Thursday, October 13, 2016

Camping Trip Sungai Peretak, Bukit Kutu

Dah 2 minggu kot peram cerita pasal camping trip kat Sg Peretak ni. Actually camping trip ni semua last minit. Last minit!!!

Ini semua gara-gara konon-konon jalan-jalan kat Decathlon Sri Damansara. Semua barang kat situ ada harga yang mampu milik sampai yang SUBHANALLAH. Pilih sahaja kategori yang korang nak dan rasa berbaloi nak beli. Kami of course lah pilih yang low cost-tapi puas hati.

Kebanyakan barang yang kami beli bran Quechua. Sebutan die ; Cikua. Haaaa... gitulah ye adik-adik. Hakak gugel sendiri tengok kat youtube. Apeke pelik no ejaan die.

Sejurus lepas beli barang-barang kat Decathlon tu, takde rasa nak camping pun. Tapi dalam hati kite ni doa je banyak-banyak, "mintak2lah encik husband rasa apa yangku rasa...CAMPING!"

Alhamdulillah, telepati kite tepat kena sasaran hati encik suami. Yes. Die nak g camping. So kami pun ajaklah sedara-sedara terdekat. Kebetulan cousin kami ada ajak mandi-manda air terjun. Tapi tak decide nak mandi kat mana. Sehari sebelum nak camping baru decide. Boleh? Hahaha..Itu pun malam .

Bukan ape..kami dah biasa mandi air best-best kat gunung...bile nak mandi kat air terjun ramai orang ni...Rasa tak privillege. Rasa mandi kat lopak. Space tak banyak. Huhuhu..Perasaan je semua tu kan... Orang lain mandi rilek aje... haih..

At first kiteorang ingat nak camping kat Sungai Chilling memandangkan kat situ dah ada facilities macam surau and bilik air. So , agak selesalah nak urus anak-anak. Tapi. Huh.. Dah macam Sungai gabai Sungai Hulu Langat jek. Tak selera betul nak mandi.


Dahlah parking ...Masya Allah... Jauhnya dari pintu nak masuk Sungai Chilling. Itu satu hal. Air dah jadi macam keruh dah bila ramai-ramai mandi... Kami sampai parking dalam pukul 12 tengahari gitu. Jumpa cousin kat situ. Diorang dah sampai agak pagi jugak dalam pukul 10 pagi.

Bila tengok air keruh dan padat dengan manusia... Encik husband langsung tak bukak haversack. kite pun sama. Just dirikan haversack. Dalam kepala macam nak menuju ke tempat lain. Tapi otak kata.. " rilek dulu... baru sampai ni...anak-anak tengah excited nak mandi. dahlah perjalanan dari rumah ke sini amik masa sejam "




Ok. Kite pun layan kan ajelah anak-anak. Tak sampai 20 minit celup-celup badan, kite dah naik kat atas. Join aunty kite makan. Encik husband terpaksalah melayankan anak-anak mandi. hehehe.. Punyalah tak ingat dunia makan sambal petai... sampai senuh perut. Tobat tak nak makan petai lagi!


Encik husband yang suka rela nak bagi anak-anak makan..i lap u...



dalam pukul 2:30 gitu encik husband and cousin kite bincang nak pindah tempat mandi-mandi. KAmi berpindah ke sungai peretak je. Sebelah nun je ngan chilling. Konon-konon nak privacy.





Bolehlah... air keruh gak... sebab ramai orang. Tapi taklah seramai kat chilling. So, kami husband and wife sepakat nak camping kat situ je malam tu. Memang nekad abis. Cousin pulak tak nak camping . Lagipun ada program lain esoknya.

Layanlah...

Malam tu, adik kite pula menyusul... Alhamdulillah... takdelah anak-anak boring kalau Ucu diorang datang...




Pagi tu bangun tidur...seronok sangat... takde orang mandi lagi... Jernih je air. Tapi dalam Wooo... ade mat rempit datang lewat pagi tu siap lemas lagi. Hahaha... iols ni tak berani nak selamat kan .. So encik husband and adik ipar je selamatkan...







Overall, trip camping kat Sungai Peretak ni memang worth it. Dalam erti kata lain, sebenarnya encik husband nak test khemah baru die..hehehehehe...

papai.

No comments: