Friday, August 13, 2010

Sambal kicap



Salam Hari Jumaat ;-)
harini Sahur dengan lauk semalam.
sedap lagi.lauk panas2 memang sedap!
di tambah pulak dgn sambal kicap.
Perrrggghhhhh!!
Kegemaran rata-rata rakyat Johor.
pedas2+manis+lemak.
nih nak bagi menu simple lagi.


Sambal kicap Versi Akak Ipar:


bahan-bahan:
1.Kicap manis (i prefer Kicap kipas udang.Sedap!)
2.bawang putih
3.bawang goreng(pakai yg dah siap dalam paket.)
4.cili padi
5.limau kasturi

Step 1: cili padi + bawang putih,goreng separuh masak.
Jgn terlalu masak.agak2 jer separuh masak untuk
ilangkan pijor cili ( pijor=gas dlm cili)

Step 2: Blender bahan2 yang dah di goreng separa masak
dengan kicap manis + bawang goreng + limau kasturi+gula dan garam secukup rasa

Dah Siap!!

yang buat sambal kicap tu sedap, sebab ada bawang goreng!
Sedap dimakan /di cicah goreng pisang panas rangup/soto ayam/sup ayam.






*Yang nih, sambal kicap versi Express : potong cili+bawang putih (bawang merah tu utk ulam)
--------------------------------------------------------------------------------------------


P/s: best sangat pagi tadi g kijer naik motor.
encek husband antar g kijer.
best!
Mcm2 ragam orang nk g kijer pagi.
*Ada yang senyum sorang-sorang dalam keta.(Mesti tengah dengar panggilan hangit)
*Ada yang muka masam,muncung mulut tu boleh gantung hanger.
*Yang paling best, biler motor kami berenti kat trepik lite kat sebelah van org India.
Lagunyer bole LAYAN! ehehehe..Encek husband siap shuffle sikit bdnnyer.Eheh.
biasernyer drive keta sendirik,mata pandang depan je.
FOKUS!

No comments: