Thursday, January 2, 2014

Snack Attack : Bayam Goreng Home Made

Hye!!
Bersiaran langsung dari rumahku syurgaku...
Dapat lagi satu idea macam mane nak bagi adam makan sayur...
hohohohoho...
Bayam Goreng Tepung!


Resipi Bayam Goreng Tepung:
1.Tepung gandum 2 sudu
2. Tepung jagung 1 sudu
3. Garam secubit
4. serbuk kunyit secubit
5. Telur sebiji
6. Bayam. ambil daunnya sahaja

Bahan-bahan 1-4 digaulkan dalam satu bekas.(Home made tepung goreng)
Telur sebiji dikacau di dalam satu bekas (macam nak buat telur dadar)

Bayam yang dah di siang, di celup di dalam bancuhan telur.
Lepas tu sadur dengan Home made tepung goreng.
repeat 2 kali, lepas tu baru goreng untuk lebih garing.
Siap!

Tadaaa!!



Sedikit tentang khasiat Bayam :

1. Bayam mengandungi Folic Acid untuk melindungi otot jantung dari peningkatan kadar glukosa yang menyebabkan penyakit diabetes.Folic acid yang banyak terkandung dalam bayam ini merupakan zat yang mudah larut dan mengandungi vitamin B9. Vitamin tersebut biasanya menjadi supplemen bagi perempuan yang sedang mengandung untuk melindungi baby dari cacat pada bahagian saraf.

2. Juga mengandungi vitamin A, C, E, K, kalsium, zat besi, potasium, magnesium, mangan, seng, dan sejumlah mineral lain.

3. Bayam juga sangat kaya akan antioksidan sehingga sangat baik untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada saluran arteri kerana kalau tersumbat di bahagian arteri, maka risiko terkena penyakit jantung sangat tinggi.

4. Bayam juga sangat berkhasiat untuk mencegah terjadinya osteoporosis menjadikan tulang kuat.

5. Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mencegah adanya infeksi dalam tubuh sekaligus mampu mencegah kanser!

Sumber dari : Encik google.



Jom makan bayam!!!

No comments: