Tuesday, August 31, 2010

Tujuan berBLOG

Salam,
selamat pagi.
Happy Merdeka To All.
Semoga Malaysia sentiasa di cucuri Rahmat hendaknya.
Aman & Sentosa.
As usual,Kiter tak pernah sambut Merdeka kecuali kena paksa sambut kat UPM semasa menuntut di situ.Kite lebih suka memerap di rumah,melayan telivisyen.(Time duduk rumah parents).
Tapi , bila dah pindah kajang nih memang tak tengok Tv sangat la sebab kualiti gambar TV kurang memuaskan.tak der ASTRO la katekan.
Jadinya,
Merdeka kali ini,Hanya bersantai di rumah selepas berbuka puasa di cyberjaya
(Organized by opis kite).

Tepat Jam 12 malam, 31 Ogos 2010,
Hampir setengah jam jugaklah bunga api meletop-letop tak berhenti.
tapi nampak kecik jer.tak berapa besar sangat macam kat putrajaya.

Berbalik kepada tajuk entry kali ni,
kite nak cerita sikit la kenapa tujuan kiter ber"Blog".
Pada mulanya, Kelahiran pertama blog ni di arena blogging adalah atas usaha dan idea Encik Suami ,sejak kami berkawan lagi.
Dari berkawan,bertunang, sampailah sekarang sudah hampir 6 bulan lebih kami berkahwin dari tarikh 20.02.2010 blog ini aktif.
Katanya, sebagai tanda kenang-kenangan sebelum kami berkahwin.
Si Dia sungguh-sungguh suruh kite meng update blog yang berkaitan dengan kehidupan seharian kami.
Lagi-lagi kalau melibatkan jalan cerita KAMI.
Tapi,almaklumlah.Kite ni buta IT.
Sejak tahun 2007 Blog ni di Create,Hujung tahun 2009 barulah kite reti cara-cara nak update blog.
And now Im an active blogger.
Hampir setiap hari ada sahaja cerita mahu di ceritakan.
Jadinya,pendek kata.
Tujuan blog ini di Create adalah untuk menceritakan Kisah suka duka Kami,
Kiranya macam diari lah kan.
Apa yang kami rasa,apa kegembiraan kami,kegeraman kami,hobi kami & bla..bla..bla..
Dari segi positifnya,bila create blog bersama ni (walaupun kiter jer hari-hari update),
kalo majuk2 tu,browse balik Blog ni,
Mood CINTA tu mudah datang.Aisey..eehehehehhe.
Bagus untuk relation kami.(My personal opinion).
But of course,bukan semua ya kami update.
Kena tapis dulu atas persetujuan bersama.
What we practice is,setiap kali kite nak update blog,
kite akan mintak izin dulu dari Si Dia sama ada boleh atau tidak untuk update apa-apa entry.
Begitu juga sebaliknya Si Dia.
Bukan apa,Takutla kalau-kalau ada entry yang boleh melukakan hati sesiapa.
Tapi,kita manusia biasa,pastinya ada entry yang tak enak di update yang kami sendiri tak perasan/sedar akibatnya.
Mohon maaf dari Kami lah ya kalau ada entry yang kurang enak yang kami tak perasan.
Personally,kite suka ber blogging sebab nak jadikan blog ni sebagai diari.
tak ada orang komen pon tak apa.Hanya untuk kepuasan diri.
Sebab???
Kami dapat trace balik jalan cerita kami dari zaman dulu sampaila sekarang.

Soalan.....
"Kalau untuk tatapan berdua, kenapa tak privatekan?"

ok,jawapan kite:
"Dulu kite pernah private kan, tapi atas permintaan kawan-kawan,kiter public kan jugak.
Thats why la setiap entry mesti kena rujuk Encik husband sebelum post kat blog.
Kalau tak,kadang2 ade jer entry2 yang berbaur tak puas hati,geramness,sedihness terlampau.
Jadinya, sejak blog ni dah public,
seharusnya ada tapis-tapis dulu."

So, how about you all out there??

Apa tujuan anda berBlog??
Mungkin ada yang berpendapat, berblog ni hanya untuk menunjukkan apa yang kite ada.
Atau Blog bagi mereka adalah untuk medan mereka meluahkan perasaan.
Atau Blog di gunakan sepenuhnya untuk berniaga secara online.
Apa pun,
Setiap pemilik blog mestilah sudah ready mentally utk setiap akibatnya
Contoh,
Kalau Semua entry adalah untuk mengutuk orang,kenalah tanggung dosanya.kan?
And Vice versa la kan.
So,
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Kite pasti semua blogger di luar sana dah aware pasal akibat berblog tanpa sempadan.

Ok lah! Dats all for now.
Selamat Ber Blog for All Bloggers.
Whatever it is,your blog is your identity & your Mentality.

Psssstttt, Si Dia masak sahur.
His cook style juz like my mama!!!
eh, Our Mama!!


Monday, August 30, 2010

Honda CB 400 Hyper V-tec III at 190 kmh

Arrggghhhh!!!!!!!!
Terujanya~~~~~
Best..Best..Best...

Photoshoot @ SKVE Highway


Salam.
Halo
Selamat Pagi ;-)
Tiba-tiba tergerak hati nak update blog.
Bukan ape,
tengah tepu bua kerja sebab dari pukul 9 tadi asyik menghadap Excel jer.
Petang tadi,
Kami berdua menghantar adik ker UITM SHAH ALAM.
Kebetulan, adik kiter ader assignment yang dier kene buat,which is her minor photography subject.
Nak amik gambar panorama katanya.
So, we all decided to choose SKVE Highway untuk ambil gambar kat situ sebab highway kat situ tak berapa bz.

Sesampai sahaja di lokasi penggambaran,Encek Suami pergi recce lokasi yang ada angle best-best.
Sampai tergelincir kite tengok.
Kesian.
.
Adik sanggup memanjat bukit kat tepi highway untuk dapatkan angle terbaik.

Our BuraQ from the Peak.

Yang di atas adalah lokasi pertama.
Lokasi kedua adalah di highway area Putra Height.
Kali ni kami decide untuk ambil angle dari tengah-tengah divider highway.
Agak scary OK !!!
Kite sangat cuak.
Asyik terbayang kena langgar lori,pastuh penyek macam nyamuk."Kelepek..".
=p

Encek suami tukang pegang tripod sebab tripod cikai2 yang lembik.
View menghadap cahaya.
Vincci RM23.00
View membelakangkan Cahaya matahari.
Kenderaan lalu lalang.

Kesungguhan & Keseriusan beliau membuatkan kite lagi excited nak mendalami ilmu photography.
Encek suami bersama Kapal Terbang.

Finished photoshoot about 6.00++ pm.

-3 of Us-

Sekian sahaja blog untuk hari ini.
Nak sambung buat kerja opis ;-)
*Rajin tak..rajin tak..??? ehehehe.

Sunday, August 29, 2010

Makan-makan || SUCCESS||


Orang Kuat Majlis yang tidak jemu-jemu di dapur. XOXO


Ayam Madu menjadi. YUMMY !
*Si Dia yang rajin di dapur.

Tak sempat nak amik gambar time dah bentang ground & hidang lauk.Time makan,memang macam makan kat majlis maulud nabi kat sekolah agama.
Cuma talam(dulang besar) jer tak ada.
Menu malam itu:
Nasi Ayam
Ayam Madu
Tropical Punch (Our Secret Recipe)
Pudding kastard sejuk sesejuk salju.

Al-maklumla, rumah sempit.Jadinya, duduk dalam bentuk membulat.eheh.TV pon takder siaran sangat.
.
Borak-borak.
.
Lepas makan-makan,
agak janggal untuk kami tak buat ektibiti apa-apa bersama kawan-kawan.
Pulak tu, hujung minggu.
LAgi lah janggal kan kalau duduk rumah!
Memasing Extrovert la katekan.
So, we all decided to play bowling @ Alamanda.
Time tu, main redah jer.
Hujung minggu kan ramai orang.
Agak2 tak dapat, kami plan nak cari jer port karok yang best2.
Tapi nasib menyebelahi kami.
memang on time jer.
sampai-sampai, terus dapat lane ;-)
Agak terbeliak biji mata tengok fesyen begini. ;-p
Yang pasti,Kite ngan hubby sangat tak terror main boling malam itu.
-Bola Tersasar lagi.
**Puasa la katekan...takder tenaga =p
Overall, majlis berjalan lancar.
HAPPY.

Saturday, August 28, 2010

Nervous

Nervousnya~~


Arini kawan-kawan nak datang rumah.
Hari ini kami ada buat makan-makan untuk kawan-kawan sepergunungan & yang sewaktu dengannya.
Semalam shopping barang-barang basah & Kering kat Pasar Borong pukul 10 malam sampai ler pukul 12 malam.
Ngantuk gila(kite je,encek suami masih cergas lagi ke hulu-ke hilir dengan bakul roda yang baru di belinya )
Balik dari pasar, terus mengerjakan barang-barang untuk di masak hari ini sampai la waktu Sahur.
adik kite & Encek suami masih gagah lagi di dapur.
Kite tewas dek mata kelat tahap dewa punya.



Ini hasil gambar yang dicaptured ketika adik & encek suami bz di dapur.


Encek suami bertungkus-lumus menguruskan persiapan membuat Sos nasi Ayam &
Puding kastard kegemarannya ;-)
Puding Kastard menjadik!!!! Yes!!

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
Amiiin.

*Maaf ler dapur kami tak semenggah mana.Banyak barang recycle yang kami ambil dari rumah mak & mama.
Mana-mana barang yang dorang tak nak pakai.
SO,ni ler rupanya dapur kami.
ehehehe.
Dun Worry...The lantai is clean and selalu di mop ya~~ ;-)

Friday, August 27, 2010

Dugaan


Benci..Benci..Benci..
Kenapalah Orang yang tak suka cari gaduh selalu teraniaya!
Ya Allah, berikanlahKu Kekuatan untuk meneruskan hidup nih.
Amiiiiiin









Ada tiga doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT,
yakni doa orang tua kepada anaknya,
doa orang yang teraniaya dan doa seorang musafir.''
(
HR. Abu Hurairah)


Dari Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu
'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :


"Ertinya : Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)".
(
Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38)

Thursday, August 26, 2010

Sebab itu lah saya masak!

Salam to All.
semalam kite dapat undangan lagi untuk berbuka di luar,
tapi kiter tak join
sebab banyak sangat kerja opis yang pending.
i have to continue at home.
After balik kerja,terus balik rumah tak singgah mana-mana.
nak kejarkan masa sebab takot jam.
yerlah kan,Nuzul Quran punye cuti.
mesti ramai yang balik kampung.
tapi alhamdulillah, semalam sampai umah cepat.
Sampai jer rumah,bukak pintu,
kena sergah ngan Momok.
*sabar..sabar....puasa nih...
terkejut + kecut perot eden ni.
takper...takper...
ada ubi ada batas.ehehehe.

OKlah.
ingatkan da sampai cepat, nak masak untuk berbuka.
tapi encek suami ajak beli sahaja di bazaar ramadhan.
erk!
oklah,
ni kira first time kami ke bazaar ramadhan (setelah berkahwin).


*Excited .sebab dapat merempit ke bazaar ;-)
time naik motor tu, segan pulak orang kiri kanan pandang.(sebab kite hug husband time nek motor)
entah-entah dorang pikir yang kami ni belum kahwin agaknya kot???
ehehehe..
.
sampai kat bazaar ramadhan,
As i expected. sebakul juadah berbuka yang kami beli.
nasib baik tak beli air.
kalu tak, memang menjinjing kiri kanan.
Dats why la kite lagi prefer masak!
banyak sey beli juadah berbuka!
makan makanan yang beli kat bazaar ni, buat rasa mata lebih mengantuk compared dengan masak sendiri.
*Sigh..

P/s: kalau ikut bulan islam, arini besday kiter ;-) 17 Ramadhan . Feel proud to born on this date =)


:: RISAU ::


Salam.
Semalaman berfikir.
Sebab risau.
Risau semut banyak giler merayap.
dah lah kami ni pelupa.
semut pulak banyak.
mana tau ader semut sembunyi2 masuk dalam makanan kami.
Dah banyak kali gak semut dah masuk dalam jag air. (walaupun air itu panas).
Dalam Islam pun sudah terang mengatakan,makanan yang terkena semut, kemungkinan besar
menyebabkan orang yang memakan makanan itu PELUPA.
Risau sey~ =(

Wednesday, August 25, 2010

Makan dan makan lagi

Petang semalam,kami di jemput untuk memeriahkan majlis berbuka puasa kelab rekreasi Mantan kolej kami =)
Sambil tu, prektis-prektis la photoshoot.


Rindu nya zaman U.
Rindu nak jogging kat dusun durian ehehe.
Dulu, Kami suka men beskal kat area nih.. Kolej 12,13,14 @ UPM. Suka view sunset kat sini!!
Sesampai je di kolej, kami di sambut mcm VIP pulak.
Segan tau.
meja kami siap ada tisu wangi berbunga-bunga lagik.=p
.Kami di sajikan dengan nasi tomato. Masa lagi 5 minit nak berbuka, terliur gak tengok lauk nih. Lapar la katekan.
Tup..tup..biler dah menyuap jer sesuap nasi bersama lauk ayam masak merah tu, PERGHHH !!
terasa macam makan gula high sour! MASIN!!!!! Tapi kiter dengan encek husband diam aje la. Kami tunggu jer sapa-sapa yang ngadu masin. Kiter tengok, ada yang menambah nasi.ada yang tambah nasi putih, tapi tak ada siapa pon yang tambah kuah ayam masak merah tu.selang 10 minit, baru ada yang bersuara. "MASIN la lauk ni.."
ada budak yang duduk opposite ngan kite cakap, "mana ada!"
PELIK! lauk tu rase macam di bubuh setengah paket garam. palik betul lidah budak tuh.Aishh!!
Rupenyer, yang buat makanan tu masin ialah sayur2 tu (aper ntah nama lauk tu,lupa).



Mereka-meraka yang menjemput kami.
TERIMA KASIH !
.



Lepas solat maghrib,
kami menyambung kembali sesi berbuka puasa di cyberjaya.


Encek suami suka makan nasi arab kat sini


His Favourite. Nasi Kabshah

Ini portion saya =). Tak larat dah nak makan banyak-banyak. Kenyang makan nasi tomato sayur masin tadi. huhuhuhuhu

Berselera betul ~~



Geram tau kucing manja nih. kaki dier belah depan berdarah.sebab kuku dier patah. Rasanya dier baru pas gaduh kot? tak pon ada orang dengki..Nauzubillah~~


Lepas makan kat cyberjaya,kami men photoshoot kat Putrajaya pulak.
malu gak jadi model tengah2 padang =p
kalau cantik tak apa jugak.ehehehe
Layan gambar yang di snap oleh encek husband guna mode low light dengan
Sonynya itu.
Low Light 1

Low Light 2
Low Light 3

oklah.
nak sambung buat kerja.
tadi tepu.
ni dah ok dah =)


Monday, August 23, 2010

Sharing 1 || Sony Nex 3 ||


Juz to share among others.....About Sony NEX 3 images.

Low Light:
Captured pada waktu malam yang agak gelap.



Picture captured in fast action:
Sport active
Bintang Hati



Potrait :
Di bawah cahaya matahari

.Pipi itu macam nak tercabut agaknye ya~

Hari ni tak sempat masak,for the 1st TIME !!!
Loaded of work made both of us menjadi seperti bujang-bujang di luar sana.
Nasi bungkus aja dong.
Sekian.



p/s: Mood hari ini membuatkan diri terasa lebih "berharga" habes~


Sunday, August 22, 2010

New Toys



(Metrojaya sale @ PICC Putrajaya)
Selama seminggu jualan sale gila-gila,
baru tadi siang saje-saje "usha" barang sale.
Memang GERAM !!!!
ongkosnyer saje kekangan.Aiissshhh
akhirnya tumpas dengan sale itu,sepasang kasut yang bole buat untuk pergi kerja + raya.
Jimat.
Sale 50%.

Tengahari buta pulak,
Playing with our new toys.
Mine


His


Orang Puasa Terbang Tinggi di Pullman Putajaya.





Juadah berbuka:
Cuba teka maner satu makanan semalam yang di panaskan?? ehehe



Panorama mode.
Make over rumah.
sapu.mop.drilling.Pasang lampu hadiah kahwin ;-)



Jasa Miss Slim sebagai "kamera sementara" akan tetap di kenang ;-)