Thursday, December 9, 2010

#4 Gunung Tahan

Hye there!
kite nak update lagi.
tengah excited tengok balik gambar-gambar lama.
4th trip kali ini adalah........jeng..jeng...jeng......


Gunung Tahan/ Mount Tahan.
11-19 April 2005
Duration : 6 days, 5 night.
Start : Merapoh, Kelantan
End : Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Trip ini di anjurkan atas nama Kolej Tun Dr. Ismail, UPM. dan organizer untuk trip ini adalah Encik Suami. Banyak sangat dugaan sebelum nak ke Trip Tahan nih. The huge problem is the team binding within the participants itself. sedih kan? Kesian sangat kat Encik suami masa tu. banyak sangat hati kena jaga. yang di sana kawan, yang di situ pun kawan. Isk...isk...

Pada 11hb , petang tu, kalau tak silap , ada berita yang sangat tak best. Pakcik bus yang akan bawa kami ke Merapoh, iaitu permulaan Trip Tahan salah paham tentang tarikh kami bertolak. Pakcik tu ingatkan 12 hb,malam. Padahal, kami sebenarnya nak gerak dari kolej pada pukul 11:30 malam pada 11 hb April. Encik suami cepat-cepat ke Pejabat admin untuk mintak pertukaran tarikh. masa tu dah pukul 4 petang dah. takut sangat opis tutup. yer la kan. kadang-kadang ader jer staff-staff yang pulang awal atau ngeteh kat luar. Alhamdulillah, Encik suami sempat jumpa pakcik bus tu. Settle. Malam tu, siap ada sorang peserta lagi nak tarik diri. kalau tak silap, masa tu dah dekat pukul 9. Tak tau lah masalah ape. Tension agaknya dengan kerja yang menimbun sebelum panjat gunung. Tapi, alhamdulillah, die tarik balik kata-kata dia. entah siapa lah yang pujuk die.

Tepat jam 11:30 malam, kami bertolak menuju ke Merapoh

Seronok betul perasaan time tu. Excited! Tapi still ada perasaan takut sebab takut pancit masa trekking nanti.

12hb
Lebih kurang jam 5:30 pagi, kami tiba di Merapoh. Kalau tak silap, kami tersalah masuk lorong pagi-pagi buta tu. termasuk ke lorong yang kecik. pastuh nak U-turn balik susah.Setelah tiba di Taman Negara Merapoh, kami semua solat subuh dan tukar terus pakaian untuk trekking. berdebar sangat perasaan time nih. Sebelum perjalanan di mulakan, kami semua perlu declare barang yang kami bawa. Itu semua termasuklah pakaian dalam,gula-gula berapa biji,rokok berapa batang,etc. Sebab, nanti kalau dah keluar dari Gunung Tahan tu kena kira balik barang tu. kalau ada yang miss, kena denda. dia kira kita buang sampah kat dalam Taman Negara Gunung Tahan tu.


11-19 April 2005, Mount Tahan
*muka excited naik 4x4. jakun sangat. perjalanan 4x4 ke starting point memakan masa sejam. Kami dalam 4x4 tu gelak macam orang kena histeria. jakun punya pasal. sampailah pakcik driver tu toleh, baru kami senyap. MALU. ehuhuhu.

Sesampai sahaja di starting point, kami stretching2 sikit sebelum memulakan perjalanan. setengah jam pertama ok lagi. Lepas tu... dah mula nampak semput. tapi orang lain tak lah. Plus, ini lah first time kite bawak haversack yang mengandungi pakaian & makanan untuk 6 hari 5 malam di hutan. pheww... Nak di pendekkan cerita, untuk trekking hari tu, kite pancit! by the way, untuk trip ni, kite sorang jer perempuan junior. Yang junior lelaki 5 orang. Kami tiba di Kem Kor pada pukul 4 petang. ini first kem kami tidur. Kem site kat sini best sebab kami pacak khemah kat sebelah sungai =).

13hb.
Pagi tu, kami semua bangun seawal 5:30 pagi untuk prepare sarapan dan lunch sekaligus. kalau tak silap menu pagi tu cucur , dan untuk lunch pula adalah nasi goreng. untuk menu sepanjang trip nih, senior kite yang settlekan. kite hanya tolong kupas-kupas bawang jer. maklumlah. kite masak bukannya sedap sangat kan.... Perjalanan untuk hari kedua adalah sangat best. Kami semua lunch di Kem Kubang. Kite rasa Kem ni dinamakan kubang mungkin sebab tempat Vavi Hutan berkubang kot? yer lah, berlumpur gila. Tapi trip kali ni adalah musim kering + musim bunga, jadinya, tak lah dalam sangat lumpurnya. pernah dengar orang cerita kalau terbenam kaki, memang sampai lutut la. Sepanjang trek kat Kubang ni, kami asyik bergayut kat akar and ranting kayu jer. Tak nak kena lumpur konon.


11-19 April 2005, Mount Tahan
*Tired but happy.

perjalanan di teruskan menuju ke Kem Botak. Kami akan tidur di Kem Botak. dalam hati kata, "macam bukit botak yg kat kampung tu kot? togel jer semua pokok".


11-19 April 2005, Mount Tahan
*Ini adalah view dari Kem Bonsai. see.... dah nampak dah kan bukit botak..nampak tak trek yang putih-putih tu? itu trek berbatu. nampak jauh kan dari Kem Bonsai?


11-19 April 2005, Mount Tahan
*Ok, inilah die trek yang berbatu putih tadi. cuma 20 minit jer dari Kem Bonsai tadi. We are nearly reach Kem Botak! yeay!



11-19 April 2005, Mount Tahan
*Macam gambar dalam lukisan kan? ehehehe.. kite akan ke sini lagi suatu hari nanti bersama anak-anak. I promise u baby!

Akhirnya, kami tiba di Kem Botak dalam pukul 5:30. Sejuk? phew~ sangat sejuk! di tambah dengan angin yang kencang. nak masak pun susah. Tapi, sanggup pulak kite mandi kat atas nun. Oh ya, kat Kem Botak ada telaga. best........ i tell u, the water is sooooooo chilled! Kami budak2 perempuan mandi ala-ala kat rumah gitu. best gila.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Ini lah telaganya. dalam. Hehe.
Malam tu, tak ingat makan apa. tapi moment yang tak boleh lupa, boleh pulak yang budak-budak perempuan Beri-beri beramai-ramai. begitu juga dengan kaum adam. cumanya tempat lain-lainlah kan. ehehe.. yang kelakarnya, husband kite cerita, kaum-kaum adam ni cangkung dalam bentuk bulatan dengan lampu suluh di tangan masing-masing. agak-agak nak dengki kawan, dorang suluh plak kat bahan buangan. cet! time nih masing-masing baru awal 20-an. paling tua time ni baru 25 tahun rasanya.

14hb.
Pagi tu, sejuk sangat! Tapi kami dikejutkan dengan berita yang salah seorang kawan kami mandi kat telaga tu. Mak aih! sejuk gila tau! mandi kat puncak gunung! ape jenis kulit pun tak tau la.

11-19 april, mount tahan
*yang pakai towel tu lah mamat yang mandi pagi-pagi buta di puncak gunung. gilo. yang lain tu sajer jer nak test ketebalan kulit.

11-19 april, mount tahan
*We are above the cloud =) .
Menu pagi tu, nasi goreng lagi...nak makan sedap, kat kedai la kan. tak boleh cerewet.

Perjalanan dari Kem Botak Ke puncak Tahan memakan masa selama sejam jer. Masa sampai kat atas tu, Happy sangat! first time panjat gunung yang lama-lama dan bawak beg with load of clothes and foods.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Happy faces. Inilah beg first kite. Beg deuter kaler coklat. and first time bawak haversack sendiri. Of coz guna duit scholarship. Thank you JPA (>_<).
We didn't plan to lunch here. Perjalanan dari Puncak Tahan ke Kem seterusnya adalah hujan renyai-renyai. tak banyak ambil gambar. sayang betul. ada nampak bangkai kapal terbang lagi on the way dari Puncak Tahan le Kem Gedung. Trek dari Puncak Tahan ke Kem Gedung a.k.a Gunung Gedung adalah sangat AWESOME! cantik sangat! Kami tiba di Gunung Gedung kira-kira pukul 5 petang. Water point kat Gunung Gedung tu sangat lah jauh. ada satu waterfall kecik. kena trekking sikit untuk ke waterpoint tu dalam 15 minit. Menu malam tu yang kite ingat, sayur kobis masak air. Masa ni sejuk sangat. Kebetulan malam tu adalah turn kiter, encik suami dan beberapa orang rakan masak nasi untuk buat nasi goreng keesokan harinya. herm. hujan turun sangat lebat malam tu time masak nasi. tapi bagus jugak, sebab dapatlah masak air Air yang dalam botol semua kami tak sentuh sebab waterpoint sangat jauh untuk ambil air. Malam tu, khemah budak lelaki bertakung dengan air. Masa ni lah baru tersedar, Carry mat adalah sangat penting untuk tidur kalau pergi gunung yang lama-lama. kira macam tilam lah . Sleeping bag sahaja tak cukup.
11-19 April 2005, Mount Tahan
*Tempat tidur kami di Puncak Gunung Gedung

15hb.
Pagi tu bangun sejuk sampai mencengkam tulang. Perjalanan turun dari Gunung Gedung ke Kem seterusnya iaitu Kem Teku agak mencabar fizikal. Maklumlah, hari ketiga. Plus, malam semalam kan hujan. So, encik suami yang bawa ground (macam kanvas) agak tertekan sebab sangat berat. banyak pasir melekat-lekat pada ground. separuh perjalanan pulak, kaki kite melepuh teruk. sangat teruk . kulit yang melepuh tu koyak. isk..isk..jadinya, kite sampai ke Kem Teku dalam pukul 6 petang. kat sini lah mencabar. Lebah banyak gila. sampai melekat-lekat dekat haversack. sampai-sampai jer Kem Teku terus masuk dalam air sebab terlalu sakit kaki tu. malam tu penuh dengan emosi. ada yang nak balik awal. Adeh. Tak enjoy betul. Last-last, semua setuju untuk keluar dari hutan keesokan harinya which is sebenarnya time tu sepatutnya kami masih ada lagi 2 hari untuk keluar dari hutan.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Air sungai yang deras dan warna gelap

16hb
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk pergerakan yang lebih laju kali itu. Kononnya nak keluar awal kan. Jadinya, kite jalan paling depan sekali atas sebab kite injured. Perjalanan dari Kem Teku ke Kem Putih(tempat untuk kami lunch) banyak kena cross sungai. sungai dier kaler itam dan sangat laju. Time ni lah kite sesat! masa nak cross sungai tu, kite ngan 3 orang lagi kawan, 2 budak lelaki terlajak entah ke mana. . cuak gila. sesat dalam hutan tebal ni! kira-kira sejam jugak lost track. Last-last kami terserempak bali ngan group kami sebab kami patah balik. nasib baik. Sesampai je KEm Putih, kami terus masuk dalam air sambil makan nasi goreng..lagi.... bukan ape, makan dalam air adalah sangat melegakan sebab lebah sangat banyak. After a few hours, kite start trekking balik. kali ni, kite paling belakang. orang yang dah biasa jalan terlampau laju tak biasa duduk belakang. kurang sabar barangkali. Ok, hari tu, kite injured lagi. kite hampir pitam. tapi, nasib tak apa-apa. jadinya, tak sempat untuk keluar dari hutan untuk hari itu. Kami bermalam di Kem Tengah. Malam tu, guide kami tidur awal. tak tau sebab apa.

17hb.
Hari yang dinantikan telah tiba. Kami keluar dari hutan hari ini! civilization! Perjalanan dari Kem Tengah ke Kem Melantai ok je but kite still lambat sebab kaki dah sangat teruk. bernanah dah pun.
11-19 April 2005, Mount Tahan *Kem Melantai

Kite push diri kiter since hari kedua lagi. bukan buat-buat sakit tau. tapi memang betul-betul sakit. Perjalanan dari kem melantai ke Kuala Tahan adalah sangat melegekan sebab jalannya rata. kadang-kdang jer kena lintas pokok-pokok besar yang tumbang. Kira-kira lagi 20 minit nak sampai Pintu keluar, kite ternampak ada benda hitam lemintas dengan sangat laju! cuak! laju sangat benda tu. tapi kite yakin benda tu harimau bintang. kami berempat time tuh. Encik suami dah jalan depan dah. Kami semua senyap sekejap. tunggu kot-kot binatang tu nak lintas balik, kami nak je lari. after a few minit, kami jalan balik. Kali ni jalan sangat laju. kaki yang bernanah ni agaknya kalau boleh bercakap memang dah menjerit-jerit agaknya. Alhamdulillah, kami tiba di Pintu keluar dalam pukul 4 gitu. Syukur semuanya selamat.

11-19 April 2005, Mount Tahan
*Menunggu bot untuk ke seberang.

18hb.
Kami santai-santai jer di chalet. duit banyak habis untuk chalet. sepatutnya kami duduk chalet sehari je. tapi sebab nak sangat keluar cepat dari hutan, budget semua lari. tak dapat nak beli souvenir. Kite terkilan sebab tak dapat nak pegi canopy walk. kaki dah bengkak nak jalan pun susah. so, end up just duduk di berandah chalet , borak-borak bersama encik suami.

19hb.
Hurray! kami pulang ke Kolej hari ini! Memori Gunung Tahan memang sentiasa terpahat di memori. Oh ya, Masa kat Kem Tengah, rupanya kat situ sangat-sangat haunted. Kat situ ada seorang orang asli mati kat situ. Malam tu, ada sorang member kena kacau. huhuhuhuhu. siap main tarik-tarik mess tin lagi. weeehehehehhe... Overall, Trip ni patut repeat balik!

No comments: