Wednesday, December 30, 2015

Rombongan Meminang , Sungai Petani.

Cuti panjang memang mengujakan ! Kalau tak balik kampung, kami akan berjalan ataupun mesti ada aktiviti luar rumah. Senang cerita, OUTDOOR.

Baik dari segi budget vacation ataupun outdoor. Exclusive Vacation? Jauhh lagilah nak merasa.. Hahahaha... Tunggu jadi jutawan dulu kot.

Last week kami sekeluarga ke Kedah untuk join rombongan meminang. Memandangkan cousin kita dapat orang jauh nun di Kedah, jadi cousin-cousin yang duduk di KL ajelah yang dapat join rombongan tu. Firstly, JB-Kedah bukannya dekat. Secondly, budgetlah..of course... Segala-mala benda facilities kat Malaysia sekarang ni dah menggila kosnya. Semuanya nak naik harga. Memang kena calculate betul-betul. 2-3 bulan planning before the engagement event. 

Memandangkan tarikh rombongan meminang jatuh pada 26hb, jadinya, kami perlulah merancang perjalanan supaya tak stuck kat jem di highway Utara-Selatan. Memang lemaulah kalau stuck dalam jem. Kami gerak ke  Sungai Petani 25hb Disember 2015, dalam pukul 3 pagi gitu. Alhamdulillah. Smooth je jalan. Berhenti sekejap je kat Rnr mane ntah untuk solat subuh. Dalam pukul 8:30 gitu sampai Homestary di Sungai Petani. Very nice house! Jogging facilities, playground pun ada! sesuai dengan jiwa kami =D.


Homestay ni ada 4 bilik, 3 bilik air. Tapi yang part tak best, ada sarang burung kat bumbung. Hama burung tu gatal tau kena dekat kulit!



Petang tu, kami bersiar-siar dekat Jeti Semeling &  jalan-jalan area Sungai Petani naik bot dan berhenti di Tanjung Dawai. 



 Kalau tak silap masa ni, tong-tong duit naik bot sorang RM25. Sebab harga bot dalam RM280++ agaknya. Perjalanan pergi balik ambil masa dalam 2 jam setengah. Puas hati lah naik bot ni sebab bot ni bersih.



Kami diberi 40  minit untuk shopping dan makan laksa atau mee udang kat kedai-kedai kat situ. Merasalah makan laksa Utara di Tanjung Dawai. Orang kata kat sini banyak jual belacan, keropok lekor dan the best part is Mee Udang. Kite dapat merasa sesuap ajeItupun "ngecekorang. Sekejap sangat berhenti kat Tanjung Dawai.
Dicadangkan, kalau ke tanjung dawai ni naik bot, tak payahlah beli keropok or whatsoever. baik layan mee udang atau laksa. Sebab ramai gila orang. Kang order awak dah sampai, bot dah jalan. Tapi kalau tak lapar, bolehlah membeli belah ikan pekasam ke..keropok ke.. . Tak pun, order jugak mee udang, tapi bungkus. Haaa.... gitu.... 2 in 1. Itupun kalau sempat siap =p.



Dugaan ... Mula-mula sampai kat jeti semeling, tayar bocor. Dah tukar dah tayarnya sebelum naik bot ke Tanjung dawai. Tup-tup bila balik dari Tanjung Dawai, pancit pulak tayar sparenya. Aduhai.





Malam tu, kami sekeluarga buat BBQ. Nasi goreng beli kat mamak area homestay kami. Kat situ ada kemudahan. Kedai mamakruncit, dobi, farmasi, klinik, kedai hardware, etc.

Esoknya, 26hb Disember 2015,  adalah hari pertunangan cousins . Alhamdulillah. All went smooth. Kami ni rombongan orang-orang muda. Tapi yang belah perempuan, semua veteren-veteren.

Terkejut jugak sebenarnya majlis pertunangan cousins kite ni. Sekejap! Macam kelip mata 20 kali gituh dah settle dah! "Pinangan diterima!".
Memang mudah aje urusan pertunangan cousins kite. Datang pukul 12 tengahari, dalam pukul 1 lebih gitu dah siap-siap nak balik. Haha... Memang Magic. Jadinya, kami dengan tak ada plan, terus ke masjid, untuk sembahyang zohor & Asar sekali. Jamak. Bukan Jamak Takyah tau...

Plan asal nak balik KL lalu tepi laut. Tapi singgah kejap di Taman Tasik Taiping, Kaki Bukit Larut & Equine Park Taiping. Naik kuda ni pun FREE! Tiba-tiba ada orang belanja. Ade sorang hamba Allah ni die dah bayar, tapi tak boleh naik kuda sebab overweight. Orang yang berat lebih 60Kg tak boleh naik kuda. Nanti kuda tak nak jalan. Haha. tipu je. Tapi memang kalau lebih 60kg kuda kat sini tak boleh . Lupa plak sebab apa. Hehe.





Sebelum masing-masing mengubah haluan masing-masing, kami singgah kejap kat kuew tiau Doli. Ramai kata sedap. Tapi MAHA LAMBAT lah servis dia. ORDER SEJAM, MAKAN 5 MINIT. Dan rasa dia? Kuew tiau mamak lagi sedap. Not recommended for those yang ada anak kecil. Mengamuk wei nak tunggu kuew tiau sampai sejam. kuew tiau biasa je pun. Bukan special letak telur goreng kerbau ke, mata jin ke.. Haih. First and last lah kami ke sini.


Maghrib tu, kami singgah di masjid area taiping sebelum meneruskan perjalan menuju ke selatan. Which is kami pun tak decide nak bermalam di mana. Alahai..

At last,kami decide untuk bermalam di hotel murah di area Lumut. RM70 je semalam. Masing-masing kepenatan. Lepas mandi-mandi, makan, tidur~~~


27hb Disember 2015,
Kami meneruskan perjalanan kami dengan singgah di jeti Lumut. Kononnya nak jalan-jalan area Pulau Pangkor. Tapi fikir- punya fikir, tak jadi. Sebab suntuk sangat . Kalaunak jaan-jalan area Pulau Pangkor,kena bermalam kat sini. Baru puas hati. So, just beli-beli ikan bilis dan sotong gula, ambil gambar sikit.. And, kami teruskan perjalanan pula ke Teluk Intan via jalan kampung. 









Destinasi seterusnya, kami nak ambil gambar di Menara condong, sembahyang di masjid Area Teluk Intan dan Lunch di Restoran Mastan Gani. Kedai mee rebus & rojak meee popular kat sini.








Dan destinasi terakhir kami sebelum balik rumah, makan malam di Jeram, Kuala Selangor.  Ni memang tempat feveret sebab budak-budak bebas bergerak dan makanan die memang kena dekat tekak. Cuaca pun cantik sangat sepanjang hari tu . Alhamdulillah!





Sunday, December 20, 2015

GuestHouse Best di Penang.

Nak Park kat sini. 
Takut lupa pulak nak cari kat mana...


Guest house di:
Stay SongSong
15, Gerbang Erskine, Penang, Malaysia

Foto kredit to :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.740535339410704.1073741861.722536421210596&type=3






Saturday, December 19, 2015

Sightseeing Cruise Putrajaya

Belum lagi habis penat balik dari Sekeping Serendah, kami berjalan-jalan pula ke selatan Selangor iaitu Putrajaya.
 Kebetulan mak mertua ada hal di sana, so kami decide untuk jumpa kat Putrajaya je. Tak payahlah mak nak naik ke Batu Caves yang memang terkenal dengan jem kat jalan kuching.

Kat sanakami jalan-jalan enjoy view keliling Putrajaya naik cruise. Inilah first time gua naik cruise. Itupun orang belanja. Kalau tak, memang tak hingin lah nak menghabiskan duit naik bot. Hehehe..

Ni semua sebab Adam teringat maktok die dah janji nak bawak naik bot kat melaka. Tapi nk ke Melaka macam tak sempat semalam. Habis urusan di Putrajaya dalam pukul 1 tengahari gitu. Nak ke Melaka lagi, nak sembahyang Jumaat lagi. Memang tak sempatlah kan. Sebab mak nak balik JB malam itu juga.










Ini harga naik cruise..

Sekeping Serendah Retreat di Warehouse 2.



Sekeping Serendah Retreat Homestay,
Chalet, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah, Rawang, Kuala Lumpur, Malaysia 48200 

Sekeping serendah personally adalah tempat percutian yang menarik bagi outdoor enthusiast . Untuk ibu bapa yang kurang gemar bercuti dengan protokol , Sekeping Serendah adalah sesuai untuk anda. Bercuti tanpa protokol maksud saya di sini, jika makan, tak perlu berkejar-kejar dengan anak suruh duduk diam, Boleh duduk bersila suap anak-anak makan,Boleh masak suka-suka hati anytime .

Actually kami planning nak ke sini dah pun dibuat beberapa bulan yang lepas. Ragu-ragu jugak masa first time nak booking ke sini. yelah. Semuanya  online. Entah boleh percaya ke tidak, kan.. Tapi tawakal jelah. Nak takut apa. Ikut je step by step cara nak booking, bayar, dan enjoy the vacation.

Macam mana nak booking ?
Mula-mula, bukak page sekeping serendah.
Korang boleh pilih tarikh ikut available date yang ada kat website tuMemang lengkap. Price semua ada base pada jenis rumah yang korang nak. 

Jenis-jenis rumah :









Contoh tarikh yang available:






Peralatan yang disediakan :
Boleh tahan banyak jugaklah contohnya dapur (stove-2) , electric kettle, oven, bbq set, pinggansudu,garfukualinescafe & milo 3 in 1, water heater , Fridge, swimming pool, etc. 
Tapi bab sudu, garfu,kuali kami bawa sendiri sebab malas nak samak. Periuk nasi pon bawak.

Antara peralatan yang kami bawak dari rumah :
periuk nasi
jug air (untuk buat kopi/teh/milo)- better bawa 2 untuk air sejuk dan panas.
Kuali
Stove sendiri-nak masak cepat sebab dapur ada 2 je yang disediakan.
Cutlery sudugarfupenyepitpisau, cutting board, tapis, sendukmangkuk)


Macam mana nak ke sana ?
Paling mudahikut jalan besar rawang. Tapi kalau nak view cantik, boleh je lalu Ulu Yam. Tapi jauh la. Paling senangikut google map atau waze. Tapi bila korang sampai je depan papan tanda Sekeping Serendah, korang akan hilang line telefon dan gps. Actually die takde pun papan tanda. Just spray nama "Sekeping Serendah" kat batu. Memang jimat kos betul . Korang jangan panik kalau tiba-tiba laluan/jalan menuju ke sekeping serendah ni sempit . Sebab korang memang akan lalu perkampungan orang asli. Jangan bawak laju-laju pulak. Mase nak ke sini, siap ada signboard tulis " Jangan Carik Pasal ". Haaa... faham-faham ajelah ya. Takut budak-budak main-main tepi jalan.
GPS coordinates : N3.368050, E101.631150


Apa aktiviti yang boleh korang buat?
1. BBQ 
Kawat tu memang pihak sekeping serendah sediakan yang baru tiap kali guess check in. Kena request charcoal awal-awal kalo nak buat bbq or else korang beli sendiri. Pekerja diorang akan hidupkan bara sekali.
2. Swimming 
-Swimming pool die cool ok. Breathtaking view. Siapa-siapa yang nature enthutiastmemang akan enjoyke sini.
3. Trekking 30 minit ke air terjun serendah atau boleh naik kereta 10 minit
4. Ada kolam pancing berdekatan.



Ada 2 meja makan actually. Ini ruang makan berdekatan dengan bbq pit.
Ruang dapur yang selesa. Tong sampah besar bawah dapur.
Singki besar. Puas hatilah nak membasuh periuk kuali. Air pun laju!
Ruang Tidur. Ada 2 bilik berasingan. Tapi bilik open laCuma dia buat partition ja. Ada 2 katil double dan 6katil single. Masa kami datang tu, pihak Sekeping Serendah ada bagi 4 tilam single spare.
Bab tanggalah yang paling kritikal kat dalam warehouse 2 ni. Budak-budak suka turun naik tangga.Tapi ada gate kat atas. Kalau ada gate kat bawah sebelum naik tangga tu lagi selamat untuk budak-budak.
Ruang bermain yang luas. Budak-budak takdelah boleh mencapai perkakas-perkakas dapur.
Satu lagi meja makan dan sinki. Total ade 4 sinki kat dalam warehouse 2 ni. Area sini, kami buat letak biskut-biskut, jajan-jajan, buat susu budak , basuh botol susu budak. Memang tam campur dengan sinki di dapur. 
 Ruang bersembang dan port ambil gambar yang banyak lighting. Hehehe.
Ruang bermain-main untuk budak-budak. LuasNak main teng-teng pun boleh.
Antik sangat kunci bilik air dia!
Kelambu disediakan sebab malam-malam banyak serangga berterbangan. Hehehe.. Budak-budak memang menjerit-jerit lah nampak serangga pelik-pelik.
Bilik air bersih! Nature concept. Ada 3 bilik air. Heater pun ada.
Swimming pool luasview yang superb.

Overall , saya kasik 5 bintang untuk trip ini

Honestly sangat puas hati dengan trip ni sebab view die cantik sangat~ Macam tak puas rasenya budak-budak ni main-main kat sini. 
Tapi yang pasti nak repeat lagi trip ke sini dengan geng-geng panjat gunung/ saudara maraku sayang~~