Wednesday, February 19, 2014

Sushi Roll Mudah || Buntu nak masak ape


Benda yang tak pernah berubah sebelum dan selepas jadi housewife is, Almost everyday buntu tak tau nak masak ape. Kite pernah try plan menu untuk seminggu. Tapi, susah sebab encik suami kadang-kadang berubah mood makan die. Bila dah plan nak masak nasi, die nak makan mee. Sekarang lagi tricky. Sebab nak kurangkan masak nasi. Hohhh...So, tak tau masakan ape yang healthy+sedap+mengenyangkan+Low Budget. Hahahaha...

Hari ni, plan buat sushi sebab ade leftovers makanan sarapan pagi tadi which is jagung + salmon. So, kite nak share macam mane nak buat sushi mudah gile.

Bahan yang di perlukan.
Beras Sushi
Jagung rebus yang dah siap di rebus.
Carrot sebatang
Timun Jepun
Ikan Salmon grill / Crab stick
Kewpie Japanese Mayonese
Garam
Gula
Cuka Masak cap yang Halal.

Beli kat giant hypermarket. RM9.90 je

Mayonese ni best. Sebab dah cukup manis and masinnya.

1. Mula - mula, masak nasi sushi dulu. Sukatan same je macam masak nasi biasa ya puan-puan.

2. Sementara tunggu nasi masak, sediakan dulu penyedap rasa nasi sushi. Larutkan garam1 sudu teh+gula 2 sudu besar+cuka 4 sudu besar hingga hampir sebati. kacau je sampai larut. Lepas tu, asingkan tepi atau simpan dalam peti sejuk dulu.




3. Potong timun jepun , karot , salmon grill yang telah di carik-carik, crab stik yang telah di celur 
seperti di bawah.



4. Jagung tu kite gaulkan dengan 3 sudu japanese mayonese kewpie.



5. Selepas nasi masak, gaulkan nasi. tunggu sejuk seketika dalam 15 minit. Lepas tu, masukkan cuka+garam+gula ke dalam nasi. Gaulkan rata.


6. Letak nori/seaweed atas bamboo mat. letak sushi rice atas nori dan ratakan. Lepas tu, suka hati lah nak letak filling ape-ape ya.


7. Gulungkan agak kemas dan padat-padat.



8. Inilah hasil gulungan saya.


9.  Lepas tu, boleh potong. Make sure basahkan pisau dengan air  sebelum potong supaya mudah di potong. Kalau dah agak melekit sangat, basahkan lagi.


10. Tara !!! siap...

Esok Anniversary kiteorang yang ke-4. Cheesecake Oreo ni buat sendiri. Tapi agak fail la . Sebab cheesenya berketul. The best part is, Adam suka sangat cake ni. Walllahhh...


4 tahun kawen = 2 orang anak. Target, 10 tahun kawen = 5 orang anak!!! Wehooo.. Bile la gua nak kurus!


No comments: