Wednesday, September 28, 2011

Kisah Baby Sitter I

Salam.
Dah lama rasanya tak upload gambar.
Tapi rasanya, subjeknya adalah sama je.
Adam,Adam,Adam... Haha.
Itulah model yang ada kat rumah ni.
Masuk hari ni, dah 3 hari dah duduk kat baby sitter.
Alhamdulillah.

Cakap pasal baby sitter ni, terpikir mase memula nak cari nursery/baby sitter untuk adam. Cuak ,jangan cakap lah. pening nak pikir pasal pengasuh adam. Ada orang kata nurseri tak bagus lah. Dorang ingat senang agaknya nak cari baby sitter. Pada kite, baik nurseri / baby sitter, ada Pro n cons. Ada orang kata, kalau sedara-mara yang jaga, laaagi bagus.. Saper kata kalau hantar kat sedara takde masalah?????????

It depends actually..

Baru-baru ni, kiter ada borak-borak ngan opismate. Sorang kakak ni. Baru lepas bersalin 5 bulan yang lepas. Dia kata, memula agak lega bila hantar anak kat baby sitter. Sebab dekat sangat2 ngan tempat kerja & of course die rasa lagi selamat. But one day, hati die tergerak nak g jenguk anak die untuk menyusukan. Hati die rasa tak sedap masa tu. Bila tiba di rumah pengasuh,Masya Allah.... Depan-depan mata die, Mulut anak die di selotape kan dengan selotape yang tebal bersama-sama puting di mulutnya.LULUH hati seorang ibu. Perlahan-lahan die bukak selotape dari mulut anak die. Merah keliling mulut. Pengasuh tu dengan selambanya cakap, " Oh, tadi die nangis. tu yang tutup kejap." PFFtttttttt...

Tak logik kan? Hati perut tak ada kan?????? So, sape kata letak baby kat baby sitter lebih selamat dari letak kat nursery? Itu semua Qada' & Qadar Allah. Kalau benda nak jadi, jadilah. Yang penting, kita sebagai ibu perlu doa setiap masa untuk keselamatan anak kita. The rest, tawakal. Kita dah berusaha mencari pengasuh yang terbaik & termampu untuk anak kita.



-Sehari sebelum Adam nak dihantar ke baby sitter, die mengaruk!!! baru lepas kena imunisasi bulan kedua. Cuak betul Ibu Adam.... -
_4



-Nasib baik malam nya die dah ok sikit. Itu pun badan ada panas sikit.Ramai yang kata, lepas inject anak, terus je bagi ubat demam. kirenya, sebelum kena demam, bagi ubat dulu. Tapi kite tak bagi. Sebab dah tanya dah doktor awal-awal. Nak bagi terus ke tak lepas inject. Die kata tak payah kalau tak demam. Aisey... mane satu nak ikut nih.. last-last, adam mengaruk keDEMAMan. Ada sape-sape boleh explain???-
_5


Tuesday, September 27, 2011

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan


Ini lagi satu info...
ehehehehe...
untuk kegunaan kite & babysitter.
So Far, Adam ok kat rumah baby sitter.
And i hope Babysitter is ok too with Adam.
Ehehehe... Ape pun, pada pandangan kite,
Kita kena make a good relationship with babysitter.
Treat them as a part of our family.
Seumur hidup wooo kita akan terhutang budi dengan babysitter.
Bukan senang nak jaga anak ni.
Perlukan kesabaran & Kasih sayang (^_^).

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

thaw

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

· Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.

· Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.

· Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.

· Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

· Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.

· Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.

2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.

3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula(walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.

4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.

5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).

6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

· TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.

· TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).

· TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

· Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

FAKTA : Cara simpan Susu Ibu


For my Info and for all mothers!
Senang dah copy paste.
Tak yah nak google.
support susu IBU!

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

· bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)

· bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

· breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam

2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari

4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

· bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

· catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

· simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

· jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

· susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

· jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

· sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar

· jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

Friday, September 23, 2011

PETUA HILANGKAN SELESEMA


Minggu terakhir bersama Adam adalah sangat mendebarkan. Lagi 2 hari jer nak naik kerja. Isk..iskk... pulak tu, Ibu Adam pulak kena selesema.... Aisey.. Takmo la menjangkit kat Adam. SEKSA BATIN tengok Adam selesema. Mungkin esok la baru nak g klinik. Tapi tadi tengok surf kat internet, Petua untuk hilangkan Selsema (Untuk Dewasa) ,kena ada batang sirih pulak. Satu kerja pulak nak g mencari pokok sirih. Sebab kena amik lendir kat batang sirih untuk disapu pada hidung.

