Wednesday, October 25, 2017

Al Fatihah Atok Abah




Tanggal 20 Oktober 2017.
Atok yang saya sayang sangat menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5:27pm.
Allahu.
Tak pernah terbayang tok abah pergi dulu.


Tok Abah di diagnose dengan kanser pundi kencing pada awal oktober haritu. baru sangat dapat tahu. Dan sejak itu kesihatan dia merosot sangat. cepat sangat merosotnya.Pagi Khamis tu dapat message whatsapp dari saudara mara mengatakan atok abah sudah tenat. Dapat je mesej tu, terus bangun buat solat sunat supaya dipermudahkan urusan. Tapi dalam masa yang sama macam tak ready gitu tok abah nak meninggalkan kami semua.

Keadaan tok abah semasa hari khamis. Setelah diberi morphin. Tok mak hanya berzikir dan membacakan Yaasin untuk mengurangkan kesakitan atok abah. 

Petang Jumaat tu (20 okt) dapat call dari Adik yang tok abah dah nazak. Masa tu adik tengah beli barang dapur untuk masak2 sebab semua anak-anak dan cucu cicit atok abah dah balik KECUALI KITE SEKELUARGA. Tepat 5:27pm Atok abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah. dipermudahkan.

Luluhnya hati. sedih sangat. Selama 32 tahun hidup. Tak pernah tak ada atok abah tiap kali raya. Tapi tahun ni tahun terakhir jumpa atok abah.

Malam tu jugak kami anak beranak terus ke Pontian untuk tengok tok abah buat kali terakhir. 


Pagi tu dalam pukul 10 lebih pagi, tok abah selamat dikebumikan di Pekan Sanglang, Pontian. Merasa jugalah encik husband menggali kubur untuk tok abah. Pengalaman pertama katanya menggali kubur. Fardhu Kifayah tu.


Selama kite hidup, memang tak pernah tengok tok mak tanpa atok abah. Isk. Tengok gambar ni je dah sebak.

Mungkin entry ni nampak macam poyo bagi sesetengah orang. Tapi percayalah. Kehilangan tu hanya orang yang faham je rasa. Yang mengalaminya je rasa. Kite memang dari kecik mak ayah dah biasakan balik kampung jenguk atok nenek. Jadi hubungan dengan saudara mara and atok nenek sangat erat. Dah kahwin ni macam biaselah. Komitmen dengan keluarga sendiri pulak. Dahlah kite yang paling jauh dengan cousin yang lain. 


Semoga Atok abah tenang di sana. 
Rindu Atok Abah.