Tuesday, February 28, 2012
Adam 7 months Old
Saturday, February 25, 2012
Insomnia kah?
Sejak dari pukul 3 pagi tadi tak tidur...
Adam merengek..check punya check, rupanya Adam punya seluar basah..
pampers dah penuh...
Lepas tukar pampers, belum sempat pakaikan seluar baru, Adam dah terlena balik..
Lepas tu...terus tak boleh tidur..
Ape lagi..layan youtube la Ibu Adam...
From my observation, Adam bangun sejam-sejam setengah setiap malam untuk menyusu.
Hari-hari tidur tak lena. Kecuali hujung minggu...
Itupun,kalau hujung minggu tak bekerja keras mengemas rumah.
Hermm...patutlah ngantuk kat tempat kerja..
Insomnia kah daku??
Jom kita google ape punca Insomnia...
Punca Insomnia :
1) Environment- kemungkinan bunyi yang terlalu bising/ temperature yang amat sejuk/panas.
2)Stress
3) Tidak ada jumlah normal tidur yang tetap - Ada orang perlu tidur 10 jam pada waktu malam. Tapi, ada juga kes yang masih segar dan aktif walaupun hari-hari jumlah tidurnya 3-4 jam sehari.Mengikut purata, orang dewasa memerlukan 6 jam sehari tidur pada waktu malam.
4) Masalah kesihatan - Contohnya, athma,parkinson, dan sebagainya.
Simptom-simptom insomnia :
1)Kesukaran tidur di waktu malam
2)Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali
3)Bangun terlalu awal di waktu pagi
4)Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.
So... rasenya, kite bukan pengidap Insomnia tegar kot.!
Wednesday, February 22, 2012
Tuesday, February 21, 2012
6 Months 4 weeks 1 day old
Sunday, February 19, 2012
Friday, February 17, 2012
Renungan buat Suami & Isteri
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Copyright© LifeFit.m
Wednesday, February 15, 2012
3 Tahun
Tuesday, February 14, 2012
Sesi Berangan : Vacation
