Thursday, February 27, 2014

Ustaz Azhar Idrus 2013 - Suami Makan, Isteri tengok Raja Lawak





Aduiyai...

Tak pernah jemu tengok video ni.

Sebab ape?

Sebab tang yang Isteri offer buat air.

"Nak Kopi ke teh ni? "



Hahahaha...

Benda ni kite pernah buat.

But we do it as a joke.

Dalam nada lawak la...

Tak berani la pulak nak tanya tengking-tengking..

Thats not my way of life.



Happy Thursday everyone!

Esok dah TGIF ;-)

Wednesday, February 26, 2014

Kisah Bibik


Menu simple malam ni hanyalah spagetthi bolognese. Rasenya tak perlu lah di kongsi. sebab bersepah kot resipi ni kat tv and youtube. Huhuhu...

Spagetthi bolognese mudah :


Alhamdulillah Adam baru je lepas makan nasi goreng ikan bilis . Ibu usaha je bagi Adam makan mealShake Shaklee. Mudah-mudahan Adam mendapat khasiat yang seimbang.

Berita pasal maid kelar anak tadi tu menyedihkan betul. Actually, first thing yang kite fikir bile bend macam ni jadi, is MENTAL PRESSURE.

Kite yang jaga sorang toddlers and sorang baby tak pandai jalan ni pun dah mencabar. Bukan mencabar fizikal tapi mental! Yelah, kena menahan marah and at the same time penat fizikal. Itu anak sendiri. Bayangkan kalau orang lain yang jaga anak kita pulak. Iskk...Nauzubillah.
Seeloknya, kalau boleh, bagilah maid task yang spesifik. Dorang ni bukan sekolah tinggi pon. Jadi, tak mustahil mereka ni tak pandai manage masa. Bagilah jadual. 

Dulu, kite pun di besarkan oleh maid. Start umur 4 tahun sampailah umur 6 tahun. Setelah 7 kali tukar maid, maid yang paling last yang paling tip top. Umur die baru 19 tahun. Penyabar sangat . Adik kite adalah baby yang sangat suka menangis sampai muka jadi biru. Siapa je yang tahan selain mak kite dan bibik kite tu. 
Bibik kite tulah yang ajar kite menulis and membaca. Ya Allah.. untung sangat dapat bibik macam tu. Tapi, jodoh kami tak panjang. bile kite nak masuk darjah satu,bibik kite terpaksa balik kampung sebab nak kahwin dengan jejaka idaman hati. Kite siap pernah ikut dorang pergi dating lagi. Sampai sekarang mak kite terhutang budi sangat dengan bibik kite yang last tu.

Ape cerita bibik-bibik yang sebelum ni ?
Yang kite ingat, ade bibik yang suka telepon boipren kat indon sampai bil telepon rumah kite beratus2 ringgit. Ade bibik yang suka basuh pampers dan guna balik kasi adik kite pakai. Ade yang lari. Etc.

Tips memilih tempat makan bila bawa anak kecil.

Minggu lepas atok dan nenek Adam & Anas datang melawat kami sekeluarga.

Tapi tak lepak rumah pun. Hanya lepak di Hotel tempat ayah kite kerja.

Mulanya, plan nak berenang-renang ala-ala ikan keli kat I-City wet world.

Tapi, bila di selidiki via you tube and blog tentang I-city, terus tak jadi. Kensel!

PLUS. Cuaca sekarang amat panas. Minggu lepas, temperature waktu siang 35 darjah celsius.

GILA!

Boleh demam budak.

Disebabkan trip ke I-City kensel, kami husband and wife bawa atok dan nenek Adam & Anas ke Aroma Ikan Bakar, Jeram.

Haaa... Bila cerita pasal MAKAN DI LUAR ni, kite ngan encik suami biasenya akan ada beberapa kriteria kedai makan demi anak-anak dan keselesaan orang sekeliling.

Biasanya, kalo restoran , kami akan pilih tempat yang :
1. Ada sofa
2. Pondok individu
3. Tempat yang kurang berasap
4. Non-smoking area

Sofa seat.





Ibu bapa yang mempunyai toddlers and baby 95% akan paham situasi 'kenapa saya menetapkan kriteria kedai makan bila bawa anak kecil'. Yang lagi 5% tu barangkali mungkin ade bibik kot.

Walau bagaimanapun, kami suami isteri jarang sangat makan luar. Biasanya before jalan-jalan keluar shopping atau beli barang dapur, kite akan sesiap masak dulu. sebab leceh bila makan bila ade budak. Salah sorang antara kami mesti takkan makan.

So, bila tempat yang private sikit ni yang paling bagusnya, tak mengganggu orang ramai. dan yang paling penting, selesa nak Breasfeed Si Anas nih.


 Double chin ibu and anas samelaaa



Thursday, February 20, 2014

Sambal Udang Kacang Panjang || " Kalaulah saya Career Woman "



Hari ni selak-selak buku resipi, tiba-tiba terasa nak makan udang. Plus, hari ni puasa ganti. So, Macam-macam benda nak makan hari ni. Beli buku ni kalau tak silap dah dekat 3 bulan . Tapi baru hari ni berpeluang nak try satu resipi dalam buku ni.



Bahan-bahan untuk Tumis :
1. Ikan Bilis + Udang Kering ( Di tumbuk lumat. Ikan bilis segenggam, udang kering 2 sudu besar. )
2. Lada kering 10 tangkai + Bawang merah 3 biji + bawang putih 4 biji( Yang dah siap Blender )

Bahan -bahan basah :
1. Udang ( Yang di goreng separuh masak )
2. Kacang Panjang di potong 3 inchi.

Cara-cara masak:
1. Tumis ikan bilis + Udang kering sehingga garing ( Agak-agak dalam 30 saat-seminit)
2. Masukkan lada kering + Bawang merah + Bawang putih blender . tumis Hingga naik minyak.
3. Masukkan 5 sudu gula . gaul selama seminit.
4. masukkan air asam jawa 6 sudu. gaul selama seminit.
5.Masukkan garam 2 sudu teh (secukup rasa).
6. Agak-agak nak tumis sambal lame2, tuangkan sikit air tepi-tepi kuali agar tidak hangus di permukaan kuali.
7. Last but not least, masukkan Udang yang dah di goreng dan kacang panjang. gaul rata hingga seminit.
8. Siap!

 Bila puasa ni, memang rasa nak makan lauk yang boleh di hirup. So, Tom Yam shud be ok.


Bila cuaca sekarang yang panas ni, makan dadih yang di sejukkan dari peti sejuk...Fuhhh.. mengancam wa cakap lu... Wuhaaaa


Tiba-tiba terfikir... Kalaulah kite jadi careerwoman, sempat ke tak kite balik rumah masak sedap-sedap siap dengan Desert and kemas rumah...Dengan nak handle 2 toddlers yang lasak ni... Huhuhu..
Kite rase boleh. Tapi kena sistematik.

Bab di dapur.
1. Kena plan menu untuk seminggu.
2. Blender siap-siap ( bawang merah , bawang putih , lada kering , etc )
3. Siang siap-siap ikan bilis , taugeh , kangkung , bayam , etc
4. Siang & packaging siap2 untuk sekali masak barang-barang basah (Ayam/ikan/daging/udang/sotong)
5. Kosongkan sinki sebelum tidur supaya bila bangun pagi, tak stress tengok dapur macam jamban.

Bab Kain Baju .
1. Better kena ada Gobok/ Almari / Walk In Wardrobe.
2. Sediakan hanger sebanyak boleh supaya setiap kali baju dah kering di ampaian, kalau tak sempat lipat, terus cecepat gantung dalam gobok/almari/wardrobe (Tak nampak sepah.la hall dengan baju yang tak berlipat)
3. Bakul baju kotor & Bakul letak pakaian budak yang tak sempat lipat .

Bab Kebersihan Lantai. 
1. Sebelum tidur, sapu sampah dan mop lantai.
2. Sediakan bakul mainan anak supaya sebelum tidur , campak je semua toys anak-anak dalam bakul besar!

Bab Beg/Barang yang perlu di bawa hari-hari
1. Kalau ada budget, wujudkan furniture yang fungsinya boleh jadi rak kasut + letak beg laptop + Beg susu + Baju ke nurseri. Kalau xde budget, beli bakul besar untuk letak semua sekali barang-barang yang hari-hari kena usung setiap kali pergi kerja. Xnampak sepah!
2. Stokin suami, letak dalam laci rak kasut sesiap untuk seminggu. Jangan kasi die pakai stokin busuk. Jaga kebersihan encik suami ya...


So, Korang pulak macam mane? Care to share?

Wednesday, February 19, 2014

Sushi Roll Mudah || Buntu nak masak ape


Benda yang tak pernah berubah sebelum dan selepas jadi housewife is, Almost everyday buntu tak tau nak masak ape. Kite pernah try plan menu untuk seminggu. Tapi, susah sebab encik suami kadang-kadang berubah mood makan die. Bila dah plan nak masak nasi, die nak makan mee. Sekarang lagi tricky. Sebab nak kurangkan masak nasi. Hohhh...So, tak tau masakan ape yang healthy+sedap+mengenyangkan+Low Budget. Hahahaha...

Hari ni, plan buat sushi sebab ade leftovers makanan sarapan pagi tadi which is jagung + salmon. So, kite nak share macam mane nak buat sushi mudah gile.

Bahan yang di perlukan.
Beras Sushi
Jagung rebus yang dah siap di rebus.
Carrot sebatang
Timun Jepun
Ikan Salmon grill / Crab stick
Kewpie Japanese Mayonese
Garam
Gula
Cuka Masak cap yang Halal.

Beli kat giant hypermarket. RM9.90 je

Mayonese ni best. Sebab dah cukup manis and masinnya.

1. Mula - mula, masak nasi sushi dulu. Sukatan same je macam masak nasi biasa ya puan-puan.

2. Sementara tunggu nasi masak, sediakan dulu penyedap rasa nasi sushi. Larutkan garam1 sudu teh+gula 2 sudu besar+cuka 4 sudu besar hingga hampir sebati. kacau je sampai larut. Lepas tu, asingkan tepi atau simpan dalam peti sejuk dulu.




3. Potong timun jepun , karot , salmon grill yang telah di carik-carik, crab stik yang telah di celur 
seperti di bawah.



4. Jagung tu kite gaulkan dengan 3 sudu japanese mayonese kewpie.



5. Selepas nasi masak, gaulkan nasi. tunggu sejuk seketika dalam 15 minit. Lepas tu, masukkan cuka+garam+gula ke dalam nasi. Gaulkan rata.


6. Letak nori/seaweed atas bamboo mat. letak sushi rice atas nori dan ratakan. Lepas tu, suka hati lah nak letak filling ape-ape ya.


7. Gulungkan agak kemas dan padat-padat.



8. Inilah hasil gulungan saya.


9.  Lepas tu, boleh potong. Make sure basahkan pisau dengan air  sebelum potong supaya mudah di potong. Kalau dah agak melekit sangat, basahkan lagi.


10. Tara !!! siap...

Esok Anniversary kiteorang yang ke-4. Cheesecake Oreo ni buat sendiri. Tapi agak fail la . Sebab cheesenya berketul. The best part is, Adam suka sangat cake ni. Walllahhh...


4 tahun kawen = 2 orang anak. Target, 10 tahun kawen = 5 orang anak!!! Wehooo.. Bile la gua nak kurus!


Tuesday, February 18, 2014

Resipi Ayam Madu Berkilat || Bila anakku lambat bercakap


Baru-baru ni, kite tengah mentelaah isu kanak-kanak yang lambat bercakap. Umur Adam sekarang dah pun 2 tahun 7 bulan. Kalau ikut tahun, die dah pon umur 3 tahun unofficially. Adam ni memang rajin bercakap. Tapi in his own language la. Sedikit sebanyak ade risau sikit sebab bahasa die kite tak faham sangat. Tapi Instinct kite rase, Adam ni normal. It is just a matter of time actually. And kite kat rumah ni sebenarnya bertutur dalam 2 bahasa. Bahasa rojaklah kekdahnya. Herm... Takut gak kalo Adam ni tak fasih bertutur di sebabkan ibu die cakap bahasa rojak. Iskk.. 

So far, sekarang ni die rajin cakap " Oh, No! " 
Kalau nak makan , " Bu, akan... "
Kalau nak susu , " Bu, susu ar...Susu...ar..." . Kalau ibu die tak layan, " Bu, susu ar..pisss (Please)".
Kalau tab die dah habis bateri , " Bu, cas la "
Kalau Adik die panjat tangga, " Bu, Adik @#$%$ (bahasa die)"
Kalau balik dari bertandang rumah orang , " Babai..see u real soon (Tiru ayat Mickey Mouse Club House)"

So... ape agaknya nak buat lagi ekh untuk anak fasih bercakap?

Mungkin,
Selalu berbual dengan die time mandikan,pakaikan pampers,tidukan die, Nyanyi sama-sama kalau tengok Barney and Friends. 

Huhuhu..Risau nih...

Paling tak best, bila orang dok compare anak orang lain pandai bercakap berbanding anak kite. Kite bukannya rasa jeles. Tak! Tidak sama sekali. Tapi rasa tak best bile tak tahu nak jawab ape. Jawapan yang kite selalu bagi  , sama ada senyum atau ,"Tak pela.. asalkan dia sihat dan penuh kasih sayang..huhu"

Boleh gitu? Dah tu.. Kite pun tak tau nak jawab ape..huhuhu.. Sebab muka dorang nampak risau as if kite tak risau anak kite tak pandai bercakap.

Menurut Judith Hudson, Deveopmental psycologist, 

Although it's not typical, your 2-year-old's situation is not necessarily cause for great concern, either. Some more cautious and reserved 2-year-olds tend to wait until they understand a great deal of what they hear before they actually speak. Look for these signs of language readiness:
 *Does your child point to objects? Pointing to a toy he wants or to a picture in a book is closely related to the beginning of actual speech.

* Does he seem to understand what you say? Does he react when you call his name when you're out of sight? The ability to understand language precedes the ability to talk. If your child seems to comprehend a great deal of what others are saying, he's well on his way to talking.

* Does your child use gestures and facial expressions to communicate? Many kids communicate what they need nonverbally, and in fact most 2-year-olds develop a host of nonverbal signals.

* Does your child grunt? Research shows that the little grunts 2-year-olds make while pointing to pictures or playing with their toys are actually a kind of commentary. Children who aren't yet talking and don't grunt are more likely to later be diagnosed with a language delay.

If your child isn't showing these signs of readiness, you may want to make an appointment for a speech and hearing screening. Talk with his pediatrician, and, if he's in preschool, with his teacher. His preschool may refer you to an early speech and language intervention program (usually coordinated through the county or public school system) that will provide a free speech and language screening. Or his doctor can refer you to a private speech-language pathologist for an evaluation. In general, the earlier a language delay is detected, the easier it is to treat. Many language problems can be treated effectively during the preschool years so that your child will have no long-term deficits.

sumber : Babycenter.com

Menu untuk hari ini : Nasi Ayam Ape yang Ade Dalam peti Ais je


Resipi Ayam Goreng Madu Berkilat 
Bahan-bahan yang perlu di sediakan :
1. Ayam yang sudah siap di rebus dalam sup ayam
2. Kicap manis
3. Sos Ikan
4. Sos tiram
5. Madu

Cara perapan : 
Ayam yang dah di rebus, toskan.
Gaul dengan kesemua Sos ( Tiram+ikan+kicap manis) + Madu.
Perap selama sejam.

Goreng : 
Goreng dengan api kuat. Mase goreng tu, golek-golekkan ayam sebab takut melekat kat kuali. Lagipun, dah rebus dalam sup ayam kan.


Adik!

Monday, February 17, 2014

Resipi Sambal Jawa ||

Setelah lebih kurang setahun jadi fulltime housewife, it is time for me to change the title.
Ala, still Housewife but not  Stay At Home Mum . I am now Working At Home Mum. 

Jual kerepek pon, di kira "Working" juga kan?
Haha.
ok la tu. Kerja yang halal. 

tapi kan...
ade terbaca satu statement ni kat blog someone .
Ayat dia begini 
"Dear girlfriends... my mom selalu pesan... orang perempuan teruk mana education background,  kena kerja so that suami respect. Baik mama!"



Sentap sikitlah.
But kite teringat kata-kata Mak Long kite. It's Ok. 
"Once u dah start bussiness at home with your kids around you, don't ever mind what people talking bad about what you are doing. Jangan patah semangat. Ingat, kita berhenti kerja kerana Allah Ta'ala. Anak-anak amanah dari Allah. Tengok macam Mak Long ni, Lepas Pak Long meninggal (Mase tu anak sulung umur 14 tahun, anak paling bongsu umur setahun lebih ) Mak Long besarkan anak-anak yang 8 orang tu sorang-sorang dengan berniaga kuih dan supplement kesihatan sahaja. Alhamdulillah. Rasa berkat sangat besarkan anak-anak dengan berkerja dari rumah. "

such a soothing words sangat Mak Long kite berceramah kat telefon hampir 2 jam once die dapat tau kite dah berenti kerja sebab jaga anak-anak. Working mommies out there jangan kecik hati ye. Ini jalan yang kita pilih. Every mommies are awesome in their own ways. Masing-masing ada jalan cerita sendiri.
Pilihan di tangan masing-masing .


