Wednesday, December 31, 2014

Color Of the Year 2015

Excited pulak bile dah nak masuk umur 30 tahun (unofficially) ESOK !!

Suprisingly, Marsala is one of my fav color ;-)

Hopefully 2015 will bring Us

FUN+EXCITEMENT+LUCK !












ORDER SUSHI !!!

 Sebelum 2014 melabuhkan tirainya, kite nak promote sikit service yang kite provide untuk sesiapa yang berminat nak order sushi...home made... untuk open house ke.. untuk pot luck ke... untuk makan sendiri pun boleh !! 

RM 80
80 pieces sushi
Inti :-
1) Salmon
2) Crab Stick
3) Telur dadar
4) timun jepun
5) Carrot
6) avocado/tuna in can

provided : soy sos & wasabe

Delivery : RM10 charges
Covered Area :
FRIM
Kg LAKSAMANA
Kg Bendahara
Taman Sri Gombak
Taman Indah Gemilang
Taman Ehsan Kepong
Selayang Mall
Taman Amansiara




Berminat ?

WhatssApp 

Lydia Rahayu
013-2999408

Tuesday, December 30, 2014

Minggu terakhir December 2014 di JB

Setiap kali cuti balik JB, memang jarang lah sempat nak ke rumah sedara...

Dah ada anak ni, banyak faktor kena ambil kira.

Yelah, nak keluar rumah, kena make sure dorang makan dulu..

kena masak sendiri...

kena bagi diorang cukup tidur dulu...

pendek kata, nak prepare kan diorang tu untuk keluar rumah, memang kena ready 4-5 jam sebelum keluar.

Jadinya, kalau balik JB, peluang nak jumpa kawan lama tu..memanglah nipis...

Lainlah ayahnya...yelah...anak-anak kan nak ngan ibunya aje...

haih~~

But yang peling penting sekali bila balik JB a.k.a kampung... biarlah semuanya sihat...

Itulah yang paling penting sebenarnya...biarlah ibu Adam & Anas duduk terperuk kat rumah pon x ape asalakan anak-anak sihat... Kalau xsihat...panjang pulak ceritanya...



by the way, event yang tak di rancang sebelum menutup tirai 2014, pertunangan kakak ipar kite last week. Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar... ramai gak yang datang. Macam kenduri kahwin la pulak..









Baru perasan..gambar Adam tak ade yang proper.... bila dah makin besar, makin susah nak ambik gambar full.

Sunday, December 21, 2014

Our First Movie

Kami ni sebenarnya memang jenis adhock..

Suka buat benda tak plan...

Semalam aje kami tetiba rasa nak tengok movie.

Dah bertahun- tahun kot tak pernah tengok movie samaa-sama since dah ada anak!!

And semalam dengan beraninya pergi gak tengok movie berempat and suprisingly it turns out quite well and smooth!!

Adam behave walaupun setengah jam sebelum movie start dia start tantrum sebab dah ngantuk nak tidur. Dalam panggung wayang langsung tak tidur!

Tapi Anas je separuh movie die tido.. Hahaha..Anas senang sikit nak handle since dia masih lagi breastfeed. 

Ahhh..heavennya semalam.. All of us enjoy tengok cerita Big Hero 6.





Memang BERBALOI !!


Tiket dewasa RM14 per person
Tiket Kanak-kanak RM9 per person.
So, semalam agak berbaloi.
Plus semalam sebelum gerak g tengok movie, dah g makan kat mamak.
So, agak jimat lah .
Tak yah nak makan kat restaurant.
Tapi encik husband terbelanja kami anak beranak makan Dip & Dip di kala perut tak berapa nak lapar. So, takdelah order macam orang seminggu tak makan. Alhamdulillah. Tiada pembaziran berlaku. Hehehe. 

Kami Order Brownies  crepe & Wafel .
Total : RM56.

Tuesday, December 16, 2014

Target 2014 hampir tercapai ?



Statement Akhir tahun 2013.....

and now...



 

 
Alhamdulillah sangat-sangat...

It takes 6 months to reach 50kg actually.

Target untuk dapat berat 40-an kg masih lagi diteruskan.

Next year , my personal target is MARATHON !!

Weehoooo~~

Excited !!

Monday, December 8, 2014

Cara Solat Dhuha








Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. Allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassarhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ‘ibadikash shalihin.


Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.


Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

SEMOGA BERMANFAAT !
Mari kita seimbangkan Duniawi &  Akhirat ;-)

Sunday, November 30, 2014

Projek Awal Disember



Rasenya esok nak buat projek SPRING CLEAN la...

Nak buat PRELOVED ITEMS online...

Nak let go semua

Yang dah tak muat...

Yang Dah Longgar...

Yang tak pernah pakai pon ade...

Ok lah..

Semoga bermanfaat!!

