Saturday, July 30, 2011

Pengalaman Bersalin : Journey of Adam Haziq to this World

Salam Sabtu semua.
Good Morning~
Sedap kan tidur di pagi Sabtu , ditambah pula dengan hujan lebat mencurah-curah?
Tadi pagi terbangun pukul 3:20am untuk pam susu.
Terdengar Adam merengek.
Pastuh senyap semula.
So, kite pun start lah mengepam until 4 : 30am i guess.
Then, pukul 5:30 am, Adam dah merengek bebetul punya untuk menyusu.
Susukan die sampailah dalam 6:15 gitu.
Lepas tu, kami bertiga beranak bantai tidur sampailah pukul 9am...
muahahahah...
Hujan lebet...
Nyaman~~
Macam berada di Fraser Hill Gamaknya... (^_^).


Ok lah.
Termerepek pulak.
Nak cerita kronologi pasal kelahiran Adam a.k.a PENGALAMAN BERSALIN.

Rabu || 20 July 2011
5:30 pagi, terbangun.
Tetiba terasa macam ada air mengalir dari bawah.
laju je.
tapi tak banyak.
agak-agak dalam setakung satu tapak tangan.
Air tu berwarna jernih + coklat cair.
Cuak juga.
Btau encik suami pasal benda tu.
Dengan confident die kata, tak ada apa-apa.

10:15 pagi, di tempat kerja.
Keluar lendir + darah.
Tak banyak. sikit je.
Setiap kali kencing, keluar lendir + darah.
Ia berlarutan sampai malam .



Khamis || 21 July 2011
Bila kencing, masih keluar darah + lendir.
Tapi, tidak ada rasa sakit pinggang @ perut.
Cuma badan rasa sangat penat.


Jumaat || 22 July 2011
10:30 pagi, masih di tempat kerja.
Menyiapkan weekly report untuk di hantar ke bos.
Walaupun bos takde sampai hari Isnin depan.
Mama telefon pagi tu.
Bagitau dia kejadian hari rabu sampailah hari ini.
Mama cakap mungkin hari ini (jumaat) atau esok (Sabtu) kite beranak.
Hati berbunga gembira, sebab memang tak sabar nak tengok muka budak kecik yang dah duduk hampir 40 minggu dalam perut kiter ni.

2:45 petang, ofis mate tapaukan makanan.
Kami makan bertiga.
Masa ni lah dah start contraction selang sejam sekali.
But the contraction just last for a few second.
Cuma macam dah rasa masa untuk beranak dah nak dekat.

6:30 petang, siap-siap mandi.
Mengaji + solat maghrib.
Tak larat nak masak. Just minum air.
Semua penghuni kat dalam rumah tak balik.
Cuak sesangat.
Sebab contraction dah start 15 minutes interval from 8pm.
Semua tak dapat dihubungi.
Masa nih rasa marah + takot.
Tapi kite merilexkan diri dengan tengok cerita Sekali Lagi.
Pastuh update blog sambil mendengarkan bacaan AlQuran .

10:30 pm, adik baru balik.
Dia bawakkan Nasi Goreng paprik.
Kite makan tak habis.
Selera tak ada tapi paksa jugak makan.
Sebab macam dapat rasa kiter beranak esok pagi.
So, kena simpan tenaga.
Mama telefon tanya perkembangan semasa kite.
Kite cakap kat mama, sekarang dah contraction 10 minutes interval.
"Ma, nak kena tunggu contraction selang 5 minit ke baru nak g hospital ma?"
Mama, " Eh, jangan! pergi la sekarang. Kang terberanak dalam keta kang. Mama kat kopitiam kat JB ni"
Kite pun percaya. Tapi jauh di sudut hati dapat rasa mama on the way ke rumah kiter.
Sebab dengar bunyi kereta masa mama telefon. Yappeda!

11:30 mlm, Encik suami baru pulang dari kerja.
Kalau tak, die kena ke Melaka hari tu jugak atas urusan kerja.
Seb bek bos die bertimbang rasa.
Bagi die pulang ke rumah.
Encik suami makan makanan yang di tapau.


Sabtu || 23 July 2011
12:00 pagi , Btau suami kiter nak ke hospital lepas die makan.
Time nih contraction dah selang 10 minit.
Tup-tup, mama sampai!
Seeeee...... i told ya....
Mama memang suka buat suprise.
Kite bersiap-siap untuk ke hospital.
Mama + Abah + adik pun siap-siap.
Kami ke hospital 2 kereta.
On the way ke hospital,
contraction dah selang 5 minit.
Time contraction memang tak boleh bercakap langsung.
As in my previous post.
Rasa contraction macam isi perut kena tarik + pinggang macam nak patah.

12:45am, sampai PMC Sungai Buloh.
Register.
Terus masuk Labor Room.
Nurse check heart beat baby.
Mama abah datang kat Labor room sembunyi-sembunyi.
dorang wish good luck.



2
*Still 5 minutes interval contraction.

3
*Adam's heart beat.


4
*My motivater

1:30am, Nurse check bukaan rahim.
dah 4cm.

2:30am, nak ke tandas.
minta tolong encik suami papahkan.
Memang longlai sangat.
2x ke tandas.
Peluk encik suami sambil nangis kat dalam toilet.
contraction selang 3 minit rasanya time nih.
Sebab kejap-kejap sakit.

3:00 am, Encik husband tolong panggilkan nurse.
Nurse check bukaan rahim.
5CM dah time nih.
Encik husband mengaji kat sebelah.
Baca surah Mariam.
Sambil-sambil tu kite makan kurma + air zam-zam + baca doa nabi yunus masa dalam perut ikan paus.


5


3:35am, encik husband panggil nurse lagi.
Bukaan dah 7cm.
Masa ni , bila takde contraction, sempat terlelap.
Tapi bila contraction datang, mata terbeliak tengok lampu.
Memang masa tu rasa macam dah nazak.
Tangan suami kite genggam sampai melecet.
Encik husband cakap, "Takpe-takpe... genggamlah .."

4:25am, dah tak tertahan.
Mintak tolong husband panggil nurse.
Nurse check bukaan.
Dah 10cm dah.
Nurse prepare barang-barang sementara tunggu doctor datang.
Masa ni kite try control pernafasan.
Tarik nafas dalam-dalam, pastuh hembus perlahan-lahan sebaik mungkin.
Siap tanya nurse , " Nurse, ada petua nak kurangkan sakit x?"
Nurse tu balas sambil tersenyum , "Eh, takde... ubat adela..."
Aduh... kecewa...
kalau boleh kiter tak nak amik epidural.

4:55am, Doktor Ratna Datang.
Die senyum.
Sediakan position kite untuk push.
Bagi tips bila nak push.
Doktor kata, " Lydia, kalau ada rasa nak terberak, baru teran yea. Tarik nafas dalam-dalam. Pastuh teran habis-habisan."

5:00am, Kaki krem.
Proses push tergendala selama 10 minit.

5:10am , Start push.
Memula tak reti.
Nafas tak cukup.
Tiba-tiba, rasa nak terberak.
Tapi time teran tu terkeluar suara pulak.
Doktor tegur, "jangan keluar suara yea..simpan..nanti tenaga hilang."


5:30am,Lepas 2-3 kali push,
Alhamdulillah, Adam selamat Di lahirkan.
Bila nampak je Adam kat tangan doktor, leganya rasa.
Suara kegembiraan encik suami terngiang-ngiang di telinga " Anak kita Syg...Anak Kita.."
Tak putus-putus kite sebut " Ya Allah...Ya allah... Ya Allah...." lepas keluarkan Adam.
Lepas tu, kite gone~~~~~
Time doctor jahit, kite tidur + siap berdengkur kata encik suami.


6:50am.Tau-tau je,bila bangun,
Encik suami dah takde.
Mama abah datang cakap congratulation sambil tunjuk gambar Adam.
Mama cakap Adam ada lesung pipit.
Hehehehe...




Kesakitan bersalin tak habis di situ........
kesakitan itu berlarutan sehingga hari ini....
iaitu...
kesakitan berpantang...
woohoooo....
sakit sey satu badan....



7
*My first visitor. Terharu Amlya datang... Inilah first pertemuan kami. Selalunya chat dalam blog or FB jer.. eheheh... me kasih tau...


8
*Baby Niya yang gebus akibat BF dari mak die... Niya bam..bam...

12
*Yours truly... mai pekena rambutan sat......


i) Terima Kasih tak terhingga kepada Encik Suami menemankan Puan Isteri semasa proses bersalin hinggalah lahirnya ADAM. Jasamu Di kenang. I Love U (^_^)


ii) Kepada yang mendoakan supaya proses kelahiran kite dipermudahkan, Jutaan terima kasih di ucapkan. Doktor Ratna cakap, Proses bersalin kita agak cepat dan mudah for first timer yang melahirkan baby a.k.a lahirkan anak sulung.

Thursday, July 28, 2011

My 4 days Experience BF So Far...

Alhamdulillah...
Kiter baru je pas BF Encik Kecik Adam.
Pukul 2:30 pagi tadi die terbangun.
Lalu tanpa melengahkan masa + keadaan luka yang belum sembuh kiter bergerah perlahan-lahan tetapi dengan kadar sepantas kura-kura, kite rangkul Adam untuk di susukan. Sebelum die "berkaraoke". Kesian pulak ngan jiran sebelah menyebelah. Yer tak? Tak semua paham. Kot ada yang esok kena bangun pagi untuk pergi meeting awal-awal pagi ke... terganggu pulak tidur diorang. Takpe, demi ADAM Buchuk , Ibu gagahkan diri menahan ngilunya luka itu. Wooooohoooooooo...
So far, Alhamdulillah... Air susu semakin bertambah production nya, walaupun takdelah sekali pam terus dapat 10 OZ dalam masa 30-45 minit.




Kronologi menyusukan Adam:

Hari pertama : Tak dapat nak susukan. Kite lemah . Low Blood Pressure. Hampir Pitam dalam bilik air. Nasib baik mama ada.

Hari Kedua : Baru pas tukar pad. Masa tu pagi. Tiba-tiba nurse datang "Nah, susukan anak yea". Lalu terus berlalu pergi. Mak Aaiiii.. 'Gua dah la tak pergi kelas Antenatal. Nak Susukan anak cemane nih ek...????
Ahh... Susukan ajelah.. Lagipun dah pasang niat sejak awal pregnant lagi. mudah-mudahan Allah bantu. Sekali kiter suakan mulut die kat tut, terus melekat. *Pijor je rasa. Tengah dok BF, dokter datang. Die kata, "Pandainya die menyusu. Tapi dokter check kat tut, die kata cara kite nyusu salah sebab ada luka sikit."
FUH! Tak ghoti den.... mulut baby ni kecik kot nak sua kan "semua part sekali".
Malam tu try pam. Kecewa sesangat. sejam pam, tak sampai 1 OZ. Isk..isk... Dahla luka.

Hari Ketiga : Alhamdulillah, production semakin bertambah selepas tuam Dada ngan garam yang dipanaskan.

Hari keempat : Selepas berurut + tuam dada sekerap mungkin, production masih di tahap ok.


Kesimpulan untuk peristiwa BF anak : C.E.K.A.L + banyakkan membaca pasal BF.


Mimik muka ADAM di hari pertama :





P/s : Tenkiu encik suami buatkan milo panas + roti bakar 2 set =)

Wednesday, July 27, 2011

Not so Wordless Wednesday



1
*Discharge*


2
*Ucu*

1
*Multi-purpose Baby tub*

2
*I am looking at You*


3
*Dedicated Father*




Saturday, July 23, 2011

Adam first day

1
1 hour after ..


adam
6 hours later

Welcome Adam!

Sekadar gambar hiasan


Salam semua,
Lydia telah selamat melahirkan Adam pada tanggal 23 Julai 2011, 5.30am di Putra Medical Centre Sungai Buloh. Berat terkini Adam = 2.8kg.

Penantian selama 39minggu 6hari amat berbaloi bila mendengar tangisan Adam kali pertama.. sebak ayah dia siap sampai terabur2 azan n qamat..

Alhamdulilah ibu dan Adam sihat. Kronologi kelahiran Adam akan dikarang sedikit masa lagi

sekarang tgh bz na basuh "tembuni"@ uri :)

terima kasih sayangku Lydia Rahayu binti Mahmod atas pengorbanan selama ini dalam mengandungkan Adam.

Love both of u so much!!!




Friday, July 22, 2011

Update Vlll : Contraction


shante__s_pregnancy_contraction_by_christjackson-d352iey

Rasanya contraction selang 10 minit kot....
Rasa die macam pinggang nak patah + Isi perot kena tarik.
Mungkin nak tunggu selang 5 minit within an hour baru nak g spital.....
Weee.....!!!!
Time-time macam ni lah semua orang kat rumah ni nak balik lambat~
Memasing bz sampai takleh nak angkat phone.
Cuak OK! kalau kena drive sengsorang g spital.

Apa yang kite buat time-time cenggini?
1. Sempat habiskan tengok movie SEKALI LAGI
2. Ngaji.
3. Dengar ayat-ayat suci Alquran kat Quran Explorer. Bergerak-gerak budak kecik ni dengar orang ngaji....


Harap semuanya berjalan dengan lancar... Amiiin....


Update Vll : Bila Perlu ke Hospital?


Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

1. kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh.
Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
2. keluar air ketuban.
3. pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
4. keluar darah dari vagina.
5. apa saja masalah yang dialami.



Apa yang kite tengah alami sekarang ialah 2 dari bawah seperti list di atas since yesterday evening. Sepatutnya jumpa doktor hari ni. Tapi nak postpone esok lah. Alang-alang nak kena admit, esok sekali la kan? ehehehe... memandai jer... dah Jumaat ni, cukupkanlah sebulan kerja. tinggal lagi satu hari lagi ni. Muahahaha.. so far, i can cope with the back pain. Jadinya..... tunggu dan lihat ajela. Plan esok pepagi baru nak g jumpa dokter (^_^). Ok kan!? Lagipun, nak siapkan final report untuk minggu ni. Kipas bos sikit... eeheheheh.... Konon-konon rajin buat kerja la walaupun dah nak dekat no dah masanya ni... Tak amik cuti awal pun. Sayang duit Wooo~~

Tapi........dalam dilema gak nih...
Mak suggest soh hold dulu. tunggu dah tak tahan sakit baru g.
Kawan pulak suggest soh g skrang so that nurse ley monitor baby dalam perot.
Lagipun perut tak mengeras lagi.
Isk...isk...Isk....




Thursday, July 21, 2011

Update Vl : Mucous Plug & 40 weeks onwards.

5:30 pagi : Losing mucous plug. Agak panik tapi campur excited. Tapi rilex lagi. Bangun-bangun
terus bukak internet, search apa tu Mucous Plug. And Apa nak buat.

8:30 pagi : Losing mucous plug lagi. But this time a bit darker . Dark brown.

9:15 pagi : Mama tepon. Tapi die kata mungkin lagi sehari dua. Mungkin baby nak deliver tepat
pada tarikh due. (^_^)

10:10 pagi : Encik suami call. Nak make sure ada back pain atau tak. So far tak de lagi. Just rasa
macam period pain.
Encik suami " Lambat lagi kot..."

Tengok tu.... Mak punya instinct,kuat kan? kite tak btau lagi pasal kejadian pagi tadi. Tau-tau je.



What to do when start losing mucous plug?
Pakailah panty liner. So that we could predict and agak-agakla bile dah nak kena g hospital.

What is mucous plug ?
Throughout pregnancy, many expectant mothers will feel discharge from vagina. Typically the discharge is creamy, white or beige. But the end of pregnancy, color dah lain sikit. Macam yang kite alami pagi tadi, brown color. Tapi menurut artikel dalam tenet tu cakap, brown discharge usually nothing because it is considered an old blood. Which mean you are currently not bleeding. But kalau color Merah or pink, kena lah cecepat g jumpa OB untuk consult.


What does the mucous plug do?
The mucous plug is simply a collection of servical mucous that blocks the opening of the servic. It is the baby's barrier from harmful bacteria.

Adakah losing mucous plug indicate that you will go into labor tonight?
Actually the time is really-really near...but maybe not immediate. Ini kite surf kat tenet la. Kengkadang sampai seminggu dok discharge benda tu je. Each expectant mothers feels different experience. The bloody show is the better indication that labor is close beacuse your entire plug has come out and your servic has spreading and opening.


So, Tunggu dan lihat ajelah... (^_^). Today, i am 40 weeks pregnant. 3 days more left. Tapi kite musykil la... Boleh sembahyang ke kalau dah kuar mucous plug ek?

Wednesday, July 20, 2011

My Multi-function Mouse Pad



mouse pad
more convenient




mouse pad
4 days more to go. belum ada tanda-tanda besar bersalin lagi. Jika diberi pilihan sama ada untuk induce atau tunggu lagi seminggu, mungkin saya pilih untuk lagi seminggu kot. Atau, mane yang terbaik untuk umat nabi Muhammad ni nanti. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan bersalin nanti. Amiin~


Proton BLM : Signal Warna Kuning Oren menyala



Salam hari Rabu.
Hari ni takde gambar Wordless Wednesday sebab nak bercerita sikit.
Minggu lepas, Boleh dikatakan minggu kite dan suami di duga.
DI DUGA?
Owh…
Dugaan budget sebenarnya…ehehehe…
Kereta kami ada problem.
Di kala tengah bulan nilah, kereta nak buat hal.
Jumaat lepas,
Selepas buat check up untuk 38 weeks preggy,
Kami ke Tesco untuk beli barang dapur.
Tengah nak cari parking tu, ternampaklah macam ada warning signal kaler oren kuning kat meter kereta.
I wonder what happen to my car yang dah 3 tahun tak tukar bateri… (Cuak ni..)
Maka, bermula-lah sesi Calling-calling.
Memula call ayah,
Die suruh g Proton Servis.
Tapi kiter macam tak sedap hati
Sebab takut kena charge mahal.
Budget tengah sempit untuk sambut kelahiran orang baru.
Tak puas hati dengan cadangan ayah,
Kiter tepon pulak kazen yang sememangnya Mekanik.
Tapi die kat JOHOR la.
Simbol signal tu macam ni:



engine warning lamp
Simbol number 6. Nama die *Engine Warning Lamp.


Fungsi die adalah untuk memberitahu yang ada salah satu komponen dalam engine yang problem.
Kazen soh g Proton gak sebab biasanya, kalau jadi macam tu, kemungkinan selepas beberapa kilometre, mungkin kereta tak boleh bergerak.
Lagipun, kalau jadi macam ni, Proton kena check pakai computer yang ada software khas.
Sebab ada 16/17 komponen dalam engine tu .
Jadi, untuk penyelesaian masalah ini, memang la kena g Proton servis.
Kite decide ngan husband untuk hantar kereta ke Proton servis keesokan harinya…
Hasilnya???
RM336…… untuk :
1. Switch stop lamp – RM22.00 ( Ini yang ori. Kalo tak ori, rege dalam RM20. baik beli yg ori)
2. Brake Bulb (12V-21/5W) – 2 unit – RM18.00
3. Brake Bulb ( 12V-21W) – 1 unit – RM6.00
4. Battery (NS60) – RM230
5. EMS Tuning – 1 unit – RM60.00
Total : 336:00
Nah… Itulah totalnya.. nak terjelepok rasa… Tapi rasa secure, tuhan je yang tahu. Seb bek ada Duit kontijensi encik suami . =p. Sangap le bulan nih… dah nak dekat bersalin ni la dugaan cenggini datang..isk..isk.. Harap dengan pengalaman kiter ni, kepada sesiapa yang terkena, dapat membantu korang yer sedikit sebanyak.
Tips: untuk elakkan kejadian sebegini mudah terjadi, bagi yang kereta auto, kalau berenti depan traffic lite atau dalam keadaan jam, janganlah letak mode gear tu kat dalam keadaan "D". TOLONGLAH FREE kan GEAR iaitu "N". Kalau parking, jangan lupa letak mode "P" instead of "N". Sayangilah kereta anda walaupun cap local je. Harta susah nak cari kan...??

aa
*Buraq kami yang dah pun berusia 3 tahun 5 bulan.

aaa
*Dah lama rasanya tak basuh kereta sendiri. Agak-agak ujung minggu ni tak beranak lagi, nak cuci sendiri lah.







Tuesday, July 19, 2011

Update lV : Polka Dot.

Another 5 days to go ...
Ya Allah...
Tak sabarnya nak tunggu baby ni keluar...
Since semalam perut start keluar bintik-bintik merah.
GATAL gila!
Tapi tak garu pakai kuku.
Takut Stretch mark.
Takat ni Stretch mark kat perot tak ada.
Ehehehe =p
Tapi bila garu pakai Pembaris besi Panjang....
Ya Allah... Syahdunya RASA......
Fuuuhhhhhhh! Nyaman!
Ini pun ada rasa gatal lagi.
Nasib le kat opis.
Menahan gatal je ni...
Isk...isk..isk...
Baby... cepatlah keluar...
Tak tahan dah ni...
Nak peluk awk puas2!



11
*Bila suhu sekeliling panas, laaaaagilah gatal perot nih. gambar ni di ambil masa brisk walk kat area admin office.

