Tuesday, October 25, 2016

Camping Trip Fraser's Hill

Percutian budget kami minggu lepas adalah sangat berbaloi dan Alhamdulillah... Worth sangat!

Nak kata tak keluar duit, tak boleh jugak sebab nak gerakkan kereta still kena keluarkan duit. So, basically, inilah budget yang kami spent last week masa camping kat Frase's Hill:

Duit minyak kereta :
RM40 : Batu Caves- Fraser's Hill  ( pergi balik )
RM6 : Mineral water 2 botol
RM3 : kiub ayam ( beli kat pekan fraser's Hill )
RM3:50 : Roti Gardenia wholewheat
RM8 : Nutella spread 
( tersalah beli sebenarnya roti + nutella. Sebenarnya en, husband suruh beli roti 50 sen jek. Iskk... Kalau tak boleh lagi jimat.... & banyak dapat roti )

So total : RM60.50 untuk percutian budget kami.

Barang basah & kering semuanya kami bawa dari rumah. Bawa memang ngam-ngam je. 

Mula-mula macma ragu-ragu jugak nak ke Frase's Hill. Encik husband nak cut cost. Kalau boleh nak pegi dekat-dekat je. Kami singgah kejap kat Sungai Sendat. Tapi Nasib tak menyebelahi kami, Sungai sendat tutup sebab ada kes kematian kat situ. Tak tau bila buka,


Lepas tu tanpa buang masa, kami teruskan perjalanan menuju ke Fraser's Hill. Sampai kat Fraser's Hill dalam waktu zohor gitu. Jadi kami terus menuju ke Masjid Fraser's Hill. First time tengok ada orang buat majlis kahwin kat Fraser's Hill ok. Hehe. Majlis menyambut menantu . Ada 2 pengantin. Alahai bestnya ... boleh terus outdoor photoshoot kat situ. 


Lepas Sembahyang zohor, kami menuju ke Air terjun Jeriau. Kami recce dulu campsite kat situ. Tak ramai orang pun. Hanya beberapa group je yang datang ambil gambar. Tak ada orang camping pun. Tempatnya nampak macam tak secure untuk camping kalau kami anak beranak sahaja camping kat situ. Line telefon langsung tak ada. Tak boleh call dan receive call. Goyang jugalah nak camping situ. 


Dalam 20 minit trekking dengan anak-anak, kami pun sampai kat air terjunnya. Not bad airnya jernih juga. Maybe sebab tak ada orang mandi langsung kat situ. Jadi kami dengan confidentnya kasi anak-anak mandi-mandi kejap kat air terjun sementara kami fikir sama ada nak camping air terjuan Jeriau atau tidak.





Dalam pukul 5 petang, kami decide untuk keluar dari Air Terjun Jeriau untuk ke balai polis Fraser's Hill. Tujuannya nak report kat polis yang kami nak camping kat situ. Tapi bila sampai balai polis, diorang suggest untuk tidak camping kat situ sebab binatang liar selalu turun area situ . Ada beberapa orang terserempak Pak Belang. Biasalah kan.. Memang tempat die. Kalau ramai-ramai camping mungkin beranilah juga nak camping kat situ. Kalau kami anak-beranak je, memang Tak lah!




So kami decide untuk camping kat area pondok tepi jalan je area Fraser's Hill. View pun cantik !










Paling best ialah bila makanan kami memang tak banyak buang. Tinggal meggi sebungkus dengan bawang merah kecil 3 biji. PUAS HATI! haversack pun ringan. Nak kemas khemah and barang dapur pun senang!

Malam tu kite tak berapa boleh nak tidur. tidur atas akar kayu la plak. ayayayai...  Sejuknya jangan cakaplah. Nasib tak hujan tau! Tak dapat bayangkan kalau hujan macam mana.

Pagi tu, lepas sarapan pagi, kami terus berkemas-kemas untuk ke Air Terjun Peretak pulak! Memang nak bagi budak-budak ni enjoy nature abis! Adam asik sebut nak ke waterfall je. Haih. Pulak tu, die kata tak nak naik kereta. Nak jalan kaki & joging macam ibu ke Air Terjun Peretak. katenya. Pening.






So far Alhamdulillah. cuaca sangat cantik kat Sungai Peretak. best!




Thursday, October 20, 2016

Next wishlist

Berangan tak payah bayar kan??

Berangan je dulu...

Kot kot dapat cabutan bertuah 2.6b ke..

Hehehe

Thursday, October 13, 2016

Camping Trip Sungai Peretak, Bukit Kutu

Dah 2 minggu kot peram cerita pasal camping trip kat Sg Peretak ni. Actually camping trip ni semua last minit. Last minit!!!

Ini semua gara-gara konon-konon jalan-jalan kat Decathlon Sri Damansara. Semua barang kat situ ada harga yang mampu milik sampai yang SUBHANALLAH. Pilih sahaja kategori yang korang nak dan rasa berbaloi nak beli. Kami of course lah pilih yang low cost-tapi puas hati.

Kebanyakan barang yang kami beli bran Quechua. Sebutan die ; Cikua. Haaaa... gitulah ye adik-adik. Hakak gugel sendiri tengok kat youtube. Apeke pelik no ejaan die.

Sejurus lepas beli barang-barang kat Decathlon tu, takde rasa nak camping pun. Tapi dalam hati kite ni doa je banyak-banyak, "mintak2lah encik husband rasa apa yangku rasa...CAMPING!"

Alhamdulillah, telepati kite tepat kena sasaran hati encik suami. Yes. Die nak g camping. So kami pun ajaklah sedara-sedara terdekat. Kebetulan cousin kami ada ajak mandi-manda air terjun. Tapi tak decide nak mandi kat mana. Sehari sebelum nak camping baru decide. Boleh? Hahaha..Itu pun malam .

Bukan ape..kami dah biasa mandi air best-best kat gunung...bile nak mandi kat air terjun ramai orang ni...Rasa tak privillege. Rasa mandi kat lopak. Space tak banyak. Huhuhu..Perasaan je semua tu kan... Orang lain mandi rilek aje... haih..

At first kiteorang ingat nak camping kat Sungai Chilling memandangkan kat situ dah ada facilities macam surau and bilik air. So , agak selesalah nak urus anak-anak. Tapi. Huh.. Dah macam Sungai gabai Sungai Hulu Langat jek. Tak selera betul nak mandi.


Dahlah parking ...Masya Allah... Jauhnya dari pintu nak masuk Sungai Chilling. Itu satu hal. Air dah jadi macam keruh dah bila ramai-ramai mandi... Kami sampai parking dalam pukul 12 tengahari gitu. Jumpa cousin kat situ. Diorang dah sampai agak pagi jugak dalam pukul 10 pagi.

Bila tengok air keruh dan padat dengan manusia... Encik husband langsung tak bukak haversack. kite pun sama. Just dirikan haversack. Dalam kepala macam nak menuju ke tempat lain. Tapi otak kata.. " rilek dulu... baru sampai ni...anak-anak tengah excited nak mandi. dahlah perjalanan dari rumah ke sini amik masa sejam "




Ok. Kite pun layan kan ajelah anak-anak. Tak sampai 20 minit celup-celup badan, kite dah naik kat atas. Join aunty kite makan. Encik husband terpaksalah melayankan anak-anak mandi. hehehe.. Punyalah tak ingat dunia makan sambal petai... sampai senuh perut. Tobat tak nak makan petai lagi!


Encik husband yang suka rela nak bagi anak-anak makan..i lap u...



dalam pukul 2:30 gitu encik husband and cousin kite bincang nak pindah tempat mandi-mandi. KAmi berpindah ke sungai peretak je. Sebelah nun je ngan chilling. Konon-konon nak privacy.





Bolehlah... air keruh gak... sebab ramai orang. Tapi taklah seramai kat chilling. So, kami husband and wife sepakat nak camping kat situ je malam tu. Memang nekad abis. Cousin pulak tak nak camping . Lagipun ada program lain esoknya.

Layanlah...

Malam tu, adik kite pula menyusul... Alhamdulillah... takdelah anak-anak boring kalau Ucu diorang datang...




Pagi tu bangun tidur...seronok sangat... takde orang mandi lagi... Jernih je air. Tapi dalam Wooo... ade mat rempit datang lewat pagi tu siap lemas lagi. Hahaha... iols ni tak berani nak selamat kan .. So encik husband and adik ipar je selamatkan...







Overall, trip camping kat Sungai Peretak ni memang worth it. Dalam erti kata lain, sebenarnya encik husband nak test khemah baru die..hehehehehe...

papai.

Tuesday, October 11, 2016

Hari Sukan Negara 21KM

Alhamdulillah....
Habis jugak lari half marathon this weekend. Peliknya lah kan... tiap kali kalo ade running event, mesti x dapat tidur yang cukup. Ada je hal.

Like last week, xtidur awal sebab suapkan si Adam and Anas makan malam. Sebelum tu, pergi NSK selayang beli ikan. Sebelum tu lagi, adik ipar datang makan malam...
Kebetulan pulak parents kite datang umah .. Lagipun diorang volunteer nak jaga anak-anak so that encik husband dapat hantar g dataran merdeka untuk larian esoknya.
Nampak x betapa lah bz nya sebelum event lari?? 

Paling haru... sampai lambat masa event lari. Dahla jalan banyak tutup. Mase sampai area dataran merdeka tu kite terpaksa loncat dari motor, berlari ke garisan start.. Peserta lain semua dah berpusu-pusu lari dah ni.. punyalah drama pagi tu..
 Jangan gelak ek...kite slow macam kura-kura...


Tapi Alhamdulillah sangat2... sebab sempat solat subuh kat petronas sebelum sampai kat dataran merdeka. Itu yang penting sebenarnya.. 
Walaupun pace dan timing ke laut.. habis  jugak within cut off time...

Habis je event tak lepak pun kat event tu.. Terus g survey hotel untuk cousin. Pusing-pusing naik motor.

 Habis tu terus g makan luar.. Biasanya kalau lepas event lari memang xde nafsu sangat nak makan. Sebab rasa nak muntah. Hehehehe.. jadinya makan sup-sup atau sandwich2 memang kena dengan tekak.

Kepenatan tak habis di situ.... Kami husband and wife bergegas balik rumah sebab nak packing-packing barang g rumah adik. Anak-anak parents ktie dah angkut ke rumah adik...

Tapi semua kepenatan last weekend sangat BERBALOI! 

"Wake up from bed with determination, sleep with satisfaction."






Thursday, October 6, 2016