Wednesday, October 25, 2017

Al Fatihah Atok Abah




Tanggal 20 Oktober 2017.
Atok yang saya sayang sangat menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5:27pm.
Allahu.
Tak pernah terbayang tok abah pergi dulu.


Tok Abah di diagnose dengan kanser pundi kencing pada awal oktober haritu. baru sangat dapat tahu. Dan sejak itu kesihatan dia merosot sangat. cepat sangat merosotnya.Pagi Khamis tu dapat message whatsapp dari saudara mara mengatakan atok abah sudah tenat. Dapat je mesej tu, terus bangun buat solat sunat supaya dipermudahkan urusan. Tapi dalam masa yang sama macam tak ready gitu tok abah nak meninggalkan kami semua.

Keadaan tok abah semasa hari khamis. Setelah diberi morphin. Tok mak hanya berzikir dan membacakan Yaasin untuk mengurangkan kesakitan atok abah. 

Petang Jumaat tu (20 okt) dapat call dari Adik yang tok abah dah nazak. Masa tu adik tengah beli barang dapur untuk masak2 sebab semua anak-anak dan cucu cicit atok abah dah balik KECUALI KITE SEKELUARGA. Tepat 5:27pm Atok abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah. dipermudahkan.

Luluhnya hati. sedih sangat. Selama 32 tahun hidup. Tak pernah tak ada atok abah tiap kali raya. Tapi tahun ni tahun terakhir jumpa atok abah.

Malam tu jugak kami anak beranak terus ke Pontian untuk tengok tok abah buat kali terakhir. 


Pagi tu dalam pukul 10 lebih pagi, tok abah selamat dikebumikan di Pekan Sanglang, Pontian. Merasa jugalah encik husband menggali kubur untuk tok abah. Pengalaman pertama katanya menggali kubur. Fardhu Kifayah tu.


Selama kite hidup, memang tak pernah tengok tok mak tanpa atok abah. Isk. Tengok gambar ni je dah sebak.

Mungkin entry ni nampak macam poyo bagi sesetengah orang. Tapi percayalah. Kehilangan tu hanya orang yang faham je rasa. Yang mengalaminya je rasa. Kite memang dari kecik mak ayah dah biasakan balik kampung jenguk atok nenek. Jadi hubungan dengan saudara mara and atok nenek sangat erat. Dah kahwin ni macam biaselah. Komitmen dengan keluarga sendiri pulak. Dahlah kite yang paling jauh dengan cousin yang lain. 


Semoga Atok abah tenang di sana. 
Rindu Atok Abah.



Friday, July 28, 2017

Update berpantang & Ahli Keluarga Baru

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini adalah hari ke 39 berpantang. 
Berpantang di rumah sendiri sambil ditemani mak kite.
Syukur ada mak .
Banyak sangat mak bantu.
Kalau takde mak... tak dapat bayangkan betapa huru haranya keadaan rumah dan anak-anak.
Yelah.
Yang selalu uruskan anak-anak dan rumah adalah kite.
A to Z.
Kite tau betapa penatnya semua tu.
Jadi bila nak serahkan tugas tu kat orang... rasanya... Tak ramai yang mampu kecuali orang yang terdekat dan ikhlas membantu. Serious.


Lagi a few days mak dah nak balik rumah die dah.
Sedih.
Takut.
bercampur aduk.
Takut nak jalankan tugas harian dengan 3 orang anak tanpa ada mak di sisi.
alahaii.... hanya mak je faham kepenatan menguruskan rumah tangga.

Ya Allah.
Panjangkanlah umur mak ku..
supaya kite pulak dapat balas jasa mak.
sayang mak kite.. 


5 of Us...



Terima kasih encik suami belikan barang basah especially ikan sedap-sedap dan buah-buahan sepanjang berpantang ni. Tak lupa juga khidmat urutan berpantang yang sangatlah best. rase macam nak urut 44 hari je dengan Mom Retreat Home.

Urutan dengan Mom Retreat Home ni kite amik pakej paling basic. Tapi 7 hari. Kite amik pakej yang tengah ada sale. Pakejnya termasuk bertungku, urut, mandikan dan urut baby, urutan banyakkan susu. Tukang urut pulak kita boleh pilih nak orang yang sama atau lain-lain. Macam kite, kite pilih orang yang sama. Dari hari pertama sampaila hari ke 7. Berbudi bahasa budaknya. Semua staff Mom Retreat Home adalah terdiri daripada lulusan nursing / fisioterapi. Jadinya kite agak yakin dengan diorang ni. Plus urutan diorang pun best.. 



Tuesday, June 13, 2017

Entering 37 weeks

Assalammualaikum.
Hari ni dah masuk 37 weeks pregnancy.
Sejak dah ada instagram ni, memang jarang betul jenguk blog.
Al maklumlah. Instagram ni pantas dan terus boleh share kat FB kalau nak.
Kalau blog ni nak kena link bagai semua. Leceh.
Tapi bagusnya blog ni, boleh bebel panjang.
Itu je sebenarnya.



Bila dah masuk 37 weeks pregnancy ni ada 3 benda yang dirisaukan ...


1) Selamatkah kite nanti masa bersalin nanti? Ada komplikasi ke tidak? cukup nafas ke tidak masa nak meneran? yelah sebab masa bersalinkan anak first dan second, nafas tak cukup sampai doktor kena buat episotomi =p. Yang ketiga ni tak dapat bayangkan macam mana. Nak kata aktif, takdelah hari-hari kite exercise. Kadang-kadang aje. Sebab Exercise kita sekarang adalah Mengemas+Menyiapkan anak ke sekolah + Memasak + MEngemop & Menyapu sampah hari-hari + Jadi driver hantar anak pergi sekolah + JAdi bibik pergi pasar and the list goes on. Pendek kata... Kite orang pertama yang bangun tidur dan kite orang terakhir tidur. Cuma bila masuk third trimester ni kite akan tidur awal.. kang orang dah tidur kite akan terbangun malam..mengemas apa yang bersepah..pastu mulalah stress..hahah

2) Boleh ke kite turunkan berat badan and get in shape lepas bersalin nanti? pendek kata... bolehkah kite training lari macam dulu?? Sanggup ke husband jaga baby untuk kite training  lari??? sedih tau..huhuu 

3) Bolehkah kite mengasuh anak + mengajar anak ( buat kerja sekolah + mengajar ngaji + mengajar membaca + hafazan ) sambil menguruskan rumah tangga & workout? 
😞


Harap-harap kita dapat atasi semua dilema di atas dengan lancar..
Doakan ya kawan-kawan... Doakan saya bertenaga & Mampu menjadi SUPERMAK!


Monday, June 5, 2017

Percutian pertama 2017..Sabah bah...

Assalammualaiku...hari ni nak buat entry basi... tapi entry ni bermakna dalam hidup kite. Sebab? Inilah first time vacation jejauh ..huhuhu Ala..bukan oversea... Over The Sea je...

Negeri Di Bawah Bayu.

Nak ke oversea.. belum sampai lagi rezekinya.. 



Ok lah start dengan hari pertama...
Kami pilih hari sabtu. 
Sebab?
Itu jelah harga tiket yang mampu milik. Haha

Tapi ada bagusnya juga. Sebab?
Anak-anak ada kelas taekwando pagi tu. Jadi takyahlah ponteng. Entah ek. kite ni jenis parents yang agak malu nak pontengkan anak kecuali memang betul-betul perlu. Sama jugaklah masa zaman kerja. Malu sangat nak MC walaupun keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan.

Back to our itinerary.

Sabtu:
3:30pm  Sepatutnya flight take off tapi delay sampai pukul 4 petang
630pm  Touch down di Airport Sabah
              Makan dinner kat airport. KFC aje yang anak-anak nampak. Jadi dengan muka tak berapa suka nak makannya kami makan jugalah demi anak-anak. Jemu wey makan KFC.

8:00pm Amik kereta sewa kat airport. Kami menyewa kereta sewa dengan kawan. 5 hari dapatlah RM200++. Kereta Gen2

9:00 pm Dah sampai bilik. Kami check in di hotel budget. Hotel Hi-5. Puas hati. Walaupun kecik. tapi bersih. belakang hotel ada dobi. Parking pun senang. Keliling hotel ada medan selera bersepah-sepah.




Ahad
730 am Bersarapan di Rahmat Maju. Lepas check out terus cari kedai makan yang anak-anak nak makan. ape lagi kalau bukan roti canai.

8:30am bertolak menuju ke Kundasang.

10:00am Singgah di Rumah Terbalik. Harga tiket je kami bermpat dah dekat RM110 . Huhuhuhu . Kalau anak-anak dah besar rasenya takde maknanya nak g sini. Tapi sebab anak-anak enjoy. Layan ajelah.






11:00am meneruskan perjalanan ke Kudasang.

Singgah sebentar di jambatan tamparuli. 





Kenangan 7 tahun lepas... sebelum ada anak... La ni da nak masuk 3...

12pm : tiba di Kundasang dan kami check in di TM Resort. Fuh . sejuk . Tapi Seriously cakap. KAlau bukan sebab panjat gunung, takyahla g Kundasang. Huhuhuhhu..xde mende. Baik g Cameron Highland. Strawberry pun rege RM20. Kecik cenonet. Masam pulak tu. Strawberry giant lagi manis.

Datang sini sebab nak bawak anak-anak dan merasa jadi pelancong..hehehe..  Anak-anak pulak penat tak nak berjalan bila sampai Kundasang. So, taknaklah anak-anak meragam. kami biarkan diorang rehat je petang tu. Last-last Ibu diorang yang tertidur. Haih....




5pm Berjalan-jalan di Kinabalu Park. Menggamit memori betul. 7 tahun lepas kami pergi dengan kawan-kawan. La ni dengan family sendiri.



Macam tak caya dah hampir pukul 7pm ..tiba-tiba awan kat puncak terbukak. Macam tau-tau je kami nak bergambar...Hehehehe..padahal kat situ dah gelap dah...




Encik husband plak tetibe offer nak belanja makan kat Kinabalu park. Haih. Indahnya dunia rasa time tu.. Sebab tak berapa selera makan kat kedai area kundasang . Entahlah baby dalam perut ni. So, I really enjoy dinner there. Dengan suasana hutan tebal. belakang ada Gunung Kinabalu.


Makanan kat sini banyak western. So, memang kenalah dengan tekak mak buyong nih...


Bercuti, cuti jugak... tapi aktiviti atau pelajaran yang anak-anak tak dapat nak join sebab dipontengkan pun kena bawak jugak..hehehe.. sorry Adam... Ibu particurlar bab buat homework ni..

Isnin
6:00 bangun takdelah awal. Tapi kejutkan husband sebab die nak amik gambar sunrise katenya...






6:45am g breakfast area kundasang. Restoran Hidayah kot nama die. Nampak jelas Gunung Kinabalu kat depan kedai.


725am Siap-siap balik bilik. mandi. Bersedia untuk check out sebab nak g tengok lebu New Zealand. Matlamat utama nak amik gambar dan nak bagi anak-anak experience bagi lembu minum susu.








Balik dari Desa Dairy Farm, kami kononnya nak ke Mersilau Nature Park. Tapi jalan tutup sebab ada tanah runtuh. Oklah. Babailah Kundasang. Kami nak turun ke KK dulu.

10:30am Gerak turun ke Kota Kinabalu.

11:40am Singgah di Pekan Nabalu. Beli souvenir. Nenas die seriously sedap manis dan lembut. Tak pernah seumur hidup makan nenas fresh yang manis macam tu... Empulur pun lembut tau!


 Nenas RM6 yang sangat worth!!!!!!!!



Dalam pukul 4:30 sampai hotel sebab mencari hotel. kami dah book hotel budget. Tapi tak berapa puas hati sebab dapat tingkat 4 tanpa lif.

7:00pm pergi makan seafood kat KK. sebelah pasar filipin. Lepas google-google, kami pilih untuk makan di restoran Jawa. Sedapnya... dan MURAH!! Merasalah jugak makan lobster. pilih paling kecik.





Selasa :
700am sarapan di hotel . Hotel inclusive breakfast. pilihan tak banyak sebab bukan hotel 5 bintang. Nasib ada pisang goreng. Adam boleh makan.



PAgi tu kami check out awal dalam pukul 9 agaknya sebab nak ke pulau manukan. Kami pilih Pulau Manukan sahaja sebab pertamanya sebab bawak budak-budak. Kalau island hoping, memang tak sempat melainkan kami stay di Pulau Manukan.

Keduanya, kite dah agak sarat. Sikit-sikit nak kencing. Hehehehe... Memang sangat tak selesalah.. Tapi kalau ada rezki, memang teringin nak duduk chalet kat pulau Manukan. Macam best. Nak naik cruise sambil island hoping =D



Kami tiba di Pulau Manukan lebih kurang pukul 10 lebih. perjalanan dari Jeti ke Pulau Manukan ambil masa dalam 15-20 minitlah gitu. Sampai je sana, cari port letak air dan beg sementara tengok anak-anak mandi. Haih. Seriously kecewa dengna Pulau Manukan. Banyak sampah sarap. siap ada pampers baby terapung tapi orang snorkeling rilek aje. Kite memang x lalu lah.. Anak-anak main di gigi air je.









Dalam pukul 2 petang gitu,kami bersiap-siap untuk balik ke KK pulak. Sebab nak check in hotel lain pula. Hotel kali ni memang best! But yang tak bestnya... servis hotel die lambat. Reception die settle kemasukan semua dalam pukul 4 petang gitu. 





 view dari bilik... tenang je rasa....



End of our trip... kami singgah di pantai Tanjung Aru ..kasik budak-budak main pasir...