14
*Semalam jimat RM5. Ada farewell lunch untuk budak practical. Teringat zaman jadi budak practical dulu-dulu. Bos belanja MAKAN BESAR! La ni, bila dah pindah KL, tup-tup bos besar nak add kite pulak dalam FB aisey... ingatkan "skema" mantan bos gua nih.... =p





Oh ya, IKEA Damansara sekarang tengah sale. Kite sempatlah kirim kat member adik. Suruh die belikan Baby tub. Sesape yang minat kaler putih, memanglah cantik sesangat Tub nih. Kualitinya pun BAGUS! Tebal plastiknya! BERBALOI-BALOI~~

RM19.90 Sahaja!
Grab it now!
bath up baby



Sunday, July 17, 2011

Update IV : Some people just play Dumb

Semakin lama,
semakin banyak universiti, kolej, pusat giat mara, dan macam-macam lagi pusat pendidikan untuk lepasan SPM terutamanya di Malaysia. Kiranya, Pusat pendidikan di Malaysia kini semakin pesat membangun . Tidak kurang juga kemudahan untuk belajar secara Jarak Jauh. JAdi, tidak mustahil bilangan pelajar yang bergraduat setiap tahun akan meningkat. Kemudahan-kemudahan pendidikan sebegini sudah pastinya telah menunjukkan secara jelas bahawa Penduduk MALAYSIA SEMAKIN TERPELAJAR. Tetapi, adakah bilangan terpelajar ini semuanya mempunyai kesedaran SIVIK yang tinggi seperti tingginya ilmu di dada mereka???
Salah satu contohnya, adalah seperti di bawah :



1









Saya sangat-sangat MARAH! Saya yakin manusia ini tidak buta huruf dan TIDAK BUTA sama sekali. Rasa macam nak bakar mulut-mulut mereka. (-_-)


Masa first sampai kat area tempat makan tu, kite nampak ada pekerja restoran tengah isap rokok. Mak kite dengan selambanya menegur supaya berhenti menghisap rokok sebab kat Terminal Bersepadu selatan sudah pun menyediakan BILIK KHAS UNTUK MEROKOK.
Nasib baik dorang tak melawan. tup-tup... datang lagi sorang mamat seperti gambar di atas menghisap rokok di bawah papan tanda "dilarang merokok". HATI INI SANGAT GERAM.
BUTA agaknya. Perut kite ni tak cukup besar agaknya . Tak bertimbang rasa betul. Huh!!






Ok lah,
What past is past.
Jadikanlah tauladan.
Imej macam ni lah sebenarnya yang membuatkan MALAYSIA belum mencapai tahap RAKYAT INTERNATIONAL.




2

Tadi lepas hantar parents balik kat TBS,
terus ke The Curve and IKEA.
Saja... Nak banyakkan berjalan.
MEmang penat.
Pagi tadi masa bangun tidur, terkejut sangat-sangat sebab kaki bengkak dan tangan pun bengkak. Nak genggam pun rasa ketat Je. Berjalan pun rasa sakit tapak kaki.



3
*I let my baby hear "My WAY" song.


4
*Tak beli pape pun....

6
*Bloated! perut mengeras time nih.

7
*Baju raya konon.


8
*Lenkali takmo beli meatball yang 10 biji. MUAK =p

Saya makan Makanan Eksotik


Kronologi Termakan makanan Eksotik.....

1. Kami ke Kolam air panas Selayang
7


2. Konon nak main rendam-rendam kaki dalam kolam
1


3. Posing kena lebih.
2

4. Tapi tak tahan sebab panas sangat. Last-last, rendam kaki dalam baldi.
3



5. Si adik demam. Encik suami tolong ambilkan air (Thanks! =) )
6

6. Lepas rendam-rendam kaki, lepak layan cerita KL Gangster. Kite order Milo Ais.
Tengah syok sedut air, tetiba terasa macam tersedut serpihan plastik. Ingatkan serpihan plastik. So raba-raba lah plastik tu dalam mulut guna lidah.. Kiranya, kemam la.... Jeng..jeng...jeng.....
4



7. Tiba-tiba, bila keluarkan dari mulut...rupanya... LIPAS!!
5



SAYA SANGAT GERAM!!!
Sempat juga btau pakcik kedai tu yang air milo die ada lipas dan berkemungkinan cawan kotor or straw letak sepah2...
Sekian...


Saturday, July 16, 2011

Update III : 39 weeks.

Entering 39 weeks....
semalam check doc...
baru 1cm bukaan rahim...
lambat lagi...
minggu depan agaknya kot...
punctual maybe baby ni nak kuar...

