Friday, July 30, 2010

Cute & Tahan Lasak



Assalammualaikum & Selamat pagi sangat-sangat.
=)
Kami baru balik dari meeting.
hehehehe..
meeting bersama kawan-kawan UPM.
gelak geli-geli kat mamak Serdang mcm kedai tu kiterorang yang punyer.
hehehehe.
best sangat.
lama tak borak cenggitu.
da lama tak hangout ngan dorang.



*Ada lagi 2 org kawan pompuan ikut.duduk sebaris.malu pulak nak amek gmbar dorang pakai henset kiter yg pecah2 ni.ehehe. gambar di atas di ambil secara serang hendap.ehehehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------


Sebelum hangout ngan kawan-kawan upm,
kami ke Mines jap.
Nak di jadikan cerita,
tujuan ke Mines adalah untuk mencari henset baru untuk encek suami.
Hensetnyer terjatuh dari kocek seluar semasa merempit Di Jalan Reko.
habis berkecai.
*&^%^*Kebabooooo~~~~keceper~~
ok.
takder rezki.
time tengah bz la,nak kene dugaan mcm ni.
last2,
Kami decide nak beli henset paaaaaling murah .
RM99.
ehehehe....
budget phone =p.
bukan main seronok betol kami menggodeh henset baru itu.
jakun.
ehehehehehe.
ader torchlite lagi walaupon rege RM99.
ehehe.
kiter suker!
-cute dan tahan lasak-
+Gambar kawen da dapat.baru dapat. =p
.
.

Imej setelah di Zooooooooooommmm:


Thursday, July 29, 2010

"Tertarik" [mode berangan]

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadi
tengah surf2.
nak carik yang sesuai dengan kemampuan kiter.
tibe-tibe

"Tertarik" dengan yg ni :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Mcm terpikat pon yer jugak.
Sumber untuk bertanya dah ada.
Nota-nota pon sudah ada "Sumber"nya

Tapi biler la dapat "join"
Moga-moga Allah bukakan pintu rezki untuk "Join"
Dan Si Dia juga merestui.
Amiiin
Selamat Hari Khamis =)

N.E.T. - S.A.V.V.Y.

Definition of: Net-savvy

This what will happen if your mom are net-savvy!





EPIC!!!!

Wednesday, July 28, 2010

=)

;-)

Tuesday, July 27, 2010

Susahnyer nak sebut nama Lydia.Is It?


Assalammualaikum.
Entry kedua untuk hari ini.
kiter gantikan masa untuk makan = masa untuk berblogging.


------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dari kecik, memang selalu hadapi situasi "orang tak reti sebut nama kite"
Rasenyer,

nama Lydia tu simple jer. tapi ader jugak orang tersasul-sasul panggil nama lain.
seperti:

*Dia

*Nadia

*Linda

----------------------------------------------------------------------------------------
tapi paling kite tak suker biler orang panggil kiter AYU.
walaupon nama kiter Lydia Rahayu
Arghhh~
tak sesuai ok.

raser mcm nama tu untuk orang lembut2,muka mulus,senyum control2..
ehehehehehe
OOpppsss! Terlebey sudah~

---------------------------------------------------------------------------------------
kalau tengah cakap dalam tepon tu,
punyer la susah orang nak sebut nama kiter.
So, kene la bagi
contoh.
Seperti:

1.Lydia Kandou
2.Lydia Divega

aisey~~

Hampir setiap hari kejadian seperti ini berlaku.

nak nak, semenjak kite jadi telephonist berjaya kat putrjaya ni.eheh ;-p

-------------------------------------------------------------------------------------------
Ekceli, nama Lydia Rahayu tu ade sejarah di sebaliknyer.
Nama Lydia,mama yg bagi.
Mama dulu time sekolah,dier admire sangat Sprinter dari philipine nama Lydia Di Vega.
sebab mama kat sekolah dulu athlete yg tersangatla popular.
nak di jadikan cerita.
Mama tersangat la pelik naper anak2 dier especially kite ni kaki bangku.
bukannyer tak reti sport.
tapi memang bukan Pattern cenggitu.
Tuhan dah patternkan kiter cenggini.
ehehehe..
dats y kalau kat sekolah, just join sport yg senang2 jer.
badminton ker,bola jaring ker,softball ker.
tapi takder la sampai wakil negeri.
But i think im better in term of outdoor yang required endurance.
aper lagi kalo tak hiking & ektibiti air.
=p

Ok!!! ok!!
dah meleweh sekarang nih..

Nama Rahayu pulak.
abah punyer idea.
Menurut abah,
dulu time kat sekolah.
ader sorang kawan sekelas dier.
muker tembam mcm apam ,putih2,gebu,cute.
Nah!
tengok aper jadik sekarang?
memang Ter"kenan" kat kiter kan?
dalam family,
muker kiter jer mcm pipi nak meletop.
haih~~
tapi tak per.
Encek suami suker jerk.
Tenkiu Mr.husband kerana menerimaku seadanya =)

Monday, July 26, 2010

MOde^^

Window Shopping??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak suke window shopping.
+_+

Saturday, July 24, 2010

Selamat Berhujung Minggu


Assalammualaikum.




Morning.
Best kan Saturday!
tak payah nak pikir pasal kerja.
nikmatnyer ujung minggu.
bersama suami tercinta.
eheh.
ok la.
Tengah boring skarang ni.
sementara tunggu encek husband bangun
nak gunakan masa keemasan ni,
belajar editing.
semalam,encek suami baru pas donlod adobe.
tapi masih belum mahir.
malam kang r blajar ;-)
for the time being,
blajar editing guna photoscape.
senang pon yer gak.


Gambar sebelum:


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar Selepas:






Selamat Berhujung Minggu!

Thursday, July 22, 2010

Kan Dah Kata [Part II]


Assalammualaikum.

Selamat pagi Buta.

Kiter tak tido lagi sebab teman Encek Suami Main Game PS2.
ehhehehe.
by the way, gambar trip ke Nuang da dapat ;-) Yeay!
n baru lepas edit.
I just Love Editing Picture~
n im still a beginner.
ok.
enuff said.
Entry kali ni nk cerita pasal trip ke Nuang.
Sambungan Entry "Kan Dah Kata [Part I]"
Nak buat kesimpulan awal2 nih.
Trip kali ni saaaaaaaaaaaaangat MEncabar Emosi + Mental.



ok.
First of all,
nak cerita pasal preparation.
Ari khamis,15hb july tu, baru kazen kiter kompem jadi g nuang
nak bawak kawan katanya.
and basically most of them first time nek gunung.
So,aper2 al yg kurang untuk trip kali ni,memang datangnyer dari kami berdua.
Kot.
yer la kan.
kita nak expect dorang tau nak bawak barang2 penting untuk trekking, tak bole jugak.
mesti kita yg kene btau aper yg perlu bawak.
Malam Khamis tu,
g beli barang kat Econsave Cheras Selatan.
Badan penat time tu.
beli satu troli.
untuk makan 13 orang punyer.
balik umah,terus siap2kan barang2 untuk Trip Nuang :
1. Rebus daging --->bakar daging
2.Transfer sos & kicap dalam botol mineral kecik.
3.Segregate siap2 makanan untuk breakfast,lunch & Dinner.

LAst2, kami tido pukul 3 pagi.

16hb:
Esoknyer, g kijer.
letih gile.
kene OT plak tu jap.
balik kijer,
wat final check.
kot-kot ader barang yang tertinggal.
Naya~~
Sangat tak suker bab mengemas time ni..eeehhehe
yer la kan.
rumah da kemas,tup2 bersepa balik sebab nk packing2 barang.
Semak!
Pukul 8.30 mlm,tanpa makan kami gerak menuju ke kaki gunung nuang.
sempat singgah jap tapau makanan.
Bla...bla...bla...ader team mate yg sangkut jam,
Last2, pukul 11 malam jugak tsart trekking.
baru sejam perjalanan,@#$!@#%#$%
ujan turun dengan lebatnyer!!!
Mental sangat lah down di situ.
dah la malam,ujan lebat giler lak tu.
time jalan, anya nampak jalan kalau tunduk.
kalau pandang straight ke depan, muker sakit akibat kene percikan ujan yg sangat tajam.
uhuhuhu..
time ni, menyesal g trip ni pon da tak gune.
kayu dah jadik arang kan...=p
last2, sampai first kem site pukul 2 pagi.
baju basah lencun.
sampai kem site, terus pasang khemah n masak untuk makanan breakfast n lunch.
puku; 3 pagi gak kiterorang tido.

17hb:
pagi2,
kabus tebal.
breakfast roti sardin & Megi Laksa.
ehehehe..
kiter sangat suker makan meggi laksa kat gunung.
kalo kat umah, tak lalu nak makan,
naper ntah,


ok.
Perjalanan DAri First Kem @ Kem Lolo ker Puncak ,
estimate 4 jam.
On the way nak ke puncak.
ader team mate yg nak ter "beri2"
so, makan masa 45 minit gak kat on trek.
nak gali lubang lagi bagai..kan..hehe.
perjalanan diteruskan.
kabus tebal agak scary.
mcm dalam cerita Twilight!!!




LAst2 kiterorang sampai puncak 2.30 petang.


Lunch kiterorang : Nasi Impit+serunding daging + sosej sambal
abis licin semua.
maklumla,
semua lelaki,
kiter sorang jer pompuan.
jadinye,
tank pon besar la memasing.
Pas snap2 gambar, tepat 4ptg, kiterorang pon turun,.
Kiter jalan paling belakang skali.
sebab memang niat nak jalan paling belakang.
Ingatkan bole sampai Kem Lolo pukul 7.30 petang paling lewat.
tup tup..ader member kitrorang yg injured teruk.
kaki dah tak boleh melangkah.
seret jer.
tak tengok pon kat maner kaki dier landing.
terjelepok ,tergelincir, jangan cakap la...every 10 minutes kot .
Dah la dier tak bawak torch lite.
makin la lambat.
dari pakai 1 tongkat,dah pakai 2 tongkat.
siap tukar kasut lagi ngan Encek suami.
sebab kasut dak tu, tak grip.
pakai kasut jog.
maner la tak licin kan.
Pulak tu,bekalan air da abis.
hanya ada 6 orang jer yang tinggal kat belakang termasuk kami.
air tinggal 1/5 dari 1 botol air mineral 1.5 litre untuk kongsi 6 orang sejak dari puncak lagi.
Aper lagi,catu la gamaknyer.
tapi,
kami semua sepakat.
kawan2 yang awal semua da sampai kemsite jam 6.30 petang.
Last2, 9.30 kiterorang sampai kemsite Lolo.(kiter ngan ader 2 lagi member)
yg lagi 3 orang (member yg injured,encek suami ngan kazen) sampai pukul 10.10 minit malam.
Alhamdulillah.
Semua Selamat.
sepanjang trekking tu, tak ujan pon.
malam tu, semua tak makan nasi.
kepenatan.
nasi da siap masak da pon.
lauk malam tu: nasi putih + sup telur +kobis goreng + daging masak black pepper.


18 july:
Pagi tu,
best.
tak hujan.
dapat mandi2.
bangun tido jer, sumer carik nasi
semalam keletihan tak sempat nk makan.
turun ke kaki gunung pukul 3 petang.
tapi, kami di duga lagi ngan hujan yg sangat la lebat.
Mental down lagi.
Finally, sampai kaki gunung pukul 5 ptg.
Alhamdulillah.
semua selamat


Akibat trip ini.
Tido tak cukup.
Plus keje opis melambak.
kene siapkan gak ahad tu.
ehehehe.
tapi kami tak serik.
kami akan improve lagi di masa akan datang ;-)




Sekian Dari KAmi.
Mungkinkah Trip Nuang, Trip last before puasa?
Biarlah MAsa yg menentukan ;-)

Wednesday, July 21, 2010

---@ Kuning Susu @---

Salam.

Tiber2 rasa nak update blog lagi buat kali kedua untuk hari ni.

bukan tak ada kijer.

ada.
cumanya.
take 5 kejaaap jek.
ehehehe.
Lately,
baru perasan.
I'm Soooo into colour Kuning susu~
tetiber jerk.
ni sumer start with beli tudung online.
ternampak iklan Garnier,ader Gadiz(i Guess so..)
pakai tudung kaler kuning susu.
sukeeeeee sangat.
Lembut n sweet.
n yesterday i saw Lisa Surihani wearing milky-yellow baju kurung.
cantekkk sey...
isk..isk..
Tapi,kalo orang dah cantik,
pakai aper pon nampak cantik.
ehehehe

maunyer tukar tema baju raya tahun ni.
ehehe (walaupon baju raya belom beli lagi.)
;-)

ok.
tu jer.
dah 5 minit dah ni.
Cau!

Salam.

-----------------------------------------------------------------------------------------

*Drama King*



Kali pertama aku,
Mengenalimu,
Mahu bersama mahu bersama,
Raut wajahmu bersih,
Meyakinkn hati ini aku,
Terpaut,

Semua dusta, palsu, aku tertipu,
Keperibadianmu berubah menurut nafsu,

'Chorus'
:panggilanmu, gelaranmu,
Baru ku tahu,
Lakon layarmu hebat,
Terpukau ku melihat,
Isi hatimu tahan,
Sampai bila kau mahu tersesat,
Tidak kau penat,
Hidup penuh muslihat,
Mahkotamu raja Drama,

Kau masih, berpura-pura,
Kata-katamu hanya propaganda,
Mengejari kau, sungguh,
Mata kelabu,
Ini bukan kau, pernah
Ku kenal dulu,

'Chorus'

Panggilanmu, gelaranmu,
Baru ku tahu,
Lakon layarmu yang terhebat,
Memukau mata melihat,
Tidak kau penat,
Hidup penuh tipu muslihat,
Sampai bila Raja Drama,

Meet Uncle Hussain & Black.



*Suker lagu ni.


Tuesday, July 20, 2010

M.E.N.G.A.N.T.U.K

tengah training...

td lunch makan :
nasik
ngan ikan asam pedas
ngan tempe
terung
kacang panjang
udang sambal
rojak
kuih 5 jenis
air 2 cawan
ulam petai
ayam rendang
hati goreng


hasilnye....

ZZzzZZzZZ... mengantuk gile!


Monday, July 19, 2010

DUE DATE

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru balik kijer sejam yang lepas.
ingat nak tumbang terus.
tapi,
tangan pompuan,
biasalah,
gatal,
ader jer nak mencapai,mengemas.
mata tak boleh tengok benda tak organized.
sempat basuh baju.
dalam kepala hanya ingat "DUE DATE" kerja.
haaiiisshhh...

----------------------------------------------------------------------

semalam tido pukul 3 pagi.
sebab menyiapkan kerja( mana yang termampu.)
Time tido
banyak kali mimpi Jatuh dalam lopak air kaler kuning2 coklat.
pas mimpi,terbangun,n tersedar kaki tersepak angin.
tido lagi.
dan mimpi lagi benda yang sama berulang kali sampai keesokan paginya.

--------------------------------------------------------------------------
sampai tempat kerja,kepala dah weng~
sambung buat kerja.
tak tahan.
lelapkan mata 10 minit-15minit .
sambung balik buat kerja.
sampai waktu habis bekerja.

-----------------------------------------------------------------------
Sekarang,
tunggu kepulangan suami.
tunggu laptop die.
laptop kiter tak boleh gune excel.
haih.
susah betol.
Oh Kerja.
Cepatla Habiis.
Sengsaranya tak cukup tido.....



Sunday, July 18, 2010

Kan Dah kata [Part 1]

Kan Dah Kata................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seperti yang di jangka.
Trip Last minit kami.
Trip ke Nuang Akhirnya jadi gak.
trip yang disertai seramai 15 orang.
kiter sorang jer pompuan.
the rest,lelaki.
bawak group cousin belah suami.
majoriti dorang first timer naik gunung.
ade sekeping dua yang penah naik gunung.
gambar belom dapat lagi dari member.
so, layan ajerla video nih yer
=)



*video on the way from Nuang Peak to Kem Lolo.another 5 1/2 hours to go






p/s: sekarang tengah buat kerja opis. penat giler.sampai umah mgrib tadi. ni tengah rest jap sambil update blog ;-)
jap g nak sambung.
tata


Oh ya,ada lagi satu video.time ni kat Puncak Gunung Nuang.
Enjoy the Video!

Thursday, July 15, 2010

Ikan Berkepala 3

Assalammualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Illahi,

dengan limpah kurniaNya,

Kami tak buka pose pada waktu siang..eehehehehe..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pernah nampak Ikan berkepala 3?
ikan keli berkepala 3?
well, We made it just now.
Sila lihat gambar di bawah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehehe...kami tak reti goreng ikan nih.
Boleh melekat pulak kat badannyer.
Baru first time masak ikan keli.
=)








*Lauk berbuka kami .
*Tempe goreng campur taugeh + ikan keli goreng sambal + terung goreng tepung.

Merepek II


Assalammualaikum wbt.

Saje nak update blog.

nampak gaya seperti tak jadik jer Trip Gunung Nuang ujung minggu ni.

sebab:
1.budget di tengah bulan..hik..hik..hik..
2.Baaaaaaaaaaaanyak kerja opis yang perlu di selesaikan by this week. +_+

takpela,
best jugak dapat duduk rumah hujung minggu.
dapat 5S kat rumah.
dah 2 minggu rasanya tak 5S
harap dapat ambik album kawen ujung minggu ni.
;-)
but,
who knows,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami kadang2 "tersepit" dengan plan last minit.
hehehe..
mcm Trip ke Gunung Datuk,pon last minit jugak kan!
Hope this weekend mode happy2 jer =)*sajer post gambar lama.gambar time on track kat Gunung Nuang,6Mac 2005.
*Si Dia paling kiri,Kiter paling kanan. ;-)


Merepek di pagi buta


Assalamualaikum wbt.

Tibe-tiber terasa nak buat entry merepek.

tak boleh nak tido selagi tak siap kerja.

Angin sepoi-sepoi bahasa di tingkat 9 ni,

ditemani nyamuk-nyamuk beraltitud tinggi.

Suara-suara mengigau oleh Seseorang.hik..hik..hik...

Sila jangan baca kalau agak-agak tak boleh blah dengan ayat2 merepek.

Ditakuti,virus merepek boleh berjangkit.

Here goes my Merepek"ness" :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Time kat sekolah dulu,

selalu je terdedah dengan perkataan lengai.

atau dalam kamus bermaksud Gas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.

Kiter rase,

sifat lengai perlu ada.

rasenye tak rugi pon kalau bersifat lengai.

first, sebab malas nak simpan dalam hati.

Secondly,hati jadik sihat.

sebab,kalau ader benda-benda yang tak berfaedah untuk diri sendiri,Ianya bagai Mencurah air di atas daun keladi.

YEaaahh..Tu dier, dah berfalsafah dan merepek di pagi-pagi buta.

Ya! kiter perlu jadik lengai!!

Ibarat naik motor,pakai helmet. "Untuk keselamatan diri".

Sifat lengai ni kiter dah tanam dalam diri sejak setahun bekerja di tempat lama.

Sebab sifat lengai ni lah telah mematangkan kiter.

(walaupon entry kali ni nampak kurang matang di situ.OK?)

Sebab aper?

seperti yang tertera di atas,

tak mao simpan apa-apa dalam hati.

tak mao bawak benda merepek yang kat dalam hati tu bawak balik rumah.

kalau boleh, hari-hari balik rumah nak berbunga-bunga.

ibarat Dalam Hati Ada Taman.

;-)

Oklah.

enuff merepek.

ekceli tengah karang ayat untuk bagi penerangan diri untuk meloloskan diri berkerja ngan gomen.

isk.susah tol la nak dapat gomen.

Aura kerja ngan gomen ni tak sampai-sampai lagi.

isk..isk...isk...

entah tahun Hijrah berapa ntah baru dapat kijer gomen nih.

Haih~

Usaha..Usaha.Usaha.