Wednesday, December 28, 2016

Hadiah 2016 Yang Paling Bermakna

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama nak share pasal satu benda ni, tapi rase belum bersedia.
Tapi hari ni rasa nak share jugak.
Nak buat catatan sendiri dalam blog sendiri.
Lagipun kite memang suka baca blog lama-lama.
Entry-entry lama kite akan baca balik.
Terkenang-kenang zaman muda-mudi, zaman tak matang, zaman mulut main lepas je.
Eceh...

Oklah,
tanpa membuang masa..
Announcing...
Our Third Child ( Insya Allah )
13 Weeks & Counting.... 
Due date : 4th July 2017
Nampak tak tarikh due date tu? Seminggu lepas raya. Masa bersalinkan anak no 2 tu, terbersalin seminggu awal. Jadinya, Raya di mana kami tahun depan? Masih belum ada jawapan. 


Baby bump dah nampak sikit. 



Selera makan , sama macam pregnant anak 1st & 2nd dulu. TIADA! Kali ni punya 1st trimester di tambah dengan selsema & batuk. Dah la mual-mual & pening kepala. Memang LEmah-Selemah-Lemahnya. Exercise pun jarang-jarang. 

Disebabkan zaman dah canggih sekarang, jadinya macam-macam app lah kite guna acah-acah diary pregnancy. Pregnancy kali ni lain sikit dari 1st & 2nd sebab kite pregnant masa tengah aktif dengan fitness & half marathon. Kalau boleh tak nak cecah 60kg please =D. Susah Woooo nak turunkan berat. Uhuk. uhuk...



*Mase ni sumpah tak tau pregnant.

First time dapat tahu kite pregnant masa 6 weeks. So, merasa jugaklah baby dalam perut ni lari Half marathon masa 4th weeks pregnant. Huhuhuhu...Last join event lari masa 6 weeks pregnant. Itupun 6KM je. Lepas tu zumba and light exercise kat rumah je. Week 7 je dah start LEMAH sangat-sangat. Cooking is not my passion anymore. Tak boleh bau tumis atau makanan. Sedih betul.

Doakan selera makan kita semakin pulih & bertenaga ya. Rindulah nak exercise. Uhuk uhuk..

Kenduri Kahwin Penutup 2016

16 Disember 2016.
Taman Halacara, Londah, Negeri Sembilan.

Ini adalah majlis kenduri kahwin terakhir untuk tahun 2016. Kira majlis penutuplah antara kami sepupu terdekat. Kirenya, kalo tak pegi memang tak patot lah sebab memang kami rapat dari kecik.
 Malam jumaat 16 Disember tu, kami sekeluarga gerak dari KL dalam pukul 3 petang gitu. Lepas solat Jumaat. target sampai Londah dalam pukul 6:30-645 pm. Inilah first time kami ke sini. Jauhnyaaaaaaaaaa!! penat pinggang. Dengan keadaan kite yang tak berapa sihat. Nasiblah takde acara masak memasak. Jadi, memang save tenaga banyak kat situ.

 Majlis start lepas Isyak. Kami dari pihak lelaki. 

 Alhamdulillah Syafiq & Intan selamat diijabkabulkan. 
 Syukur dikurniakan sepupu yang supportive & sanggup travel untuk majlis kenduri walaupun sampai ke Utara. Kita kena ingat, jangan rapat dengan sepupu time nak kahwin je. Kena ingat, time kita mati nanti waris kita akan mohon sedekahkan alfatihah juga. Jadi beringat-ingatlah. Ikatan Sepupu-sepapat ni kena jaga. Kite paling pantang bila ada sepupu yang kecoh2 bila nak kahwin je. Bila tak diperlukan, ada majlis keraian, gathering, SENYAP. Berbulu sikit.

 Oklah. Dah tak nak marah-marah. Pose gambar happy-happy pulak.
 Trying to jump with wedges. huishh.
 Father & Son
 Photographer cilik saya!
 Our big family. Itupun ada yang tak dapat datang atas masalah kesihatan & Exam.
 Gotcha!
 Petang selepas majlis sanding, encik suami ajak ke rumah mak long kite di Felda Selancar 4, Segamat. Die memang tak pernah datang rumah maklong kite. HAPPY SANGAT! 
 Jalan-jalan naik lori keliling kampung. Jakun mode is ON!
Malam tu Flat habis. kononnya nak balik KL malam tu jugak. Tapi disebabkan letih sangat , jadi kami decide untuk balik subuh esoknya. Ha.... Subuh pukul 7 tau. Hahahaha.. Eh, takdelah sembahyang pukul 7. 6:30 baru terbangun. Pukul 7 pagi gerak dari Segamat ke KL. 

Sampai rumah je. battery pun FLAT...
Sekian....

Wednesday, December 14, 2016

Kenduri Kahwin Berderet + Seriously Sick

Eh Dah December dah kan?? kejapnya masa berlalu...

3 minggu jugalah kite menggagahkan diri untuk meraikan hari-hari bahagia kenduri kahwin saudara dan adik ipar kite... Ada lagi satu lagi kenduri hujung minggu ni... Harap diberi kekuatan untuk meraikan hari bahagia saudara tersayang... 

I am Seriously sick. down with fever + sore throat + cough + flu. Bila sembahyang, memang x dapat nak control kederasan hingus meleleh menitik-nitik atas telekung. Terpaksa biarkan aje hingus berderai-derai menitik. cenggitulah keadaan kite sekarang. Selera makan? Laaagilah tak ada. Encik husband bising asyik xselera makan.Nak buat camne...


Majlis Kenduri Kahwin 
25th November - Felda Sening ( Kota Tinggi )








Kenduri Nikah + Sanding Adik Ipar
2nd December 2016- Klang & Shah Alam








Majlis Bertandang Adik Ipar 
10th December - Johor Bahru

Tarikh je satu hari. Tapi preparation die ( Start 7th December ) kite rasa macam bertahun sebab condition kesihatan sangat teruk. Dengan sedara mara datang tak henti-henti. Kalau datang tu sah-sah kena masak + buat air + cuci pinggan mangkuk. Dah lah kite ni jenis pantang tengok sink bertingkat-tingkat dengan pinggan mangkuk kotor. Nak letak pinggan mangkuk kotor dalam sink pun ada cara susunannya. Nanti kite explain kat next entry kenapa condition makin teruk masa kenduri kali ni.











Tunggu next entry~
Toddle

P/s: Doakan kesihatan kite bertambah baik....

Thursday, November 24, 2016

Camping Trip Air Terjun Sungai Pisang [ Budget Trip ]

Last week... sedang kite tengah berusaha melipat baju... sambil kepala lalok2 sebab pening... encik husband ajak g camping kat sungai pisang waterfall.. Masa tu dalam pukul 6 petang gitu. Encik husband belum balik kerja lagi. Adeh... benda paling malas sekali bila nak g camping adalah PACKING! adoi... lagilah kite tengah tak berapa ada kudrat... tapi keinginan nak pergi tu memang membuak. Haih...

Dalam pukul 10 lebih gitu, kami sampai di tempat parking. Kami join trip camping budak UPM. Menyibuk je orang tua nih. Hehehe...


Sebelum nak trekking kat starting point tu, boleh pulak Si Adam cakap... "I dont want... Got tiger"... Adehhh.... pujuk punya pujuk last-last trekking jugak.. Sambil baca ayat-ayat lazim Al-Quran sepanjang trek. trekking sepanjang 15-20 minit gitu. Biaselah kan...dengan budak...


Sampai je campsite, mintak Ayam KFC pulak... adoiii... counter punye counter, maggi pun jadik...


Malam tu , Si Anas susah nak tidur... ke hulu ke hilir.. kebetulan malam tu budak budak UPM berjaga malam. Kol 2-3 pagi jugaklah die tidur.... dengan hujan lagi... Last-last kite tidur khemah dengan anak-anak bertiga. Nasib mak die tak XXXL. Encik husband pulak offer budak pompuan tidur khemah kami yang lagi satu sebab khemah dorang masuk air...


Esok paginya, lepas sarapan, kami trekking ke sungai pisang dalam pukul 9 lebih pagi gitu. Dah lah tak tau jalan... Banyak kali sesat.. siap terjumpa encik Bab* lagi.. setiap kali crossing sungai bebudak akan main-main air..mandi-mandi... Haih... mental sungguh... bile lah nak sampai air terjunnya.. LAst-last dalam pukul 11 pagi gitu kami sampai di Air Terjun Pisang.



Dalam kepala dah fikir dah, nanti balik campsite tak nak lalu jalan dalam. Nak lalu highway... JAuuuuuuuuuuuuuuhhhhh kot... kang makan 3 jam pulak bila balik lalu jalan dalam...






Overall trip ni, kite pun tak sangka anak-anak boleh trekking dalam jangka masa yang lama. Siap ada trek yang 70-90 degree lagi.. Kuddos kids! Next trip ibu macam yakin je boleh g LOLO, Nuang. Hehehehe...cuma ayah je tak berani...kekekekekeke.... tunggguuuuuu....

Kos minyak kereta : RM10
Kos Beli Roti : 5
Kos sewa tapak Khemah : RM15
Total : RM30

Sunday, November 6, 2016

We Miss You

Semalam mak kite datang rumah... saje nak jenguk cucu-cucu.. Seronok je rasa semalam parents kite datang.. yelah, dorang bukan hari-hari ngadap cucu. Bila Sekali-sekala datang tu, rasa seronoklah tengok dorang lepas rindu...

Pagi semalam masa tengah lipat baju bertimbun... mak kite ade mengadu.. Adik beradik die dah tinggal 5 orang aje.. 3 dah meninggal... 2 orang sebab kanser.. sorang sebab strok.. Yang paling kami cousin-cousin terasa sangat bile 2 orang pakcik n makcik kiteorang meninggal dalam tahun ni... Serious hilang betul rasa.. Sebab pakcik and makcik kite yang meninggal tahun ni, diorang rajin join Trip cousin-cousin. Sebut ajelah g mane.. g camping ? g bbq ? memang kiteorang selalu join. Tapi bila 2 orang tinggalkan kami dalam tahun yang sama.. Allah.. kehilangan betul! 

Last mase balik kampung aritu, nenek kite ada bagi 2 beg berisi tudung arwah makcik kite.. katenya ambil lah mana yang berkenan. Kite pun tak sedar yang kite cium-cium and peluk beg tu.... Rindu betul. Macam manelah perasaan anak makcik kite . Mesti lagi sayu. 

Bile mak kite sebut pasal adik beradik die tinggal 5 orang tu, alahai... sedih pulak rasa... next year raya dah kurang korum .




Al- Fatihah ;
Pak Long,
Pak Ngah,
Mak Itam.

We miss you.
Kita jumpa di syurga..

Friday, November 4, 2016

SALAM JUMAAT

 SALAM JUMAAT!


Wednesday, November 2, 2016

Hello November!

Hello November!


Walaupun dah terlambat wish November, tapi nak wish jugak!

November gonna be a challenge month for me as for now...

Sebab apa?  

nanti-nantilak kami kabor ye..

Dah selesai nanti kami kabor kan...

Cuma buat masa ni,

November ada banyak juga aktiviti...

Macam biasalah, bile dah selesai, barulah kite update kat blog atas sebab-sebab keselamatan...

November korang macam mana??

p/s : Nanti nak marathon movie ni sorang-sorang 

10 Movies That Women Should Watch Alone

Tuesday, October 25, 2016

Camping Trip Fraser's Hill

Percutian budget kami minggu lepas adalah sangat berbaloi dan Alhamdulillah... Worth sangat!

Nak kata tak keluar duit, tak boleh jugak sebab nak gerakkan kereta still kena keluarkan duit. So, basically, inilah budget yang kami spent last week masa camping kat Frase's Hill:

Duit minyak kereta :
RM40 : Batu Caves- Fraser's Hill  ( pergi balik )
RM6 : Mineral water 2 botol
RM3 : kiub ayam ( beli kat pekan fraser's Hill )
RM3:50 : Roti Gardenia wholewheat
RM8 : Nutella spread 
( tersalah beli sebenarnya roti + nutella. Sebenarnya en, husband suruh beli roti 50 sen jek. Iskk... Kalau tak boleh lagi jimat.... & banyak dapat roti )

So total : RM60.50 untuk percutian budget kami.

Barang basah & kering semuanya kami bawa dari rumah. Bawa memang ngam-ngam je. 

Mula-mula macma ragu-ragu jugak nak ke Frase's Hill. Encik husband nak cut cost. Kalau boleh nak pegi dekat-dekat je. Kami singgah kejap kat Sungai Sendat. Tapi Nasib tak menyebelahi kami, Sungai sendat tutup sebab ada kes kematian kat situ. Tak tau bila buka,


Lepas tu tanpa buang masa, kami teruskan perjalanan menuju ke Fraser's Hill. Sampai kat Fraser's Hill dalam waktu zohor gitu. Jadi kami terus menuju ke Masjid Fraser's Hill. First time tengok ada orang buat majlis kahwin kat Fraser's Hill ok. Hehe. Majlis menyambut menantu . Ada 2 pengantin. Alahai bestnya ... boleh terus outdoor photoshoot kat situ. 


Lepas Sembahyang zohor, kami menuju ke Air terjun Jeriau. Kami recce dulu campsite kat situ. Tak ramai orang pun. Hanya beberapa group je yang datang ambil gambar. Tak ada orang camping pun. Tempatnya nampak macam tak secure untuk camping kalau kami anak beranak sahaja camping kat situ. Line telefon langsung tak ada. Tak boleh call dan receive call. Goyang jugalah nak camping situ. 


Dalam 20 minit trekking dengan anak-anak, kami pun sampai kat air terjunnya. Not bad airnya jernih juga. Maybe sebab tak ada orang mandi langsung kat situ. Jadi kami dengan confidentnya kasi anak-anak mandi-mandi kejap kat air terjun sementara kami fikir sama ada nak camping air terjuan Jeriau atau tidak.





Dalam pukul 5 petang, kami decide untuk keluar dari Air Terjun Jeriau untuk ke balai polis Fraser's Hill. Tujuannya nak report kat polis yang kami nak camping kat situ. Tapi bila sampai balai polis, diorang suggest untuk tidak camping kat situ sebab binatang liar selalu turun area situ . Ada beberapa orang terserempak Pak Belang. Biasalah kan.. Memang tempat die. Kalau ramai-ramai camping mungkin beranilah juga nak camping kat situ. Kalau kami anak-beranak je, memang Tak lah!




So kami decide untuk camping kat area pondok tepi jalan je area Fraser's Hill. View pun cantik !










Paling best ialah bila makanan kami memang tak banyak buang. Tinggal meggi sebungkus dengan bawang merah kecil 3 biji. PUAS HATI! haversack pun ringan. Nak kemas khemah and barang dapur pun senang!

Malam tu kite tak berapa boleh nak tidur. tidur atas akar kayu la plak. ayayayai...  Sejuknya jangan cakaplah. Nasib tak hujan tau! Tak dapat bayangkan kalau hujan macam mana.

Pagi tu, lepas sarapan pagi, kami terus berkemas-kemas untuk ke Air Terjun Peretak pulak! Memang nak bagi budak-budak ni enjoy nature abis! Adam asik sebut nak ke waterfall je. Haih. Pulak tu, die kata tak nak naik kereta. Nak jalan kaki & joging macam ibu ke Air Terjun Peretak. katenya. Pening.






So far Alhamdulillah. cuaca sangat cantik kat Sungai Peretak. best!