Idea Bilik Toddlers konsep minimalist!

November hampir ke penghujung....

Dah nak masuk Disember..

Lagi sebulan beb nak masuk 2015.

Apa agaknya achieve yang belum tercapai?

Well, opkos lah berat badan idamanku...

kui..kui...kui...

Dah hampir 2 bulan statik ni...

Adoi...

Workout, almost everyday...

Semangat untuk diet tu jek yang HAMPEH.

Memang Ke LAUT.

Nak dapat angka 40-an , punyalah payah ..Allahuakbar..

Tskkkkkk

Ok lah...

Tolak tepi jap pasal weightloss journey ni..

Kite nak VERANGAN nak decor bilik anak-anak bujang i..

Since early next year, In February Anas dah masuk 2 tahun..

Kite nak dedua budak ni belajar tidur sendiri ( I wish )

Kasi Can la Ibu & Ayah berdua-dua an..


Antara yang memikat mata hamba... Nak di padankan dengan RUANG YANG sangat MINIMAL.

MINIMALIST concept la gitu...











Friday, November 21, 2014

Marathon Training Tips & My 2015 Resolution

 Full Marathon : Participate in full marathon (42KM)


Since ada orang CABAR kite to participate in 42KM Full Marathon next year... Lets MAKE IT HAPPEN !!

I take the challenge!!

Dengan SYARAT :
1. Ada orang jaga anak-anak
2. Ibu Adam & Anas tak pregnant.


Ini adalah personal target. Ade lagi target lain. Tapi target lain tu agak berisiko untuk di capai. Jadi, ini sahajalah misi untuk tahun depan. Misi 2014 hampir tercapai..

Berat badan masih di takuk lama... masih 50.4kg lagi... Dah 3 minggu tak jaga diet.. Just workout daily sebab kite jaga makcik kite yang kurang sihat kat rumah die. So, tak bolehla nak masak ikut SELERA DIET kite ni. Muntah kang encik suami dan anaknya. Hehehe.

Mintak-mintaklah dapat capai berat badan & body fat percentage idaman sebelum munculnya tahun 2015.










Friday, October 24, 2014

Next Phase...

Setelah hampir 7 bulan workout...

Cardio sudah
Yoga Sudah
Zumba sudah
Plyometric Sudah
Freeletics pun sudah
 
Hampir konsisten , Alhamdulillah..
Sudah tiba masanya untuk kite upgrade target workout...

Kalau dulu workout sebab nak kurus..

Kali ni agak berbeza sikit.

Ada 3 Target. Being able to do:

1) Hand stand

2) Push Up clap hand (traditional/full version. Knee push up dah boleh buat laju-laju dah. Tak taulah kenapa lembik sangat badan ni bile buat full version push up)

3) Pull Up Bar.
Sounds pretty hard for me...
Tapi, nak usahakan jugak sampai dapat buat. 

Iskk... Macam seram aje target kali ni..






Wish Me Luck !!


Thursday, October 16, 2014

Demotivated

Saat diri sendiri demotivated, ramai pula yang WhatssApp bertalu-talu mintak motivasi...

Agaknya, macam mane lah pakar motivasi punya life, kan?

Haih..

Tetibe rase serabutnyaa...

Nasibla baju yang berlambak dah habis lipat. ade lagi satu round nak membasuh.

itu pun dok delay...

penyakit malas dah sampai..

nak pikir masak ape pon rase stress...

rase nak makan kat kedai...

rase nak berlari kat tasik je skrg ni...


Wednesday, October 1, 2014

Our First Step to Business World || SAYA JUAL ENTERPRISE ||



Syukur Alhamdulillah... akhirnya kami berjaya mendaftarkan syarikat kecil kami di SSM semalam. Dengan ini...SAYA lah BOS... SAYA lah KULI.


SAYA JUAL :
Fast Flow teats TOMMEE TIPPEE


ROYAL PRINCE TOMMEE TIPPEE 9oz & ROYAL PRINCESS TOMMEE TIPPEE 9oz

PHILIPS AVENT NATURAL 4oz


TOMMEE TIPPE EXPLORA BABY FOOD BLENDER


BEAKER TOMMEE TIPPEE-NON SPILL
TRANSITION CUP TOMMEE TIPPEE


TRANSITION CUP TOMMEE TIPPEE


TRANSITION CUP TOMMEE TIPPEE


TOMMEE TIPPEE  closer to nature Easivent Bottle 260ml x1 (Pink/Clear/Blue)


 Doakan kami sukses dalam bidang yang kami ceburi dan sentiasa istiqamah dalam setiap kebaikan yang kami lakukan...

Terima kasih:
Ibu-Bapa
kawan-kawan
teman-teman
saudara-mara
Ipar-duai
Muslimin-Muslimat

Sokongan anda amat kami hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya.






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39