Friday, April 29, 2011

Interview While Pregnant

-Agak-agak, kalo kandungan dah 8 bulan, ada orang nak terima kerja x??-



We all know that in today’s job market there are more than enough challenges for the average job seeker to overcome; less jobs, more applicants, applicants with better experience or education than you, and the list goes on and on.

But imagine being a pregnant woman, just laid off and out there job hunting… just a tad bit mortifying, right?

Imagine the looks when you walk into a new office for an interview, 6 months pregnant, belly protruding and doing your best imitation of a duck. Don’t pretend there won’t be funny inquiring looks because we all know there will be.

My personal favorite assumptions are the initial look… first they look you in the eye, and THEN they look down and stare at your belly (for what seems like 30 minutes). Then FINALLY they look back up at you without saying ONE WORD. It’s almost as if the person asked about 10 questions without even opening their mouth.

Now better yet imagine the unasked (well hopefully unasked) questions…

  • “Is that woman pregnant or just overweight?”
  • “WHAT is this woman doing? She’s not actually interviewing for a job is she?”
  • “How far along is she?”
  • “How exactly does she think this is going to work? We can’t afford for someone to take 12 weeks off for maternity leave…”

Your best bet at the point that you really start to show, is to be confident, honest and make sure you do your research about the company. There is no doubt in my mind that you will get at least a few inappropriate questions about your condition and future plans. BUT if you go into the process prepared and knowing the background about the company (i.e. work/life balance, how they view working mothers, flexibility in the workplace, etc.) you will not be caught off guard when you are declined or offered a position. In addition it’s always better to be prepared and have thoughts about how you will handle your maternity leave (how much time you would plan to take off, child care, etc) so you can go through that with a company if you feel comfortable talking about the details.

Keep in mind the following questions are off limits (aka NOT legal)… and for the fun of it, I’ve included what I imagine would be some of my smart ass responses…

  • How far along are you?/When are you due? (Excuse me? I’m not pregnant I’m just getting fat)
  • How many kids do you have or are you planning to have? (I don’t have kids, I just have dogs, 13 of them in fact)
  • What are your childcare plans? (for my husband you mean?)
  • Are you married? (I didn’t realize my marital status had anything to do with my abilities to perform this job)

............................................................................................

The ONLY question that a company should be asking you that even comes close to talking about pregnancy or maternity leave is…”Is there any reason why you cannot perform the duties of the job without reasonable accommodation?”

it’s a tough interviewing game but as with anything related to a job hunt be prepared and don’t be surprised by the stupid questions, looks and comments you will receive.

credit to : http://hushrecruiter.com

Monday, April 25, 2011

Here and there

I'm pretty sure today's entry will be full with pictures.... (^_^)
Spending my weekend and 'Monday Blues' with my parents at 2 different places in 1 day.
.....People often asked me, what is you plan after giving birth?
How about your budget? How you want to survive with only your other half cari rezeki in KL area.
It is not same as living in JB. Honestly, i do thinking of that. It is really scaring me. Bak kata pepatah melayu lama. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. I feel really guilty to myself. Feel like i'm a burden to the person i love most. However, i have plan. Tapi, Manusia merancang, Tuhan yang menentukan. I am really afraid of future. (-_-). But inilah dugaan. Manusia di duga dalam berbagai bentuk..... Cuma iman sahaja yang dapat menyelamatkan diri. Hanya mendekatkan diri dengan tuhan sahaja dapat menenangkan hati. Insya Allah, jika diizinkan tuhan, kite nak bantu balik orang yang dah bantu kite bila keadaan sudah kembali stabil . Insya Allah...


Tengok, kan dah melalut...isk...isk..isk...


8
*Bunga apa??

6
*Pagi-pagi tadi lepas other half g kerja, kite p jenjalan genting teman parents hirup udara sejuk Genting (^_^).

2
*Walaupun hari Isnin, orang tetap ramai! tapi bukan orang 'kita' yang ramai. Tetapi mereka-mereka yang nak main casino.....

14
*Pastuh, lepas decending from Genting, singgah pulak di Air Terjun Kanching. Well, pretty cool and clean. Tapi still banyak lagi sampah kiri-kanan. Menapak sampai air terjun yang tingkat
ke-6 (SEMPUT!)

15
*Tangga boleh tahan pacak~

9
*Kat air terjun tingkat 5 nih, ada pulak orang buat shooting. entah cerita ape ntah.

16
*6 months, 3 weeks. Nearly 7 months (^_^).

13
*Mama cakap mata dah macam encik husband. BULAT!

Saturday, April 23, 2011

Tudung Awning

My first hand-made Tudung Awning
Salam Weekend!
Kiter baru je pas balik dari kelas belajar jahit tudung awning kat Kota Damansara.
Best!!!!
Walaupun semalam kena insomnia.
Langsung tak boleh tido.
jadinya masa belajar tadi pening-pening.
Jahit jelujur pun lambat macam siput.
Ini pun tak boleh tidur....
Mata dah berair...
Tekak rasa loya...
However, i had fun today!
dapat ilmu baru....

Tak sabar pulak nak menjahit tudung lagi!
Tak sabar plak nak ada mesin jahit sendiri =p.
Nak try belajar jahit beg + bantal pulak pasnih....
Wish me Luck!


P/s : Terima kasih Cikgu Eynas (^_^)
Terima kasih Encik suami kerana sanggup menunggu sampai Khatam pusing-pusing bandar Kota Damansara (*_*)

Thursday, April 21, 2011

I'm a cat Lover

I Miss this Little guy a lot.....

This is Momok I.

yang ada kat rumah di jb sekarang adalah Momok II. Versi Kampung+Parsi.

Kite kutip Momok I kat longkang belakang rumah. Mase tu die kecik lagi. Dalam baru pas 2 minggu di lahirkan. Kecik je. Masa tu kite kerja. Nasib baik ada adik sedara a.k.a baby sitter yang tolong jagakan. Bagi minum susu. Masa ni gaji tak la seberapa. baru lepas langgar kereta orang . Huhuhuhu.... So, time tu tutup aje mata masa bayar susu untuk anak kucing + botol susu untuk anak kucing. Rege 1 Tin susu = RM30. Rege 1 botol susu kucing = RM15.
Time ni memang tengah hujung bulan. Tapi keikhlasan dan passionate kite terhadap kucing melebihi segala-galanya. =p Rasa puas dapat selamatkan momok + bagi yang terbaik untuk dia.
Mula-mula nak je bagi susu lembu. Tapi advice dari seorang kawan dari fakulti Vet,kite batalkan niat tu. Takut kena infection pulak anak kucing ni.






11
First time dapat minum susu tepung kucing.Anak yatim piatu.

11-2
He is sooooo adorable.

11-3
Inilah Baby sitter momok I. Sometime Momok forgot that he is just a cat.
Orang tengok TV, die pon tengok jugak...ehehehe

11-4
Walaupon hanya kucing kampung, tapi saya mampu besarkan die sampai perot cecah lantai.


11-5
Walaupun Momok I suka bergurau Kasar, saya tetap sayang dia...


11-6
Sebab dia mampu buat saya hilang STRESS........
I Miss you Momok I !!

Tuesday, April 19, 2011

I am Sweating

I am sweating for the hotNess of this Kuew Tiau Daging (^_^).
Kuew tiau Daging

Kehabisan stok sayur sawi n taugeh .
Tak makan sayur kobis yang di goreng dalam Mee/kuew tiau.
So.............................. acilah kan...
Makan kuew tiau dengan daging je..
Dokter soh banyakkan makan daging.
My lips a bit pale lately.
Perhaps Mee daging for dinner?

Resipi :
Daging di rebus dulu 3~4 jam.
Blender LADA KERING+BAWANG+BAWANG PUTIH.
Tumis kesemua bahan2 tadi sampai naik minyak.
masukkan daging yang telah di rebus (daging di potong dadu lepas rebus.air rebusan jgn buang).
Then, lepas 5 minit masukkan air rebusan daging dalam 5 senduk.
Kalau nak kuah lagi banyak, masukkan lebih.
Pastuh masukkan 3-4 sudu sos tiram+ 5 sudu sos cili+4 sudu sos tomato+garam secukupnya.
Tunggu 5-10 minit supaya daging mesra dengan kuah.
Lepas tuh, masukkan kuew tiau.
Kacau mesra.
pecahkan sebiji telur.
Kacau sehinggga rata.
2~3 minit, tutupkan api dapur.
SIAP untuk di makan!!!

Monday, April 18, 2011

Pirates

Bagaimana boleh jadi begini?

pirates of carribean
Begini ceritanya...
suatu petang, Sang adik ipar sedang mengambil tuala dari ampai.
Ampai di buat dari getah yang selalu ikat kat motor zaman dulu-dulu tu yang ada cangkuk.
Satu cangkuk pada besi, satu lagi cangkuk pada tingkap.
Getah itu berada di dalam keadaan tension/tegang yang tinggi.
Lalu, salah satu bahagian cangkuk terlepas, lalu cangkuk besi itu terlibas pada mata budak ini.
Terlibas DALAM mata budak ini.
sejam selepas itu.
anak matanya keluar darah...........
Jadilah PIRATE of Carribean Malaysia.
Sekian.
Esok check up lagi.
(^_^).
Kesian but yet kelakar.

Sunday, April 17, 2011

Taman Rimba Templer's Picnic

A boring Weekend..... come up with picnic at Taman Rimba Templer...



simple dish
Air tangan kami (^_^)


campfire
Nyamuks banyak sangat~~ So he need to put a lot of effort to start the 'cute campfire'.


SAMAJADI
SAMAJADI tag.

My Baby you~
6 months 2 weeks onwards


10
Seeking for deeper splash

6 months 2 weeks 3 days
i like this shot!

going back
Time to go home....
After all, the picnic is ok.
but, the more, the merrier lah kan...
Well, kami kan extrovert...

Friday, April 15, 2011

Kenny G - The Moment


Budak kecik ni terpusing-pusing kalau dengar mak die ngaji & seksofon dari Kenny-G

Thursday, April 14, 2011

No delivery in %^&^



I want this!


but no delivery in my area.
Uwaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~

Perangai di weeks 26

-Officially 26 weeks pregnant-

Hari ni masak spagetti ayam.
Tak menjadi lagi.
Stress.
Makan roti butterscotch la gamaknya (-_-).


Tuesday, April 12, 2011

Milk intolerent part II

This is how i drink milk.



cococrunch

Beside the bowl, is my new toy. I have 4 sets of different books. (^_^).
Trying to finish it while being a fulltime housewife.
Next week will be attending "kelas menjahit tudung Awning yang mahal".
I guess after that i can made my own tudung awning !
Pray for my success =)

Monday, April 11, 2011

perkembangan janin dalam rahim "ibu"


I watched this video over and over and over again.....Almost everyday . Plus, the songs is sooo relaxing (^_^). Mama cakap, tak yah tanye doc ape gender baby. But I insist to know! Heheheheheheh......... lagi 2 weeks for 4th check u! yeay !

Friday, April 8, 2011

My humble mumbling

* Di puncak Gunung Yong Yap. Dalam pukul 7 malam sampai puncak. What a WONDEFUL feeling at this moment!


....... Sebulan sebelum kahwin, pernah gathering ngan kawan-kawan sepergunungan kat JB.
Sambil bagi kad, sambil cerita berseloroh kat kawan-kawan. Kononnya nak Katamkan G7 before end of 2010. Konon-konon nak buat cabaran mendaki Chamah-Ulu Sepat bulan Jun 2010. Tapi...... yer lah kan... Kita merancang,tapi Allah yang menentukan segalanya.... Tak semua yang di plan menjadi...

5 Minit lepas... terbukak satu blog seorang hamba Allah yang dah habis G7,G11 & G12. Semangat menggunung semakin berkobar balik ni.... Sepanjang pregnancy ni tahan jer....

Dapatkah saya melawat CUS (Chamah-Ulu Sepat Mountain) sebelum akhir tahun 2011 ni????
Tak yah buat straight CUS. Dapat buat single Chamah & Ulu Sepat pun jadikla... Asalkan G7 habis. Hehehe..boleh gitu?? G11 & G12 ? bila nak tamat? Biarlah takdir menentukan segalanya.....


** G7,G11 & G12 hanyalah personal achievement yang kite nak capai. Tidak ada kena-mengena atau bersangkut paut dengan orang lain. Peace!!


Puding Jagung Berkuah


Beginilah rupanya when a dummies of first timer yang baru belajar buat puding jagung berkuah.
I got the recipe from entah-sape-sape punya blog. But they didnt mention in detail how practically to prepare the puding.1
Ok lah, tanpa berbicara panjang, lets narrow down to the recipe.

Bahan-bahan untuk puding:
1. Tepung kastard 1 cawan.
2. Santan 1 kotak (200ml)
3. 1 cawan gula
4. 1 1/2 cawan air
5. seccubit garam
6. jagung manis dalam tin (guna setengah atau sesuka hati la. ikut tekak. kalau suka jagung tuang semua)

Cara-cara ikut turutan :
1. Santan + air di masukkan dalam periuk dan panaskan (masak).
2. kacau perlahan.
3. lepas seminit letak secawan gula + secubit garam
4. Tepung kastard di letak sikit-sikit supaya tak berketul tepungnya.
5. kacau sampai berkilat lebih kurang 15-20 minit. Then baru letak jagung.
6. Lepas 5 minit, dah boleh angkat.

** Step yang ke-4 lah yang kiter silap. sebab dalam blog tak cakap soh letak tepung kastard tu sikit-sikit. jadinya, kiter yang first time buat puding ni tuang SEMUA sekali bahan-bahan buat puding serentak kecuali jagung sebab dalam blog "tu" cakap jagung letak last sekali bila mixture puding tadi berkilat. So..........ending with puding jagung yang penuh dengan berketul-ketul tepung kastard. Asal nak makan jer, kena keluarkan tepung yang bergumpal dari mulut..huhuhu..Tak aperla.. lesson learn.

Oh ya, ini pulak resipi untuk kuah puding jagung.
Bahan-bahan:
1. Susu cair (1 tin)
2. Air (1 tin. guna tin susu tadi)
3. letak 1 cawan susu rendah lemak (tak letak pun tak apa.saje nak bagi sedap)
4. 3/4 sudu cawan gula. (korang try rasa. kalau kena kat tekak. ok lah tu)

Cara-cara:
1. Campur jer semua bahan-bahan di atas.
2. Hangatkan sampai agak-agak gula tu cair.
3. Tutup api and letak kuah tu dalam peti ais.

OK! puding jagung tadi tu pun sejukkan dalam peti ais. Sedap di makan sejuk-sejuk!
Selamat mencuba.2


Perkembangan perut: Semalam tendangan baby semakin kuat. Ayahandanya dah dapat rasa just by putting his hand on my belly. Kiteorang gelak sakan. (^_^). Gelak jakun. kui.kui..kui... Macam kelakar lah pulak ada benda menendang-nendang dari dalam perot.Soooo SWEET!
Dah makin aktif menendang. But this time baby ada masa tertentu untuk die sepak-sepak bonda dia. Waktu yang paling aktif adalah Tengahari,petang (dalam pukul 5:30-maghrib) and tengah malam sebab time nilah bonda die rest dan baring-baring(dalam pukul 11:30-infiniti).
I Wonder whether my baby is a girl/boy.Tssskkk.... semenjak dua menjak ni kite suka betul tengok rancangan TOP CHEF & American/Australia/Britain Next top model. Hari-hari tengok, tak pernah miss! Hehehe..suka tengok benda-benda cantik

Tuesday, April 5, 2011

Lamb Chop,Baked Potato & Salad Dressing


lamb chop
My first Attempt making Lamb Chop at home.
HEheheh...
Resipi Lamb Chop di google dari page ini.
Masa tengah makan lamb chop, perot bergelodak-lodak.
Budak kecik ni suke agaknya makan lamb chop.
Hehehe


salad dressing
Salad Dressing nih Encik suami yang buat.
Best sangat!

Saturday, April 2, 2011

A night at Genting

Semalam after dinner kat luar ,(oh, i am sooo craving for lamb chop. But not fully satiesfied as the meat is tender but thank god the meat not smelly) kat Steak house area Sri Gombak, boleh pulak Encik husband ajak berjalan-jalan melayan angin malam di Genting. Mujur kami menetap di Selayang. So, it just take approximately 45 minutes from Sri Gombak. Ramai pulak tu orang naik ke Genting malam semalam. Kami naik dalam pukul 11 and sampai kat First world Hotel pukul 11:30 malam. Park keta n then berjalan kaki . Sempat jugak kami terserempak ngan sekumpulan budak-budak India ( i guess their age around 20s la gitu) berjoget-joget kat parking kereta sambil bukak lagu.
Hish....dalam hati cakap, "mabuk dorang nih...".
Ok, put aside pasal dorang. Kami sebenarnya time dah sampai tu tak sabar-sabar nak jumpa Cik T a.k.a TOILET. Hehhehe... tup-tup mase sampai depan toilet kat area taxi-taxi Genting selalu park tu, nampak Geng-geng ABPH and RAMLI M.S tengah lepak kat kedai makan area situ utk bincang2 pasal ABPH la tu. Aww..... Hehehe..
Satu Genting jugak la kiterorang berjalan. saje nak tengok life waktu malam kat Genting. tak der la gempak sangat but for those who play Casino maybe yer la kot. happening perhaps.
Yang tak bestnya, ada 1 @ 2 spot yang kami nak g bergambar and shoot gambar KL waktu malam, ader je couple-couple buat projek. Yaiikss... kami pun blah . tak lama pun kat atas Genting tu. Haish.. Ikut hati nak ignore jer pasangan-pasangan tu buat projek, tapi kami ni takut plak di serbu sebab kad Kahwin tak buat lagi..ehehe... Nak kata pregnant, orang tak nampak pun perot kiter besar..Aisey,,, Spoil la kapel2 nih... dah la Orang Kita...

Pastuh, masa nak balik semula ke Parking kereta, kami terdengar la Lagu man Bai di mainkan. Jelas kedengaran . Memang kompem Dari Kereta yang jenis ada speaker besor-besor kat bonet nih. Dari jauh nampak samar-samar ada 2 kereta and sekumpulan budak lelaki muda tengah berjoget-joget sambil minum. Bila tengok dekat-dekat, Ya Rabbi... Geng-Geng budak India tadi yang pasang lagu melayu tu..eheheh ... memang mencuit hati... Terasa betul Semangat Satu Malaysia... Yang kereta lagi satu tu sekumpulan budak lelaki melayu. Kat atas bonet dorang letak botol Coke. Tapi kat dalam keta ada pulak Beer. Dorang campur ngan air coke. Siap berkenalan ngan Geng-geng india tadi and bagi dorang air.... Isk..... Nauzubillah.... Minuuum tu....
Mudah-mudahan, mereka-mereka yang berkenaan dapat petunjuk.Amiin...


2
* I am getting fat without guilty, y'all.


1
*Night life at Genting

1
*My deary photographer

Friday, April 1, 2011

Mengidam.



Petikan di ambil dari harian Metro:


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.


“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.



*Lempuk Durian
*Ini rupa buah Kelor


Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



Aduhai.... kesiannya isteri tu... Kite pun banyak kali memendam rasa mengidam.. sebab kite tak nak menyusahkan encik suami yang baru balik kerja & juga faham kemampuan financial kami... ikutkan rasa ngidam ni, memang hari-hari nak makan western tau... hari-hari nak lamb chop, chicken chop, pizza, potato salad, pastry (peach danish,etc..). Tapi , Dalam Islam pun suruh kita bersederhana. Jadi, paham-paham ajelah bila masa & keadaan yang sesuai untuk ngidam-ngidam ni yea perempuan pregnant. Kesian encik suami. Jangan ikutkan hati sangat. TAPI! perbuatan Si Suami wanita ni pun sebenarnya tak boleh DITERIMA ! Memang betullah bak dalam bait-bait lagu kumpulan Raihan, "Iman tak dapat di warisi". Kan...kan.... Renung-renungkan, dan selamat Hari Jumaat (^_^).