Tuesday, January 31, 2012

|| GEmuk ||

Tadi pagi hantar Adam lambat sikit sebab ambil Road Tax & Insurans document kat Gdex. Benda ni pun salah satu perkara yang membuatkan stress. Stress sebab risau road tax tak sampai-sampai kat rumah baby sitter. Kite soh abah kite courier kan road tax insurans semua bagai kat rumah babysitter. so that lepas ambil Adam boleh terus tampal kat kereta. Opis masih belum siap. So, tak berani nak bagi alamat opis. Tak sangka pulak Ayah kite courier dokumen semua hari jumaat petang. So, Sabtu lah jawabnya sampai rumah babysitter. WHICH IS BABY SITTER TAK ADA KAT RUMAH. Adoiii.... memang risau sesangat. Di pendekkan cerita, last-last, kena pick-up sendiri parcel yang di courierkan oleh ayah kite. Nasib document tu ada.



kk
*Double Chin yang tak pernah hilang sejak beberapa tahun yang lalu


Ok lah, Entry hari ni bukan nak cerita pasal Road tax tu. Tapi tiba-tiba terfikir. Macam mana Ada orang dapat tahan telinga daripada kena kutuk "GEMUK". Seriously.kite.tak.tau. Macam mane nak lalikan telinga dengan Gelaran macam tu. Balik kampung je, mesti orang dok tegur. GEMUK.GEMUK.GEMUK. Pedih Siot. Sekarang ni usaha kite just makan ubat & minum air 3-4 litre per day. Itu JERK. Work Out memang tak ada selain Sauna. Tak sempat eksesais dengan nak buat semua house chores + jaga anak. Tapi dalam kepala ni, ade jugak plan nak eksesais kat tempat kerja. Memandangkan kat tempat kerja memang ada track jogging. Tapi, tak sempat! Pukul 7 pagi dah berebut nak hantar anak. Sampai tempat kerja lagi 5 minit pukul 8. Then, kena balik cecepat sebab tak nak anak duduk lama-lama dalam kereta ngadap jam. Kite taknak menyusahkan babysitter jaga anak kite lama-lama. Seriously, bukan senang nak handle anak orang beb. Babysitter pun manusia jugak Die bukan Robot. Kite tak naklah meletihkan babysitter. Kalau boleh kite nak babysitter hari-hari bertenaga nak jaga Adam. Takmo die jaga Adam lelebih masa.

So, bile ek nak jogging? ujung minggu? Atau just curi masa buat sit up kat rumah? Pernah buat...tapi...asal Adam nangis je, terus BF die sampai kite tertidur (-_-). HELP ME.



kkk
Sponge Bob Square pants Face?

Stress

Bile terbaca banyak status Monday Blues kat FB kawan-kawan, kite tertanya-tanya.
"Am i having Monday Blues too?". Nak kata mood kerja tak ada, tak jugak. Sebab speed kerja agak laju hari ni. Cuma sikit-sikit teringat kat Encik suami. Tapi boleh lah di kontrol. Cumanya, tengah sibuk-sibuk buat kerja, dalam pukul 4 ptg gitu, terus kena headache gile-gile punya! Headache sampai rasa kepala nak PECAH ok. Di tambah pula dengan Mual-mual mcm pregnant. Sampai member tegur kenapa muka stress sangat. Huish! Takkan lah stress kot? Tak pernah-pernah stress sampai pening macam kepala nak meletup. Mungkin juga sebab masalah-masalah kecik yang berlaku sekitar seminggu ni. di tambah dengan batuk-batuk kokol dah dekat 2 minggu.
Mungkin jugaklah..

Tapi yang GERAMnya sekarang ni. Kawasan Rumah Dah macam Perang kat SOMALIA! Bertambah-tambah PENING dan ADAM tak boleh nak tidur. Dari pukul 9 lebih kot! pukul 12 baru Adam boleh tidur. GERAM.GERAM.GERAM.
Harap esok boleh kerja dengan tenang da tune kerja masih RANCAK.


p/s: Dah lama layout blog ni terbengkalai. tunggu lah Admin asal updatekan. hehe

Wednesday, January 25, 2012

Ayat penyedap hati


Tahun ni, banyak betul cuti berderet-deret.
Best betul.
Tapi, bukannya boleh panjat gunung pun. (-_-)
Tak apelah, at least Kite dah capai 2 target penting dalam hidup

1. KAHWIN

2. ADA ZURIAT

Ok lah kan?
(Ayat penyedap untuk diri sendiri)

Beberapa target yang lain tu, tak apalah.
Kayuh pelan-pelan.
Mana ada orang dapat capai target banyak-banyak dalam setahun sekaligus.
Harap tahun ni, dapat capai target yang diidamkan.

Ok lah, bai.
Nak g sauna .

- Lydia -

fuhhhhh

besttttttt.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 24, 2012

Adam turns 6 months Old

pooojaan hati Kami

Wednesday, January 18, 2012

Parenthood #1


Training naik public transport.


Semalam lepas hantar Adam, sambil menyanyi-nyanyi dengar radio, ternampak IBU MUDA mengendong BABY + Anak Kecil umur dalam lingkungan 1-2 tahun naik public transport. Naik Bus Rapid KL.

SERIUS Tersentuh sangat-sangat. Tak tau nape Cengeng sangat. Tapi bila nampak situasi macam tu, rasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Rasanya Basic semua dah ada. Tapi, manusia kan. Mane pernah rasa cukup. Ada sahaja benda yang hendak dicapai.

Tapi kan, Kite rasa mak kite pun cenggitu jugak. Teringat dulu kecik-kecik, mak kite bawak naik bus g klinik. Mase tu, Bus yang glemer, Bus T.Hakim & Alex Bus. Ade kaler Hijau,merah and Bus T.Hakim waktu tu kaler biru. Zaman kite kecik-kecik dulu, mak kite dah training kite naik bus umur 10 tahun. Kalau tak silap, Hari sabtu je g sekolah naik bus awam. Sebab mase tu ada kokurikulum punye aktiviti. Training Sukses. Kite boleh naik bus sediri. Independent.

Lepas tu, umur 12 tahun. Mak kite ajar naik bus lompat-lompat g balik kampung sorang-sorang. BALIK KAMPUNG SORANG-SORANG Beb!! And my mum believe i can do it by myself. Ingat lagi, mase tu naik bus ape tah. Balik kampung kat Pontian. Tidur 1 hari kat kampung. Bawakla beg balik kampung. Untuk balik kampung, kena naik bus awam dari Terminal Bus Larkin. Lepas tu, berhenti kat Hentian bas & Teksi Pontian, Amik Teksi Sapu. Naik ramai-ramai. Selagi teksi tu tak penuh, pakcik teksi tu tak jalan. Tak pun, naik bus menghala ke Benut. Then, berenti je depan umah atok. Haha.

Tapi itu dulu........................

Zaman sekarang ni, korang rase, kite nak bagi ke anak kite naik bus sorang-sorang? Even budak lelaki pun boleh kena liwat. Iskk!!! Nauzubillah.. Takot lah zaman sekarang nih!
SERAM !!




*Ibu & Ayah Adam yang eksaited nak celebrate umur Adam yang ke - 5 bulan. HAHA !!




*Adam tolong ibu reviewkan Resume.



*Korang rasa, ape title yang sesuai untuk cover letter ni?

Sunday, January 15, 2012

The Ugly Truth

3
*Baby sitter Adam cakap, Adam macam dah nak boleh merangkak!


Macam biaselah, hujung minggu memang kami sekeluarga akan ber"outdoor".
Tak kirelah, ke Shopping complex. Hatta berjalan-jalan dalam taman perumahan pun kire Outdoor jugak lah. Nama pun outdoor. LUAR PINTU.

Nak di jadikan cerita, Hujung minggu kami tergendala sikit sebab kereta Encik suami rosak. So, hari Sabtu terpaksa lah ber"outdoor" di malam hari. Ala.. . Pergi Jusco je..Ihik... Kebetulan, Encik suami dapat INNOVATIVE AWARD (*clap *clap *clap) kat tempat kerja die. Dapatlah voucher JUSCO sekupang dua. Dalam kepala kami, bukannya nak beli baju kami ke hapa... sEmuanya Untuk Adam!

1
*Ibu Adam eksaited sangat dapat belikan Adam mainan =p


2
*Picnic Lunch dekat FRIM.


Yelah...Target Kami berdua tahun ni kan nak dapat perot macam MEGAN FOX. Takmolah beli baju & seluar banyak2 sangat. Sehelai dua pun cukuplah. Untuk bawa pergi kerja.


Lepas tu, Hari ni melawat baby cousin. Cousin kami baru je lepas bersalin. Hati kite berdebar-debar je nak ke rumah dorang. Sebabnya? Takut tak dapat terima kenyataan bila sedara-mara cakap kite gemok.Soalan / Persoalan dorang kat kite, "Apesal makin gemok ni?? ". Dalam hati... "Benciknya dengar ayat tu!!!!!!!!!!!! Pahit betul kenyataan tu" .
Inilah yang dinamakan, The ugly Truth.
Lepas tu, paling obvious. Bila jalan-jalan kat shopping complex, promoter "Pusat Pengurusan Badan" bagi Pamplet! Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....




Oh Ya... Sekarang ni kite dah ada Personal Barber baru.!!!! Talented rupanya Encik suami saya ni..... Not bad... (^_^).

4

Wednesday, January 11, 2012

My Dream Private Room


My Dream Private Room

1. Mesin jahit biasa + Mesin jahit tepi.


2. Mesin jahit berdepan dengan tingkap.


3. storage yang mencukupi supaya bilik tidak bersepah. Husband pun boleh tumpang temankan.


4. Husband boleh teman kat sebelah baca Komik + Baca lawak-lawak di lowyat.net (^_^).
Adam? Adam tidur kat bilik ler...


*Kite pernah tanya pendapat mak kite. Ok ke kalau kite beli mesin jahit dulu. But not use it regularly. Ye lah kan. Ada Adam. Maybe hujung minggu je kot boleh menjahit.So, this is her answer :
"Mestilah beli! Setiap rumah kena ada mesin jahit. "


Tiba-tiba teringat waktu MIL datang rumah, mintak jarum & benang. Kelam kabut carik. Tapi tak jumpa. Hurmmm..


So, Ini adalah another target untuk 2012.
Memiliki mesin jahit + mesin jahit tepi, jika ada rezeki LEBIH.
Amiiin


p/s: Kalau dah dapat private room ni, nak konsentret on jahit Tudung Awning, Langsir , Bed sheet , Barut baby , bedung (sebab pernah jahit, tapi tak cantik. kui...kui...kui...) & Baju kurung Pesak Gantung + Johor.

Tuesday, January 10, 2012

Peranan bapa menjayakan Exclusive Breastfeeding untuk anak


ass

Nampak tak komen di ataS?
Kesian kan nasib wanita yang macam ni.... Kite sangat-sangat bersimpati. Lagi-lagi die bersalin secara ceaser. Ya Allah, lindungilah dia....

Bagi kite lah kan, Wanita kan perlu kaum yang perlu dilindungi oleh Kaum Adam. Janganlah di seksa mereka-mereka dengan sifat pemalas Kaum Adam. Bila surat Nikah sudah pun ditanda tangan, bermakna, Kaum Adam perlulah MELINDUNGI kaum Hawa yang dinikahinya. Bukan makin menyusahkan!

Antara basic-basic peranan BAPA/AYAH/PAPA/ABAH/DADDY dalam menjayakan exclusive breastfeeding adalah :
1) Bahagi-bahagi tugas house chores. Kena ingat. Menyusukan baby bukan bermaksud puan isteri bersenang lenang berbaring sambil menyusukan anak. Ingat badan tak sengal ke? mau sampai 20 minit cenggitu je. Nak-nak kalau tak ada kelengkapan nursing. contohnya nursing pillow. Macam kite, Nursing pillow memang tak ada. Tapi kalau tengah menyusukan Encik adam, Encik suami akan selit-selit bantal kat celah pahalah, belakang badan lah, and macam-macam lagi untuk bagi keselesaan kat kite. Baru lah tak stress!

2) Bantulah isteri untuk jaga anak. Maksud kat sini, kalau puan isteri tengah buat kerja-kerja rumah, tolonglah layan anak yang masih belum boleh berdiri tu. Bila Puan isteri buat kerja rumah, tapi dengar anak terjerit jerit telolong menangis, STRESS tau!

3) Anggaplah isteri sebagai isteri. BUKAN MAID.

Sekian,
Yang Ikhlas.
Puan Isteri.

Randomness on Tuesday


sgt stress bila ada orang tak paham yang kita ni menyusukan anak and perlu pump ikut schedule.
SANGAT STRESS.

Sunday, January 8, 2012

Aktiviti hujung minggu tanpa Ayah Adam.
Atok and nenek Adam datang memeriahkan hujung minggu.
Kebetulan, datang KL sebab nak settlekan pasal rumah.
Rumah dah habis bayor.
By 50 years old, Both my parents dah habis bayor duit rumah.
Best giler!
Cakap pasal rumah, Rumah area Selayang-Kepong-Batu Caves melampau-lampau.
Sakit Hati jer cakap pasal harga rumah.
Pattern sekarang nak rumah paling kurang, 2 tingkat.
Rumah 3 tingkat laaaaaaaaaaagilah banyak.
Nak jimat tanah, tapi nak UNTUNG lebih!
Tak reasonable langsung price die. Juta-juta. Cet!
Kondo pulak, kite tak berapa minat. Sebab tak boleh nak tengok kereta depan rumah.

Haiiii.... Bila lah nak beli rumah ni...

Jom kite lupakan masalah price rumah di KL dengan jenjalan di Zoo Negara!!



b
*Sebelum keluar jalan-jalan, kemas rumah + basuh kereta dulu.


2012-01-08 10.24.33
*Adam tertidur pulak....

5
*Dalam gambar je nampak bam-bam. tapi biasa-biasa aje.

1


7


9
*Atok tak larat nak jalan. Naik Train je.

Tuesday, January 3, 2012

End of 2011

Tak reti nak bercerita.
Letak gambar ajelah. ok?
Cuti pepanjang ujung tahun ni, Balik JB.
Melepaskan rindu kat keluarga & sahabat handai.
Banyak jugak plan yang menjadi cuti minggu ni.

1. Melawat baby kawan-kawan. Tapi tak amik gambar pun.


2. Beli pil shaklee (Set Breasfeeding & Diet ) + Manual Breastpump.
24



3. Attend Engagement day BFF kami! Syukur Alhamdulillah. We happy for you !!
23


22


19


4. Dapat balik kampung Atok!! Yeay!!!
6

11

2


5.Dan, dapat makan mee rebus tulang sebelum balik ke KL!!!
12

15


Alhamdulillah, kami selamat tiba di KL degan selamat.

Monday, January 2, 2012

2012

Sebelum kahwin, bila cuti panjang, Idea yang 1st sekali kat kepala is TRIP MENGGUNUNG! Yeahhh.... Lepas Kahwin , pun sama jugak. Tapi , dah ada Adam ni, Target kena LAIN sikit (^_^)


25
Inilah target kite.
Insya Allah