Monday, July 11, 2011

Kontraksi Braxton Hicks.



*(Pakai 1 jari jer buat lukisan nih. Ahaks! =p )


Apa yang membezakan Kontraksi Braxton Hicks dengan kontraksi bersalin yang sebenar?

Ok,
Kite ada survey kat internet.
And,
Kite rasa,
Ini yang kite tengah alami sekarang,
Iaitu : Braxton Hicks Contraction.
Menurut sumber yang boleh di percayai, Kontraksi BH biasanya berlaku 2-3 kali sejam.
Biasanya kontraksi BH berlaku 1-2 minit.
Actually, ianya terjadi seawal 6 minggu kehamilan. Tapi tak ramai yang dapat rasa sebab time awal-awal pregnancy , kontraksi BH berlaku sekejap & ringan sahaja.


Tanda-tanda Kontraksi Braxton Hicks:

1. Kontraksi BH tak menjadi semakin kuat. Rasa perut menegang & Tak selesa.
2. Kalau Air banyak di pundi kencing, mulalah Kontraksi BH. Perut tegang.
3. Bagi kite, kontraksi BH tak sakit. Cuma tak selesa sebab perut menegang tak tentu hala.
4. Kontraksi BH tak teratur. Cuma datang sekali sekala berbanding dengan kontraksi sebenar yang berlaku semakin teratur dan kerap.
5. Bila baby bergerak aktif,pun boleh menyebabkan kontraksi BH di akhir-akhir kehamilan.


Tips-Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BH :
1. Agak-agak pundi kencing penuh, terus je pergi buang air kecil. Kalau tak, memang sangat-sangat tak selesa.
2. Minum air & baring mengiring sebelah kiri.
3. Berjalan-jalan ambil angin. (Ini kalau kiter lah. Terpulang pada individu. Kalau berjalan-jalan, kurang sikit. sebab dapat regangkan pinggang. Lagipun kat ofis takde tempat nak baring.
4. Cuba tarik nafas secara teratur. Walaupun nafas pendek, try nafas sedalam yang mungkin (ikut keselesaan) tapi teratur.

Insya Allah.....

Selamat mencuba!


No comments: