Thursday, March 31, 2011

Kicap

Sejak pregnant ni,memang tak ada selera betul dengan makanan berkuahkan kicap....
I can't swallowed any food cooked Kicap Manis cap kipas udang...
Haha..sori lah Zara Food. =p
Abah pernah kata, jangan makan kicap time pregnant, nanti anak gelap.
ehehe...orang tua...
Adakah baby yang bakal dilahirkan dalam masa 115 hari lagi ni berkulit putih mulus?
tengok ajerlah nanti..ehehe...
Yang penting sempurna sifatnya, Alhamdulillah.
Walaupun tak suka kicap, tapi kalau makan dengan goreng pisang memang tak boleh resist lah kicap nih... Pelik lah orang Johor makan pisang goreng without sambal kicap.
Its like makan nasi lemak without sambal..eheheh....

Sebelum mengoreng pisang tanduk ni, punya lah cari resipi kat internet macam mana nak kasi pisang goreng tu garing tahap kaw-kaw... tapi bahan-bahan tak cukup..kene ada kapur la pulak...
Last-last, just bancuh :
1.Tepung beras
2. A pinch of salt
3. A pinch of tumeric
4. Air secukup rasa. (jangan terlalu cair. kasi pekat sikit supaya pisang boleh lebih garing)


pisang tanduk goreng
*Yummmmm...Crispy!

pisang tanduk goreng
*Sambal kicap made specially by Sis In Law. stok dari peti ais.Hehe


Hasilnya, best! Garing! tidak perlu campur air kapur pun!
Cuba lah!!! Lagi best kalau pisang tu lembik....ehehehe.

End of March Breakfast + Lunch

Bentak.
Alhamdulillah, makanan ni masuk tekak.
Sekali belasah 3 biji telur rebus yang kuningnya 3/4 masak.
yummmyyy~~
Encik suami pun siap ym cakap sambal tak cukup..
ehehe...terlupa pulak yang kami ni 'Hantu sambal'...


nasi lemak
Esok dah jumaat kawan-kawan!!!
Lagi satu hari lagi nak bekerja...ehehehehe....
Esok jangan sambut April fool yea...
Itu bukan budaya kita... (^_^)

Wednesday, March 30, 2011

Roti tak berapa nak Jala

Recently my cooking are pretty bad...
ada je tak kena...
terlebih garam, tertawar, etc...
And my appetite still not ok... (-_-)
Semalam masa scan baby, he/she still refuse to expose who is she/he!
boleh pulak buat bentuk macam orang tengah sujud (sembahyang).
Memang nak kasi suprise kat Bonda & Ayahanda die ni....
So, Next month ajerla try lagi tengok gender die...
And my hemoglobin reading drop sikiiiit je....
Doctor cakap muka kiter pucat...
Doctor suruh makan food yg boleh bagi banyakkan homoglobin...especially daging ...
So today i try my best & and put my effort to make kari daging...
Siap refer kat tenet...macam-macam blog dah bukak...
macam-macam resipi...
dah la kat rumah tak de santan ...TSkkkkk...
Last-last pakai susu cair je...Ehehehe..
Konon nak makan kari daging dengan roti jala...
sebab memanggggggggg takde selera nak makan nasi....
Right now cuma lalu makan roti je...
Memandangkan takde alat untuk buat roti jala,so end by making lempeng gulung ajerla...
Kari pulak tak berapa menjadik...
urghhh...kecewanya....
kenapalah asyik tak menjadi ja masak time pregnant nih...isk..isk....
Tapi syukur alhamdulillah ada makanan untuk di makan....kannnn.....???



roti jala
*See...Roti yang tk berapa nak jala...eheheh.... bedal ajerla...

Resipi lempeng gulung kite :
1. Susu segar
2. Tepung gandum
3.Telur 2 biji
4. Garam secukup rasa
5. Serbuk kunyit ikut suka hati.
6. Minyak masak 2/3 sudu.

Cara-cara:
Gaul semua bahan-bahan tadi.
Then, dah boleh curah atas pan / kuali...
letak minyak sesudu untuk first lempeng. pastuh tak yah letak untuk lempeng yang seterusnya.
Supaya nak elak lempeng melekat-lekat....
Resipi kari daging, korang cari lah yea dalam tenet... kite tak pro lagi....ehehe
Selamat menjamu selera!

Monday, March 28, 2011

Just Laundry

No Laundry on Weekends.....
So, Come out with 3 trips of Laundry in a day today...
Chasing the sun...
However,
Only first trip manage to fullly dried ...
(-_-)
I wish water pressure here (at level 4) can be improve soon....
so that my washing machine manage to complete more faster
........ (45 minutes rather than 1 1/2 hour )


1
*1st Trip... dah kering but unfolded..ehehe...