Lauk Hari ini!
90% Jowo.
Nasi
+Sambal Jawa
+Sup Ayam Bodo
+Sambal kicap
+Home made Watermelon Juice.


Resipi Sambal Jawa 

Bahan-bahan untuk di blender:
Bawang putih 5 ulas
Bawang Merah 3 biji yang besar
Lengkuas sebesar ibu jari
Lada merah 5 tangkai
Cili Padi 7 biji
Udang kering 4 sudu besar
Ikan bilis 1/2 genggam tangan.

Bahan di potong Dadu + Digoreng dahulu:
Kentang 5 biji
Tempe 3 keping
Pedal ayam
Hati ayam

Bahan sayur-sayuran :
Kacang panjang -ikut suka hati banyak mana
Lada merah di hiris
Fucuk
Sooh hoon

Cara-cara masak :
1. Tumis bahan yang di blender hingga garing. Masukkan garam scukup rasa.
2. Masukkan bahan yang di goreng dahulu
3 Selepas seminit, masukkan kicap dalam satu cawan. (Agak-agak korang la nak hitam mane sambal jawa korang)
4. Masukkan kacang panjang. Gaul rata hingga 2 minit
5. Masukkan fucuk + Lada merah yang di hiris. Gaul rata dalam seminit
6. Last sekali, masukkan sooh hoon.
7. Siap!


Cakap pasal being Housewife terhormat  ni, hari ni sahaja kite kena mengemop lantai 5 kali! Sebab snow turun kat umah.

 Magic kan?
 Macam tak percaya snow boleh turun dalam rumah
 Jentolak takdelah pulak nak bersihkan snow ni
 Rambut adik pun kena snow

Sunday, February 16, 2014

Nasi Goreng Cina Berselimut Telur || Teman suami makan.


Resipi Nasi Goreng Cina : 
Nasi putih 2 pot
Marjerin 1 senduk nasi
Udang kering 3 sudu besar
Bawang putih 5 biji
Karot di potong dadu
Kacang panjang di potong dadu
Ayam dicincang dadu - suka hati berapa banyak
lada sulah 4 sudu besar
garam secukup rasa

Bahan yang kena tumbuk
Udang kering , Bawang putih

Cara-cara goreng :
Panaskan kuali
cairkan majerin dalam kuali
tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau
masukkan ayam
seminit kemudian, masukkan karot dan kacang panjang
masukkan garam secukup rasa dan lada sulah.
seminit kemudian, masukkan nasi dan gaul rata.
Siap !

Tadi tengok video Ustaz Azhar Idrus. Ada soalan ni ;
"Orang kata, isteri kena teman suami makan kat meja makan supaya jikalau suami makan sorang-sorang nanti syaitan hasut suami suruh kawen lagi satu."

Jawapan Ustaz Azhar Idrus , yang kita boleh simpulkan :
Layanlah suami dan temanlah suami makan lebih dari 5 star hotel. 


Hahaha...Hambik kau... Dan-dan... kite pon terus beli pinggan lawo-lawo kat kedai RM5. beli 3 bijik je. Nak kasik presentation masakan simple dan campak-campak nampak ala-ala 5 star hotel gitu...
Marilah kita jadikan rumah kita seperti 5 star hotel!!!

Aktiviti kami di hujung minggu :










weekend dah nak sampai ke penghujung .... happy working to all working MUMs!!

Thursday, February 13, 2014

Anas Mirza 1 Year old.


Anas Mirza :
What he can do?
Babbling
Cruising along the couch
Naik-turun tangga (part ni paling takut, but he can do it without my help)
Suka bermain dalam kotak as in the picture above.

 Pandai tak anak bujang saya kemas??? Lepas ni kalau boleh berjalan, tak taulah ape akal die dengan abang Adam. Mudah-mudahan dorang jadi Best-Buddy.

Siblings.

And... Our dinner for today theme is Carbonara with love


 Kekurusan Adam terserlah selepas 2 minggu berak-berak muntah-muntah.

 Maggi Carbonara. Sebelum ni, maggi pun tak nak makan. Tapi, selepas minum MEALSHAKE SHAKLEE

Bolehla kan... Dari tak makan ape-ape.....