Baik dari segi budget vacation
Last week
Petang tu, kami bersiar-siar dekat Jeti Semeling & jalan-jalan area Sungai Petani naik bot dan berhenti di Tanjung Dawai.
Kalau tak silap masa ni, tong-tong duit naik bot sorang RM25. Sebab harga bot dalam RM280++ agaknya. Perjalanan pergi balik ambil masa dalam 2 jam setengah. Puas hati lah naik bot ni sebab bot ni bersih.
Kami diberi 40 minit untuk shopping dan makan laksa atau mee udang kat kedai-kedai kat situ. Merasalah makan laksa Utara di Tanjung Dawai. Orang kata kat sini banyak jual belacan, keropok lekor dan the best part is Mee Udang. Kite
Dicadangkan, kalau ke tanjung dawai ni naik bot, tak payahlah beli keropok or whatsoever. baik layan mee udang atau laksa. Sebab ramai gila orang. Kang order awak dah sampai, bot dah jalan. Tapi kalau tak lapar, bolehlah membeli belah ikan pekasam ke..keropok ke.. . Tak pun, order jugak mee udang, tapi bungkus.
Dugaan ... Mula-mula sampai kat jeti semeling, tayar bocor. Dah tukar dah tayarnya sebelum naik bot ke Tanjung dawai. Tup-tup bila balik dari Tanjung Dawai, pancit pulak tayar sparenya.
Malam tu, kami sekeluarga buat BBQ. Nasi goreng beli kat mamak area homestay kami.
Terkejut jugak
Plan asal nak balik KL lalu tepi laut. Tapi singgah kejap di Taman Tasik Taiping, Kaki Bukit Larut & Equine Park Taiping.
Sebelum masing-masing mengubah haluan masing-masing, kami singgah kejap kat kuew tiau Doli. Ramai kata
Maghrib tu, kami singgah di masjid area taiping sebelum meneruskan perjalan menuju ke selatan. Which is
At last
27hb Disember 2015,
Kami meneruskan perjalanan kami dengan singgah di jeti Lumut. Kononnya nak jalan-jalan area Pulau Pangkor. Tapi fikir- punya fikir, tak jadi.
Destinasi seterusnya, kami nak ambil gambar di Menara condong, sembahyang di masjid Area Teluk Intan dan Lunch di Restoran Mastan Gani.
Dan destinasi terakhir kami sebelum balik rumah, makan malam di Jeram, Kuala Selangor. Ni memang tempat feveret sebab budak-budak bebas bergerak dan makanan die memang kena dekat tekak. Cuaca pun cantik sangat sepanjang hari tu .





















