2
*3rd Trip...



3
*Last but not least... My ordinary lunch... you name it.. (^_^).

Weekends @ PWTC


Tak give up mak buyung ni cari kerja yea....
Cari, jangan tak carik! =p
2



Sampai melecet-lecet kaki gue....
3


Thanks to encik suami kerana sanggup membonceng muatan lebihan ni mencarik kerja..
berpanas di celah-celah jalan yang jam.
5

But he still manage to put a smile...
Thanks Darling!
6

Last but not least.....
yours truly...
with 5++ months onwards belly =)
4

Sunday, March 27, 2011

Bite me not!


Kaki ku melecet......
Ahh..ini tak boleh jadi...
kang kat rumah tak boleh tidur...
(Kebetulan, memang ada pasang niat nak beli kasut pregnant..maksudnya, kasut yang comfy dan flat..)
Setelah belek-belek dan try ikut budget, dapat lah sebijik kasut...



Si Dia : Syg, gigitla kasut tu... nanti dia makan tuan...
Kite : Isk..eheheheh..Maluuuuuuuuuuu.... (sambil menyeringai seperti di bawah...)
1
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....Toleh kiri,toleh kanan....
Ok, line clear!
Gigit!
.
.
.
.
.
.
.

2


Si dia : Ait, sebelah lagi?
Kiter : nantilah kat parking motor nanti...ehehe...Maluuuuuuuuuuuuuu.....

3

Aper lagi petua-petua yang korang tau untuk bagi kaki tak melecet?
Mind to share???

Saturday, March 26, 2011

Early in the Morning....

Bila tidur awal,
makanya.............


wake up early

Dua-dua tidur awal pulak tu.
Malam pulak hujan dengan lebatnya.
Bagaikan sudah mengantuk , di sorongkan bantal pula.
haha.
Kite pulak terlebih rajin siang tadi.
Meng'edit' & re-organize store room.
Habis semua di punggah.

2re-organize store room
Ahh..Rindu pulak tengok haversack ni..
bila lah mau guna semula...
Have to wait until subuh..
takot pulak terlajak subuh...
heee (-_-)

Wednesday, March 23, 2011

Lebih sihat dengan Wholegrain!



wholegrain bread 1
Ternyata wholegrain bread more delicious untuk dibuat sandwich compared dengan yang biasa!
Kalau yang biasa punya, rotinya akan terlekat-lekat kat langit-langit ;-)



wholegrain bread 2
Lebih sihat lah menu kami lepas ni ..hehehe





wholegrain bread 3
Tak sabar nak ada bread maker!

Monday, March 21, 2011

Crib Bedding

Pagi ni dah dapat rasa baby menguit-nguit.
Awww!!
Mood pagi ni agak lega sikit sebab semalam dah mengilatkan lantai . Kilat!
Pagi tadi saja ja nak survey harga baby cot kat mudah.com
Herm... rege yang katil baby yang baru RM250-400 gitu.
Tapi bila tengok kat IKEA, walllllah!
RM165 je!

ikea baby cot
huish....
Wajib g survey di IKEA ni....
kalau takat bed sheet, boleh buat sendiri.
Mesin jahit mama pun ada.
Excited pulak nak decor bilik baby! (^-^)

Pastuh ronda-ronda jap kat google.
Cari laman web pasal katil baby nih
Terjumpa satu web yang boleh decor katil baby sendiri.
Best!


katil baby untuk baby boy yang kite berkenan (^_^)for baby boy 1



katil baby untuk baby Girl yang kite berkenan (^_^)for baby girl


Cakap je tak guna kan?
barang pun tak ada lagi.
Tunggulah,
ade material, kite nak try menjahit bedsheet & selimut baby =)


Happy Monday to all !

Ragbi


Aktiviti Hujung minggu.

Melawat adik-adik.

Sempat juga tengok 2 game ragbi di Padang Utara, PJ.

Haish.

Teringat zaman di UPM.

Kalau Team kolej ada game, mesti satu kolej turun padang bagi support & *mengejek2 pihak lawan supaya dorang psyco.

hiik...hik...

seronok!

Selain dapat men'support' Si Dia men ragbi.

Tapi , sayang....

Tak ada satu pun gambar kami berdua diambil di padang kalau Si Dia ada game.


Padang Utara 2



Tengok tu...

Semangat nak main ragbi dah membara balik...

hehehehe....

padang utara, pj 1

Kite pun suka jugak tengok ragbi.

walaupun tak berapa tau sangat rules & regulation gamenya.


KTDI Ragbi Team
Si Dia Suatu ketika dahulu with KTDI UPM Rugby team. Ngehehehe

Ambik dari FB kawan-kawan =)

Saturday, March 19, 2011

Tak menjadi


Breakfast + Lunch + Tea + Dinner = Brunchead (-_-)

nasi goreng sotong
Kite memang tak expert masak nasi goreng.
Haish..
Tak menjadi lagi nasi goreng kali ini.
Syukur dapat husband yang tak cerewet tentang makan.
Sumbat apa sahaja.




siakap goreng
Lauk simple jer.

Solat 5 waktu.

Solat 1



"Dulu, masa kecik-kecik. Pernah beberapa kali kalau time solat tu terketawa. Sebab? "

1. Orang kat rumah pasang tv kuat-kuat (orang kat rumah tak tau pun kite solat. patutnya kite kena btau,kan? )

2. Ala... time kecik-kecik, tak semua budak-budak ada kesedaran sivik pasal solat. Kena dengki ngan kazen-kazen. kadang-kadang, dah nak bagi salam tu dorang buat lawak bongs!@$#. Mane lah tahan iman mase kecik-kecik. Puasa penuh pun masa umur 12 tahun. sebab kiter ni tak tahan godaan makan. Cis!!
**Kite di ajar solat masa umur 5 tahun. Suatu hari, mama ajak solat. Mama kata, 'ikut je apa mama buat. tak tau baca pun tak apa'. Itu lah first time kite solat. Tapi tak abis pun solat. Masa tu kalau tak silap solat Zohor. Sebabnya, nak terkencing sangat-sangat. Huhu.

Bila dah semakin dewasa,

dah sekolah agama,

baru tau cara-cara khusyuk dalam solat.

Ustazah & Ustaz ajar.

Terima kasih pada mereka.

Alhamdulillah, dengan didikan sempurna & bijak oleh parents kite, sejak kecil dah tertanam dalam hati kite yang solat tu sangat-sangat essential dalam kehidupan seharian. Memang tak tinggal kecuali tertidur tanpa sengaja. (-_-). Kagum ngan dorang. Adik kite yang belum sampai seru untuk pakai tudung pun jaga solat sampai sekarang. (Wallahua'lam. selama 20 tahun lebih duduk sebumbung ngan die ,itu yang kite observed. Semoga beliau mendapat hidayah untuk memakai tudung.Amiin). Even though parents kite dulu kerja berhempas-pulas. kerja 7am-2am (pergi kerja pagi,balik pagi), but still can manage supaya anak-anak diorang jaga solat.
Tiba-tiba terfikir, macam mana lah gaya nanti dah ada anak. Nak didik diorang solat dengan pendekatan yang macam mana. Maklumlah, zaman dah berubah. Kanak-kanak dah semakin berani . Kalau berani berhemah tak ape. Tapi kalau yang rude? Nauzubillah. Harap-harap kite & other half dapat didik anak-anak kite jaga solat since they were young! Amiiiin...




Btw, ini ada beberapa cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Google kejap tadi:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Oh ya, kite nak share sikit pengalaman Model/artis muslimah (Kak Wardina). Die post kat FB die. Kiter sangat-sangat touching dengan confession die. Silalah baca kalau ada masa. tak rugi. Maybe Pendekatan kak Dina to anak-anak dia boleh jadi guideline untuk bloggers out there. Insya Allah.
Here is her notes i've taken from her FB:

Dear mums...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau)

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!!Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....



Happy weekends to all!!
Ingat, solat 5 waktu tu penting!

Live to Eat

Picture taken after balik from Mount Nuang 2008.




It is normal, morning sickness at the early trimester.
I mean normally as people always said it is until 3-4 months.
But the degree of nausea differs from women to women.
Lately i feel my belly really bloated.
Full of gas between my belly and trachea.
It turns me to be like my aunt,normal-skinny-person-appetite. ( Eat-to-live)
It is really not me.
I am a person Live to treasure food !
Sometimes i feel frust because i cannot eat what i loooovvve .
Normally i eat 3/4 times daily but now turning 1 time daily.
The most is 2 times daily.
I still lost my appetite in my 5 months pregnancy.
(-_-)

I guess it is the best for me, destined by Allah.
So, takde la gemuk sangat (Cross fingers =p )
I hope.
So, are you "Eat-to-live" person or
"Live-to-treasure-food" person?




My - favourite - forever

Seafood soba watering my mouth..slurrrrp...

I Looooooooooveeeee Japanese food!

Friday, March 18, 2011

Sharing : Ada apa dengan tarikh 26?

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tntg azab Allah... Subhanallah..

__,_._,___--

-kite dapat dari gmail. hanya sekadar ingin berkongsi. Dah ramai sebut-sebut pasal bencana alam adalah berkaitan dengan kiamat. Wallahuaa'lam. Sama-sama lah kita ingat-mengingatkan sesama kita. Jangan dah nampak petanda terbesar baru sibuk-sibuk nak tambah pahala.

I try my best

Its been quite a while i didn't make any special dish =D
But today, Not so special.
Just a simple Soto Johor without Bean sprout..
ehehehe........
Taugeh Selayang tak fresh la...
Anyway, i try my best to cook the dishes for my other half.
Yelah, since dia sorang bekerja...
rasa serba salah pulak Si Dia kena tanggung sorang-sorang =(.
So, i try my best to put effort in the making of Soto.
Even though mak mertua dah pernah ajar 2 kali cara buat Soto madura yang sedap meletup-letup...perghhh..tapi masih tak confident nak buat...
Next time la...

Soto johor dengan bergedil
Bergedil tak menjadik sangat la...isk..isk...
Mungkin silapnya kite goreng daging cincang ngan bawang merah+lada hitam+garlic yang di blender sebelum digaul dengan kentang lenyek.

Next time just nak cuba goreng bergedil macam ni lah:
1.Kentang lenyek (rebus dulu)
2.Digaul dengan daging cincang yang digoreng bersama lada hitam di tumbuk halus.
3.Pastuh ,bulat/leperkan kentang yang di gaul dengan bahan-bahan di atas.
4.salut dengan telur ayam yang di kacau macam nak buat telur dadar.
5.Goreng.
6. Siap!


Thursday, March 17, 2011

-_-

Sekarang nih bila orang tanya kerja apa,
Mulut terkunci -_-
tssk..
So, ending dengan memujuk diri sendiri,
"Tak semua apa yang di plan menjadi. Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk hambaNya"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
By The way,


Cubaan Si Dia buat salad dressing semalam...
1




Inilah hasilnya =)
best!
menjadi......
2




I Love you!








Wednesday, March 16, 2011

Sungai Tua

Minggu lepas,
Teringin pulak nak sun bath kat Sungai @ Air Terjun.
Mulanya nak ke Templer je.
Tup tup En. Husband come out with idea nak recce ke Sungai Tua.
So, i just agreed.
Sampai sana,
Tak selera pulak tengok air dia.
But di sebabkan dah bayar parking,
kena lah mandi jugak..
rugi woo tak mandi...



2
Konon-konon nak mandi dari pinggang sampai kaki..
Tapi ada orang tu dengki basahkan satu badan!
Sabar ajerla...


3
Tengok tu?
Makin di tegah, makin mendengki...
Layan...
Zazzz...


4
Belly yang belum nampak.
5 months onward.


5
Alang-alang dah basah...
Jom basahkan kamera!





Petang tu dapat panggilan dari ayahanda.
Katanya, mau ikut balik JB atau tak sebab beliau masih berada di KL.
Kot-kot kiter nak ikut ke.
Hati berat nak ke JB sebab dah ramai orang yang merindui kiter dan orang yang kiter rindui kat Johor.
But at the same time, sayu pulak nak tinggalkan Si Dia....
Haish...
Sayu beb!
Lain rasanya berjauhan bila dah biasa duduk satu bumbung, tup-tup balik kampung without Si Dia compared dengan masa PJJ dulu.
Siyes pasnih tak nak balik kampung without Si Dia..
Isk..isk..isk.
Tapi kalau tengah berpantang, terpaksalah kan...

6
Momok kesayangan yang semakin di mamah usia.
Makin menambahkan kesayuan hati.
Ikut hati nak hantar ke klinik dan 'kasi'kan dia.
Kurus sangat Momok nih!
Tapi, budget tak mengizinkan.
Hanya doa sahaja mengharapkan dia Sihat dan Gemuk semula.....
Amiiin..


7
*Suka bila di lenyek-lenyek tuan dia...hehehehe....

Sunday, March 13, 2011

Strawberry

Akhirnya....
jumpa jugak Strawberri Cameron Highland yang affordable.

2


Sampai kena pergi ke One Utama carik benda nih...
3


alhamdulillah...
Ibu mengandung ni dapat apa yang di idam-idamkan....
1


Disebabkan sejak semalam makan benda ni......
4


Malas nak masak sebenarnya...
But come out with eating sandwich.
Takde nasi-nasi.....
5


Jadinya,dinner tadi licin macam dahi kite.....ehehehehe....
Dinner pukul 6 petang gitu...
6


Pukul 12 lapar balik...
Cari makan sampai pukul 1 pagi baru balik rumah...
7
Macam ni lah kehidupan hujung minggu di KL....
Pukul 1 pagi macam pukul 8 malam...
Syukur alhamdulillah,
Hari ni tak membazir.
Hanya makan,makan, dan makan.
Almaklumlah..
Banyak benda kena cut cost.
Happy weekend to All!!
Esok makan free pulak! yeay!
Makan nasik minyak kawan-kawan =)