Cuti panjang memang mengujakan ! Kalau tak balik kampung, kami akan berjalan ataupun mesti ada aktiviti luar rumah. Senang cerita, OUTDOOR.
Baik dari segi budget vacation ataupun outdoor. Exclusive Vacation? Jauhh lagilah nak merasa.. Hahahaha... Tunggu jadi jutawan dulu kot.
Last week kami sekeluarga ke Kedah untuk join rombongan meminang. Memandangkan cousin kita dapat orang jauh nun di Kedah, jadi cousin-cousin yang duduk di KL ajelah yang dapat join rombongan tu. Firstly, JB-Kedah bukannya dekat. Secondly, budgetlah..of course... Segala-mala benda facilities kat Malaysia sekarang ni dah menggila kosnya. Semuanya nak naik harga. Memang kena calculate betul-betul. 2-3 bulan planning before the engagement event.
Memandangkan tarikh rombongan meminang jatuh pada 26hb, jadinya, kami perlulah merancang perjalanan supaya tak stuck kat jem di highway Utara-Selatan. Memang lemaulah kalau stuck dalam jem. Kami gerak ke Sungai Petani 25hb Disember 2015, dalam pukul 3 pagi gitu. Alhamdulillah. Smooth je jalan. Berhenti sekejap je kat Rnr mane ntah untuk solat subuh. Dalam pukul 8:30 gitu sampai Homestary di Sungai Petani. Very nice house! Jogging facilities, playground pun ada! sesuai dengan jiwa kami =D.
Homestay ni ada 4 bilik, 3 bilik air. Tapi yang part tak best, ada sarang burung kat bumbung. Hama burung tu gatal tau kena dekat kulit!
Petang tu, kami bersiar-siar dekat Jeti Semeling & jalan-jalan area Sungai Petani naik bot dan berhenti di Tanjung Dawai.
Kalau tak silap masa ni, tong-tong duit naik bot sorang RM25. Sebab harga bot dalam RM280++ agaknya. Perjalanan pergi balik ambil masa dalam 2 jam setengah. Puas hati lah naik bot ni sebab bot ni bersih.
Kami diberi 40 minit untuk shopping dan makan laksa atau mee udang kat kedai-kedai kat situ. Merasalah makan laksa Utara di Tanjung Dawai. Orang kata kat sini banyak jual belacan, keropok lekor dan the best part is Mee Udang. Kite dapat merasa sesuap aje. Itupun "ngecek" orang. Sekejap sangat berhenti kat Tanjung Dawai.
Dicadangkan, kalau ke tanjung dawai ni naik bot, tak payahlah beli keropok or whatsoever. baik layan mee udang atau laksa. Sebab ramai gila orang. Kang order awak dah sampai, bot dah jalan. Tapi kalau tak lapar, bolehlah membeli belah ikan pekasam ke..keropok ke.. . Tak pun, order jugak mee udang, tapi bungkus. Haaa.... gitu.... 2 in 1. Itupun kalau sempat siap =p.
Dugaan ... Mula-mula sampai kat jeti semeling, tayar bocor. Dah tukar dah tayarnya sebelum naik bot ke Tanjung dawai. Tup-tup bila balik dari Tanjung Dawai, pancit pulak tayar sparenya. Aduhai.
Malam tu, kami sekeluarga buat BBQ. Nasi goreng beli kat mamak area homestay kami. Kat situ ada kemudahan. Kedai mamak, runcit, dobi, farmasi, klinik, kedai hardware, etc.
Esoknya, 26hb Disember 2015, adalah hari pertunangan cousins . Alhamdulillah. All went smooth. Kami ni rombongan orang-orang muda. Tapi yang belah perempuan, semua veteren-veteren.
Terkejut jugak
sebenarnya majlis pertunangan cousins kite
ni.
Sekejap! Macam kelip mata 20 kali gituh dah settle dah! "
Pinangan diterima!".
Memang mudah aje urusan pertunangan cousins kite. Datang pukul 12 tengahari, dalam pukul 1 lebih gitu dah siap-siap nak balik.
Haha...
Memang Magic. Jadinya, kami dengan tak ada plan, terus ke masjid, untuk sembahyang zohor & Asar sekali.
Jamak. Bukan Jamak Takyah tau...
Plan asal nak balik KL lalu tepi laut. Tapi singgah kejap di Taman Tasik Taiping, Kaki Bukit Larut & Equine Park Taiping.
Naik kuda ni pun FREE! Tiba-tiba ada orang belanja. Ade sorang hamba Allah ni die dah bayar, tapi tak boleh naik kuda sebab overweight. Orang yang berat lebih 60Kg tak boleh naik kuda. Nanti kuda tak nak jalan.
Haha.
tipu je. Tapi memang kalau lebih 60kg kuda kat sini tak boleh . Lupa plak sebab apa.
Hehe.
Sebelum masing-masing mengubah haluan masing-masing, kami singgah kejap kat kuew tiau Doli. Ramai kata
sedap. Tapi MAHA LAMBAT lah servis dia. ORDER SEJAM, MAKAN 5 MINIT. Dan
rasa dia? Kuew tiau mamak lagi sedap. Not recommended for those yang ada anak kecil. Mengamuk wei nak tunggu kuew tiau sampai sejam. kuew tiau biasa je pun. Bukan special letak telur goreng kerbau ke, mata jin ke..
Haih. First and last
lah kami ke sini.
Maghrib tu, kami singgah di masjid area taiping sebelum meneruskan perjalan menuju ke selatan. Which is
kami pun
tak decide
nak bermalam
di mana.
Alahai..
At last
,kami decide untuk
bermalam di hotel
murah di area Lumut. RM70
je semalam. Masing-masing
kepenatan. Lepas mandi-mandi, makan, tidur~~~
27hb Disember 2015,
Kami meneruskan perjalanan kami dengan singgah di jeti Lumut. Kononnya nak jalan-jalan area Pulau Pangkor. Tapi fikir- punya fikir, tak jadi. Sebab suntuk sangat . Kalaunak jaan-jalan area Pulau Pangkor,kena bermalam kat sini. Baru puas hati. So, just beli-beli ikan bilis dan sotong gula, ambil gambar sikit.. And, kami teruskan perjalanan pula ke Teluk Intan via jalan kampung.
Destinasi seterusnya, kami nak ambil gambar di Menara condong, sembahyang di masjid Area Teluk Intan dan Lunch di Restoran Mastan Gani. Kedai mee rebus & rojak meee popular kat sini.
Dan destinasi terakhir kami sebelum balik rumah, makan malam di Jeram, Kuala Selangor. Ni memang tempat feveret sebab budak-budak bebas bergerak dan makanan die memang kena dekat tekak. Cuaca pun cantik sangat sepanjang hari tu .
Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment