Sunday, January 12, 2014

Makan Durian !!

Semalam kami anak beranak attend potluck kat kebun durian kawan...
Dah la potluck, tambah durian lagi...
Fuhhh...
Syiok...
Kebetulan siap ade anak sungai seco'et je... Adam punyalah suka..

Kesian tengok Adam..
Jakun benar...
Berjalan atas tanah merah pon die excited and ketawa terbahak bahak...
Gituler bile budak bandar masuk kampong...

Kite punya part,bawak dadih and sushi.

Tuesday, January 7, 2014

Craniosynostosis

Salam...
Alhamdulillah..
Sempat jugak baju satu bakul kering lepas basuh baju pagi tadi (Washing machine tolong basuhkan! hiks )
Anak anak dah ketiduran,
barulah boleh bukak blog.
Itupun belum sempat lipat baju.
Hahaha..
nak lipat baju pun kena amik mood.
Lipat baju sambil tengok movie.

Semalam buat chekp up untuk Anas.
Bukan check up untuk Jab.
Tapi check up kepala Anas yang agak kurang simetri.
Doktor kate, Anas punya simtom ni lebih kepada Craniosynostosis.

Apa itu Craniosynostosis?
Menurut wikipedia,
Craniosynostosis (from craniocranium; + syn, together; + ostosis relating to bone) is a condition in which one or more of the fibrous sutures in an infant skull prematurely fuses by turning into bone (ossification),

Ada hikmah kite berenti kerja ni...
Takyah susah2 apply cuti kat bos.
Melainkan terpaksa menyusahkan makcik kite jaga Adam sementara kite ke hospital.
Yelah, Salah satu sebab kite berenti kerja,sebab tak ade babysitter untuk Adam and Anas.
Kenapa tak hantar Taska??
Ooooo.. No Way... I had enuff...
Cukuplah Adam kena admit kat hospital 2 kali dalam sebulan sepanjang sebulan die di taska.
Ibu mana yang sanggup tengok anak die asyik masuk spital je...
So, Bila Doc kate Anas ade simtom Cranio ni,
Automatik Anas akan buat check up 2 kali setahun sampailah die remaja..

Cuak tau bile Doktor cakap pasal operation ...
Thats the only way to treat simtom Cranio ni...
But for the time being,
Doktor tak suggest untuk operate pun.
Sebab development Anas, normal.
Dah merangkak,duduk tegak, cruising along the couch, boleh berdiri pegang satu tangan...
Development Anas lebih kurang macam Adam je..

Next appointment kena jumpe Plastic Surgery specialist plak..
Tengok option apa yang ada untuk skull Anas..
Berderau darah tau bile tengok blog mak-mak yang anak die ade Crranio ni...

Mudah-mudahan
Ade option yang lebih baik untuk Anas.


Thursday, January 2, 2014

Snack Attack : Bayam Goreng Home Made

Hye!!
Bersiaran langsung dari rumahku syurgaku...
Dapat lagi satu idea macam mane nak bagi adam makan sayur...
hohohohoho...
Bayam Goreng Tepung!


Resipi Bayam Goreng Tepung:
1.Tepung gandum 2 sudu
2. Tepung jagung 1 sudu
3. Garam secubit
4. serbuk kunyit secubit
5. Telur sebiji
6. Bayam. ambil daunnya sahaja

Bahan-bahan 1-4 digaulkan dalam satu bekas.(Home made tepung goreng)
Telur sebiji dikacau di dalam satu bekas (macam nak buat telur dadar)

Bayam yang dah di siang, di celup di dalam bancuhan telur.
Lepas tu sadur dengan Home made tepung goreng.
repeat 2 kali, lepas tu baru goreng untuk lebih garing.
Siap!

Tadaaa!!



Sedikit tentang khasiat Bayam :

1. Bayam mengandungi Folic Acid untuk melindungi otot jantung dari peningkatan kadar glukosa yang menyebabkan penyakit diabetes.Folic acid yang banyak terkandung dalam bayam ini merupakan zat yang mudah larut dan mengandungi vitamin B9. Vitamin tersebut biasanya menjadi supplemen bagi perempuan yang sedang mengandung untuk melindungi baby dari cacat pada bahagian saraf.

2. Juga mengandungi vitamin A, C, E, K, kalsium, zat besi, potasium, magnesium, mangan, seng, dan sejumlah mineral lain.

3. Bayam juga sangat kaya akan antioksidan sehingga sangat baik untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada saluran arteri kerana kalau tersumbat di bahagian arteri, maka risiko terkena penyakit jantung sangat tinggi.

4. Bayam juga sangat berkhasiat untuk mencegah terjadinya osteoporosis menjadikan tulang kuat.

5. Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mencegah adanya infeksi dalam tubuh sekaligus mampu mencegah kanser!

Sumber dari : Encik google.



Jom makan bayam!!!

Wednesday, January 1, 2014

Hello 2014

Start Fresh.

Banyak sangat 2014 punya resolution.

But,to conclude all my resolution,

I wanna do it LillahiTa'ala.

Supaya apa yang kite buat ikhlas semata mata kerana Allah Taala.

Insya Allah.

#Wallpaper pun kena ganti baru....