Tadi masa kemas2 barang-barang baby, baru perasan...
rupanya kite ada 24 botol susu baby!!!
wallawe....
kite beli breast pump n botol susu avent mase tengah ada offer kat Fair Mom & babies kat mid valley....
memang berbaloi-baloi...
beli breast pump spectra-3 masa tengah offer RM300.
Siap dapat botol susu free and beg sekali.
Memula ingatkan ada 10 botol free...
tetiba bile check balik beg spectra tu,, ada lagi 8 biji botol..
so, total botol adalah 24 biji ( 18 from spectra-3 + 6 from Avent).
Phew....
harap-harap lah susu banyak..Amiiiin.....



1
*At first, realize ada 16 biji botol ( 10 dari spectra-3, 6 dari Avent)

2
*Godeh punya godeh, ada lagi 8 biji botol dalam beg spectra-3 at the lower part.

4
*Beg siap dengan rain cover lagi (^_^)

5
*Free Ice pack.

3
*My Baby's humble open cabinet =p.


So, kesimpulannya, beli barang baby time ada Fair adalah sangat urah (^_-)

Thursday, July 14, 2011

Eh! Saya Rindu dia pula

Tok Abah

Eh !
Tiba-tiba saya rindu dia.
.
.
.
Terus call...
.
.
.
Dengar suara dia, tiba-tiba mata panas...
.
.
.
Terus ubah topik..
"Buah manggis ada?? "

Dia , " Ada! dah masak!"

Saya, " Ala..mesti tak dapat makan... sebab dalam pantang...isk..isk..."

Dia, " Eh, boleh la.... boleh je.." saje je la tu nak sedapkan hati...

=p

Teringin pulak nak makan manggis banyak-banyak....... (-_-)

Wednesday, July 13, 2011

Update II & Ukur Lilit

Kalau ikut Baby ticker yang kat bawah blog ni, esok dah nak masuk 39 minggu kite bawa nyawa yang kat dalam perut ni ke hulu, ke hilir. Semakin hari badan semakin cepat letih dek kerana banyak pergerakan yang tak terbatas. Hari-hari kena naik tangga kalau nak masuk rumah. Kira syukurlah, sebab dapat excercise naik turun tangga. Kat tempat kerja pula, kelilingnya hutan. landskap yang cantik... Jadi, selalu je keluar berjalan-jalan area tempat kerja untuk brisk-walk. Tapi.... tang makan pula dah macam masa memula pregnant dulu.. Tak boleh makan banyak. Dulu mase mula-mula pregnant tak makan banyak sebab tak ada selera. Tapi sekarang ni sebab ruang perut dah kecil. Bulan ke 7 & 8 je dapat makan dengan berselera .
Mama 2/3 hari sekali akan call tanya perkembangan diri kite dan baby. Same goes to Abah. Actually , last check hari tu, dokter budget minggu ni due. Tapi tu semua kuasa tuhan lah kan.
Tengok ajelah bila budak kecik ni nak keluar. At least, kalau keluar lambat pun, dapat siapkan kerja opis & sempat hand over kerja kat ofismate.
Mudah-mudahan kite dapat settlekan kerja sebelum due!!!!
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku~~


C1
Radius ketembaman pipi semakin menjadi-jadi lebarnya. Kadar lebar pipi berkadar terus dengan ukur lilit perut. Oh ya, semalam masa tengah potong-potong kain lycra untuk jahit tudung, sempat lagi ukur lilit perut. Sekarang punya ukur lilit adalah........jeng..jeng...jeng...
39Inchi!

Tuesday, July 12, 2011

Renungan



Even you are grown up as a wife, a mother, a nanny,a husband, a daddy, ....
She still "look" at you as her Baby!!
And she is no other than your Mum. (^_^)


** Agak terharu dengar ayat ni . Woohooo....

McD offer & Bristwalk

Print Kupon McD,
Beli 1 double cheese burger, free 1.
Tapi ala-cart jer.
Kebetulan, encik suami puasa hari ni...


B6



Lepas tu, bristwalk pula ke Danau Kota...
Kononnya nak banyakkan berjalan lah untuk memudahkan bersalin...
hehehehe...

Bristwalk at danau kota
*Perot mengeras time nih....

Bristwalk at danau kota
*little rascal


Bristwalk at danau kota
*Dah pukul 12 ... jom balik.....
Nite All!