Aktiviti : Rafting de Nenggiri
Tempat : Gua Musang
Tarikh : 18-24 Disember 2005
18 Disember 2005
Seingat kite, sebelum bertolak ke Gua Musang, iaitu tempat aktiviti rafting di jalankan, kite demam teruk! selsema and batuk sampai tiada suara gamaknya. 2-3 kali jugaklah sorang senior ni nasihatkan kite supaya pikir banyak kali sebelum join aktiviti nih. Kebetulan, Encek Boyfren a.k.a Encek suami saya sekarang tak dapat follow atas sebab-sebab final project yang perlu diselesaikan. huhuhu... tak dapat nak berlibur bersama. Fikir punya fikir, kite nekad untuk pergi jugak aktiviti ni dengan syarat yang di beri oleh Si Dia, 'Jangan Skip makan ubat. i know u hate to take medicine a lot!!'. ok, janji ye .... dengan sumpah setia untuk memakan ubat on time, makanya, bas UPM kami pun bertolak lebih kurang pada puku; 11 lebih gitu.
19 Disember 2005
Lebih kurang pukul 5 pagi gitu, kami tiba di daerah Gua Musang. Kite tak berapa ingat apa jadi masa sampai pagi tuh. cumanya kami bersembahyang subuh di masjid area situ. Pastuh, kami ke Taman Etnobotani untuk aktiviti memanaskan badan sebelum mendayung . Di Etnobotani, kami di beri sesi briefing oleh guide tersohor di area Gua Musang,Encik Tahir. Tapi nama glamer beliau ABAH. quite cool jugaklah tapi agak ganas sikit bahasanya. kelakar pun iye jugak. umur lebih kurang 50++ rasanya. Anak die yang sulung sebaya ngan kite. Jadinya, seingat kite, hari pertama di Gua Musang, kami di beri briefing tentang teori dan sesi berkenalan antara sesama senior dan junior. Time ni seronok sangat sebab ada participant pompuan dari junior yang ramai!
*Acara makan beradab
20 Disember 2005
Hari kedua di Etnobotani,kami di ceriakan dengan aktiviti rock climbing! best tapi gayat...ehehe. Lepas bersukaria menjadi Sang labah-labah, kami berkemas-kemas untuk ke Kuala Betis, which is the starting point untuk rafting di Sungai Nenggiri. Kami ke sana menaiki lori gabak besar. punya lah jakun semua. terutama sekali kite lah kan. excited lebih. Kami singgah di rumah ABAH untuk mengambil tali temali dan beberapa peralatan untuk membina rakit kami sendiri! yeah...kami akan rafting menggunakan rakit yang di buat sendiri. Kami tiba di Kuala Betis lebih kurang pukul 5 lebih gitu. Malam tu, kami di brief tentang cara-cara membina rakit sendiri dan kami di arahkan untuk membuat rakit mengiku group yang telah dibahagi-bahagikan.
21 Disember 2005
Pagi tu, kami bersiap-siap untuk turun ke sungai. Air sungai sangat laju! Team USM sampai dalam pukul 10 pagi gitu. kesian dorang. sampai-sampai je terus kena briefing cara-cara untuk pasang rakit dan buat on the dot. Kami semua start rafting dalam tengahari gitu. Perasaan? seronok tak terkata. Group kite sangat best! semua jenis kepala gila-gila. Menyanyi jer kerjanya. Kami namakan group kami sebagai group ASTRO. satu demi satu lagu kami nyanyi sambil mendayung. Kebetulan, group kite ada bawak satu kuali yang besar. memang ngam lah dengan nama ASTRO. Hehehe....
Guide : Jugah
Team : Kak Senja, Mok, Jo, Jackson, Kite
Kami tiba di first kemsite agak-agak dalam pukul 6 petang gitu. Jenuh jugak nak bawak barang dan ration dari tempat parking rakit dengan kemsite. boleh tahan jauh lah. Khemah kite dan kawan-kawan yang lain kat Gua Cha. memang betul-betul pacak kat sebelah kubur. muaahahahahaha.....
*Kemsite kami. Kite bersama blogger yang bernama Jo. Mentah sungguh muka masa ni
22 Disember 2005
Perjalanan hari kedua agak hebat. Ombak besar! macam mendayung kat laut. Masa ni kebeulan musim banjir di Kelantan. Tak rasa macam berada kat sungai. tapi macam berada kat tengah laut. ombak setinggi yang tak dijangka.Kami tiba di second campsite petang. Time tu hujan agak lebat jugak. Malam tu, kami diserang dengan agas sangat teruk. Malam tu pulak, tiba-tiba guide-guide main mercun tak hengat dunia. memang happening.
*Bermain-main pasir
*Bermain-main pasir
*Our campsite.
23 Disember 2005
Hari ketiga, pun sama. kami melawan ombak besar. tapi tak banyak jeram sangat memandangkan air tinggi. Di pendekkan cerita, masa nak sampai ke kemsite ketiga, rakit kami terlepas tempat parking. rakit kami terlajak agak jauh lalu merempuh pohon-pohon buluh. Maka, gatal-gatal lah kulit kami yang mulus semerbak. Hehe. Nasib baik rempuh pokok buluh. Kalau tak, dah hanyut dah. Kemsite ketiga ni adalah perkampungan orang asli. Tak berapa ingat apa nama kampungnya. Tapi majoriti masih membela anjing dan kambing. Tapi masih juga ada yang bertudung. Malam tu, kami bergembira sakan! Kami di sajikan dengan persembahan band oleh team guide yang sememangnya pandai menyanyi dan juga tarian sewang yang majoritinya di conquer oleh team-team pendayung seantero. Ada video sikit masa kat kemsite ketiga kat dewan orang asli.
*Malam itu kami bersewang tak ingat dunia. best!
*Tempat beradu kami di dewan kampung orang asli.
24 Disember 2005
Hari Keempat adalah hari kami keluar dari hutan. Jumpa civilisation. Tapi hari tu adalah hari yang tak boleh di lupakan oleh group ASTRO. Group kami di telan oleh arus kuat dari gua ape ntah. Tapi kami sempat berpaut pada rakit yang tersangkut kat pintu gua. arus kuat sangat masa tu. Memang mengucap 2 kalimah syahadah lah time tu. Tapi alhamdulillah, kami selamat.
*Sebelum kejadian.
Last but not least, aktiviti rafting kali ni sangat enjoy! plus, dapat team rakit yang sempoi dan gila-gila. korang best!
Psst... penat la nak mengarang...plus, da banyak dah lupa. Just enjoy the picture je lah yea?
No comments:
Post a Comment