaja!! 

Pre-loved items... 

Setengah jam lepas tu, makcik kite and adik kite pulak teman meniaga. Anak-anak memang kite tak bawak. Panas terik sangat!! Tak apalah. Demi menambah duit poket, sanggup berpanas terik! Walaupun rezki hari tu tak banyak, tapi sedikit sebanyak, dapat gak idea lepas ni apa yang perlu di top up untuk meniaga carboot sale lain kali .






 Adam pun makan durian!! ibu sangat terkejut!!  His taste buds has getting better~





Lepas tu, berbuka tu, kami ramai-ramai berbuka puasa di rumah makcik sambil memanaskan diri dengan durian..Hahahahaha...

Monday, June 22, 2015

Fadhilat Jamuan Berbuka di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah..dah masuk minggu kedua berpuasa..
Seronoknya...
Paling seronok, bile rumah kite jadik tempat berkumpul berbuka puasa bersama cousin-sousin.
Ya. Kite memang suka kalau gathering ramai-ramai ni.
Baik masa sebelum jadi surirumah mahupun masa bekerja.
I get bored easily when im alone.
Tapi kalo sorang-sorang dengan komputer dan internet, tak bosan!
Haha..




Fadhilat Jamuan Berbuka di Bulan Ramadhan :
1. Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang bermaksud : Sedekah pada bulan Ramadhan
– Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi
2. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.
Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-

Pengajaran hadis
1. Memberitahu kita mengenai kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan.
2. Bagi mereka yang membuat jamuan berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa menjejaskan pahala orang yang berpuasa itu(tetamu).
3. Digalakkan agar kita membuat jamuan kepada orang yang berpuasa.
4. Dalam mengadakan jamuan, kita dilarang membazir malah kita hendaklah melakukannya mengikut kemampuan yang ada.







*Lauk feveret dan laku habis

Alhamdulillah, kite masak habis semua lauk. Baki lauk yang masih banyak, masing-masing (cousins) 'tapau' bawa balik rumah untuk bersahur. Ahh....lega... Yelakan, jenuh plak nak menghabiskan lauk yang masih banyak dengan suami. 

Menu kami mase malam tu, simple je. Kite masak mane yang kite expert je :
1. Kari Ayam
2. Sambal Goreng Jawa
3. Dadih jagung ( di buat sehari sebelum majlis berbuka puasa )
4. Tembikai
5. Air orange jus ( home made )- yang  ini, encik suami volunteer nak buat. Dalam hati berkata , ' mintak-mintaklah tak sepah sangat ' . Mata kite jeling-jeling je mase encik suami blender fresh orange. Biasalah kan, orang lelaki buat kerja dapur semua campak-campak. Hehehe




Sumber maklumat :
1. https://aki2004.wordpress.com
2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/7495-bersedekah-adalah-keberkatan-yang-berpanjangan.html

Wednesday, June 17, 2015

Hi Ramadhan!!

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah wish birthday kite yang ke-30 tahun pada 6 june lepas.. Alhamdulillah. Dah masuk  3-series sudah. For women, life begins at 30, right ? hehehe.
Yeyeye jek..

Anak-anak pulak sekarang baru nak baik demam + batuk + selsema.
Ade satu running event yang kite terpaksa burn sabtu lepas.
Kecewa, memang kecewa..
Tapi, anak lagi penting..kan ??



 Anak-anak syurga yang rajin join ibu exercise... Semoga ibu terus istiqamah workout sepanjang bulan Ramadhan ni. Insya Allah.. Jika panjang umur...


Dan, inilah stok bahan-bahan tumis untuk seminggu untuk memasak. Semoga masa yang terluang , kite boleh beribadat dengan tenang....

Selamat menyambut Ramadhan Semua!

#Throwback gambar Ramadhan, 2 tahun yang lepas...

Tuesday, June 9, 2015

Children who go camping do better at school and are happier and healthier !



Children who camp in the great outdoors at least once a year go on to do better at school, as well as being healthier and happier, according to their parents.

That’s the finding of a study carried out by the Institute of Education at Plymouth University and the Camping and Caravanning Club, who collaborated to discover perceptions of the relationship between education and camping.

Monday, June 8, 2015

10km FIT RUN JB

 Seriously seronok gile dapat join lari dengan ade cousin2... huhuh..

Tapi hampeh, dorang semua masuk 5km je...

ceh..

lari sorang-sorang lagi...

haihh...

takpelah...

tapi yg paling best, Encik husband tunggu kite sampai kite habis lari..

bagi semangat sikit kat garisan penamat...hehehe