Thursday, April 25, 2013

Sindrom Anak Kedua


Tadi mase lunch, tertengok Wanita Hari Ini kat TV3.
Topiknya menarik!!
SINDROM ANAK KEDUA.

Memang kena lah dengan kita ..nak-nak lepas beranakkan Anas..

Salah satu benda yang agak betul,

1. Gambar Anas kurang dari gambar Adam. Mase Adam kecik2 dulu, banyak gile! Tapi kite ada alasaan yang sangat kuat kenapa gambar Anas tak banyak... Sebabnya, ADAM SUKA NAK MAIN KAMERA kite... Kang rosak kamera kami sekeluarga.. Nak amik gambar mesti time Adam tidur atau amik gambar candid, lepas tu sorokkan kamera cecepat.

2. Baju recycle.
Actually, benda ni sangat betul. Tambah-tambah lagi, ayahnya tak kasi beli baju bebanyak untuk Anas.. "Sori Anas, bukan ibu tak nak belikan, tapi ayah tak kasi beli bebanyak". Tapi, kebetulan, memang tak boleh beli baju anas . Die sangat cepat membesar!!! sekarang je dah 6Kg!!

Kite ade terjumpa artikel kat facebook. meh kite tepek sikit. Kebetulan, Encik Suami pun anak nombor 2... memang 95% betul tau anak nombor 2 punya perangai ni...huhuhu.. manje dengan mak, sampaikan tak suka masakan berasaskan kari kalau tak same macam mak die yang masak... Huh!! #kecikAti

Apa itu Simptom anak kedua a.k.a middle child syndrome?
Sindrom personaliti bagi anak yang berada di posisi tengah. Biasa lebih menyerlah jika ada abang/kakak dan adik. Biasanya mempunyai perasaan iri hati terhadap abang/kakak yang dilihat lebih dominan atau berkuasa dan adik yang lebih dimanjakan/diberi perhatian oleh ibu bapa.
Pernah juga dengar Dato' Fadzilah Kamsah cakap, sindrom ni akan lebih menyerlah jika anak kedua sama jantina dengan anak sulung.

Apa yang terjadi sebenarnya?

1. Bila ibu bapa terima kelahiran anak sulung, semua pengalaman adalah pengalaman pertama. Semua pencapaian anak kita diberi penghargaan yang mengujakan. Kalau boleh apapun yang dibuatnya nak dirakam dan dimuziumkan. Tapi bila terima kelahiran anak kedua, pengalaman anak pertama seolah-olah berulang semula. Takde lagi nak excited bagai. Contoh, bila anak sulung mula-mula pandai meniarap, mak ngan ayah macam nak wat kenduri kesyukuran. Tapi bila anak kedua mula pandai meniarap, "Biasa ah budak-budak umur camtu"....teeetttt....

2. Recycle abang/akak punya. Masa nak terima anak sulung, semua baru. Setiap kali ada baby fair, excited giler nak gi. Borong tak hingat dunia. Kena tima anak kedua, nak-nak pulak yang sulung perempuan second pun perempuan, jimat duit mak bapak ko. Well, dari segi ekonomi memang ok. and masa anak tu masih baby oklah kot. Tapi kalau sampai ke besar duk pakai baju recycle akak jerk, rosak mental budak tu. "Alah, baju akak ko elok lagi, watpe nak membazir beli baru, pakai jelah"... teeettttt....
*akibat recycle punya pasal, aku masa kecik-kecik dulu kena pakai baju akak aku. Tak sesuai kot baby boy pakai baju baby girl. Sampai tadika tau...ish3... (baju kurung pon pernah pakai)..lalalalala

3. Kurang perhatian. Bukan takde tapi kurang. Masa anak sorang, everything for him/her. Semua masa adalah untuk dia. Bila dah ada dua anak, well masa split ah. Untuk anak sulung dan anak kedua. Walaupun kita dikurniakan anak 10 sekalipun, masa tetap ada 24 jam je sehari. Lebih malang bagi anak kedua bila dier menerima adik. Merasalah tumpuan diberikan kepada yang ketiga. Anak kedua dah jadi urusan anak sulung plak. Ish3...

4. Joel Kotin dalam buku dier "Getting Started: An Introduction to Dynamic Psychotherapy," ada kata, anak kedua akan mengalami saat perit di'sisih'kan dalam keluarga. Macammana? Bila anak kedua dilahirkan, anak sulung merasakan adiknya itu mencuri kasih sayang ibu dan bapanya. Ibu bapa plak tidak akan mengetepikan anak sulung mereka since he/she their 1st ever baby. Pastu lahir plak anak ketiga. Anak sulung ada kemungkinan yang besar untuk bersekutu dengan adiknya yang ketiga. So, yang kedua jugak takde geng...kesian.

Kesan?

Biasanya anak kedua rasa kurang diberi perhatian.






So, atas sebab nakkan perhatian, banyak perkara akan berlaku. Ada yang positif. Anak kedua biasa akan belajar dengan lebih tekun, so that dier akan dapat keputusan yang cemerlang dan diberi perhatian oleh ibu bapa.

Tapi, ada juga yang lebih aggresif. Buat 'hal' untuk dapat perhatian. Malah ada yang mencederakan diri sendiri untuk attention. Lebih baik kena marah daripada langsung tidak diperdulikan.

Menurut pakar, anak kedua biasanya akan ada masalah dalam menghadapi stress dan keyakinan diri. Akibat rasa tidak dipedulikan, mereka tak rasa diri mereka penting dan semua usaha adalah useless. Terukkan.

Tapi penyelidik di Universiti Oslo kata, anak kedua biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi dan lebih bijak selain lebih berdikari. (tepat sekali. Aku ada bukti) 

Personaliti -

Degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkan kepala orang tua, suka memberontak, baran, boros 

Anak manja emak, degil, tak pandai memujuk, setia dalam bercinta, tiada tolenransi, keras hati, takleh ditegur, berdikari, sukar terima arahan, pemaaf, caring, garang dan kemas

Friday, April 12, 2013

2nd Honeymoon

Dah berkurap dah blog ni..
lame sangat tak sentuh.
tak update.

Takde menda best sgt nak share.
Just tgh verangan.
nak set target for our second honeymoon.
tempat dah tau nk menuju ke mana..
cuma tunggu budget cukup je... =p

nak bagi clue sikit....





8
InsyaAllah....


1
3

4

5 sekarang ni masih menumpang di rumah makcik..
belum lagi masuk rumah baru..
thats y xde menda nak hapdet sangat.
lagipon entah mane ntah laptop kite sembunyi..