Tuesday, January 31, 2012

|| GEmuk ||

Tadi pagi hantar Adam lambat sikit sebab ambil Road Tax & Insurans document kat Gdex. Benda ni pun salah satu perkara yang membuatkan stress. Stress sebab risau road tax tak sampai-sampai kat rumah baby sitter. Kite soh abah kite courier kan road tax insurans semua bagai kat rumah babysitter. so that lepas ambil Adam boleh terus tampal kat kereta. Opis masih belum siap. So, tak berani nak bagi alamat opis. Tak sangka pulak Ayah kite courier dokumen semua hari jumaat petang. So, Sabtu lah jawabnya sampai rumah babysitter. WHICH IS BABY SITTER TAK ADA KAT RUMAH. Adoiii.... memang risau sesangat. Di pendekkan cerita, last-last, kena pick-up sendiri parcel yang di courierkan oleh ayah kite. Nasib document tu ada.



kk
*Double Chin yang tak pernah hilang sejak beberapa tahun yang lalu


Ok lah, Entry hari ni bukan nak cerita pasal Road tax tu. Tapi tiba-tiba terfikir. Macam mana Ada orang dapat tahan telinga daripada kena kutuk "GEMUK". Seriously.kite.tak.tau. Macam mane nak lalikan telinga dengan Gelaran macam tu. Balik kampung je, mesti orang dok tegur. GEMUK.GEMUK.GEMUK. Pedih Siot. Sekarang ni usaha kite just makan ubat & minum air 3-4 litre per day. Itu JERK. Work Out memang tak ada selain Sauna. Tak sempat eksesais dengan nak buat semua house chores + jaga anak. Tapi dalam kepala ni, ade jugak plan nak eksesais kat tempat kerja. Memandangkan kat tempat kerja memang ada track jogging. Tapi, tak sempat! Pukul 7 pagi dah berebut nak hantar anak. Sampai tempat kerja lagi 5 minit pukul 8. Then, kena balik cecepat sebab tak nak anak duduk lama-lama dalam kereta ngadap jam. Kite taknak menyusahkan babysitter jaga anak kite lama-lama. Seriously, bukan senang nak handle anak orang beb. Babysitter pun manusia jugak Die bukan Robot. Kite tak naklah meletihkan babysitter. Kalau boleh kite nak babysitter hari-hari bertenaga nak jaga Adam. Takmo die jaga Adam lelebih masa.

So, bile ek nak jogging? ujung minggu? Atau just curi masa buat sit up kat rumah? Pernah buat...tapi...asal Adam nangis je, terus BF die sampai kite tertidur (-_-). HELP ME.



kkk
Sponge Bob Square pants Face?

No comments: