Showing posts with label Resipi Healthy. Show all posts
Showing posts with label Resipi Healthy. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Resipi Ibu berpantang

Resepi #1 Minuman Milo Nestum 

Bahan-bahan : 
3 sudu besar milo 
1 sudu susu pekat manis / atau 
2 sudu susu tepung (kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit) 
4 sudu besar nestum

Cara-caranya : 
Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam. 

Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.


Resepi #2 Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya : 
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda) 
1 ulas bawang putih 
1 sudu teh lada hitam i inci halia muda 
2 biji bawang merah 
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya) 
1 inci kunyit hidup

Cara: 
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. 
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat. 
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong. 
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. 
Mesti sedap dan menyelerakan.


Resepi #3 Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya : 
1 keping ikan tenggiri 
4ch halia di hiris dan di goreng 
2 sudu makan minyak bijan 
1-2 sudu makan kicap manis 
1/2 sudu teh serbuk kunyit 
1/2 sudu teh garam

Cara: 
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. 


Resepi #4 Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya: 
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan 
4cm halia tua - di hiris 
3 sudu makan minyak bijan 
1/2 sudu makan kicap manis 
Sedikit garam 
Air secukupnya 

Cara: 
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.


Resepi #5 Sup Ikan Haruan 

Bahan-bahannya: 
1 ekor ikan haruan 
2 cawan air 
2 sudu makan minyak jagung 
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk 
3 ulas bawang merah - di tumbuk 
2 ulas bawang putih - di tumbuk 
2 cm halia - di tumbuk 
1 keping asam keping 
Garam secukup rasa 
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. 
Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau. Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.


Resepi #6 Ayam Masak Kering

Bahan-bahan: 
200 ml air 
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 
3 ulas bawang kecil – dihiris 
2 ketul ayam (sederhana besar) 
Seketul halia – dimayang halus 
½ sudu teh serbuk lada hitam 
½ sudu teh serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan: 
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. 
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). 
Hidangkan ketika masih panas. 
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. 
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


Resepi #7 Sup Ayam 

Bahan-bahan: 
250 ml air 
2 ketul ayam 
½ sudu teh serbuk lada hitam 
Halia sebesar ibu jari – dimayang 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. 
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. 
Angkat dan hidangkan. 
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.


Resepi #8 Daging Lada Hitam

Bahan-bahan: 
500 gm daging lembu 
1 biji bawang besar - dihiris 
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung 
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 
1 sudu makan kicap manis 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan. 
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. 
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.


Resepi #9 Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan: 
3 ketul ayam 
1 labu bawag putih..hiris halus 
2 inci halia-hiris halus 
3 sudu lada hitam tumbuk 
minyak untuk tumis 

Cara menyediakan: 
Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas 


Resepi #10 Sup Tulang 

Bahan A 
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan 
2 sm halia – diketuk 
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk 
1 sudu teh garam kasar 
1 sudu makan gula 
Air secukupnya 

Bahan B (ditumbuk) 
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
4 ulas bawang merah 
1 cm halia 
1 sudu makan jintan manis 
1 sudu makan lada hitam 

Bahan C (ditumis) 
2 batang kulit kayu manis 
1 biji bawang besar – dihiris 
5 biji cengkih 
3 biji bunga lawang 
4 biji buah pelaga

Bahan D 
2 bunjut rempah sup tulang 
3 bji kentang – dibelah dua 
8 biji cili api 
3 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan sos ikan 
1 biji jus limau nipis 
Sedikit minyak 
Garam secukup rasa 
Sedikit serbuk perasa 
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara: 
Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

 Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah. 


Resepi #11 Sup Sayur Campur 

Bahan: 
3 ulas bawang putih 
1 kiub pati rebusan ayam 
50 gm suun 
40 gm kek ikan 
30 gm bunga kobis 
30 gm brokoli 
30 gm cendawan 
Garam secukup rasa 
Air secukupnya 
Sedikit minyak

Cara: 
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan. 

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. 
Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.


Resepi #12 Rendang Hati Lembu

Bahan: 
½ kg hati lembu – dipotong 
2 cawan pati santan 
½ cawan kerisik 
2 sudu makan rempah kari 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Bahan (dikisar): 
10 ulas bawang merah 
200 gm cili merah 
2 sudu makan ketumbar 
3 batang serai 
4 cm lengkuas 
2 cm halia 
4 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
3 biji buah keras 

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. 
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap. 
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.


Resepi #13 Daging Bakar 

Bahan-bahan: 
300 gm daging lembu
garam minyak 

Cara: 
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak. 
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. 


Resepi #14 Air Assam 

Bahan: 
4 keping asam gelugor 
garam 
5 s/k lada hitam tumbuk 
sedikit hirisan bawang kecil 

Cara: gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.





Nak diet ikut resipi ibu berpantanglah pulak..hhehehehe... Semenjak Anas putus susu ni, susah betul nk turunkan berat. Haih... pernah jejak 49.6kg aje. pastu naik balik.. aiseyyy...


Sumber Kak Engku Bidan Bersalin.

Monday, February 16, 2015

Resipi Salad Telur With Roasted sesame dressing


Tajuk resipi bukan main panjang! tapi senang je buat die.. sedap pun sedap!!

Telur tu korang boleh sama ada nak rebus atau scramble. kite tengok tekak la.. agak-agak berat dah bertambah-tambah mencanak, buat lah rebus..hahaha...

Just kidding.!

Kalau scramble egg, mudah di makan. kalau telur tebus, macam susah sikit.

bahan-bahan:
1. Telur scamble/telur rebus yan dah pun di potong2 ikut senang makan.
2. salad kegemaran
3. tomato ceri
4. Roasted Sesame kewpie.

Cara sediakan :
GAULKAN semua sekali bahan tadi. Sukatan roasted sesame kewpie pun ikut tekak memasing. kite suka tabur bebanyak. sodap!







Seronok benar bile dah boleh buat wheel pose macam ni ;-)
Dulu waktu berat masih 54-55, tak boleh buat pon..bile dah mencecah 51-50k, barulah leyh buat. agaknya tangan and bahagian core kite kurang kuat kot. kena usaha lebih lagi nih !!




Alhamdulillah. Setelah sebulan lebih bersekolah di LC,Adam dah suka pergi sekolah. no more muka masam-masam. Kalau muka Adam masam pagi2 sebelum ke sekolah, ibu yang cuak tau! Ibu tak suka anak ibu pergi menuntut ilmu dengan perasaan yang tak best!




Lagi satu yang kite perasan, since last week, sebelum Adam g sekolah. Mase tengah pakaikan die baju, kite akan buat full body massage kat Adam. Urut perut dengan minyak yuu yee..kat tapak kaki..pastu akan sapu vicks kat dada die. urut dalam bentuk bulatan. Sambil urut tu, selawat... cakap kat dia nanti kat sekolah, kena happy bila study. Nyanyi kuat2..hahaha (macam ibu =p )

Monday, September 15, 2014

Mee Kurus

Yummeyhh... Mee kurus yang kite order dah sampai tadi...

Terbantut aktiviti workout Ku...

excited sangat nak rasa mee kurus...
              


Rasa die?
Well, macam sooh hoon. exactly !!

memang feberet i...

toodle !! 

Saturday, July 19, 2014

Resipi Lasagna Atkins

Di sebabkan ada leftover kuah spagheti....

Maka kite pun buatlah lasagna atkins...

Resipi Kuah spagethi :
1) Tumis Bawang merah & putih yang di cincang halus  - bawang merah holland sebiji + garlic 5 ulas
2) Masukkan daging cincang 2 cawan - kite pakai 2 ketul daging cincang ramli
3) Selepas daging agak garing, masukkan tomato puree - actually tomato x boleh makan untuk yang beratkin di fasa 1
4) selepas naik bau, tabur blackpepper + italian herbs + garam secukup rasa
5) ketepikan kuah spaghethi yang dah siap
 6) pecahkan telur 3 biji. pukul rata macam nak buat telur dadar.
7) Masukkan Kuah spaghethi ke dalam loyang dan tuang telur yang di pukul tadi ke dalam loyang. Seperti dalam gambar di bawah


Potong Parmesan cheese block mcm ni. Sebenarnya beli parmesan cheese ni lagi bagus sebab kurang gula kalau tak silap . Tak berapa ingatlah. But more healthier lah dari parmesan cheese yang parut-parut tu.

Lepas toping kuah spaghethi dengan cheese, bakar ke dalam oven selama 10-15 minit dengan suhu 220 degree C.
 Tapi , maaflah gambar yang dah siap x sempat ambil. Lapo. Kamera gabak sangat. Henpon dah la ilang tak berganti. nenantilah yek..hehehe..

Selamat mencuba!!