Wednesday, August 18, 2010

Cubaan Nasi Ayam


Kelmarin, lepas balik dari Jay Bee, kami teruja nak masak nasi ayam! sebab kite dah belajar cara-cara buat kuah popiah and sos nasi ayam ;-)
Menu kami Berbuka hari tu,
Nasi Ayam | Ayam Goreng Madu | sos Nasi ayam | Sup Ayam.

Cara buat Nasi untuk nasi ayam :

Step 1:
1. Potong-potong halia and garlic. better tumbuk lagi bagus! biar juice kedua-dua bahan tadi keluar.
2. sediakan air dalam periuk besar. letak la berapa banyak air yang korang nak.
3.masukkan bahan-bahan yang dah di tumbuk tadi.
4. bila dah mendidih, masukkan ayam. 5 ketul ayam untuk 2 orang makan

Step 2:
1.basuh beras
2.Tumis Bawang putih and halia yang di tumbuk.
3.pastuh, goreng beras tadi sampai beras tu garing kekuningan.

Step 3 :
beras tadi, masukkan dalam periuk nasi untuk di tanak. masak nasi mcm biasa.
tapi gantikan air dengan kuah sup ayam (garlic+ginger+ayam yang di rebus tadi).


Sos Versi Kakak Ipar:
1. Lada basah yang dah di sangai + bawang putih 4 biji + Halia sebesar ibu jari = Blender
2. Blender selumat-lumatnya.
3. bahan-bahan yang di blender,di rebus + Sos Cili + Sos Tomato+Gula secukup rasa.
(Sos Tomato kena banyak sikit dari sos cili supaya Kuah Sos nasi ayam tak manis)
4. Rebus guna api yang perlahan sampai la warna sos tadi warna merah gelap pekat!


Ayam Goreng Madu:
1. Toskan ayam yang di rebus tadi.
2.Perap ayam dengan Sos Tiram + Madu 10~15 minit.
3. Goreng!

Siap! Selamat Mencuba !


Sekali sekala sahur western, ok jugak kan?? mudah.pantas.tak perlu berfikir tatkala mata kelat bagai di gam-gam gitu.

2 comments:

Madam Amie said...

sedap burger tuh!! nyum nyummmm

lydia said...

Aper lagi ibu pregnen..
Sila lah buat balik keja nih..ehehehe