16 Disember 2016.
Taman Halacara, Londah, Negeri Sembilan.
Ini adalah majlis kenduri kahwin terakhir untuk tahun 2016. Kira majlis penutuplah antara kami sepupu terdekat. Kirenya, kalo tak pegi memang tak patot lah sebab memang kami rapat dari kecik.
Malam jumaat 16 Disember tu, kami sekeluarga gerak dari KL dalam pukul 3 petang gitu. Lepas solat Jumaat. target sampai Londah dalam pukul 6:30-645 pm. Inilah first time kami ke sini. Jauhnyaaaaaaaaaa!! penat pinggang. Dengan keadaan kite yang tak berapa sihat. Nasiblah takde acara masak memasak. Jadi, memang save tenaga banyak kat situ.Majlis start lepas Isyak. Kami dari pihak lelaki.
Alhamdulillah Syafiq & Intan selamat diijabkabulkan.
Syukur dikurniakan sepupu yang supportive & sanggup travel untuk majlis kenduri walaupun sampai ke Utara. Kita kena ingat, jangan rapat dengan sepupu time nak kahwin je. Kena ingat, time kita mati nanti waris kita akan mohon sedekahkan alfatihah juga. Jadi beringat-ingatlah. Ikatan Sepupu-sepapat ni kena jaga. Kite paling pantang bila ada sepupu yang kecoh2 bila nak kahwin je. Bila tak diperlukan, ada majlis keraian, gathering, SENYAP. Berbulu sikit.
Oklah. Dah tak nak marah-marah. Pose gambar happy-happy pulak.
Trying to jump with wedges. huishh.
Father & Son
Photographer cilik saya!
Our big family. Itupun ada yang tak dapat datang atas masalah kesihatan & Exam.
Gotcha!
Petang selepas majlis sanding, encik suami ajak ke rumah mak long kite di Felda Selancar 4, Segamat. Die memang tak pernah datang rumah maklong kite. HAPPY SANGAT! Jalan-jalan naik lori keliling kampung. Jakun mode is ON!
Malam tu Flat habis. kononnya nak balik KL malam tu jugak. Tapi disebabkan letih sangat , jadi kami decide untuk balik subuh esoknya. Ha.... Subuh pukul 7 tau. Hahahaha.. Eh, takdelah sembahyang pukul 7. 6:30 baru terbangun. Pukul 7 pagi gerak dari Segamat ke KL.
Sampai rumah je. battery pun FLAT...
Sekian....
No comments:
Post a Comment