Wednesday, December 28, 2016

Hadiah 2016 Yang Paling Bermakna

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama nak share pasal satu benda ni, tapi rase belum bersedia.
Tapi hari ni rasa nak share jugak.
Nak buat catatan sendiri dalam blog sendiri.
Lagipun kite memang suka baca blog lama-lama.
Entry-entry lama kite akan baca balik.
Terkenang-kenang zaman muda-mudi, zaman tak matang, zaman mulut main lepas je.
Eceh...

Oklah,
tanpa membuang masa..
Announcing...
Our Third Child ( Insya Allah )
13 Weeks & Counting.... 
Due date : 4th July 2017
Nampak tak tarikh due date tu? Seminggu lepas raya. Masa bersalinkan anak no 2 tu, terbersalin seminggu awal. Jadinya, Raya di mana kami tahun depan? Masih belum ada jawapan. 


Baby bump dah nampak sikit. 



Selera makan , sama macam pregnant anak 1st & 2nd dulu. TIADA! Kali ni punya 1st trimester di tambah dengan selsema & batuk. Dah la mual-mual & pening kepala. Memang LEmah-Selemah-Lemahnya. Exercise pun jarang-jarang. 

Disebabkan zaman dah canggih sekarang, jadinya macam-macam app lah kite guna acah-acah diary pregnancy. Pregnancy kali ni lain sikit dari 1st & 2nd sebab kite pregnant masa tengah aktif dengan fitness & half marathon. Kalau boleh tak nak cecah 60kg please =D. Susah Woooo nak turunkan berat. Uhuk. uhuk...



*Mase ni sumpah tak tau pregnant.

First time dapat tahu kite pregnant masa 6 weeks. So, merasa jugaklah baby dalam perut ni lari Half marathon masa 4th weeks pregnant. Huhuhuhu...Last join event lari masa 6 weeks pregnant. Itupun 6KM je. Lepas tu zumba and light exercise kat rumah je. Week 7 je dah start LEMAH sangat-sangat. Cooking is not my passion anymore. Tak boleh bau tumis atau makanan. Sedih betul.

Doakan selera makan kita semakin pulih & bertenaga ya. Rindulah nak exercise. Uhuk uhuk..

Kenduri Kahwin Penutup 2016

16 Disember 2016.
Taman Halacara, Londah, Negeri Sembilan.

Ini adalah majlis kenduri kahwin terakhir untuk tahun 2016. Kira majlis penutuplah antara kami sepupu terdekat. Kirenya, kalo tak pegi memang tak patot lah sebab memang kami rapat dari kecik.
 Malam jumaat 16 Disember tu, kami sekeluarga gerak dari KL dalam pukul 3 petang gitu. Lepas solat Jumaat. target sampai Londah dalam pukul 6:30-645 pm. Inilah first time kami ke sini. Jauhnyaaaaaaaaaa!! penat pinggang. Dengan keadaan kite yang tak berapa sihat. Nasiblah takde acara masak memasak. Jadi, memang save tenaga banyak kat situ.

 Majlis start lepas Isyak. Kami dari pihak lelaki. 

 Alhamdulillah Syafiq & Intan selamat diijabkabulkan. 
 Syukur dikurniakan sepupu yang supportive & sanggup travel untuk majlis kenduri walaupun sampai ke Utara. Kita kena ingat, jangan rapat dengan sepupu time nak kahwin je. Kena ingat, time kita mati nanti waris kita akan mohon sedekahkan alfatihah juga. Jadi beringat-ingatlah. Ikatan Sepupu-sepapat ni kena jaga. Kite paling pantang bila ada sepupu yang kecoh2 bila nak kahwin je. Bila tak diperlukan, ada majlis keraian, gathering, SENYAP. Berbulu sikit.

 Oklah. Dah tak nak marah-marah. Pose gambar happy-happy pulak.
 Trying to jump with wedges. huishh.
 Father & Son
 Photographer cilik saya!
 Our big family. Itupun ada yang tak dapat datang atas masalah kesihatan & Exam.
 Gotcha!
 Petang selepas majlis sanding, encik suami ajak ke rumah mak long kite di Felda Selancar 4, Segamat. Die memang tak pernah datang rumah maklong kite. HAPPY SANGAT! 
 Jalan-jalan naik lori keliling kampung. Jakun mode is ON!
Malam tu Flat habis. kononnya nak balik KL malam tu jugak. Tapi disebabkan letih sangat , jadi kami decide untuk balik subuh esoknya. Ha.... Subuh pukul 7 tau. Hahahaha.. Eh, takdelah sembahyang pukul 7. 6:30 baru terbangun. Pukul 7 pagi gerak dari Segamat ke KL. 

Sampai rumah je. battery pun FLAT...
Sekian....

Wednesday, December 14, 2016

Kenduri Kahwin Berderet + Seriously Sick

Eh Dah December dah kan?? kejapnya masa berlalu...

3 minggu jugalah kite menggagahkan diri untuk meraikan hari-hari bahagia kenduri kahwin saudara dan adik ipar kite... Ada lagi satu lagi kenduri hujung minggu ni... Harap diberi kekuatan untuk meraikan hari bahagia saudara tersayang... 

I am Seriously sick. down with fever + sore throat + cough + flu. Bila sembahyang, memang x dapat nak control kederasan hingus meleleh menitik-nitik atas telekung. Terpaksa biarkan aje hingus berderai-derai menitik. cenggitulah keadaan kite sekarang. Selera makan? Laaagilah tak ada. Encik husband bising asyik xselera makan.Nak buat camne...


Majlis Kenduri Kahwin 
25th November - Felda Sening ( Kota Tinggi )








Kenduri Nikah + Sanding Adik Ipar
2nd December 2016- Klang & Shah Alam








Majlis Bertandang Adik Ipar 
10th December - Johor Bahru

Tarikh je satu hari. Tapi preparation die ( Start 7th December ) kite rasa macam bertahun sebab condition kesihatan sangat teruk. Dengan sedara mara datang tak henti-henti. Kalau datang tu sah-sah kena masak + buat air + cuci pinggan mangkuk. Dah lah kite ni jenis pantang tengok sink bertingkat-tingkat dengan pinggan mangkuk kotor. Nak letak pinggan mangkuk kotor dalam sink pun ada cara susunannya. Nanti kite explain kat next entry kenapa condition makin teruk masa kenduri kali ni.











Tunggu next entry~
Toddle

P/s: Doakan kesihatan kite bertambah baik....