Monday, September 28, 2015

Hari Raya AidilAdha with HAZE~

Selamat Hari Raya AidilAdha~
Harap tak terlewat wish lah ya =)

Untuk tahun ni, kami tak balik beraya di kampung~
Kami beraya di sini sahaja 4 beranak.
Pagi raya kami, masih lagi di atas katil bergolek-golek.
Kite bangun agak awal pagi tu sebab nak ke pasar beli lauk untuk raya.
Hahaha...kesian..
pagi raya baru berebut nak beli lauk untuk masak...
Oklah kan..
bukan ada orang lain..
Seronok sebenarnya shopping barang dapur sorang-sorang.
Hehehehe..
Tak berebut...
enjoy je..
Yelah kan, biasa pergi asik cepat nak balik aje.
Anak-anak cepat boring~
Bila pergi beli barang dapur sorang-sorang, rasa macam pergi vacation pun iya tau!
Hehehehhe..
(Agaknya kalau vacation bebetulmesti best!)

Petangnya pulak, mak mertua datang..
Nak sambut raya sama-sama..
hehehe..
Sambut raya petang ...
Pagi di Kampung...
Petang di Bando~

Raya pertama, ok lagi cuaca.
Raya kedua, pun ok~ tak berapa jerebu.
Raya ketiga, Maaasya Allah~
Punyalah tebal jerebu.
Jerebu start tebal masa tengahari...
Mak mertua memang teringin sangat nak bawak cucu tengok panda kebanggan Malaysia ~
Jadi, memang redah ajelah pergi zoo negara dalam keadaan "berkabus"..
Bau asap, jangan cakap lah..
Perit tekak!







Thursday, September 17, 2015

Movie yang tak jemu

Salah satu movie yang kite tak jemu nak tengok.... adalah...

PK MOVIE!

Hahahaha..

kemaruk hindustan and telugu movie dah sekarang ni. Ini semua influence dari ayah kite lah ni. Main reason y die suka tengok hindustan adalah sebab dia nak survey tempat untuk vacation. Macam cerita Shah Rukh Khan , Jab Tak Hai Jaan.. Biasalah kan... anak-anak semua dah kahwin (macam lah anak ramai sangat. 2 orang je), apa lagi...  Honeymoon balik lah diorang!

Kita ni yang tengah struggle melayan budak, memang concentrate dengan anak-anak jelah. Vacation tolak tepi. Duit simpan untuk benda yang penting aja. Vacation maksud kite kat sini, vacation oversea tau. hehehe.. ( Lupa lak, kite tak pernah vacation oberdesi..Tsskk )


Oh ya, back to PK movie ni, Aamir khan ni adalah seekor alien yang sesat kat bumi. Rantai dia di ragut orang di bumi masa dia sesat kat bumi. Dia tak boleh balik kat planet dia selagi tak ada rantai tu. Jadi, perjalanan untuk mencari rantai tu, orang-orang di bumi selalu menyebut tentang tuhan. Apa-apa pun, tuhan akan di dahulukan. Jadi Aamir khan ni curious lah. Sebab ramai orang cakap, Hanya Tuhan Dapat Bantu Anda. Kan, rantai die hilang, kan? jadi dia rasa die perlu communicate dengan tuhan untuk dapatkan balik rantai dia.

Agak menarik jalan cerita PK movie ni. Tak rugi tengok sampai habis.


2 minggu lepas, kami ke IKEA. alahai, tak puas betul berjalan. Pergi ikea semata-mata nak breakfast kat sana je dengan nak dapat majalah IKEA 2016. tapi hampeh tak dapat pun...huhuhu..kuciwa~~






Tuesday, September 8, 2015

Postpone Full Marathon

Setelah sebulan lebih tak ada training lari yang konsisten , dan hanya concentrate pada cardio & freeletics workout, inilah hasilnya!

Lepas raya , berat badan naik sedikit dari 50kg ke 52 kg. So, kite try lah stick to freeletics workout selama 6 minggu. Hari ni masuk minggu yang kelima. And this is the result after week 5!
Ah-May-Zinc~~

So, bila  tinggal lagi seminggu ni, dia punya liat nak exercise.Allah~ Susahnya nak dapat motivasi nak start workout. Huhu..

Rasanya, kite kena hold dululah target untuk full marathon this year. Macam-macam jadi this year. Jam Polar punya chest strap hilang ( so i cant count how many calories burn per workout session ). And then gps handphone pun rosak. Macam mana nak track lari. Dan ada beberapa hal yang agak mengganggu rutin harian lari lately. So, i need to postpone it . wKecea jugak bila target FM  pkenaostpone but what to do~

So , now kite just focus untuk lose weight aja instead of nak cuba full marathon. Target by this end of September dapatlah cecah 48Kg. Hehehe..

Semoga 2016 yang bakal menjelang lagi 4 bulan ni, membawa Sinar baru kepada kami sekeluarga... Alahai~ lama lagi kot nak 2016..Tsskkk


Tuesday, September 1, 2015

Camping trip at Sg Kedondong, Batang Kali

Last week, kami ke Sg Kedondong lagi. Kali ni, di temani dengan cousin-cousin dan berkhemah pula. Semangat sangat nak ke sini. Kite siap masak nasi lemak banyak-banyak untuk makan sampai malam. Persiapan dari khemah, sleeping bag, hammock, mess tin, dapur petak, semua lengkap!
Tapi nasib tak menyebelahi kami apabila cuaca tak berapa baik masa kami datang. Air sungai dah keruh. Kalau air sungai dah keruh, memang sebelum kami sampai tu dah hujan lah maknanya. Alahai~

Nasib lah tak keruh macam teh tarik. Tapi memang tak berapa best lah nak tiruk.


3 Khemah + 3 hammockuntuk 4 Keluarga. Ok lah~ Kite pun bukannya tidur sangat malam tu, Asyik terbangun aja. Nasib baik camping trip kali ni Adam pandai bangun nak kencing. Tak terkencing atas sleeping macam first camping trip kat Sg Chilling hari tu.




Pagi Ahad , semua bangun awal. Lepas azan Subuh dari handphone, orang-orang dewasa semua bangun sembahyang subuh. Dalam pukul 6:30 pagi macam tu, budak-budak pula bangun. Total budak-budak yang join adalah 8 orang. Paling muda umur 3 tahun. Air baru start nak jernih. Tapi taklah sejernih kalau tak hujan.









Tapi bila start pukul 10 pagi macam tu, orang dah start ramai datang. Aduh~ KREM kepala. Kalau yang datang tu pembersih tak apa. Buang plastik sepah-sepah. Lepas tu, ada orang lepaskan katak dari sungai bahagian atas sebab atas upacara keagamaan. Aduh~ Hidup pulak tu katak tu. Besar-besar! MATI mood terus nak bercamping~ Niat nak berkelah sampai petang atau malam Ahad. Tapi dengan attitude rakyat Malaysia yang macam tu...Hurm~ Good bye lah Sg Kedondong.
Till we meet again~

Apa pun, Sg Kedondong ni sebenarnya LEBIH cantik kalau ATTITUDE rakyat malaysia CANTIK!