Cari punya cari, terjumpa lagi satu blog PETUA LAMA. Bahannya cuma Teh & Limau nipis je. Nasib kat rumah masih ada stok. Caranya:
"Perahkan air limau nipis kat dalam teh suam, lalu minum"
Tapi petua ni tak disarankan untuk WANITA HAMIL. sebab ada penggunaan limau nipis yang bersifad ASID.


Selamat Mencuba! Apa pun, kita usaha je dulu. Baik atau tidak, itu semua Urusan Yang Maha ESA (^_^)






Masa amik Adam kat umah baby sitter semalam, Alhamdulillah. Normal je. Insya allah. Setiap kali solat Ibu doakan Adam & Baby Sitter dipermudahkan segala urusan.
1

Thursday, September 22, 2011

baby sitter

*sekadar gambar hiasan


meninggalkan adam sebentar kat baby sitter.
saje nk try sblm masuk kerja minggu depan.
separuh hari je pun....
Ibu die yg emo.
menitik air mata oiiiiii~~

Tuesday, September 20, 2011

Another Blog? Really?


Encik suami pernah kata, "Buat blog lagi satu lah. Blog pasal Adam jer semua".
I was thinking. Memang kite tak kisah nak buat lagi satu blog. But , I'm not creative in making the story panjang meleret + sedap di baca. Sedap meaning , macam Vlog MatLutfi. Hehe.. Seriously, he is such a creative creature lah . Pandai die Vlogging and make the vlog meaningful in his way. BAck to man topic, Blog pasal Adam mesti akan sangkut paut ngan Mak Pak die. Kan..kan..kan...??? So, Rasanya macam tak best pulak nak buat Blog lagi satu pasal Adam. Nama Blog Kami pun "Our Life, Our Journey,Our Story". So, combine aje Dari Zaman bercinta-Zaman Bertunang-Zaman Berdua-Zaman Bertiga-4-5-6... Ehehehehe... Opppssss.... Yang satu ni pun kelam kabut. =p Cet! So, konklusinya... Maybe Another Blog for Vlogging perhaps ok (^_^)


Sekarang ni kepala tengah berserabut dengan macam-macam bayangan. Terbayang macam mana perasaan tinggalkan Adam kat BabySitter... Terbayang perasaan first day kerja after 2 months dok berbengkung.. Harap-harap semuanya OK! Apa pun, kiter Tersangat-sangat bersyukur sebab Adam ada baby sitter. SYUKRAN! Mase bawak Adam for the first time kat rumah baby sitter, Anak Babysitter tu sayanggggggg sangat kat Adam. Sikit-sikit nak cium. Sampai terpijak-pijak kaki Adam. ehehehe... Oklah tu. Boleh geng ngan Adam bila Adam dah pandai jalan.

La ni, tengah nak biasekan Adam minum susu Ibu die pakai botol susu.Haihhh... Stok Susu tak banyak sangat. risau nih... Mudah-mudahan after guna Shaklee ni, berkesan lah hendaknya... masa dah suntuk sangat nih. (-_-)





x
*Bila Adam tak nak tidur... Ibu pun buat aktiviti...

y
*Dan Adam Uwaaaaaa.... Wakakakaka..

zz
*Ibu terbalikkan Adam...tepuk.....tepuk...tepuk....

zzz
*Sampai Adam tertidur... Oh! I love watching him asleep.....



1

*Adam Teman Ibu masak (^_^)


Sunday, September 18, 2011

Our life, our journey, our story

Lagi seminggu nak naik kerja. Tak rasa malas pun. Tapi rasa takutttttttt... Takut nak mengharungi perasaan pertama kali meninggalkan anak kat babySitter dan First day at work after 2 months straight UNpaid leave.Entah berapa kali seminggu lah agaknya kite dapat update blog kalau dah start kerja nanti.

So far, Blog "Our Life, Our Journey, Our Story" went so well. Kiter update bile ada rasa nak menaip or ada gambar yang nak diSHARE bukan menunjuk.

Dari Sehari ke sehari Encik suami nak menegur pasal Tajuk blog ni. Kalau perasan, kiter selalu letak title "...Our Storey".. SEpatutnya "...Our Story".

Blog ni pun, dah lama tak tick wish list... lama dah rasenya...tunggulah kami stabil dulu. tunggu rezeki utuk adam..hehehe...

Adam pun xstabil...semenjak 2 hari lepas tak berak.. risau ibu die.. walaupun fully breastfeed. Sekali tadi pagi... lepas menyusu mengempeng , bunyi angin dari perut adam n kentut yg amat kuat dan bau....... MasyaAllah.......

feel really relief
muka lega...


nasib awaklah adam.. dapat ibu yg suka merakam gambar.. every moment yg dirasa untuk disimpan buat KENANGAN...=P

Friday, September 16, 2011

Seawater spray for newborn




1
*Cubaan untuk spray hidung adam . Posisi hujung spray haruslah senget. Jangan spray direct terus ke lubang hidung so dat die tak tersedak.

3
*melalak tak selesa.


4
* Lepas spray, cepat-cepat angkat Adam. Biar die tak tersedak.





Syukur ke hadrat Allah subhanahuaTa'ala, Akhirnya Adam ada baby sitter. Memang rezeki Adam. Walaupun agak jauh dari rumah dan tempat kerja.Pukul 6:30pagi kot kena keluar rumah. Semalam g melawat baby sitter Adam. Nak serasikan Adam dengan keadaan rumah baby sitter. Mungkin lagi sehari dua nak naik kerja, kiter nak tinggalkan Adam ngan baby sitter. Biar die tak ada culture shock. Mintak-mintakla Baby sitter die ok sebab kiter naik kerja 26hb. Huhuhuhu.... Ya Allah, permudahkanlah urusan untuk Adam ni... Mudah-mudahan, baby sitter dapat sayang Adam macam kiter sayang kat Adam. Pendek Kata PENYAYANG. Amiiin...


Sejak semalam, Adam tak selesa badan. Start petang semalam die muntah2. Dia minum susu macam tak puas-puas. PAstuh muntah selambak. Adoiii... buntu mak die... Tadi pun sama. Tapi malam je la. Siang die bantai tidur jer.. Ni baru jer dapat lena. Sian tulla anakKu yang hensem nih....Haiihh...

Wednesday, September 14, 2011

Bila Baby Adam Selsema & Batuk

Masuk hari ni, dah nak 4 hari Adam Selsema.
Walaupun Batuk & selsemanya dah kurang, tapi saki bakinya masih ada lagi.
Which is tahap kerisauan ibu & ayahnya tersangatlah tinggi tak turun-turun.
Hari pertama Adam dilanda selsema & batuk, satu family duduk atas katil.
Mama + Adik Ku + kite + Encik suami + Adam.

kebetulan mama datang singgah rumah sebelum bercuti ke Penang.
Nasib lah baik.
Kalau tak, makin melalak lah ibu Adam nih.


Memang sedih la Masa dengar pernafasan Adam tersekat-sekat.
Mulut ibu die muncung sampai boleh gantung kuali.
Risau + buntu.
First time lah katekan.
Si Ayah duk sibuk cari petua-petua BUANG batuk & selsema untuk newborn baby kat internet. While Si Nenek memujuk-mujuk Adam.
Ibunya pula, asyik get ready ngan Cik B je.
Maner tau, Adam makin lapar .

Billla surf kat internet, macam-macam petua ada. Ini antaranya :
1. Bagi baby minum madu + air mineral suam.
2. Bagi minum susu (Direct Breast feeding) sampai baby muntah. So dat lendir/kahak boleh keluar sekali dengan muntah.


So, malam tu semua sedih tengok Adam.
Tidur lambat.
Esoknya, nenek & Atok nak g Penang.
Dan Esoknya juga Ucu Adam dah nak register kat UITM.
Tinggal lah Ayah & Ibu Adam.
Memang rasa sebak la time ni.
Nenek Adam siap sedut hidung Adam nak keluarkan selsema, tapi tak ada. sah ada something tersumbat. Tapi batuk Adam berkokol-kokol.

Time nih, Adam diberi minum air mineral+ madu lebah. Banyak jugak Adam minum.
Adam muntah-muntah. Nenek Adam siap letak kunyit hidup kat batang hidung Adam. Itu petua orang tua-tua. Kononnya nak bagi panas kat hidung supaya hingus cair.


Esoknya, pepagi dalam pukul 10, g Klinik sebelah PMC Sungai buloh. PENUH! RAMAI !
Tak sampai 10 minit tunggu turn, kami kensel. Terus ke PMC walaupun PAED tak ada.
Bila kat PMC & Doktor check Adam, memula Adam Di spray guna Ubat Nasal Spray.
Melalak Budak bertuah nih. Sian tengok. Pastuh Doktor kata kat nurse soh buat suction.
Aduh... kena pindah kat satu bilik tu untuk di suction oleh Sister. Belum sempat Sister tu suction, Tibe-tibe taik idung Besor terkeluar dari idung Adam.... So, Tak jadi buat suction .
TERIMA KAASIH TAIK IDUNG ADAM! ehehehe...
(entah betul ke tidak eja suction tu)

Alhamdulillah, dengan bantuan Encik suami selaku suami mithali, Kami sama-sama jaga Adam malam tu. . . . And now, Encik Adam still di monitor oleh Pak Mak die..
Cepat-cepat Sembuh Adam!!!!!!!!


Ubat untuk Adam:
1



Nasal Spray untuk Adam. Menggigil ok nak spray kat idung Adam memula. Last-last, ayahnya yang buat. =p
2





3
*Adam suka mandi!

4
*Kasihnya Ayah... membawa ke syurga...

1
*PEACE dari nenek Adam n Abg Daus !

Sunday, September 11, 2011

Adam's First Ride,Outing,Illness




2
Semalam Adam dapat first ride dia....
Picked up kat Kinrara.
Second hand.
Kualiti masih ok.
Ok lah kan second hand but the condition still ok.



1
Adam first Outing.
Di bilik salin pampers.



3
*Adam first time duduk dalam baby car seat.
Tidur jer.
Time nih Adam dah start selsema .


4
*Adam baru lepas muntah susu.
Mase ni baru pas susukan die kat bilik breastfeed kat the Curve.
Ibu Adam tengah bz cari puting MAM.



b
*Adam bersama Ucunya. Dan sekarang Kami tinggal bertiga. Sebab Ucu Adam dah masuk Uni balik. SEDIH SANGAT! Rasa kehilangan sesangat =(



And now.......
dah 2 hari Adam selsema + Batuk.
Airmata nak mengalir tengok Adam.
SEBAK sangat!
Pagi tadi dah g jumpe dokter and bagi ubat spray untuk cairkan hingus.
Mudah-mudahan ADAM cepat sembuh!
Tak sanggup nak dengar Adam sesak nafas ='(

Friday, September 9, 2011

UnTitLe



Tak nak cerita ape-ape pun. Saje nak share gambar.

1
*Mabuk Susu

Wednesday, September 7, 2011

Aku Terima Nikahnya...



"Aku terima nikahnya Si Dia binti Si Ayahnya dengan mas kahwinnya RM... "

Bunyi macam senang? Nah.. Ini erti sebenarnya...


"Aku tanggung dosa-dosa Si Dia dari IbuBapanya, apa sahaja dosa yang dia buat. Dari DEDAH AURAT hinggalah ke TINGGALKAN SOLAT, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku. Kalau gagal, maka aku FASIK,DAYUS & RELA masuk NERAKA dan malaikat Zabaniyah MELIBAS aku sampai HANCUR BADANKU "


Agak-agak, orang-orang yang baca quotes ni kat FB, orang sedar tak?
Insaf tak?
Ada rasa nak berubah tak?
Wallahua'lam....


Bukan pe, lately ni, selalu sangat nampak quotes macam kat atas ni kat FB.
Agak Best & Tepat juga isi yang hendak disampaikan. Kan?





Adam's favourite position while asleep....

Adam Love
*Romper pemberian Ucu Adam

Adam Love
*Think...think....& think.....



Sekarang nih, dah sedap sikit nak peluk Adam. Dah montel dah. Kalau time tengah BreastFeed tu, suke picit2 & urut2 paha Adam (^_^)
Adam Love
*Adam & Ibu ada double chin!



Adam Love
..... Ayah pun sama



Dan.....
Tak lama lagi, Ucu Adam dah nak naik Sem.
Uhuhuhuhuhu...Dah tak de sape nak tolong jagakan Adam..
Sedeynya......Uwaaaaaa~~~~~
4










P/s: Sejak ada Adam nih, banyak sangat miss call kat henpon =p.

Monday, September 5, 2011

Rindu


4.00pm || 5th September 2011


Hari ini ,
setelah 44 hari hidup dengan Adam dengan mama.
Tapi hari ini tanpa Mama.

K.O.S.O.N.G

T.A.K.U.T

L.O.S.T

R.I.N.D.U












Sunday, September 4, 2011

Ikhlas Dari Hati

Hari raya ke-6.

Tadi baru lepas blogwalking...
Terbaca blog seorang insan bergelar ayah....
alahai... syahdunya baca kisah cara dia mendidik anak dia SEMBAHYANG!
Susah nak dengar zaman sekarang Ayah-Ayah muda mendidik anak sembahyang.
JARANG!

Kiter harap, Kite dan Encik Suami dapat sama-sama menjadi ibu & Ayah yang Soleh.
Insya Allah Encik Adam Sayang....Ibu akan bagi yang terbaik...
Yang paling penting, dapat menunjukkan contoh yang baik TERUTAMA sekali bab sembahyang.
( Kiter nak berusaha untuk sembahyang awal waktu.Taknak Subuh Dinosor lagi....)

Harap Encik suami dapat membantu MENDIDIK kiter dalam hal sebegini.
Yelahkan, Itu kan tugas Ketua Keluarga....
Mudah-mudahan niat yang murni ini dimakbulkan olehNYA~~


Amiin....


8

Thursday, September 1, 2011

Berpantang hari ke-40


To Have this precious .........


18
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




You have to sacrifies your body.......
16
*sEE...... my "chicken wings"

The hardest part is ..........
BILA ORANG GEMUK NAMPAK KITE AND SAYS ,
"EH, AWAK NI MAKIN GEMUK SAYA TENGOK "



*hari ni genap kiter berpantang 40 hari.